Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Friday, July 24, 2015

MLSF: Post-Habis Belajar


My life so far so good. Alhamdulillah. Masa terlalu laju berterbangan sampaikan walaupun ada terkata nak update blog langsung tak update-update pon belog haku ni. Hehehe *sengih*. Maafkan kami...teng teneneng..maafkan kami, maafkan kami! *sila nyanyi nada Bujang Lapok*

Lepas balik Malaysia kehidupan kami anak beranak terlalu busy kalah PM. Sudahlah hidup nomad. Kejap Selangor, kejap JB, kejap lagi dekat N9. Sampaikan rasa bila orang tanya ada dekat mana tak berani nak inform sebab takut terjadinya sebarang komitmen yang tak dapat nak dipenuhi :p

Oh lupa. SHRMZB daripada kami sekeluarga. Raya kali ni saya recycle je baju tahun 2014 yang saya tak pakai sangat sebab boleh dikatakan buang tebiat aku nak berpeplum pergi uni dekat Edinburgh. HAHAHA. Pakai baju kurung pun orang tengok pelik. Kalau berpeplum haruslah lagi pelik caucasian sekalian tengok saya.

Yang berbaju baru adalah Imran sebab mamat tu payahlah nak beli baju Melayu, Tihani dan adik dia, Aiman.

Eh? Am I reading this right? Eh eh?

Ye. Anda membaca dengan betul. Mata belum lagi kena cataract maka sekali lagi saya taip. ADIK TIHANI. :)

He was born on 1st day of Ramadhan and 2nd day of me (supposed to be) working. Kahkahkah :))

Nasib baik Johor memang cuti 1 Ramadhan jadi saya memang tak kerja. Yang lawaknya a day before tu Imran tanya saya;

"Esok Sayang nak buat apa?"

Maka bini dia ni pon jawablah;

"Esok saya nak pergi hospital. Bersalin" :))

Mahunya saya tak jawab macam tu. Hari pertama kerja sepanjang hari rasa tak selesa. Time duduk memang rasa period pain yang kerap. I knew it was a sign. Tapi nasib baik tak bersalin time tu :p

Tapi malam sebelum 1 Ramadhan memang tak senang tidur. Contraction dari pukul 12 malam jadi saya tak tidur. Malah pukul 3 pagi di saat orang semua sedap bergolek saya pergi mandi. Lepas tu terus sambung masak sahur. Haha. Kesian. Beria sahur tapi puasa sehari pun tak dapat. Nasib badan.

Kenalan yang tahu saya pregnant macam terkejut. Lepas tu siap cakap;

"Pandai eh planning. Habis belajar sambung maternity leave pula" LOL!

Padahal semuanya sudah suratan yang kebetulan. Eceh. Allah plans will always the best! Submission thesis saya 1st May. Dua minggu lepas submission ngam-ngam je saya 34w so lepaslah fly balik Malaysia. Walaupun awalnya agak cuak sebab Aiman transverse (melintang) sampailah 37w tapi lepas tu Aiman terus berpusing (cephalic) waktu 38w dan saya dapat bersalin normal :)

In fact, bersalin kali ni lagi mudah daripada Tihani. With one push je Aiman terus keluar. Hihihi. Perineum intact dan tak kena episotomy. No jahit. Alhamdulillah.



Presenting our little boy;
AIMAN HADIF BIN MOHD IMRAN


Lahir tepat pukul 10:30 pagi dengan berat 2.8kg. Ramai yang cakap Aiman ikut saya. Hidung mancung. (Eh perasan. Haha)


Yang ni tak nampak mancung sebab angle dari bawah :p

Ibu pun cakap Aiman memang ikut saya sebab gelap. Hohoho. Yela yela. Hitam-hitam si tampuk manggis. Walaupun hitam tetapi manis. Bertambah manis sebab berlesung pipit. Eceh.


Tihani OK ke Syud?

Awal-awal OK. Pertengahannya cemburu. Pengakhirannya yakni sekarang macam sudah boleh menerima hakikat yang beliau kini adalah seorang kakak. Hoho. Itu pun kadang-kadang sengaja je buat my blood goes upstairs. Sengaja sengaja je dia penyek-penyekkan adik dia. Haish.


My handsome boy! Rambut lebat macam Son Goku cuma tak terpacak sebab Ibu tak pakaikan gel. Hehe


Tetap manja. Tetap BABY!


Dia punya tembam memang kalah kanak-kanak sebaya. Haha. Baju semua kena pakai umur 3-4y. Adik comel je sebelah dia tapi nanti memang bakal sama naik dengan si kakak.

Ramai terkejut sebab I kept my conception a secret :D

Bukannya tak nak cerita cuma malas. Kang kena tanya macam-macam such as;

"Tak planning ke?"

"Eh kesian Tihani kecil lagi"

"Tak susah ke study sambil pregnant sambil ada anak kecil lagi"


Blablabla. Yada yada yada. Kadang macam concern tapi itulah tu, concern tak kena tempat dan masa boleh mendatangkan lara di jiwa. Eceh. Jadi saya pilih untuk berdiam diri dan fokuskan belajar (eceh fokuslah sangat padahal aktif dekat fb. Hahaha)

I admit. Tak senang nak study sambil pregnant sambil ada anak kecil. Terkejar itu dan ini. Both of us juggling with time. Lagi-lagi Imran kerja yang kena travel jauh-jauh. Tapi bila dia ada job takkan tak nak bagi kerja, tak berasap dapur (eh pakai dapur kayu ke?). Tapi alhamdulillah, we survived. Saya dapat SV yang handsome dan baik gilaaaaa!!! Jadi buat thesis sambil jaga Tihani sambil main fb. Eh?


