Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label To Be A Bride. Show all posts
Showing posts with label To Be A Bride. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

CD Mode - 7D

Counting Days Mode
FEWWWH!


SEVEN DAYS TO GO!

*Lub Dub Lub Dub*
Saun efek motokar. Hew Hew Hew


Sunday, February 26, 2012

Tersangat Manis!

Bangun pagi-pagi terus laju-laju membuat macam-macam TAG. Ya Allah, aku sangat jatuh cinta sama hasil kerja sendiri. Eh maaf. Over narcisstic disini. Sila pangkah jika menyampah :p

Padahal tak adalah Truly Yours. Maksud saya. Not really truly mine. I love to use Microsoft Paint. Sumpah berciri old school. Orang dah guna AI, saya masih terkedek-kedek dengan paint. Tapi Aiman tak kisah. Yang penting, happy.

Over here (di atas ini)

Adalah label Doilies untuk WISHING TREE. Memandangkan My Other Half tidak buat-buat pon cop yang dijanjikan, maka saya mengambil inisiatif membina idea baru. Ceh tetibalah sangat aku ni. Haha

Nanti kami hanya perlu print-gunting-tampal pada Doilies.

SIAP!

:)

P/S:
Tetamu sekalian nanti, tersangat manis you ol's kalau tolong jot down sesuatu di atas Doilies dan gantungkan pada Wishing Tree kami. Thank you.

Tuesday, February 14, 2012

Roses Doilies


Dear Tunang,

This is the idea that I got from internet. I love it! Hopefully doilies Syuhada bakal di dye secara comel dan merah menyala jantungku *lub dub lub dub* :)

Dear Readers,

Cantikkan? I know you guys love it as much as I do ;)

Dear Bantal,

OK. Aku ngantuk. Babai. HAHA (rhyme!) :p

Tuesday, January 10, 2012

Heylo Beylo!

Engkau kelihatan sungguh terbengkalai. Seperti tidak ada pemilik empunya blog. Maafkanlah daku wahai belog *sambil tiup-tiup semua spiderweb* Hakhakhak.

Bagaimanakah kehidupanmu kini wahai Syuhada?

Excellante! Selain tinggal dua purnama mahu hidup sebagai gadis solo molo. Macam-macam kejadian telah berlaku lalu menumpahkan 500ml of tears. Sungguhpon begitu, aku tidak berasa tercabar langsung mahupun patah semangat.

Ayuh kahwin! *Haha bengong*

Malam ini dengan riang hatinya saya mahu berkongsikan tips mencari pakej Mak Andam bagi all bride to be di luar sana. Konon macam senang, tapi tak senang. Percayalah. Lagi-lagi untuk insan 'istimewa' seperti saya ini.

Mari kita mulakan. Let's!

1. Tetapkan Budget
Ini adalah sangat penting. Please please jangan goyah bila Mak Andam memberikan gambaran fantasi anda bakal kahwin di atas taburan bunga-bungaan. Lagipon, sungguhpun kahwin itu sekali seumur hidup tapi lepas kahwin engkau makan meggi je takda guna juga kan?

2. Tetapkan Warna
Jangan jadi macam saya. Oleh kerana rasa terlalu sibuk dan tengok harga Mak Andam semua macam nak menyumbat arteri, terus laju-laju decide Mak Andam tanpa survey baju betul-betul. At the end, terpaksa cancel off Mak Andam yang sebelum ni dan berubah pada Mak Andam lain.

3. Pastikan Anda Fit-In
YUP. Part ini terpaling penting. FYI (eceh), saya memiliki sepasang kaki unik berdiameter itik. HAHA. In fact dulu, ketika bersilat budak-budak lelaki suka menyepak seliparku lalu menghina-hina kaki aku yang dikira langsung tidak comel. Ceh! So, masalah terbesar saya adalah mencari kasut.

OK. Tiga je yang perlu kita highlightkan. Lain-lain lu pikirlah sendiri. Berbalik kepada masalah saya yang telah menyebabkan saya elmosi lalu tertumpah air mata atas keyboard, saya terus mencari solution. Iaitu, CANCEL-OFF the previous Mak Andam.

