Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 14, 2020

GM & ME

Sunday, February 23, 2020

Cancer or Not?

Hi Blog,

Dah lama betul aku tak meluahkan apa-apa. Banyak menulis di FB atau Instagram je. So here it goes.

3 Februari 2020, Isnin.
Pagi tu, aku berzumba macam biasa. Tapi sambil berzumba aku rasa sakit dekat breast belah kanan. Walhal weekend tu tak ada apa-apa pun. Tiba-tiba je. Tapi aku teruskan juga zumba. Oh, Tihani tak sihat sangat pagi tu jadi aku angkut ke kampus sekali. Then, dalam tengah hari, nampak macam dah sihat. Kami balik rumah, aku mandi tapi sambil tu aku rasa breast kanan, panas dan bengkak. Ada lump!

Lepas mandi dan hantar Tihani ke sekolah, rasa sakit mencucuk-cucuk makin teruk. Rasa pedih sangat breast tu. Satu KB aku pusing cari GP yang ada doktor perempuan, hampa betul perasaan. Last-last nampak Zaimi, senior CUCMS komen, cuba ke Specialist Klinik IPPT. Aku tak ambil pusing dah, terus cepat-cepat ke sana. Lepas register, menunggu dalam 30 minit, lepas tu jumpa Dr. Hasmah. Dia pun check dan jelaskan mungkin Masititis. Tapi aku cakap, aku dah 2 tahun tak menyusukan anak dah. Breast memang panas dan bengkak. Aku pun rasa macam nak demam. Dr. Hasmah syorkan untuk buat USG dalam minggu tu. Aku angguk tapi lupa nak minta MC sebab tiba-tiba ada call dari sekolah minta ambil Tihani. Dia demam. Dr. Hasmah prescribe Augmentin, 500mg BD x 2/52. TCA 17/2/2020.

Dah ambil Tihani, kami pun balik rumah. Elok sampai rumah, nurse IPPT call. Inform boleh buat USG esoknya. Aku angguk cuma blur macam mana nak pergi sebab Tihani demam. Sudahnya Im kata dia ambil cuti dan jaga Tihani. So settle.

4 Februari 2020, Selasa.

Aku datang IPPT, buat USG dengan seorang Dr perempuan. Tak ingat namanya apa. Dr tu tegur; "Panasnya breast awak. Larat ke ni kerja?" "Tak larat doc. Breast pedih. Berdenyut". Dia pun terus kata "MC lah. Saya bagi MC dua hari. Rehat dekat rumah sampai breast tu kurang sakit." Aku cakap thank you. Dia pun tak adalah explain panjang pasal USG so aku assume tak ada apa-apa. Minggu tu memang minggu kami semua tak sihat. Hari Jumaat Tihani bengkak kaki. Naik blister. Lepas tu admitted dekat Hospital Pantai dengan diagnosis Henoch Shonlein Purpura. Kami berkampung dekat Hospital Pantai sepanjang weekend tu. Tihani dapat MC seminggu jadi aku angkut ke office. Lepas seminggu, alhamdulillah, she's getting well.

17 Februari 2020, Isnin.

Nurse IPPT salah tulis tarikh atas kad. Lepas tu tak ada waktu appointment. Memandangkan pagi tu sibuk berzumba, aku rasa walk-in jela petang. So around 2pm, I was there. Tunggu sampai pukul2:45 baru Dr Hasmah ada. Nurse pun panggil masuk. Dia tunjukkan result USG. Tapi kalau tengok, aku pun tak tahu apa yang kami nampak. Haha. Memang cloudy habis. Nak kata ada fluid, tak ada, nak kata ada cyst pun tak kelihatan. Yang pasti, bengkak ni makin nyata. Ada dua ketul lump. Atas dan bawah breast kanan. Tapi dekat USG tak nampak apa sangat. Dr. Hasmah juga inform dekat breast kiri ada macam ketulan tapi kecil sangat. Mungkin cyst tapi kena follow up kemudian. Aku angguk je. Disebabkan result USG pun tak clear, Dr. Hasmah kata; "Kita proceed biopsy ye".

Aku telan air liur. Aduh, nak kena biopsy hari ni ke? Mesti sakit kan biopsy? Tapi nak tak nak, harung jelah. Takkan nak tangguh lain pula. So terbaringlah aku dekat situ sambil tunggu diorang sediakan semua barang-barang sebab biasanya diorang buat biopsy pagi. Aku je patient terlepas datang petang.

Dr. Hasmah cakap nanti bila dia tekan akan ada bunyi pop. Dia bagi injection anasthetic. Sakitlah sikit. Tapi bila biopsy pun terasa jugalah. Bukannya tak ada rasa apa-apa. So aku tahan jelah sambil Dr cucuk 3 ke 4 kali untuk dapatkan few samples. Dr. Hasmah tunjukkan container dan isi-isi dia. Kena pakai plaster dekat breast. Aku terus mesej Im kata tak larat masak dinner. Few days jugalah breast tu masih rasa sakit kesan biopsy. Dr. Hasmah cakap banyakkan berdoa. Harap-harap bukan kanser.

23 Februari 2020, Ahad.

Jujurnya, seminggu ini aku asyik fikirkan macam-macam. Breast ni masih rasa sakit. Tapi semalam aku harung juga Unicorn Fun Run dekat Gurun sebab dah lama tak jumpa Zaid. Sambil berlari terasa juga sakit dekat breast tapi tahan jelah. Lari main-main juga. Dapatlah 4.3km. Sambil lari sambil berborak.

A lot of things is lingering in my mind.

Macam mana kalau kanser?
Berapa lama agaknya aku boleh hidup?
Ada peluang sembuh tak?
Anak-anak aku macam mana?

Of course sambil berlari aku mengaku dekat Zaid yang hidup mati bukan di tangan kita. Kita boleh cakap kita nak hidup sampai ke tua dengan pasangan kita, nak tengok anak-anak kahwin, nak tengok cucu, nak bersara dan sebagainya. Tapi kalau dah tertulis oleh Allah setakat usia 33 tahun inilah hayat aku, aku pasrah dan reda.

Aku cuma nakkan pengakhiran yang baik dan bersedia untuk bertemuNya.

I want my kids to be okay without me.
Although I know it will be hard for them to live without me.
Ibu sayang kakak & adik :'(

Sambil tu, aku kena persiapkan juga segala benda macam hutang-hutang, insurans, plan untuk Imran dan anak-anak. I want them to be okay without me. They have to be okay without me.

Esok 24 Februari 2020 penentu segalanya.

Aku harap ia bukan kanser walaupun rasa tipis sebab makin banyak aku baca, makin yakin aku rasa it's a cancer. But I wish it's not.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa hambaMu ini Ya Allah.
Sungguh, aku masih belum bersedia :(

Pen off.
---

Syuhada

P/S:
Ini untuk bacaan L.V, I copy paste from my secret blog.

Wednesday, April 15, 2020

COVID-19

Takkan sesekali aku lupa untuk tahun 2020 ....
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.30/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻

Tuesday, January 8, 2019

SSPN & TAX REDEMPTION


Hello Blog!

Eh, dah bersawang rupanya blog ni. Ada orang baca lagi ke? Hahahaha. Sementara tengah buang tebiat rasa nak update ni maka moleklah kita berkongsi. Kenapa tetiba terajin nak update?

Ni haaa. Sebab dibawah. 