Resultnya?



So untuk yang dah kahwin, ada anak kecil dan nak sambung study. Silalah berbuat sedemikian. Yang penting, keazaman dan jangan lupa Allah. Jangan lupa niat nak sambung study apa. Suami pun penting juga. Kalau kau dapat lelaki yang diktator maka lupakanlah. Sebabnya lelaki gitu mana nak tolong isteri buat kerja rumah.

Imran saya comel.

Waktu saya sekolah dia masak, basuh, jemurkan baju, mandikan, tukar pampers Tihani. Tak dinafikan semester pertama saya agak ke laut dalam sebab waktu tu struggling. Dengan cari side income, dengan Tihani yang still baby, dengan Imran tak dapat kerja lagi. My first trimester was tough. Malah dapat je result rasa sedih woo. Rasa nak fly balik Malaysia takmo sambung master dah sebab takut end result yang mendukacitakan.

Imran sentiasa support saya.

Saya tak give up. Saya cuba lagi second trimester dan dissertation. :)

Malah rasanya saya lagi fokus belajar waktu dah ada family ni compare waktu undergrad. Hidup solo memang suka berfoya-foya. HAHA. Apsallah aku tak kahwin awal ek? :p

*Ayat last memang nak minta kena cepuk dengan parents sendiri* Kohkohkoh.


Monday, December 31, 2012

My Two-Thousand-Twelve




Ini adalah printscreen. Daripada seorang kawan yang sangat gorgeous. Haish. Serious terharu lalu sebak dapat ucapan sebegini rupa. Thought it's a pm from fb. Tapi kalau engkau di tempat aku, tidakkah ini mengudang eh mengundang rasa keterharuan? Thank you Sasha for the thought. I love you! :)

Yup.

It was hard. 2012 adalah tahun kebangunan dan kejatuhan ketara. Haha. Maafkan Bahasa Malaysia saya yang barai ini. Excuse me. Heh, Malaysia tak bagus. English pon sama ke longkang. T__________T


So. Tanpa berlengah. Marilah kita soroti kisah saya sepanjang 2012 *eceh bajet artis*;

{ Berkahwin Secara Magik! }




Sebab?

Entah. Sebab tak pernah imagine kahwin dengan dia! Hahaha. Saya tak pernah sukakan lelaki skema. Tak pernah suka lelaki 'comel'. Tak pernah suka lelaki 'berat mulut'. Masa terlalu laju terbang merentasi kelajuan cahaya  sehinggakan kesemua ciri yang aku tak pernah suka tetiba menjadi kesukaan. :))

Actually, bila dah semakin matang. Saya sedar, Fahrin Ahmad tu fantasi semata-mata. Haha. Bila dah makin dewasa, saya sedar kahwin ni bukannya macam dalam filem Hindustan. Bukan bukan. Kahwin ni mengajar saya seribu satu perkara. Dan saya sangat bertuah menjadi isteri Mohd Imran Mohd Noor :)


Dia adalah lelaki paling sempurna dalam hidup saya. Dia melengkapi saya dalam bahagian yang tak terbayangkan. The most beautiful part of our marriage adalah; dia tak pernah putus asa dan sentiasa ada untuk mendakap saya daripada terjatuh :D

Berikut merupakan ciri-ciri suami saya yang tak ada pada Fahrin *Hahaha tetiba Fahrin kena macamlah kenal sangat Fahrin* ;P

1) Super Caring!
Suami saya adalah tonggak segala jenis caring. Daripada sekecil-kecil benda sehingga ke sebesar-besar perkara. He will always be there. Kalau saya malas dan mengada-ngada pastu saja depang tangan luas-luas. Dia tolong bangunkan bini dia yang pemalas ni. Haha. Dia basuh/servis kereta saya. Dia suap saya ubat bila saya kembung perut. Dia urut bila saya sengal otot. Dia pasangkan kabinet dekat farmasi. Dia bawa saya ke mana saja saya nak. :)

2) Super Cooker!
Kami suka masak dan makan sama-sama. Bila saya masak, suami tak pernah miss the chance untuk tolong sama. Ya Allah serius sayang bangat sama dia. Mana nak cari lelaki macam dia? Kadang-kadang kami eksperimen sama-sama. Masak chakoi, fish and chip,barbecue, apam, gyoza, the list goes on and on.

3) Super Rajin!
He made me proud. Saya sangat bangga untuk mengatakan dia suami saya. Dalam banyak-banyak lelaki, he is a family man. Tak pernah berkira. In fact kalau dia buat satu kerja tu, dia takkan stop sampailah selesai. Macam haritu waktu cousin dia bertunang, non-stop saya tengok dia ke hulu ke hilir top up makanan, air, kutip sampah, kemas itu ini. Pastu aku pon barulah nak menonong ikut jejak suami. Haha

4) Super Sweet!
Husband is thoughtful. Macam dua tiga hari ni saya kena diarrhoea & cakap nak 100 plus. Balik-balik je dah ada 100 plus atas meja. Kadang-kadang je dia ni pelupa sikit. Tapi kalau saya ingatkan nanti dia buat. Hehe. Husband tak pandai nak cakap manis-manis. Tak pandai nak romantik tetiba ajak dance ke apa. Tapi saya tahu dia sayang saya. Sweet tak semestinya cara romantic. He is sweet when he kissed my cheek. He is sweet when he says he loves me.