Yeah. You heard me right. Mak Andam sepatutnya adalah makhluk paling mesra alam. Dah kerjanya kena mesra-mesra kan? Tak payahlah nak berkira sangat dengan bakal pengantin. Apa diorang pikir kita bride to be ni cop duit hape?

Dahlah baju aku bukan colour yang dikehendaki. Dahlah kaki aku takda size (terpaksa beli sendiri if proceed on). Dahlah kedek takmo kasi baju extra untuk outdoor photoshoot. Dahlah macam tak bersemangat pastu asyik ugut-ugut cakap dia ada banyak lagi job waktu tarikh saya tu.

So I was like....Fineeeeeeeeeeeee! Ingat aku heraaaaaaan??!

Kepada Mak Andam di luar sana. Pleaselah faham kondisi kewangan kami. Jangan terlalu menekan. Lepas tu layanlah baik-baik sungguhpon kami (bride to be) ni banyak songeh. Yes. Kami banyak songeh sebab kahwin tu sekali je seumur hidup. Lainlah kalau dah pasang niat nak kahwin berkali-kali. Yang tu aku tak tau.

Harap-harap Mak Andam kali ni considerate dan boleh bertolak ansur dengan request saya. Nasib baiklah ada Encik Bakal Suami yang pergi deal balik dengan Mak Andam lama. I is very the gigil lutut. Dah tak boleh nak cakap.

Last-last aku ternangis di corong handphone. HAHAHAHA. Nasib baiklah dapat tunang sabar tahap melantun-lantun. Nasib baik :)

For the time being, saya berjaya induce tunang untuk sama-sama jog di petang hari. Pastu keciciran sebab semput. Kahkahkah. Nampak sangat tak fit. Nampak sangat dah lama jana lemak tepu berkilo-kilogram. Takyahlah jog sampai sejam lebih. Dapat satu dua round everyday pun dah cukup.

InsyaAllah, kalau kita istiqamah, by the time majlis kami, both of us will look like Merpati Tie The Knot. (Istilah buat sendiri) :P

Sunday, December 25, 2011

Yeayness!

Awww! So cute!
Sumber: GOOGLE

Bercakap mengenai persiapan. Yang di atas serta di bawah adalah idaman. Err idaman engkau adalah pokok Syuhada? YES! Tepat sekali. Pokok! Saya mahukan dua pokok. Satu pokok menggunakan board keras berwarna putih. Another one adalah pokok tak perlu guna board. Dalam erti kata lain, saya mahukan pokok ORIGINAL. Hehe

Pokok di atas mahu diletakkan di atas meja pengantin. Buat menyemak ruang. Hahahaha. I don't care. I love the pokok! Awesomely cute!

Ini pokok kedua. Saya dah suruh adik carikan. Harap-harap dia jumpa. Pokok ni nak diletakkan di depan khemah sebelum orang ramai berpusu-pusu masuk bersantap. Ya. Pada hari keraian saya, semua orang adalah Raja dan Permaisuri sehari. Maka kita ajak mereka bersantap =)

Sebelum masuk bersantap, I want to put a table. Meja yang simple tetapi di atasnya ada bowl berisi Doilies yang berwarna-warni (or maybe pink only sebab I is malas. HAHAHA). Doilies ini akan diikat dengan riben. Nanti tetamu boleh ambil magic pen dan scribble anything di atas kertas doilies itu. Yeayness! Comelnya kertas ucapan tu nanti.

After dah scribble, tetamu yang disayangi dijemput menggantungkan doilies siap beriben itu pada pokok kedua ini. Thank you mucho! Love you ols muah muah! :D

Setakat ini, itu saja idea yang sedang mencurah-curah ke dalam kepala otakku.