Apa ke gila PTPTN ni?? RM10 je dividen? RM10???? Oh My Gucci!!! *hela nafas dalam-dalam*

Tak sampai 1% okay. 0.16%. Hahaha. Kelakar sangat dividen banyak tu. Rasa macam nak bagi pelempang laju-laju dekat PTPTN.
.
So adik-adik, anak-anak, rakan-rakan pembacaku sayang. Akak ingin mengajak kalian, sekiranya kalian ada membuat SSPN untuk tolakan cukai, marilah kita bersama-sama mencari alternatif. Hahaha.
.
Itu kalau anda sayang duit andalah. Kalau rasa tak sayang, tak rasa kisah pun dia membiak ke tidak maka abaikan post ini. Bergembiralah dengan dividen 0.16%
.
Saya tak gembira. Maka post ini ditulis bagi menggalakkan kita cakna mengenai duit kita. Jangan bagi government sedut duit kita terlalu banyak :)) (Cisdale gov. Berani kau jadi penyedut berjaya!)
.
Alternatif yang akak ada setakat kini hanyalah Fixed Deposit-i(FD-i). Jadi strateginya adalah kita keluarkan duit SSPN pada bulan Januari dan masukkan kembali pada Oktober ataupun November. Nak masukkan Disember takut lambat sangat atau busy nanti tak terkejar (at least for me sebab I dah busy untuk exam, invigilation, marking yada yada).
.
Katakan bank bagi anda rate 4.0% p.a, maka simpan 10 bulan pun sekurang-kurangnya dah dapat 3.3%. Much better daripada 0.16% itu bukan?.
.
Ada yang bagi saranan UT ataupun Saham. Silalah kalau anda pakar. Saya bukan pakar jadi saya tak berani merisikokan duit SSPN. Nanti hujung tahun tak cukup payah pula nak tolak tax. Perlu diingatkan simpanan SSPN tak boleh berkurang, dia mesti bertambah tahun ke tahun, kalau tak tak boleh tolak tax XD.
.
Bertabahlah kita semua ye. Menjadi orang dewasa ini memang mengharukan. Hukhukhuk. Banyak sangat tanggungjawab dan plan perlu kita laksanakan sendiri. Maka jadilah kita Sang Dewasa yang bijak dalam perancangan kewangan.

Sekian,

Saudari Perancang Kewangan Sdn Bhd
(Sebab rancang duit sendiri je tak rancang duit orang lain. Kohkoh)

Thursday, August 9, 2018

Breastfeeding is not a trend...

....at least on my point of view.

Sebab, entahlah. Bukan mudah nak advocate orang, dan kebanyakkan orang lagi-lagi Ibu muda terikut-ikutkan trend.

Bagi saya, ia bukan trend. Ia adalah kewajipan, yang telah digariskan dalam Al-Quran. Jadi bila kita decide nak jadi emak memang kenalah menggali sebab ianya bukan sekadar selak dan sua, ia lebih daripada itu.

Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Bila pertama kali kita bergelar emak, maka dunia kita akan berubah 270 darjah (360 tak valid sebab itu bermakna kita kembali ke paksi asal). Bila kita menjadi emak, yep, we loss the old us. Kalau bukan semuanya sekalipun, ada percentage kita yang lama telah hilang.

Bila kita memilih untuk breastfeeding, maka hati kita bulat dan tekad. Katalah apa sekalipun, kita tetap akan usaha selagi tidak memudaratkan anak kita.

Memang, menyusukan itu bukanlah mudah.
Kalau suri rumah, maka banyak kerja tertangguh,
Tapi lebihnya tidak perlu pening kepala memerah.
Kalau yang berkerja, maka penatnya memerah,
Sikit-sikit kena pump,
Sikit-sikit kena pump,
Balik rumah, wassalam segala kerja rumah.

Ia renyah,
Ia leceh.

You will loss your peaceful sleep, sebab kena direct feeding anak setiap malam.
You will loss your privacy, sebab anak sentiasa terjah.

Saya tahu sebab saya dah melaluinya.

Itu belum lagi fasa bila susu drop, kering sekontang-kontangnya, anak muntah-muntah minum FM. Sumpah tak sanggup dengar bila pengasuh cakap Aiman muntah seharian.

Bukanlah sebab saya tegar sangat pun dengan breastfeeding.
Cuma saya yakin, Allah takkan jadikan sesuatu itu sia-sia.

Pernah saya terbaca salah satu fakta, kenapa mammal lain boleh menyusukan anak tetapi manusia tidak?

Sebab mereka tiada option.

Tanpa penyusuan daripada Ibu, anak-anak mamalia ini akan mati.
Gorila.
Kucing.
Monyet.

Kalau betul kita tiada susu,
Tak adalah awal-awal kita mampu menyusukan anak,
Kemudian makin lama makin drop,
Makin lama makin kering.

Carilah ilmu penyusuan,
Ia sangat-sangat dituntut dalam Islam,

Kelmarin ada post mengatakan berdosa kalau kita tak menyusukan walhal kita mampu,
Saya tak reshare sebab takut ada yang tersinggung.

Since here is my private board.
Hence I jot down whatever that I feel.

Penyusuan susu badan bukanlah trend,
Ia adalah...fitrah.
I didn't regret breastfeeding my babies and I told my husband, it's my KPI. Jadi itulah salah satu sebab kenapa saya kena jarakkan anak-anak saya, penatnya masih belum habis.

By breastfeeding them, I feel the closeness,
Kami sangat rapat dan anak-anak saya sangaaaat manja dengan saya.

Wednesday, April 11, 2018

Of Pregnancy & Family

Bila bercakap mengenai pregnancy dan anak, saya rasa macam entah. Setakat kini tak ada daya lagi mahu menambah.

Dari segi medikal, umur 35 ke atas dah kategori berisiko plus energy level sudah depleted.

Tapi saya mahu anak lagi. Two for me is not enough (eh sempat lagi engkau nak tamak. Hahaha). Bilangan anak ini pilihan sebenarnya.

Ada yang selesa beranak setiap tahun lalu besarkan saja sekaligus.

Saya pula rasa tak selesa sebab;

SATU, saya ada KPI mahu anak-anak saya breastfeed dengan saya. Tak berjaya pun bagi full bf till 2 years, lepas satu tahun Ainan & Aiman masing-masing minum UHT but masih df dengan saya sampailah 2 tahun. Nak wean off lagi satu cerita :D

It was different if I opt for formula.

Still, I choose breastfeeding because of the bonds that I feel. Anak-anak saya sangat rapat dengan saya. Mereka jarang sakit, mudah nak diuruskan. Tapi iyelah, breastfeeding itu bukanlah semudah selak dan sua. It's beyond that.

Ada je masanya saya tak dapat tidur yang mencukupi. Ainan & Aiman tandem dengan saya dulu. Between oncall, those crazy shifts, housechore and et cetera, I was almost insane. Tapi sebab itu pilihan saya, telan sajalah. Then, I weaned off Ainan at 2y3m (1/1/2016 to be exact).

Itu belum lagi kisah setelah PJJ dan Aiman tidak berapa mahu makan. Setiap malam dia merengek lapar dan minta bf entah berapa juta sesi. Sampai kepala saya ting tong. Sampai hampir hilang hormon kewarasan.

Lalu husband pulang ke Penang laju-laju untuk memastikan saya dapat tidur dan rehat hujung minggu itu.

Alhamdulillah. Dah weaned off kan Aiman sebulan yang lalu (2y8m). Haha. Rasa LEGAAAAA sangat.

DUA, kami PJJ. Jadi bila saya sendirian melayan anak-anak, kadangkala triggered juga bila orang cakap itu dan ini. Sebagai contoh, bila saya makin gemuk dan berat badan saya naik. Tahukah mereka saya penat? Makanan anak yang tak habis, saya juga habiskan. Saya mahu saja berlari ketika weekend tapi tak mampu sebab tak ada yang boleh jagakan anak-anak. Yes, take that as excuses. Katalah nak seribu daya tak nak seribu dalih. As far as I remembered, I didn't give my shoes for you to try on.

Maka selagi husband tidak tinggal sekali dengan kami. Memang tidaklah saya mahu tambah apa-apa kecuali berat badan. Hahaha :p

TIGA, sambung belajar. Kalaulah boleh, saya mahu sambung PhD dengan hati yang betul-betul tenang. Tak terkejar-kejar dan mampu fokus. Ainan & Aiman dah makin besar, dah makin faham dan boleh mendengar arahan. Walaupun kadangkala saya jadi Tarzan tapi tidaklah teruk sangat setakat high pitching itu. Biasalah Mak XD.