And I believe when the time comes, he will be a sweet father.... ;)


{ Diberikan pinjaman & DiambilNya kembali }



Enam-belas-minggu itu adalah detik terindah. Serius tak tipu. Bila makin bulat perut makin happy. Makin laju-laju mahu buat macam-macam. Otak tak boleh nak divert ke arah lain. Terlalu obses pada 'nyawa' di dalam rahim :)

Dahlah waktu tu dah nak dekat raya. Memang rasa sangatlah down bila tahu ada twin tapi dah tak ada nyawa. Malah, kejadian di atas juga menggugat kasih saya pada suami. I was devastated. Pengalaman melahirkan secara induce dan kemudian dapat tahu mereka actually triplet lagilah buat saya terhairan. Tapi itu kuasa Allah, kalau Dia kata Kunfayakun maka jadilah mereka.

Tipu kalau saya cakap lepas miscarriage saya tak mencuba. Few weeks ago, saya telah melelehkan air mata dengan sangat deras bila saya period. Husband dakap saya kuat-kuat. Mata dia pon merah bila tengok saya sedih. I was crazy for a month! Hahaha.

Hari-hari main UPT. Hari-hari kira bila ovulation. Tapi Allah cakap belum masanya lagi. Ah sabarlah hati.

Err maka azam 2013 adalah TTC! *sila google kalau mahu tahu apa itu TTC* :))

Dua je cerita yang boleh share. Satu cerita bangun. Satu cerita jatuh. Fair enough huh?

Cerita 2012 seperti berat badan yang bertambah dan debab macam anak badak itu lain hari kita story. Malas dah nak fikir. Ingat senang nak maintain kurus kalau suami suka makan? Haha *tetiba salahkan Imran* :p

Resolution 2013?

Entah. Tak nak target apa-apa. Haha. Boleh tak macam tu? Cuma nak perbaiki diri. Nak jadi hambaNya yang lebih baik daripada 2012. Nak jadi isteri yang lebih baik pada suaminya. Nak jadi anak yang tak rebel sangat. Nak try solat di awal waktu walau sesibuk dan sepenat mana pun kerja.

Resolution yang terlalu umum. Hehe. Yang boleh kita carry forward dan upgrade dari semasa ke semasa. Kadang-kadang kalau fikir, rasa kelakar pun ada bila bercakap pasal resolution. Tahun 2010, azam saya nak kurus *tercapai pastu gemuk balik*. Tahun 2011, azam saya nak kahwin *tercapai sebab jadi tunang orang time tu*. Tahun 2012, azam saya nak jadi ibu *tercapai walaupun sekerat jalan*

See?

Allah sentiasa murah nak bagi saya macam-macam. Antara sedar ataupun tidak je. :)

Oh. Selamat menyambut tahun 2013. Semoga tahun yang mendatang ini memberikan lebih makna, rezeki daripadaNya. Semoga saya, suami, keluarga dan anda-anda semua mendapat rahmat dariNya. Terpaling penting, harap iman kita juga diupgrade dengan datangnya 2013.

Amin amin ;)

Sunday, November 25, 2012

Ini Weekend Saya!


Hai Readers!

Esok kita kembali berkerja. Sudahkah anda set-up mood supaya Isnin anda tidak membiru? Saya sudah! Sebab tadi aku pergi Farmasi maka dah rasa seolah-olah pergi kerja! Cuma....not like always. Tadi pakai cardigan hitam, seluar track and selipar buruk je :p

So. How was your weekend?

Mine? Excellante! *sila baca nada Dora*

Walaupon pada Jumaat yang lalu telah mengalami sedikit Syndrome Down akibat dicuci secara mental dengan senior. Tapi memang aku yang minta dicuci. Hehe. Maka saya tak kisah. Her advice telah saya digest bulat-bulat. Lalu hati berkobar-kobar seperti obor-obor pada temasya Sukan Olimpik (?).

Errr kejap. Obor-obor ke obor je?

Saya nak cerita weekend saya. Kita mulakan dengan beberapa gambar rajah.


#Rajah 1 - SAHIBBA!


Selain bermain secara jitu SAHIBBA dan diselang-selikan dengan UNO, weekend saya memang tersangaaaaaaaaaat produktif! Main-main pastu gelakkan orang. Bila kalah sendiri rasa sad. Pastu kena pergi bancuh Milo Ais. Haha. Tapi, tak kisah. Winner always lose first :p

Dalam #Rajah 1, anda dapat lihat perkataan BUSY pada bahagian bucu kanan. Itulah perkataan paling hebat pernah saya buat!

Can you believe it?

Dengan perkataan BUSY saja saya berjaya menggondol mata 108 in one shot! :D *sengih*

Oleh kerana terlalu khusyuk main je 24 jam, maka aktiviti kononnya nak kemas Farmasi tertunda. HEHEHEEEEE

#Rajah 2 - MENGEMAS FARMASI!


Percaya mahupon tidak, sebenarnya walaupun Saturday agak pemalas Ya Rabbi. Hubs dan saya dah ke Tesco membeli 5 Tier-Rack! Sebab murah jadi tak fikir panjang. Main rembat je suka-suka hati. RM9.90 je. Plus, memang nak beli 3 pon sebenarnya. Nak buat base. Seperti dalam Rajah #2

I'm so lucky!

Sebab berkahwin dengan handyman. Maka Hubs is the one who dissemble build-in cabinet dekat dengan singki. Lepas dah dissemble, kami sama-sama susun Tray Kuning tu. Tier-Rack kami buat base dekat Tray Biru. :)

Sayaaaaaaaaaaaaang Imran!! *kiss*



#Rajah 3 - BERMAIN COGO!