Macam tak percaya, lagi dua bulan, dua minggu, dua hari. So scary! Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan kami. Sungguhpun kami berdua ni sungguh berleka-leka dan tak reti-reti nak buat preparation :p

Wednesday, November 23, 2011

Tiada Gambar

Selalunya post pasti terlekat sekali dengan gambar barang sekeping dua. Kalau mood rajin maka akan jadi berkeping-kepingan. Lagi-lagi kalau internet selaju bullet train. Makin laju aku rasa nak update macam-macam.

Entri kali ini tidak akan ada gambar. Cuma ada aksara-aksara yang tertulis secara rambang. Direct output dari kepala otak aku yang sedang kelaparan dan sebentar lagi akan makan cereal dan honey. Kononnya diet. Konon-kononnya la :p

Tajuk kita pada kali ini adalah 'Impian Perkahwinan Saya'

Err aku sekarang kurang mengerti. Kenapakah ketika sekolah tajuk karangan tak pernah seindah ini? Kenapa kanak-kanak tak diberikan peluang bercita-cita tinggi sedari kecil? Dalam erti kata lain. Berangan sejak dari bangku sekolah! Hahaha. Oh. Mungkin faktor usia kot. Kecik-kecik tak baik banyak berangan bukan-bukan.

Eh tapi tak salah apa?

At least nanti bila dah dewasa tak adalah macam aku ni. Tak ada hala tuju yang pasti. Sekejap nak kahwin macam ni. Sekejap nak macam tu. Tapi yang macam tu tu banyak sangat wang ringgit harus dihabiskan. Dah habis banyak-banyak nanti dicop saudara syaiton. Nauzubillahminzalik.

OK OK. Mari kita set your mind Syuhada. Jangan cepat sangat terpesona tengok orang punya wedding. Memanglah cantik warna lain. Memanglah nampak awesome bila berduit. Masalahnya, dress-dress tersebut overprice! Expensive dalam erti kata lain.

Engkau bayangkan jelah. Kalau baju untuk 2 orang paling murah RM1880. Ye gorgeous. Sumpahlah aku terliur. Masalahnya, baju tu FOR RENT. Bukannya lepas bayar hampir 2K itu maka baju gorgeous itu jadi hak milik kamu. Itu tak masuk lagi pelamin & make up. No no no. Lupakan.

Jadi. Untuk baju saya tutup mata. Saya terima apa aja yang ada. Hahaha. Tolonglah kamu-kamu. I is miskin. I don't want membazir. Tak apa. Saya percaya senyuman manis pada hari itu dah cukup bermakna buat saya :)

Hmmm. Sekarang saya ada buah fikiran supaya dress kami nampak not bad. Saya mahu it to be white & silver. Hahahaha. Aku ni gila tahu? Tetiba bertukar kepala otak :p

Tapi tapi. Ye. Pink belacan tetap my main theme. Harap-harap rakan taulan pakai warna tersebut. Putih, silver, pink belacan. Oh! Bukankah sweet? :) :) :)

Next

Saya teringin nak ada Candy Buffet. Tapi itu KIV la. Itu cost. Lagipun macam tak berapa perlu. Sedangkan nak buat pelamin mini waktu nikah pon tunang dah cakap no. Tunang cakap dekat surau takyahlah. I is sentap noks. Tapi I diam-diam jelah. Lagipun, betul gak. Apa ke gila aku nak pasang mini pelamin dekat surau? Hish!

Kalau nikah dekat rumah kan best.

Tak apalah. Aku nikah dekat rumah dalam mimpi jelah. Hahaha. Lagi Syud? Hmm. Let's see. Flower-flower girl punya dress dah beli dah. Kecuali untuk Amy. Alahai kesian minah tu. Tinggi sangat macam galah sampai tak tahu nak cari dress dekat mana.

Lantern?

Dah rent. Tapi tunggu confirmkan khemah. Khemah pun cost. Rasa nak kahwin bawah pokok je. Hahahaha. Tapi macamlah banyak sangat pokok yang engkau nak kahwin bawah pokok :p

Next?

Eh aku lapar. Tak mampu nak berfikir. Lain-lain kali fikir. Hehehe. Bye!