So I want to focus with both of them.

My #numberthreecanwait. Although I want four, tapi kalau tak larat kita settled with THREE saja sudahlah. Heeeee.

Apapun, kekagumanku terhadap kedua ibu bapa sendiri serta mertua membuatkan saya hats off orang dulu-dulu. Punya anak ramai dan tidak membebel macam kami yang di zaman kini. :D

#penoff #sambungkerja #tibatibamerambang #ijustneedtowriteitsomewhere




Thursday, August 24, 2017

The Best Things...

...in life is not having a filthy rich lifestyle. It's having a moderate yet stress free life :)

Entah. Sejak akhir-akhir ni saya banyak terfikirkan perkara ini. Haha. Sebab tu orang mungkin confuse kenapakah aku dengan rela hati tercampak jauh di utara Malaysia.

Living here is priceless.

Satu, saya ada small circle of friends. A very good friends!. Less political issues at work. Tiada orang gila kuasa. Kami sama-sama buat kerja. Kalau ada yang tak buat kerja saya boleh cakap direct je dekat KP saya tanpa perlu nak berselindung ke apa. After all, saya memang sejenis yang cakap direct.

Kedua, living cost yang rendah. Tempat tinggal yang aman damai. Kalau duduk di Selangor ataupun Johor mahu poketku kempis disebabkan banyak sangat cobaan serta tol disana sini :D (Tapi iyalah, rezeki orang lain-lain. Saya nak pindah kembali ke Selangor tapi bukan sekarang)

Ketiga, cikgu-cikgu anak-anak saya semuanya baik-baik belaka. Memang mampu gemuk dan naik berkilo-kilo berat ini sebab ada saja makanan yang diorang bagi. Kejap carrot cake, kejap roti sarang lebah, kejap tart nenas. Haha. (Masalahnya aku sorang je yang makan, double As tu mana nak makan sangat). Lepas tu mereka sangat memahami, diorang tahu saya ini seorang diri disini (eceh bunyi kesedihan). Semalam, team building habis lambat. Saya sampai ke kampus jam 7petang, terkocoh-kocoh mengambil Tihani kemudian Aiman. Tapi cikgu-cikgu baik sangat, tak ada masam muka. Semua menyambut dengan senyum manis siap dah mandikan bebudak ni.

Keempat, I'm happy. Bukankah gembira itu perkara paling penting? Hehe. Biarlah hidupku kadangkala tonggang langgang menguruskan anak-anak sendirian. Tipu cakap kalau kata tak sedih husband jauh. Tapi ketenangan hati tidak dapat dibayar dengan apa-apa jua meskipun duit berjuta. (Eh tapi kalau ada duit berjuta boleh beli mahligai. Maybe tenang. Kahkahkah)

Kelima, gaji yang lebih melapangkan. Ini juga penyumbang kepada nombor empat. Eceh. Kalau zaman kita ni masih kanak-kanak mungkin akan cakap yang penting kasih sayang. Dik, once awak dah kahwin, kasih sayang tak boleh bagi awak kenyang ye, kasih sayang juga tak boleh bagi awak rumah. Tapi betul, sebagai manusia, kasih sayang adalah perlu untuk rasa bahagia, begitu juga dengan gaji.

Alhamdulillah, saya happy dengan rezeki yang ada.

Sejak duduk sini paling meriangkan adalah tidak seperti dulu, selalunya saya seperti orang-orang lain, dah masuk minggu keempat memang menghitung hari bilakah masuknya gaji. Tapi sejak dah pindah sini saya tak rasa dah perasaan itu.

Bukan nak kata gaji saya dah macam Prof atau Jusa A. Hahaha. Itu memang taklah. Tapi banyak faktor contribute perkara ini, contohnya; saya jarang makan hebat-hebat. Sebulan dua kali, itupun bila suami datang sini. Saya cuma berfoya-foya shopping online. Tak percaya sila tanya orang admin, tak ada muka lain datang ambil parcel, balik-balik muka saya. Kikikiki.

Saya juga tidak menambah hutang yang tidak perlu. Ada keperluan baru kami buat. Saya beli rumah pun subsale saja. Sebab daku memang tak bercadang nak hidup disini forever after (meskipun I love my colleague). Tak nak settle down di sini.

Semua faktor-faktor ini membuatkan account saya masih ada duit hingga ke hujung bulan. It all leads to a stress free life.

Saya berdoa kami suami isteri mampu mengekalkan kesederhanaan hidup ini sampai bila-bila. Biarlah kita ni tak terlihat kaya di mata orang, janji hidup kita lapang, tak pening kepala dan nanti, bila dah tua, mampu bersara dengan jiwa yang merdeka.

Hahahaha

Apa kau merepek ni Syuhada?

Sudah. Pergi meeting COPPA :P



Wednesday, July 5, 2017

~ LDR, PJJ & MT ~

Sebenarnya, kerja banyak nak buat. Tapi kasi canlah aku merambang. Lama sudah tak merambang. Banyak sungguh nak luah tak terluah. Hahaha.

LDR itu sama je dengan PJJ. Saja taruk sama kot-kot ada yang tak tahu abbreviation. Eceh. Long Distance Relationship atau Bahasa Malaysianya Perhubungan Jarak Jauh. 
Alhamdulillah. It's been a year kami berjauhan. Kutub Utara Kutub Selatan.

Before aku sambung merambang maka siapa minat Hindustan boleh dengar video ni. Haha. Anggaplah ini lagu latar belakang post aku kali ini. Kahkahkah.



Berkahwin dan handle dua-dua anak sorang-sorang bukan senang. Sumpah tidak. Lalu ingin aku salute kesemua wanita, perempuan, isteri yang hidupnya berjauhan daripada seorang makhluk bergelar suami.

Baik suami itu berada di laut, seberang tembok, antartika hatta bulan sekalipun, bertabahlah kita. Oh, tak lupa juga kepada semua Ibu-Ibu Tunggal di seluruh dunia. Yang ini lagi aku salute bertingkat-tingkat. Korang super kuat! Korang super-awesome! :)

Biarlah orang nak mengata Janda ke apa. I don't. I adore. Betapa kuatnya bahu seorang wanita menggalas kedua-dua tugas jaga anak-anak sendirian. Samada bercerai hidup mahupun mati.

Waktu engkau sorang-sorang, yang perlu kau kisahkan cuma perut kau. Nak makan, sila. Takmo makan, boleh pengsan tidur. Layan movies sampai lebam. Haha. Bila dah ada anak-anak, oh oh. The list goes on and on. Kalau anak-anak aku tak makan, aku susah hati tahap stress. Rasa dah berjuta-juta bebelan aku sent dekat suami bila Aiman tak nak makan.

Masak dah tak tahu berapa jenis. Pastu dah berjenis-jenis aku sorang pula tu orang dewasa kat rumah ni. Haha. Sudahnya banyaklah makanan terbuang. Sayang. Tapi dah simpan dalam fridge sampai kering. Adeh. Haaa itu dilema pertama.

Dilema kedua, rumah yang bersepah dan tak pernah nampak dimana cahaya kekemasan. Haha. Bila suami balik barulah rumah ada rupa sedikit. Kalau tak dah macam apa. Berangan nak buat konsep minimalis tapi aku ni sejenis makhluk suka mengumpul dan menyimpan barang.

Hoarder? Haaa bolehlah. Mewarisi perangai Ibu dan Opah. Eh eh tak pasal-pasal :p

Bila kau PJJ ni, salah satu kekurangan adalah tiadanya Me Time. Sumpah bila suami balik sekali sekala aku balas dendam, tidur sepuas-puasnya :))

Me Time ni lain sangat tahu dengan suri rumah jaga anak 24 jam. Sebab yang duduk di rumah masih ada suami bila petang hari. Masih ada kesempatan nak keluar Me Time kalau mahu. Request suami jaga anak kejap.