Sebenarnya kan...siapa yang cuti sekolah? Miera ke aku? :))

Tadi pergi Tesco (again) sebab kononnya nak beli white board, penyangkut dan stationaries. Tapi cancel. Sebab semua benda yang aku nak semuanya pricey! Macam mengarut je white board comel siap tali RM18.90! T______________T

Pastu tetiba ternampak COGO.

OMG! Apsal comel neh? Serta merta terkenangkan Polly Pocket waktu kanak-kanak pastu teringat LEGO yang sumpah mahal dekat Legoland. Check harga. RM9.90 sekotak! Tak fikir sesaat terus sambar dua kotak!

Sebab ada Princess & Ninja je. Cuba kalau ada yang lain-lain?

Mahu aku rembat semua. Hahahaha. Saya cakap dekat Hubs "Brand China kot. COGO?" Sebab murah, nak kata pasang tu senang sangat tidaklah. Cuma comel! Suka! Suka!

Hubs tengok packaging dia. Oh, company London punya. OK OK. Ada brand. :P





P/S:
Dah habis update. Mari kita gosok baju!

Monday, November 19, 2012

Narcisstic: Tapi Tidak Ujub





First time make up mata ala Cleopatra. Tapi aku rasa macam kartun. Bila upload facebook SAH! Orang lain pon cakap kartun! T___________________T

The truth is; I don't know how to make up. HAHAHAHA.

Tak reti. Sekali sekala nak melawa rasa sangat comot. Nasib baiklah Allah kurniakan aset pipi yang seperti apam dan berlekuk. Alhamdulillah. Ikutkan itu kecacatan otot zygomaticus tapi kecacatan itulah yang orang dok mintak.

I tried to do the eyes part guna eye liner jenis pensel tapi cepat comot. Guna liquid ni OK! Comot sebab aku yang tak reti menggaris. Sudahnya mata nampak macam lebam! Hohohoho.

Just nice. Hubs suka. Dia cakap nampak macam bulu mata panjang. Tapi memang kartun pon muka saya. Lagi-lagi kalau senyum cover gigi. Nampak sangat macam.......(err sila isi sendiri)



Gambar kedua ni apahal Syud?

Hehe. Aku nak show off tudung baru. Cantik kan? RM5 jek. I loike! :))

Dah. Nak mandi. Babai!


P/S:
Hubs, sorrylah dapat isteri tak pandai bergaya. Janji adorable (kononnya). Pastu suami sibuk drive yang si isteri sibuk melayan kamera. Camwhoring sorang-sorang. *nampak sangat aku takda kerja* Kesian

Monday, November 5, 2012

Prelude: My First Charm Bracelet!


Harini, boleh senyum telinga-ke-telinga. Sebabnya?

Hubs dah ambilkan pos charm bracelet. Yahoooo.com.my! Punyalah parah nak ambil disebabkan bagi alamat rumah dan selalunya hari kebiasaan takda orang dekat rumah. T________T

Pastu Sabtu lepas before mengukur Bandar Hello Kitty *padahal pergi sight-seeing je dekat Puteri Habour* singgahlah Pejabat Pos Majidee. Urgh. Frustrated. Abang posmen bilang van yang bawa tu belum sampai-sampai. Ceh

Mine is just the same like the above. Saja malas upload sebab malas nak cucuk cable iphone. Err rasa nak lempang tak? Haha

Bezanya. Dalam oval frame tu I requested nama Imran & Syud :)

Tapi bila dapat memanglah terharu. Hahahaha. Cantik! Sangat cantik! Cumanya oval frame tu besar sangat. Maka tangan aku dah rasa macam Mami Jarum. Hehehe

Nasib baik Husband adalah handyman. Terus dengan pantas tolong adjust. Buka frame tu. Transfer few charms ke tengah dan TADAAAA! Ready to be use! :)

Happynyaaaaaaaaa!

Happy happy sebab dah ada charm bracelet! Dari dulu berangan nak satu tapi tak tahu nak beli mana. Lepas ni dah boleh berlagak poyo kalau nak makan dekat kenduri. Singsing lengan konon macam nak capai lauk.

Heh Syud. Makcik kat kenduri buat macam tu tayang gelang emas. Kau apa kes tayang gelang besi? Eh suka hati I lah. Tak suka pergi main jauh-jauh.

Thank you Suami tolong ambilkan!

Thank you Diary Of Miniature Enthusiast! Lain entri saya buat review pasal charm bracelet. Yieppie! :) :) :)

Thursday, November 1, 2012

Update Pantas


Ada orang cakap saya dah lama tak update blog. Err alamak! Blog den banyak readers kah? Haha. Orait. Memandangkan tak larat nak mengukur bandar JB bersama ipar duai sekalian malam ni, maka bolehlah update blog sambil tunggu Hubs scan kerja sikit.

Entri malam ini kita mulakan dengan sekeping printscreen yang comel :)


Comel kan kan?

Siapa cakap tak meh sini aku lesing laju-laju. HOHO. Perbuatan si kecik ni kadang-kala di luar jangkaan. Oh ye ke. Amy tak jeles OK. HAHAHAHAAA. Obvious okek amy. Too obvious :P

I'm sorry.

Saya superbusy lately. Lagipon takda mood nak bercerita hal-hal kehidupan. Entah. Sangat penat lepas dah aktif gym. Balik rumah laju-laju mandi, solat, tolong masak kalau takpon tolong hidang apa yang patut. Pastu lelap di alam mimpi.