Tuesday, November 22, 2011

Kisah Terbaru

...dalam kehidupan saya yang ingin dikongsikan buat yang jauh di mata tapi dekat di hati =)

I love this picture! Mucho!

Sebenarnya saya malu-malu ayam saat kawan-kawan suruh kami bergambar together duduk bersanding. Ececewah. Malu tapi mahu.

Terbaru dalam kehidupan adalah membebel tak henti-henti dan konon-konon risau pasal tak ready. Preparation tak siap apa lagi. Pastu dah buas eh puas membebel terus senyap. HAHAAHAHAHA. Entah hapehape punya perangai.

Maka seterusnya saya ingin membebel tak ada hujung pangkal. Sila takyah baca sebab otak aku tengah ting tong.

Tadi saya beli groceries. Ambil secara berdikit-dikit memandangkan poket sumpah mengalami kemerosotan pitih.

Sekali time bayar...

Cashier: "RM80.15 semua sekali"
Saya : *pasrah tak cakap apa-apa terus hulur duit* Hahahaha

Ya Allah mahalnya barang zaman sekarang! Mahalnya mahalnya! Ni baru beli sikit je barang ikut anak tekak. Kalau ikut anak-anak? OMG! (Bakal) suami, sila sediakan wang saku secukupnya :p

Weekend lalu telah cuba fitting kali pertama. Sekarang sedang berada dalam delima. Eh silap, dilema. Satu, baju putih tu macam biasa-biasa je sungguhpon waktu saya keluar ada makcik dan pakcik cakap; 'Cantiknyaaaa'. Lalu aku perasan tak sudah-sudah. Haha

Makcik, please explain. Baju cantik ke orangnya? Saya confuse :p

Dua, tudung dia tak cun. Dahlah tak cun. Pastu aku rasa sexy. Takmo takmo. Eventhough kahwin tu sekali seumur hidup tapi tak mahulah buat dosa kering. Selama hidup engkau pakai tudung tutup dada. Time kahwin tiba-tiba terpaksa mendada. Hish. Simpang malaikat 44!

I want tudung bawal. Titik. Takpun tudung Ariani yang gorgeous banyak batu ke. Hehehe. Pastu sumpah aku tak tahu nak pakai bila dah. Saya ni tak reti bergaya orangnya. Balik-balik tudung bawal plain je dok sarung 24 jam.

Tiga, bila tengok orang lain pakai colour lain rasa terliur macam tengok Classified Chicken Pizza. Hahahaha. Tapi, putih tu suci. Dalam gambar pon nampak menarik apa. Errr mak confuse noks!

OK. Tamat cerita main kahwin-kahwin.

Cerita seterusnya akan disambung bila saya punya masa dan takda kerja nak merepek. Nak pergi basuh baju. Bye bye!

Wednesday, October 19, 2011

Rubber Stamp!


Ini contoh doorgift untuk kanak-kanak!
Simple, cute dan boleh dijahanamkan sesuka hati engkaulah budak-budak oiii!

Dalam paper bag anda boleh letak almost anything!
KECUALI;
Handbag
Porsche
Kapal Terbang (Errr what Syuhada???)


Dan sebagainya yang dirasakan tidak bersesuaian. Kahkahkah. Sebab tu aku letak almost. Kalau tak aku letak anything. Eh apa-apa jelah kau Syud.

Lalu untuk menyempurnakan idea ini, saya telah survey harga paper beg.

RM3.00/ 100 pcs :)

HOMAIGATTTTTT!

Murah yang terlalu! Super duper bagus untuk kanak-kanak yang memang tak reti menghargai nilai estetika. Errr abaikan. Aku sendiri tak tahu estetika tu hapekebendanya. HAHA. Sebenarnya saya tak survey. Ternampak je sebab ada sorang Uncle ini sungguh pemurah orangnya. He gave those paper beg untuk those yang tak reti bawak beg plastik kalau nak ambil ubat.

So comel :)

Untuk mereleasasikan impian doorgift simple-yet-cute nombor dua. I need CAP MOHOR! I need RUBBER STAMP!

Berikut saya letakkan contoh. Ahaks.






Sweet bukan?