Orang ber-PJJ ni tak nampak celah mananya Me Time. Siapa cakap waktu office itu adalah Me Time sangat silap. Waktu office tu buat kerja office la.

Bila suami balik 2 atau 3 minggu sekali. Mestilah hari yang ada tu diluangkan dengan dia. Hehe. Takkanlah aku buang tebiat nak pergi panjat gunung dia jaga anak-anak. Haha. (Walaupun dalam hati ada niat macam tu. LOL!)

Sebenarnya, aku sedikit kagum dengan diri sendiri. Haha. Taklah. Ini bukan pujian masuk bakul angkat sendiri. Tapi aku percaya Tuhan jadikan aku seorang hambaNya yang sangat kuat :)

Despite those years back, despite all the hurdles, HE believes I can do it. So who am I to questioned?

Cuma perlu bertabah dan menunggu sambil berusaha supaya Encik Suami dapat pindah sini. InsyaAllah adalah nanti tu. Doakan ye :)

Eh by the way, lagu Hindi yang saya share adalah daripada film Rab Ne Bana Di Jodi (Tuhan menjadikan Jodoh itu) ataupun Pasangan Diciptakan Tuhan pun boleh. Hehe.

Semalam saya layan film tu. Sumpah sweet.

Lepas tu aku pun teringatkan cik suami. Ecececeh. Haha. Suami saya adalah jodoh yang tak terjangka. Malah waktu dia hadir dulu pun aku macam percaya tak percaya je nak kahwin dengan dia. Dalam mulut macam ada emas, ke ikan emas? Eh? Style agak skema. Sangat berbeza dengan lelaki yang saya suka. Zaman muda remaja dululah. Kikiki.

Saya suka lelaki yang gila-gila, kelakar, boleh layan saya merepek. Suami saya dulu? Dia kadangkala tak faham aku merepek apa. Haha. Tapi dia layan jela. Dia pendiam. Sampaikan risau juga. Kot kahwin nanti kena bercakap dengan dinding sorang-sorang ke apa.

Suami saya tidaklah sampai jadi macam si Suri tu. Tetiba buang tebiat pakai funky semata-mata nak ngorat. Haha. In real world, what happened between us adalah perkahwinan itu sendiri mengubah segalanya.
Samada jadi lebih teruk atau lebih baik. You choose.

Imran mengaku lepas kahwin dia cuba nampak lebih kemas untuk saya. Mulut dia automatik lebih ramah, dah pandai mingle around after few years of marriage. He did surprises me a few time. Kiki. So aku bagilah kredit dekat Abang Skema seketul ni. Haha

Yang saya tak setuju dari film itu adalah Taani tak bagi peluang untuk Suri. Tak pernah berborak atau cuba kenal Suri. Terus letak boarder. Taani cakap dia tak boleh cintakan Suri. Maka kecewalah Mamat Skema itu. If you never give that man a chance, you will never know how much he loves you :)

Dengan Raj, Taani membuka peluang. Sebab? Raj gila-gila, funky, pandai borak. Haha. Suri pun salah juga sebab tak pandai borak :p

Perempuan mana tak suka borak? Meh sini kenalkan. Ada something wrong kalau perempuan tu tak berborak.

Macam mana konklusi cerita tu, kita jatuh cinta dengan seseorang sebab kita nampak Tuhan dalam orang tu.

Maksudnya tidaklah kita sembah pasangan kita. Tapi kita hargai kebaikan dia. Betapa banyaknya pengorbanan dia. Melebihkan kita daripada diri dia sendiri. Sentiasa ada dalam jatuh bangun hidup kita. Kalau dapat yang macam ni, jangan lepaskan.

Saya tahu bukan semua orang ada rezeki macam tu. Ada juga yang kahwin perangai pasangan tak semengah.

Hidup ini ujian bukan? Mesti ada bahagian lain yang Allah reserve untuk kita. Yang ini saya percaya dan pegang dengan kuat.

So kalau dia tu tak macam lelaki idaman pun selagi dia jaga Allah, dia sayang kita, dialah Jodoh Terbaik Dari Tuhan untuk kita :)

Saya percaya suami saya takkan berubah. Paling baik di alam semesta. Haha. Kalau diberikan 100 lagi lelaki yang lebih kacak pun saya tetap akan pilih Imran. Kacak je nak buat apa. Buat kena rebut orang je. :p

Eh tapi kalau Imran kurus dia kacak juga. Macam Tony Stark. Huehuehue.

Ok dah sudah merepek. Silalah layan cerita tu. Sediakan tisu sekotak sebab touching :D






Friday, July 1, 2016

Setahun Belum Tentu Sekali

Benar.

Setelah memiliki anak(s), setahun belum tentu sekali pun saya akan menulis blog. Haha. Saya rasa ini sindrom semua blogger yang daripada Bujang lalu berkerjaya, daripada berkerjaya lalu terus berumahtangga. Lantas setelah rumah siap dengan tangga maka anak-anak menyusuli hidup ini. Eceh

Saya tak rajin.

SEBAB;
Saya bukanlah hot stuff. Tiada siapa mahu tahu apa jadi dengan hidup saya. Walaupon dulu pernah terjanji mahu menulis ketika di Edinburgh tapi janji dicapati. HAHA. Saya kesibukkan lantas tidak mampu komited untuk menulis. Apatah lagi berkongsi gambar-gambar indah. Semuanya tersemat dalam hard disk pc yang kemudiannya dimakan anai-anai.

Mujur suami saya bijak pandai lalu berjaya menyelamatkan gambar-gambar tersebut. Errr tapi saya masih malas mahu berkongsi. Lol! Sebenarnya....nak transfer masuk fb pun aku rasa kurang mampu. Inikan pula nak pilih dan upload di instagram. Biarlah, biarlah gambar-gambar amatur hasil snap sesuka hati yang terpampang di sana :P

Oh ye.

Saya sebenarnya kerasukan. Tiba-tiba saja hati rasa mahu menaip. Mahu bercerita. Padahal sumpah aku tak tahu siapa mahu baca. Saya mahu merambang secara suka hati so bear with me. Tak suka boleh tekan pangkah.

Topik pun masih tiada. Cuma pagi ni adalah terfikir betapa kayanya orang Malaysia. Sumpah kaya sebab waktu di UK dulu ketika saya meniaga dari sana ramai je yang order macam-macam barang. Baju anak branded brand Monsoon, NEXT, GAP yada yada.

Masuk instagram tengok blogger ini upload gambar bilik anak dia. OMG sumpah cantik macam bilik artis. Eh blogger pun sekarang dah kategori artis - public figure. Cubalah tengok follower sampai jutaan.

Saya telah lama tak minat follow diorang. Sebab? Boleh menjatuhkan integriti hati. Haha. Hati rasa berkecamuk mahu itu dan mahu ini. Gila bukan? Ini penyakit hati namanya. Tak seronok sebab instagram ini suka tunjuk yang indah-indah. Tunjuk luxury of life. Sengaja membakar hati.

Bila terbrowsing harga barang yang diorang beli. Gulp! Telan air liur. Entah. Kalau orang tengok saya mungkin akan kata; engkau dah kenapa Syuhada? Bukankah engkau juga mampu? Eh tidak. Saya tak mampu. Saya risaukan future anak-anak. Maka bermewah-mewahan is not my cup of tea.

Saya suka follow blog Hannah Johary.

Very inspiring. Minimal luxury. Penuh gambar anak-anak saja. Saya tak suka blog/instagram yang tunjuk fashion itu ini, tunjuk katil mahal anak, tunjuk stroller harga riban. Tak suka tak suka. Of course you may disagree with me; "Duit diorang Syud. Suka hati dioranglah"

Eh memanglah. Saya tak pun kata tak boleh cuma saya terfikir; berapalah gaji diorang gamaknya. Hahahaha.

Yelah. Cuba bayangkan. Baju anak sehelai RM300. Anak ada dua. Itu baru baju. Belum kasut. Belum aksesori. Belum bag Hello Kitty seaneka bagai. Mewah sangat. Mewah terlampau.