Eh Syud. Takkan hidup kau makan tidur makan tidur je?

No no no. Hidup saya superbusy sebab menerima kedatangan ipar duai baru. I'm not the latest menantu anymore. Hehe. Mak dah menerima seorang lagi menantu. Menjadikan menantu perempuan in the family tiga orang kesemuanya (setakat kini).



Harap-harap tuan punya gambar tak marah gambar diorang kena upload :D

What can I say about my adik ipar & his wife?

Diorang kahwin cara Islam. Bukan cara Melayu :)

They are so sweeeeeeeeeeeet! Comel dan manis. Macam gula-gula kapas. Pastu aku pon gedik minta Hubs sweet sekali. And luckily, malam tu Hubs terus buat apa yang saya suruh. Dia letak tangan atas dahi saya, baca doa dan cium slowly . Ouch! I'm so terharu. Thanks Hubs :')

Err kenapa saya cakap cara Islam?

Mereka kahwin mengikut saranan Islam. Bertaaruf. Pertunangan yang singkat. Then mengikut everything macam syahirul.com cakap *sila klik link kalau nak baca*. Paling terharu adalah perbuatan makan sepinggan. Terus terkenang zaman sekolah makan sedulang. Hahaha

Bila adik ipar cakap dekat Hubs suruh makan macam tu juga baru kurus, saya terus laju-laju jawab;
"Tak puaslah Im makan nanti" Hehe.

Actually dulu-dulu memang nak makan macam tu dengan Hubs. But I'm so segan OK. Sekarang ni baru kurang segan sikit nak panggil dia Sayang in public. Heee

Ohya. Berbalik kepada printscreen di atas. Saya nak bawa Amyzahrah ukur Bandar Hello Kitty! Since Ibu akan ke UAE, maka takda babysitter nak jaga si amoi tu. Dan adik ipar sorang tu pon cuti sekolah, maka afdallah kita letak dua-dua orang budak perempuan tu sekali.

Hubs cakap nanti dia jadi photographer jelah cukup. Saya cakap jomlah buat biskut Hello Kitty! Susah kot nak buat. Kena pergi Korea macam Fatin Liyana. Harharhar.

Anyway, sebab kenapa tak pergi LEGOLAND adalah sebab takut si amoi tu melembik-lembik. Oh, I can't imagine that budak kecik throwing tantrums di khalayak ramai. Nanti drop my water face aja!

OK.

Dah update. Nak sambung buat kerja. Tata! 


P/S:
Kami suami-isteri sedang berganding bahu menguruskan badan. Harap mendapat sokongan semua. Arigatou Gonzaimas!


Tuesday, October 9, 2012

Suku Tahun Terakhir


Assalamualaikum w.b.t,

Dear readers (you know you're one sebaik saja anda baca entri ini). Bagaimana azam 2012 anda? Sudahkah tercapai? Saya? Err tidak. Of course sebab kita hanya mampu merancang, Allah jua menentukan. Jadi saya tak kisah pon azam 2012 saya tak tercapai. Huhu.

Cerita sedih mari kita bakulkan ke dalam dustbin.

Saya nak share cerita semangat proton waja terbaru dalam hidup saya.  Alhamdulillah. Today is my second day attending gym.

Reason?

Saya mahu shed few pounds. Mahu buang lemak-lemak degil yang kembali diternak hasil menjadi isteri orang dan ibu tak jadi. Hehe.

Lagi?

Sebab saya mahu kembali fit. Langsing macam nak lesing sebab comel terlampau *dah dah perasan mode sudeh*. The most concrete reason adalah; I want to conceive again.

Ya.

Saya nak jadi ibu. Mahu mahu mahu! Walaupun hajat nak jadi ibu by umur 25 tidak tercapai tapi saya tak mahu give up. And being me, nak jadi ibu tu OK. Yang tak oknya...tak mahu gemuk. Hahahaha.

Cakaplah aku ni poyo. Heh ada aku kisah? Kalau anda pernah punya sejarah gemuk ketika kecil (macam saya) pasti anda risau. Kalau anda pernah gelap gelita macam ugly duck (like me), pasti anda cepat panik. In my case, ye. Saya si panik itu.

Berat saya dah nearly 60kg. Haritu waktu pregnant saya tak kisah. Tapi bila dah tak pregnant, aku sangat-sangat kisah! Saya tak mahu bila pregnant lagi berat naik gila-gila. Nanti tak lalu makan. Kesian baby.

Ada orang akan cakap; apsal nak susah-susah? Nanti pregnant gemuk juga!

Sebab tulah saya nak kurus. At least kalau kurus dan preggy, even berat naik tapi tak terasa sangat. Saya tak letak target melampau. Realistic one. Saya cuma target 0.5kg every week. Jadinya sementara menunggu 2013, saya harap boleh buang 6kg lemak!

Kalau lebih lagi baik. Hihihi

Saya harap kalau pregnant (lagi), saya mahu baby saja membulat. Ibu baby takyah bulat. Saya harap kalau pregnant (lagi) saya fit and healthy. Tidak melembik. Pastu mampu membawa baby dengan jayanya sampai dia lahir.