OK. Yang terakhir sekali saya edit. HAHAHA. Pandai tak? Pandai tak? Tapi nombor dua yang belum akhir tu saya buat sendiri. Hek eleh. Bukan susah sangat pon. Letak border swirl-swirl. Taip nama. Siap!

Nice. Tapi I want macam nombor dua. Sebab nombor dua BULAT! Bila bulat, maka sesuai untuk saya cop-cop dekat Doillies! Ya Allah, anak siapalah yang sungguh creative lalu bersengkang mata berjaga main internet malam-malam buta macam esok tak berkerja neh?

Hehe. I'm too excited! Otak terlalu laju mahu design itu dan ini.

Syuhada. Anda bukan saja setakat comel pandai letak eye-liner dekat mata. Tapi anda juga suka buat perbuatan menawan. Eceh. Silalah tertawan dengan I please. Girl saja. Guys cannot. Hati I sudah dimiliki. Weh weh sudah Syudddddddddd!




Untuk Mr. Fiance,
Awak, saya nak yang bulat. Designkan macam nombor dua pleaseeeeee! Tak terror lah nak design-design. Paling saya terror guna paint saja. Uhuk uhuk uhuk. *menangis sebanyak satu Sungai Rajang*


P/S:
Rubber stamp for wedding sangat popular di oversea. Most of bride-to-be or families akan menempah nama mereka berserta alamat. Siap customize OK! Di jual di etsy dan sebagainya dengan harga $20 dan ke atas. Tapi kalau anda creative dan perompak macam saya, copy, paste dan crop je nama diorang. HAHA

Sunday, September 18, 2011

Save-The-Date

'Dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya' (2:105)



P/S:
Sesungguhnya saya hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan segalanya. Amin amin.

Friday, August 19, 2011

Of Colours Theme!


Dalam beberapa entri lepas saya sudah berjanji akan mengongsikan warna tema sekiranya bertemu jodoh dengan butik pengantin. Akan tetapi sebenarnya aku takdalah berjodoh sangat. Sobsobsob.

Everything was great! Except...(sila teruskan pembacaan anda)

Pelamin aku suka. Gambar aku suka. Yang tak berapa nak suka adalah pilihan baju. Huk huk huk. SUPER LIMITED sampaikan rasa nak nangis dan begging pleaselah tambah collection. Mana boleh butik pengantin baju 9 pasang je. Cannotttt!

However, di sebalik limited. Actually saya sedikit jatuh cinta pandang pertama pada sehelai gaun labuh polos berwarna putih. Eh kejap kejap. Tak berapa nak polos. Sarat je dengan labuci dan laces. Hahahahaa.

Maka mari kita share warna tema saya,it'a PINK and WHITE! :)

Kenapakah pink Syuhada? Kami ingat anda tidak girlish. Eh betullah. Saya memang tidak girlish. In fact saya sangat boyish. Maka bila sampai kepada wedding, haruslah engkau pilih warna yang melambangkan kewanitaan supaya sedikit lembut. Haha

Barulah terserlah keayuan aku yang tak berapa nak ayu ni. Muahahaha. Tak apalah butik tu takda dress pink. Kalau after raya tak jumpa juga alamatnya rembat je gaun puih tu tapi alter a bit dengan tudung dan riben pink. Hiks.




Flower girls Syuhada?

Oh! Little Cousies semua adalah kanak-kanak perempuan yang petite petite belaka. Maka adalah sangat molek saya carikan mereka gaun putih dan disertakan dengan headband seperti di bawah.

:D


Bridesmaid?

Huuu. Setakat ni teman-teman rapat tak cakap lagi diorang nak jadi bridesmaid. Ke aku kena offer baru diorang nak? Haha






All of the above adalah gorgeous! Gila rasanya nak pilih which one is the best. Tapi it's OK, it's alright. Sampai masanya I do think I'll choose the bestest! :D
.
.
.
.
Adik-adik lelakiku bakal terpaksa memakai warna jambu meskipon mereka tidak berwajah jambu. Wakakaka. :))