See. Anda telah diberi amaran tadi. Ini memang tulisan rambang.

Entah. Di saat ekonomi Malaysia memang sudah tak menyeronokkan. Saya perhatikan masih ramai yang hidupnya mewah. Poket tak lebat sangat pun sebenarnya. Saya rasalah, I assume. Tapi gaya hidup masih mewah.

Sanggup makan kedai mahal selalu-selalu lalu mensedekahkan duit kepada GST. Kemudian merungut di fb. Eh engkau dah kenapa? Sendiri hidup mewah lepas tu merungut. Kalau bawa bekal kemudian merungut boleh fahamlah.

You chose that and then you complaint.

Saya ni kalau boleh paling jimat aku dah try jimat. Tapi shopping online tak boleh tahanlah. Haha. Maaf. Itu je my therapeutic release since saya dah lama tak boleh shopping secara fizikal. Apa kau fikir senang nak bawa dua anak lepas tu shopping secara aman?

Most of our people chose brand over quality.

Nampak je artis-artis keluarkan baju itu ini. Beli. Artis keluar perfume untuk anak. Beli. Artis bawa anak pergi baby spa. Pergi. Eh eh eh. Kaya sangat dah, kalah artis. Yup. Your money, your right but don't say I didn't warned you.

Aku pun kadangkala tak faham apakah motif membawa anak berenang di spa badak lalu terapung-apung bersama bola-bola lalu menghabiskan RM90 dalam sekelip mata. Haha. RM90 tu dah boleh beli pool lepas tu berenanglah hari-hari sampai jadi Pandalela Rinong.

I didn't say I don't go to decent restaurant.

Sekali sekala. Ada. Release stress. Reward diri. Bawa anak-anak happy makan diorang punya favourite mashed potatoes. Tapi saya tidaklah memanjakan anak dan memewah-mewahkan diorang. Paling mewah pun toys tapi itu sebab tahan lama.

Habit dari UK yang saya bawa pulang adalah membeli je barangan terpakai. Selagi masih baik dan cantik kondisinya, why not? Why must we be ashamed with buying preloved stuff? Tak ada label pun dekat baju, barang tu yang cakap 'aku ni barang secondhand'.

Saya rindu carboot UK :)

Kalaulah Malaysia ada budaya begitu rasanya kita dah boleh jimat banyak benda. Oh ye. Mentaliti juga harus berubah. Asyik nak bermewah-mewah je. Payung untuk anak-anak dah sedia ke belum?

Eh oklah. Dah hanyut jauh sangat ni. Haha. I kena kerja. Toddles!

Wednesday, April 20, 2016

The New Me


Heck, aku patutnya mengemas tapi tapi, boleh tak nak menaip barang 5 minit dua? LOL!

Hi belog, rindu mahu tulis. Rindu mahu conteng. Rindu mahu bagitahu macam-macam walaupun kutahu tiada siapa kisah. Hahahaha

Hari ini, secara officialnya saya mengambil cuti secara drastik. Sesuka hati saya whatsapp ketua unit dan jabatan mahu ambil cuti sebab cuti banyak lagi berbaki. Off juga terbakar begitu saja sebab masa sangat mencemburui kita. Tetiba.

Seperti yang anda sedia maklum, kalau tak maklum saya maklumkanlah ni. Saya sudah jadi Ibu kepada dua anak yang gorgeous. Errr mereka yang gorgeous. Saya tidak. Saya sememeh. Haha

Secara official juga saya mahu maklumkan bahawasanya saya akan meninggalkan dunia JOHOR BAHRU sedikit masa lagi. Lalu? Lalu mahu jadi orang mana pula Syuhada?

Kalau boleh saya nak jadi orang Planet Pluto. Tapi memandangkan fee nak ke sana mahal sangat maka kita lupakanlah saja. :P

InsyaAllah. I'm going to Bertam, Penang. Satu tempat baru, tempat asing untuk saya dan anak-anak. Im maybe akan terus stay di JB memandangkan dia risau tak dapat kerja di sana. Maka berPJJ lah kami demi masa depan dan anak-anak.

Tapikan, satu benda yang saya kagum....Allah Maha Tahu. Serius. Adik saya tiba-tiba dapat offer kerja dan internship di Bertam juga! Allah tak biarkan saya berseorangan. Huhu. Kalau tak mahu juga daku mencari bibik. Sebab tak pasti mampukah daku harungi hidup bersama-sama dua orang kanak-kanak aktif itu tanpa suami di sisi. Eceh.


Hai masa, sungguh laju engkau berterbangan. I don't know will we be okay without Imran. Selama kahwin, tak pernah kami berjauhan. Huhu. Uhuks sedih. Tapi what to do, this is the choice that I've made.

Eh oklah. Sudah terlebih 5 minit. Nah tepek gambar seketul! Buat kenang-kenangan. Haha



Ini gambar last week. Konon nak photoshoot gambar family. Sungguh hampeh sebab anak-anak tak mahu berkolaborasi. Hahaha

(15 April 2016, Taman Botani, Putrajaya)
Aiman Hadif - 9m27d
Ainan Tihani - 2y6m


Oh by the way, gambar ditangkap oleh photographer yang baru habis SPM. Saya dengan Imran dah berpandangan dah bila diorang pakai kit-lense je. Adohai. Sabar jelah adik-adik oiii.

Saturday, October 3, 2015

Kadang-Kadang

Rasa macam nak pindah keluar Malaysia dan takmo balik-balik dah. Sebab?

Stress. Beli barang, barang mahal. Dapat barang rosak, tak boleh pulangkan. What a nonsense return policy kebanyakkan kedai-kedai dekat Malaysia ni ada termasuklah Mr.DIY. Ceritanya gini....

29 September yakni 4 hari lepas sebelum ambil Aiman daripada babysitter kami singgah Mr. DIY, cari barang-barang nak celebrate birthday Tihani. Tihani berkenan toys yang boleh keluar bubble tu, RM15. Oklah, kami pun ambil.

Sampai rumah lepas settled semua benda termasuk adegan Tihani nangis takmo tiup lilin (she's not feeling well by the way waktu tu. Birthday girl down with fever). Testlah toys tu, baru je letak bateri tetiba kipas dia putus. Bertebaran entah ke mana. Kami macam...what the fish? Kegilaan apakah ini? Kot ye pun low quality melampau sangat terus rosak, bukannya guna bateri kereta. T_______T

Yang sakit hatinya adalah return policy cuma untuk TIGA HARI. Gila ke apa? Dahlah sibuk weekdays. Bila masanya nak ke sana balik secepat mungkin?

Hari ni baru kami dapat pergi sana dan diorang tak layan. Sangat dahsyat dan mendukacitakan. Benci rasa hati. Dekat UK return policy adalah selama 30 HARI okay. Kau dah lenjan baju dekat Primark pastu kau rasa eh macam tak best boleh pulangkan balik. Terkecuali baju dalam. Itu memang ngenglah kan kalau minta return :))

Lagi?

Apa lagi kebengangang yang dialami semenjak balik Malaysia Syud?

Suka shopping online tapi sakit hati bila ditipu. Rindunya nak shopping online dekat UK. Tak pernah lagi ada fraud case sebab buyer being protected by paypal. Ebay pun sama. Kalau seller buat hal kau keluarkan report, nanti Ebay akan ambil tindakan. Malah, seller Ebay sangat menjaga reputasi dan rating. Cuba kalau letak negative feedback. Laju-laju diorang PM suruh re-evaluate balik. Siap return balik duit.

Ini case dekat Lelong.my la. Teruk macam apa. Dahlah nak verify kita as buyer kena bayar. Macam $%£^$(^*. Lepas tu kena tipu dengan seller diorang tak ada ambil tindakan. Duit saya burn RM160. Kalau dapat seller tu memang aku sepak laju-laju. Tak campur lagi penipu jual barang dekat facebook. Saya dah cakap nak baju tak jarang, size 42. Dia pergi hantar baju jarang, size lagilah jangan cakap, bila pakai rasa macam kelawar. Lepas tu saya mesej fb tak reply padahal saya dah return balik dah baju tu. Jahat!