Suku tahun terakhir ni, saya cuma harap saya boleh kembali kurus. Saya cuma harap Allah bagi saya peluang jadi ibu tahun depan. Saya cuma harap saya happy! :)

Anyway, it feels so good berpeluh kembali after so many months tidak beriadah. Harapnya istiqamah sampai bila-bila. Amin


{Ada gaya Ibu orang tak? Hahaha}


P/S:
Harapnya 2013 bawa cinta dan kasih ke dalam dakapan :)

Friday, August 24, 2012

Entri #Bertwitter


Selamat tengah hari! Dan hari raya yang ke....(kejap aku recall) enam. Eh? Hehe. Saya masih belum wangi tapi Hubs dah wangi sambil terdampar main Plants Versus Zombie.

Tengah mem'bersih'kan Iphone 4 memandangkan nak dapat yang 4S! Wehoo! Eh jap. Sebenarnya aku takdalah excited mana pon sebab beli sendiri. HAHA. Tapi...tetap happy sebab 4S gambarnya lagi cantik. :D

Saya beli sebab adik nak pergi UMS. Handphone dia conditionnya dah sangat sadis. So he bought mine and I bought a new one. Best kan? 

Tengah-tengah buat cleaning process ni, terserempak gambar ni (rujuk bawah);



One of the sweetest wedding gift ever!

Aku sangat sayang hadiah di atas! In fact, simpan dengan kotak dia dan riben takmau tanggal-tanggal. Ini hadiah dari kawan-kawan baik from Mersing With Love. Serius mensenyumkan muka sampai nampak dimple di kanan dan kiri.

Sebab?

Waktu balik photoshoot wedding, saya dah tak boleh bersabar. Terus laju-laju buka hadiah dalam kereta (hehe). First, yang keluar adalah kad pink cair yang shomel itu. Kemudian sehelai baju damn sexy yang buat aku tersipu malu! :)) Two boxer for hubby (thank you sebab hubby memang suka boxer) and....a cute new born shirt and pant!

Kawan-kawan aku memang romantikus macam aku gak. Haha.

Bagi saya, hadiah ni memang hadiah in advance. Two in one. COMBO! Super adorable! Tapi...time-time macam ni aku semacam touching. :')

Raya-raya ni macam tak boleh tengok anak orang. Geram semacam. Rasa nak tarik-tarik je. Kami mahu baby. Hubs cakap kalau boleh nak cepat tapi itu rezeki Allah kan?

Plus, kepala otak saya tengah menimbang macam-macam hal. Satu, bila tengok orang sambung study. I want! Hubs cakap kalau ada baby lagi senang sambung dalam Malaysia. Err taknaklah. Nak merasa study oversea. Tapi nombor dua, tak mahu thesis! Thesis is toooo risky!

Nombor tiga, nak tunggu scholar. Without scholar sambung study adalah macam impossible.

Walaupon rasa nak sambung study tapi nak ada baby gak. HAHA. Aku sungguh tamak! Tak bolehlah. Sumpah cemburu tengok baby orang. Nak tengok baby sendiri. Kalau girl adakah secomel ibunya? #perasanmode. Takpon kalau lelaki adakah sebudiman ayahnya? #suamiku adalah lelaki budimanku :)

Maaf.

Kalau orang bujang memang akan cakap; "Hek eleh kau baru kahwin 5 bulan dah kecoh sokmo ni apehal?." Please pregnant first, bersalin dan mengertilah perasaan dalam hati kecilku ini. Ketamakkan yang menjadi-jadi ini adalah disebabkan saya rimas. In fact, tidak bekerja selama tiga minggu ini adalah heaven!

No stress. No report. No replying email. Semuanya NO.

Hal peti ais rosak, QMS (mesin panggil nombor) rosak, patient memekak-mekak cari pasal, staff lepak, research, MA tulis ubat/nama bukan-bukan semuanya takda. Right now, apa yang saya fikir adalah tak kisah bergaji lebih kecil asalkan gembira, hati lapang dan tidak menyumpah seranah secara diam-diam.

Ini tak. Muka aku senyum tapi hati macam kena toreh. Tiap-tiap kali balik kerja mesti nak mengadu dekat Hubs. Tak baik kot. Rasa macam tak ikhlas berkerja. Hoho. Kalaulah saya ni jenis tak kisah tunjuk langit, I don't mind at all. Tapi disebabkan nanti kalau ada audit aku nak kena buat muka tupai #sengih chipmunk, I don't like it at all!

Kerja ni sebenarnya teamwork bukan?

Tapi bila kita tak boleh manage orang, rasa down semacam. Lantaklah boss cakap cepat give-up ke apa. Boss tak apa. Dia duduk office. Urgh.

Lagi penat, kita ada partner tapi semua kerja-kerja management kita buat sorang-sorang. T___________T

Bersyukurlah kalau anda SAHM (kalau belum wife). Lagi bersyukur kalau suami boleh bagi segala-galanya. Suri rumah tapi boleh melaram sakan. Beli whatever you like even tidak bergaji. Jaga anak-anak si buah hati. Bersalin tempat private (samada husband kaya takpon panel company). Makan dekat Delicious. Make-up Sephora. Baju Poplook. Beg Coach. Kasut Nine West. HEHE #aku jealous OKEK!

Tapi part paling jealous pastilah sebab korang boleh jaga si buah hati!

So the reason I want to sambung belajar is because I want to lari away from my kerja. Haha. I want a better life. Saya nampak banyak benefit bila orang kerja dengan U compare kerja sekarang. Moreover for medical part. Ada panel. Aku kerja gomen tak ada privillage pun. Tapi half-gov ada? Ceh. Sungguh tidak aci!

Nampak tidak sebenarnya aku tengah haywire?

Uhuk.
Rasa nak pergi dapatkan terapi. Wuuuu. Sungguh stress. Some say saya miscarriage sebab stress. Hurm...I don't know.



P/S:
Kalau korang sayang saya, please doakan saya dapat sambung study & dapat baby gak! Hehe #tamakmode

Thursday, August 16, 2012

Nalurikah?


Petang. Bosan. Suami tak sampai lagi ke dakapan sebab highway semua jem. Sampaikan aku cakap "Awak buka jela dalam jem eh?" HAHA.

Padahal....aku sadish weih.

Sebab?

1) Tak pandai pakai kain batik
Sepanjang 4 hari berpantang hari-hari kain jatuh. Bencilah. Rasa nak jahit dengan getah dekat pinggang. Boleh?

2) Dah 3 hari makan bubur dengan ikan bilis kering
Muak. Muak sangat-sangat. Paling muak sebab aku sendiri yang masak. Jadi rasa air tangan sendiri walaupon sedap tapi menghampakan hati. Err kononnya berangan nak dilayan macam puteri tapi takda siapa nak layan. Sobsobsob

3) Terbaca blog orang pasal anak
Saya tak nangis. Tapi itulah. Hiba sikit-sikit. Rasa nak baby. Nak baby. Nak baby. Eh aku ni kira post-traumatic stress disorder (PTSD) kah? Tapi tak nangis. Normal lagi ni.

4) Nak suami
Semalam rasa nak update entri pasal suami. Tapi rasa OVER! Hahahaha. Macam aku sorang je dalam dunia ni ada suami. So cancel. Entri suami masuk dalam draft. Entah. Rindu. Mungkin sebab rasa sadis berpantang macam gini. Muak dah ngadap facebook, baca blog pastu tidur. Otak pun dah mereng separuh.

5) Nyampah nak kerja. Tapi stress nak apply scholar
Tak ada pengalaman nak apply scholar. Pastu scholar yang ada semuanya kena tunggu next year. Yang ada sekarang ni semuanya by research. Siap suruh cari supervisor siap-siap. Dalam hati rasa macam '...berbatu-batu jauhnya supervisor-supervisor tu. camne nak contact? dah email tak jawab..' Rasa down. Ah benci betul.

Tak tahu kenapa tak ada mood nak raya. Baju pon dah tak berapa nak kisah sebab Ibu dah belikan dua pasang. Since harini InsyaAllah Encik Suami bakal ke dalam dakapan, esok boleh berfoya-foya. Eh? HEHE. Nak pergi beli baju raya Hubs je. Sambil beli baju raya, nak ajak dia iftar dekat IKEA.

Walaupon aku tak puasa, tapi dah muak makan bubur. Semalam pon tak makan langsung. Minum milo waktu pagi, tidur, petang makan nasi goreng letak sup sikit. Bosaaaaan.

Entah. Tak ada feeling. Ngadap laptop dengan bengkung ketat, kain batik dan stokin induce stress gamaknya eh?

Ahad raya kan?

Tapi tak ada perasaan nak raya. Haih. Sedihlah rasa. Rasa macam nak pergi bercuti. Orang sibuk nak raya aku sibuk nak lari tah mana-mana. Jap lagi dah jumpa suami nak ajak dia pergi jalan. Haha.

Pantang ke tidak aku tak kira!

Tengah stress ni OK!



P/S:
Pagi tadi ada seorang lelaki mesej aku dekat facebook. Pastu dia cakap bye bye syud. Err. Yang pasti dia bukan suami saya. Haha. Wahai encik, semoga bertemu jodoh yang lebih baik daripada saya yang tak berapa baik ni :)

Wednesday, August 8, 2012

Redha, Sabar & Syukur


Dah dapatkan Baskin anda malam ni? Saya tak. Tak sanggup aku nak beratur 3 blok kedai semata-mata sebab ice cream sejemput. Rakyat Malaysia memang sanggup bersusah payah untuk benda PER****. Err engkau Syud? Saya Hamba Allah pastu rakyat Malaysia yang tak berapa Malaysia. Hehe. Baik solat Terawih dengan Mak & Cia. Bukan senang. Selalu Mak kerja malam. Kalau saya sorang-sorang memang loner.

Tadi pergi hospital. Doc bagi induce if that what I opt. D&C adalah last resort sekiranya semua 'foreign bodies' tak keluar daripada badan ni. Sedih dengan words tu. They were my babies. :'(

Tapi...HOD dekat O&G tak kasi. Sebab? Saya fit & healthy. Induce may lead to severe bleeding. Maka aku pon jadi pasrah. Daripada redha, saya sekarang dalam phase sabar. Menanti sampai rasa sakit datang. Kalau tak datang-datang juga sila datang balik selepas raya.

Oh, hopefully takda siapa-siapa tanya pasal perut aku mahupon babies aku.

Actually waktu doc tanya saya opt apa, saya tak tahu nak jawab apa. The only term yang saya ingat cuma D&C. Tak teringat langsung word 'induce'. Dahlah doc cakap "Your babies dah ada bony, tulang belakang semua. Adik sanggup ke diorang keluar by pieces?" Ya Allah, mestilah jawapannya TAK!

Mula-mula rasa marah jugalah dekat HOD sebab tak kasi induce. Entah. Perasaan tak tenteram kot. Psycho? Uh. Yeah maybe. Bayangkan ye, anda dah tahu babies anda dah tak ada. Carrying your tummy around didn't help much in coping with the lost. Lecturer saya dulu as soon as baby dah tak ada cepat-cepat dia nak induce. Sekarang faham sangat perasaan dia. Sedih kot.