Teringat member yang dah migrate ke UK. Reason diorang adalah Malaysia dah memang teruk untuk diduduki. Sudahlah barang mahal, produce pun quality teruk. Bawang rupa tak macam bawang. Macam dah nak busuk ke apa. Sayur-sayur dari Australia juga cantik. Kan aku dah terambil carrot harga RM4 sebab cantik! :))


Tapi member tu tak apalah. Senang dapat pemustautinan sebab dia mix British (Ayah dia caucasian). Pastu cakap english pun berhabuk. Lepas tu selera pun western. Aku ni selera kampung. HAHAHA. Sehari tak jumpa nasi rasa bagai tak bermakna hidup :P

Cannot cannot.

Cukuplah setahun setengah bila keluar jalan-jalan asyik makan Fish and Chip. Takpun lauk Pakistan. Kari kari kari. B for Bosan. N for No More. Hihihi.

Eh oklah. Dah habis mengadu. Ciao shin chan!



Friday, September 4, 2015

Menjadi Ibu Itu Memenatkan....

....Akan tetapi indah.

Indah bila anak senyum. Bagai mendapat ice cream tika dipanahi mentari tengah hari.
Indah bila anak mencapai pelbagai milestones. Semuanya diraikan! Hooray!
Indah bila dapat ciuman. Gila kau tak suka?
Indah bila rasa diperlukan :)

Yang diperlukan itulah yang memenatkan.

Heh. Perasaan sungguh tak keruan. Dulu waktu hanya punya Tihani focus 100% pada dia. Bila dah ada Aiman, focus terbahagi-bahagi. Kadangkala terkasar dengan Tihani. Haih rasa bersalah. Lepas tu pujuk-pujuk balik. Cium belai-belai sayang. Then, she'll be okay.

Plus, saya tandem.

Errr benarkah Syuhada? Benar. Benar sangat-sangat. Ainan Tihani tidak keruan melihat adik bahagia diulit Ibu. Dia siap angkut bantal gedabak, letak atas peha Ibu lepas tu menyuakan mukanya. HAHAHA. Kadang-kadang rasa nak picit-picit bila dia tak reti sabar :P

Over okay. Over the baby.

Yang si baby lagi rileks. Dah sudah dapat susu barang sedas dua dia sudah OK. Tapi si kakak ni, amboih boih boih, lebih sudu dari kuah. Kalau dapat can memang takkan berhenti berharap agar Ibu bagi lagi dan lagi.

Tapi tandem pun tak kurus-kurus. Malah kadar kelebaran berkadar terus dengan penambahan masa. Haha. Aku pon tak tahu apa pasal. Nak kata makan macam Gorila rasa macam tak. Haish.

I love my babies.

Meskipun penat tapi bahagia. Meskipun kengkadang sakit hati bila orang tegur cara kita berkasih sayang tapi telan jelah. I don't see anything wrong with tandem. Ainan Tihani is just a toddler. Masih belum mencecah usia dua tahun OK.

Mata saya kini seperti panda. Eye bag makin ketara sampaikan aku rasa orang mesti ingat aku kena penumbuk. Hahaha. Rasa kasihan dengan diri sendiri tapi tak mengapalah, bertahan.

Now, aku tak faham macam mana orang beranak tiap-tiap tahun. Err accident kalau boleh biarlah sekali. Jangan berkali-kali. Penat ooooooo,

Seriously, I guess itu reason kenapa Tuhan tak benarkan aku punya triplet. Ada dua ni pun tergolek-golek. Rasa kalau tiga mahu rupa tak serupa manusia dah. :D



Saya suka baby. Tapi biarlah baby yang ketiga datang SEPULUH TAHUN LAGI! Haha. Mak penat nak :p



Cepatnya masa berlalu. Hai papan conteng. Maaf, hidupku sudah terlalu sibuk! Bila punya anak, nak menyonteng pun dah tak sempat. Hihihi

Friday, July 24, 2015

MLSF: Post-Habis Belajar


My life so far so good. Alhamdulillah. Masa terlalu laju berterbangan sampaikan walaupun ada terkata nak update blog langsung tak update-update pon belog haku ni. Hehehe *sengih*. Maafkan kami...teng teneneng..maafkan kami, maafkan kami! *sila nyanyi nada Bujang Lapok*

Lepas balik Malaysia kehidupan kami anak beranak terlalu busy kalah PM. Sudahlah hidup nomad. Kejap Selangor, kejap JB, kejap lagi dekat N9. Sampaikan rasa bila orang tanya ada dekat mana tak berani nak inform sebab takut terjadinya sebarang komitmen yang tak dapat nak dipenuhi :p

Oh lupa. SHRMZB daripada kami sekeluarga. Raya kali ni saya recycle je baju tahun 2014 yang saya tak pakai sangat sebab boleh dikatakan buang tebiat aku nak berpeplum pergi uni dekat Edinburgh. HAHAHA. Pakai baju kurung pun orang tengok pelik. Kalau berpeplum haruslah lagi pelik caucasian sekalian tengok saya.

Yang berbaju baru adalah Imran sebab mamat tu payahlah nak beli baju Melayu, Tihani dan adik dia, Aiman.

Eh? Am I reading this right? Eh eh?

Ye. Anda membaca dengan betul. Mata belum lagi kena cataract maka sekali lagi saya taip. ADIK TIHANI. :)

He was born on 1st day of Ramadhan and 2nd day of me (supposed to be) working. Kahkahkah :))

Nasib baik Johor memang cuti 1 Ramadhan jadi saya memang tak kerja. Yang lawaknya a day before tu Imran tanya saya;

"Esok Sayang nak buat apa?"

Maka bini dia ni pon jawablah;

"Esok saya nak pergi hospital. Bersalin" :))

Mahunya saya tak jawab macam tu. Hari pertama kerja sepanjang hari rasa tak selesa. Time duduk memang rasa period pain yang kerap. I knew it was a sign. Tapi nasib baik tak bersalin time tu :p

Tapi malam sebelum 1 Ramadhan memang tak senang tidur. Contraction dari pukul 12 malam jadi saya tak tidur. Malah pukul 3 pagi di saat orang semua sedap bergolek saya pergi mandi. Lepas tu terus sambung masak sahur. Haha. Kesian. Beria sahur tapi puasa sehari pun tak dapat. Nasib badan.

Kenalan yang tahu saya pregnant macam terkejut. Lepas tu siap cakap;

"Pandai eh planning. Habis belajar sambung maternity leave pula" LOL!

Padahal semuanya sudah suratan yang kebetulan. Eceh. Allah plans will always the best! Submission thesis saya 1st May. Dua minggu lepas submission ngam-ngam je saya 34w so lepaslah fly balik Malaysia. Walaupun awalnya agak cuak sebab Aiman transverse (melintang) sampailah 37w tapi lepas tu Aiman terus berpusing (cephalic) waktu 38w dan saya dapat bersalin normal :)

In fact, bersalin kali ni lagi mudah daripada Tihani. With one push je Aiman terus keluar. Hihihi. Perineum intact dan tak kena episotomy. No jahit. Alhamdulillah.



Presenting our little boy;
AIMAN HADIF BIN MOHD IMRAN


Lahir tepat pukul 10:30 pagi dengan berat 2.8kg. Ramai yang cakap Aiman ikut saya. Hidung mancung. (Eh perasan. Haha)


Yang ni tak nampak mancung sebab angle dari bawah :p

Ibu pun cakap Aiman memang ikut saya sebab gelap. Hohoho. Yela yela. Hitam-hitam si tampuk manggis. Walaupun hitam tetapi manis. Bertambah manis sebab berlesung pipit. Eceh.


Tihani OK ke Syud?

Awal-awal OK. Pertengahannya cemburu. Pengakhirannya yakni sekarang macam sudah boleh menerima hakikat yang beliau kini adalah seorang kakak. Hoho. Itu pun kadang-kadang sengaja je buat my blood goes upstairs. Sengaja sengaja je dia penyek-penyekkan adik dia. Haish.


My handsome boy! Rambut lebat macam Son Goku cuma tak terpacak sebab Ibu tak pakaikan gel. Hehe


Tetap manja. Tetap BABY!


Dia punya tembam memang kalah kanak-kanak sebaya. Haha. Baju semua kena pakai umur 3-4y. Adik comel je sebelah dia tapi nanti memang bakal sama naik dengan si kakak.

Ramai terkejut sebab I kept my conception a secret :D

Bukannya tak nak cerita cuma malas. Kang kena tanya macam-macam such as;

"Tak planning ke?"

"Eh kesian Tihani kecil lagi"

"Tak susah ke study sambil pregnant sambil ada anak kecil lagi"


Blablabla. Yada yada yada. Kadang macam concern tapi itulah tu, concern tak kena tempat dan masa boleh mendatangkan lara di jiwa. Eceh. Jadi saya pilih untuk berdiam diri dan fokuskan belajar (eceh fokuslah sangat padahal aktif dekat fb. Hahaha)

I admit. Tak senang nak study sambil pregnant sambil ada anak kecil. Terkejar itu dan ini. Both of us juggling with time. Lagi-lagi Imran kerja yang kena travel jauh-jauh. Tapi bila dia ada job takkan tak nak bagi kerja, tak berasap dapur (eh pakai dapur kayu ke?). Tapi alhamdulillah, we survived. Saya dapat SV yang handsome dan baik gilaaaaa!!! Jadi buat thesis sambil jaga Tihani sambil main fb. Eh?


Resultnya?



So untuk yang dah kahwin, ada anak kecil dan nak sambung study. Silalah berbuat sedemikian. Yang penting, keazaman dan jangan lupa Allah. Jangan lupa niat nak sambung study apa. Suami pun penting juga. Kalau kau dapat lelaki yang diktator maka lupakanlah. Sebabnya lelaki gitu mana nak tolong isteri buat kerja rumah.

Imran saya comel.

Waktu saya sekolah dia masak, basuh, jemurkan baju, mandikan, tukar pampers Tihani. Tak dinafikan semester pertama saya agak ke laut dalam sebab waktu tu struggling. Dengan cari side income, dengan Tihani yang still baby, dengan Imran tak dapat kerja lagi. My first trimester was tough. Malah dapat je result rasa sedih woo. Rasa nak fly balik Malaysia takmo sambung master dah sebab takut end result yang mendukacitakan.

Imran sentiasa support saya.

Saya tak give up. Saya cuba lagi second trimester dan dissertation. :)

Malah rasanya saya lagi fokus belajar waktu dah ada family ni compare waktu undergrad. Hidup solo memang suka berfoya-foya. HAHA. Apsallah aku tak kahwin awal ek? :p

*Ayat last memang nak minta kena cepuk dengan parents sendiri* Kohkohkoh.


Friday, May 22, 2015

Alhamdulillah :)


Semalam genap seminggu kami kembali ke Tanah Air. Alhamdulillah. Sangatlah seronok meskipun Malaysia is scorching hot! Meskipun nak nangis bila in less than a week kami dah habis berbelanja almost RM1000 akibat kesan GST. HAHAHA. *nangis jelah*

I am happy.

Alhamdulillah. Sampai KLIA di sambut Ibu dan Amy. Rindu teramat-amat!

Beberapa hari kemudian ipar duai semua datang rumah. Bawa anak-anak saudara. Ya ampun cepatnya masa! Dah besar diorang. Ligat bukan main. Tihani pun seronoklah jumpa geng. Sampai menangis pun ada :p

Lepas tu saya jumpa Kak Gla dan husband dia, Abang Arif. Kejadian kami melepak berakhir dengan insiden Tihani muntah selambak atas baju Ibu dia. Haha. Again, budak tu kalau dah penat, dengan selsema, bila batuk teruslah muntah.

Alhamdulillah. Sekarang dah ada dekat Johor. Jumpa emak, jumpa ayah. Peluk-peluk. Makan, borak, gelak-gelak. Happy sungguh! Lepas tu bila kembali ke bilik kami (which because we don't even have our own house yet) maka segala memori lama tercipta. Ececeh gedik sekali ayat haku. Haha. Kali ni kami kembali ke bilik kami dengan Tihani. Her babycot is still there :)

Imran ajak solat jemaah. Ya Allah rindu OK! Apa lagi tak tunggu lama terus laju-laju solat sekali. Dekat Edinburgh kami masing-masing sibuk, plus tak ada yang menjaga Tihani. Jadinya kalau sekali sekala solat jemaah pun khusyuknya kurang sedikit. Tadi, sebab sepupu-sepapat Tihani ada, jadinya dia tak kisah ditinggalkan. :p

Next?

What's your plan Syud?

Err saya nak pergi dating dengan Imran. Haha. Plan tak ada kena mengena dengan kerja. Kerja kita tangguhkan sehingga ke suatu masa. I'm still not ready yet to start working. Hohoho.

Tak takut tak cukup duit nak makan ke Syud? Semua benda mahal sekarang ni. InsyaAllah, kami masih mampu survive. Err untuk sementara waktu. Hehe. Nasib baik tak ada apa-apa komitmen yang terlalu besar untuk ditanggung. Huuu

Tihani dah tidur. Maka saya ambil izin untuk tergolek sekali sebelah dia :p

Bye



Saturday, March 21, 2015

Kejadian Gerhana Matahari


Sebenarnya saja nak menulis. Eh belog, rindu sungguh dengan kamu yang sebenarnya aku dah lupa akan kewujudannya. Hahaha. Rasa kalau kamu ni sebuah rumah, telah bersawang di sana sini dan sinun. Fuh fuh fuh *tiup habuk*

Ah sudahlah Syuhada. Konon nak cerita kehidupan di Edinburgh. Kononnnnn.

Errr. Perdona me. Excuse meh. Cubalah sekejap rasa kehidupan Ibu beranak satu ini, bersuami satu (masih dan takkan bertambah. HAHAHA. apa kau gila bersuami lebih?). Lintang pukang kehidupan semenjak memiliki Tihani. Sumpah saya kagum akan mereka-mereka yang punya anak setiap tahun tapi hidup sungguh terurus. Hehe

Saya?

Mengemas bukanlah satu terapi indah sebabnya keindahan itu tidak bersifat hakiki. Cuci mata barang seminit dua bolehlah. Lepas tu Tihani datang bagaikan raksasa yang menyerang Nagasaki & Hiroshima. Habis terburai segala-galanya. Lepas tu aku pon pasrah lantas malas nak kemas dah. Hahaha

In fact, dapat memasak secara aman pun dah kira satu nikmat dunia yang tak terperi. Walaupun selepas tu engkau akan dapat lihat macam-macam 'hasil karya' di atas lantai dapur :))




NAH!

Gambar budak yang makin membesar dan banyak akal! Tu tak tahu ada apakah sehingga hidung beliau seperti ada lebam. Lasak semacam. Ada aja lebam sana sini. Dekat dahi, hidung, lutut. Dahlah bila jalan macam Teletubbies! Heee geram!

Ini gambar tadi. Dia ikut Ayah dia mengukur tanah melihat keajaiban fenomena Gerhana Matahari. Dia cuma sangat baik bila dengan Ayah. Bila Ayah tegur pun sama. Paling cepat touching. Tepat hingga ke lubuk hati yang terdalam. Kalau saya tegur? Heh. Wassalam. Ibu, apa barang Ibu bebel pon, Tihani takkan terkesan :p



My darling teletubbies. Ini teletubbies paling bongsu dan manja. Warna jambu. HAHA. Sila panggil, Teletihani. :))


Sekejap je masa. Dah membesar dengan sangat pantas anak Ibu yang seorang ni. Ah touching :')


Ini gambar kejadian semalam. Birthday saya yang ke-28. Hahaha. Tuanya! Tuanya! Imran belikan bunga, cake, dua keping kad. Lepas tu Bariah, housemate kami buatkan fruit fondue. Oh sangat heaven! Makan sampai terkenyang. (Eh ada ke terkenyang? Hihihi) Memang sengaja makan sampai kenyang pastu malam boleh cheat tak perlu memasak. Lalalala.


By the way, do I look fairer? Rasa macam perasan putih sejak duduk sini. HAHAHA. Padahal tak lama lagi nak balik Malaysia dah. Lepas tu boleh jadi manggis balik. Hitam-hitam si tampuk manis, walaupun hitam tetapi manis :p *perasan*


Eh Syud. Bukan entri ni bertajuk Gerhana Matahari ke?


Mana eclipsenya? Mana ? MANA? Errr adalah. Cuba bawa-bawa bersabar. Bagi Tuan Belog interframe diri sekejap. Entri kalau tak terseleweng mana menarik. Eh? Sorry again. Tangan ni memang menaip secara random sekali :))



Nah ECLIPSE! Hasil kerja suami saya. Begitu effort beliau membawa kotak, cling wrap, kamera bagak serta anaknya. Hahaha. Dah macam nak pergi berperang dah tengok. Saya sibuk nak pergi jumpa SV. Memang taklah nak bawa Tihani sekali. Nanti dissertation tak ada progress langsung.

Nasib baik dapat SV yang super kacak serta berhati baik. Soft spoken serta sentiasa memuji diri ini. (Padahal aku rasa super sampah sebab progress thesis macam kura-kura). Eh bahagian kacak dan berhati baik tu tak tipu ye. Untung dapat SV caucasian yang rupa macam ala-ala pelakon Hollywood. Hahaha. Nanti-nanti ada rezeki saya upload gambar beliau :p


Yang ini pula gambar dari iphone member merangkap jiran setaman. Cantikkan? I is jelly sebab dia boleh ambil gambar eclipse. Tak faham apsal aku ambil dapat awan je. LOL! Lagipun waktu eclipse ni saya tengah nak berjalan pergi school. Memang tak adalah nak menikmati panorama kecuali berasa pelik dengan suasana macam suram pastu tetiba cerah kembali :D

Gambar atas ni memang terbaik sebab ada ranting-ranting pokok! Hahaha. Rasa macam boleh buat poster. Kan kan kan?

Errr anak dara saya kelihatannya seperti sudah terlalu kuyu. Betterlah bawa dia masuk beradu sebab sekarang ni pukul6 pagi matahari dah terbit di ufuk Timur.

Harapnya karangan pendek saya yang tak ada faedah sangat ni buat anda terhibur. Haha.

Bye!

Wednesday, October 15, 2014

Tihani Turns One!


Bagaimanakah mahu memulakan karangan?

Err harus bagaimanakah? Baiklah. Kita mulakan dengan 28 SEPTEMBER 2014. Hahaha. Tiba-tiba sangat bukan? Ada apakah dengan tarikh itu? Public holiday? Anugerah Berita Harian? Saya naik pelamin? Eh kau. Semuanya pastilah bukan.

28 September adalah satu hari sebelum hari ulangtahun kelahiran Ainan Tihani. :)

Tarikh yang pasti diingati kerana pada pagi itu satu tahun yang lalu, saya telah menggesa Imran bangun seawal pukul 5 pagi lalu kami bergegas ke Putrajaya kononnya saya nak bersalin dah. HAHAHAHA. Kelakar kalau diingatkan. Dengan saya menahan rasa kontraksi. Dengan Imran pecut kalah Schumacer. Sampai-sampai HPJ, terus hilang rasa contraction :P

Hee. 28 September juga adalah ulang tahun kelahiran kenalan rapat kami di Edinburgh, Adilah. Kebetulan dia baru pindah ke rumah baru di area Broomhouse dan buat housewarming Ahad itu. In fact birthday girl ni beria-ia nak throw birthday party untuk Tihani yang disekalikan dengan housewarming. Orang lain punya birthday, Tihani pula dapat cake. Aha!



 Ini hobi birthday girl. Menyepahkan isi purse/bag. Kalau tak dibagi boleh mendatangkan kemarahan paling ulung. Nanti Ibu kena cakaran harimau T_______T




Ini birthday girl yang sebenar, Adilah. Haha. Birthday girl ni yang bersusah payah buatkan cake, deco meja, masak Nasi Tomato Super Pedas dan sebagainya.



Kedua-dua birthday girl bergabung. Maaf. Yang kecil tu memang tiada keinginan bergambar. Bagi dia janji perut kenyang. Kelihatan meja masih lagi ada dulang (dulang ke?) kosong sebab Shahmin tak sampai-sampai. Cupcakes Red Velvet gagal saya tayangkan sebab semuanya dah masuk dalam perut orang ramai waktu majlis.




 Supergirls!!!



Super family! :D



Alhamdulillah. Dah setahun jadi Ibu. Dah setahun Allah pinjamkan Tihani dekat Ibu dan Ayah :")


Ayah kissed Tihani. With much love, of course.


 Cake Topper Tema Hello Kitty!

Effort saya mencari,print pastu gunting comel-comel. Hehe. Sederhana tapi bermakna :)

Sebenarnya few days sebelum majlis Adilah dan saya berwhatsapp. Maka bersemangatlah birthday girl sebenar ni nak pakai tutu lepas tu nak tema Hello Kitty untuk Tihani. Ibu Tihani layan je. Haha



Decoration Cake By Adilah

Ibu Tihani tukang buat topper je. In fact tukang tampal topper pun orang lain. Thank you Fafa, Alia, Sheila sebab tolong celebrate birthday Tihani dekat party housewarming korang! 




My Beloved Daughter, Ainan Tihani. 


My Darling Husband :')


Can you detect her Teddie? Ye. Teddie Tihani tu siap tertinggal dekat rumah diorang. Haha. Nasib baik budak kecik ni tak menggagau cari Teddie dia waktu tidur malam, kalau tak....naya!


The Tuan Rumah




The birthday girl angkat Tutu!

Saya cuma dapat mengongsikan gambar sebelum majlis. Ketika majlis saya rasa huru hara. Haha. Plus masalah manusia bertaburan di mana-mana serta kepadatan penduduk membuatkan usaha mengambil gambar menjadi payah. Tambahan pula, saya sibuk mengisi perut dan menahan pedas. Kahkahkah. Err gambar gemuk haruslah disembunyikan bagi menjaga integriti diri. Harapnya sebelum pulang ke Malaysia saya akan kembali langsing. Harapnya juga harapan jangan tinggal harapan.

Saya taklah pandai nak approach orang. Sekadar nak bagi makan cake dan rasa ada sambutan birthday Tihani dah mencukupi. Tapi Adilah request semua orang nyanyi lagu birthday sambil dia dan Tihani potong cake. Oh sungguh comel!

Dear Ainan Tihani,

Selamat hari lahir yang pertama Sayang! Ibu dengan Ayah sayaaaaaaaaaaaang Tihani! Sayang sangat sangat sangaaaaaat. Hari-hari kami ada seribu satu macam dengan kehadiran Tihani. Tanpa Tihani dunia rasa kosong.

Tak ada satu hari berlalu tanpa Ibu memikirkan Tihani. Pergi sekolah mesti belek iphone tengok muka Tihani. Super kemaruk sampaikan whatsapp Ayah pun balik-balik tanya pasal Tihani. Kesian suamiku. Terabai. Haha

Ibu doakan Tihani jadi anak Solehah. InsyaAllah :)


Dengan ini saya sudahi entri dengan ucapan bye bye. Jam sudah menunjukkan pukul 7:11pm. Edinburgh kelihatan seperti sudah terlalu lewat malam. Eh sudah.

Bye. Sekali lagi.