Tapi...itulah. Maybe ada hikmahnya. On the good side, HOD (macam mak cakap) nak bagi peluang keluar secara normal. Mak cakap Cervagem sakit. Plus, bila paksa induce risk untuk severe bleeding lagi tinggi.

On the bad side? Err aku tak nampak lagi. Nanti kalau saya stress teramat baru saya story. Huhu. Orang banyak yang tanya, saya ok? Saya jawab saya sangat ok. Cuma takut, nervous dan sometimes bila teringat benda yang dah jadi, automatik ternangis.

Tiap-tiap kali nak ternangis, saya akan remind diri sendiri dengan satu cerita ni. If dah pernah baca, good. Simpan cerita ni elok-elok. Sangat bagus! =)

Ceritanya:
Ada sepasang suami isteri ni yang ada seorang anak. Satu hari anak diorang ni meninggal waktu si suami keluar bekerja. Bila si suami balik. Si isteri layan suami macam tak ada apa-apa yang berlaku. Si isteri bagi makan, minum, gelak ketawa dan setiap kali si suami tanya anak diorang dekat mana si isteri bagi alasan. Sebelum tidur si isteri tanya si suami;

Si isteri: "Abang, kalau kita ada pinjam barang pastu tuan punya barang minta balik kena bagi tak?"
Si suami: "Eh mestilah. Dah itu barang dia"
Si isteri : "Abang, dulukan Allah pinjamkan kita anak sebagai harta kita. Tapi sekarang Allah dah ambil balik. Abang tak marah kan?"

Dan saya semat cerita tu dalam-dalam, saya selalu cakap dekat suami, andai kata kalau satu hari nanti apa-apa jadi, anggap je rezeki kita setakat tu. Sebab semua yang ada dekat dunia ni semuanya pinjaman dariNya.

Saya redha belum lagi rezeki kami untuk punya anak. Tapi saya tak tahu saya cukup kuat dan sabar ke untuk menanti. Kadang-kadang bila solat, saya rasa macam ada denyut dekat perut walhal saya tahu itu mainan perasaan je. Oh, menanti dekat sini bukan bermaksud dah tak reti sabar nak dapat baby lagi ye. Bukan.

Menanti dekat sini adalah tunggu time untuk babies saya keluar. Bukan tak sudi nak bagi diorang duduk dalam rahim saya lagi tapi takut emosi saya daripada stabil jadi bengong. Haha

Tadi, bila sekali lagi tengok ultrasound dan nampak babies yang tak bernyawa tu. Rasa sayup je. Tapi coverlah buat muka macho. Muka professional. Haha. Padahal dalam hati Allah je yang tahu rasanya. The kelakar part ever adalah bila HO tulis report; "No FH as previous scan". Err saya dengan Mak memang rasa kalau tetiba babies tu ada FH (fetal heartbeat) memang magiklah!

Ada jugalah terfikir kalau Allah cakap kunfayakun maka tak mustahil boleh ada heartbeat balik. Masalahnya, condition saya makin lama makin leper dan penat. Perut dah tak bulat macam dulu. Boobs dah start lembut balik. All the pregnancy symptoms start disapearing. Jadi saya tak berharap keajaiban berlaku.

Nurse dekat kaunter tadi bagi advice "Tak apalah. Lagi 4 bulan boleh try lagi bila rahim dah sembuh."

Empat bulan?

Oh. Memang first year kahwin ni tahun honeymoon kami jela. :)


P/S:
First phase, Redha. Second phase, Sabar. Third phase? Bersyukur sebab terpilih sebagai hambaNya yang diberikan ujian. Kalau ini sebagai kafarah dosa saya, harap Allah ampunkan saya.


Tuesday, August 7, 2012

Cerita Pasal J


Oleh kerana cuti maka I akan gigih mengupdate belog demi mengisi masa lapang. Bukan senang nak buat gini selalu. Ye dak? *giggle*

OK. Topik kita hari ini adalah J. J for Jalan-Jalan. J for Jamban eh eh Jambatan. J for Johore. Setakat ni hidup di Johor walaupon tak jalan-jalan selalu (eh ye ke?). Tapi dah tahu banyak lokasi. Dah boleh buat review sikit-sikit pasal J neh. Tapi memandangkan nak raya, moh la kita cerita pasal baju raya. Okeh?

Dua tiga hari ni, daripada dok pening kepala fikir bila nak sakit, baiklah saya dan suami pergi cari baju raya. Walaupon pencarian selalunya berakhir dengan kekecewaan sebab aku tak suka harga dia tapi husband sumpah manusia terbaik sekali untuk aku. Tak mengomel cakap aku banyak songeh. Dia bawak dari S'Mart, ke Angsana,ke Tesco Pelentong. Tapi last-last saya cakap "Takmo. Kita beli 2 hari before raya lah" Ceh. Kononlah nanti gagah padahal tah-tah nanti meleper.

Nak tahu tak kenapa?

Baju raya yang paling murah berharga RM139. I was like...WHOAT?? Engkau letak apa atas baju tu. Jade? Diamond? Swarvoski? Labuci? Dahlah baju yang saya minat harga asal RM250. After discount RM180. Aku macam....bluergh. Fine.

Baju suami pun sama. Padahal Baju Melayu je pon. Watdehel. Ada ke harga sampai seratus lebih? Hilang akal bila tengok. Hahaha.

Hubs cakap diorang saja naikkan sebab raya kot? Oh. Orang J je raya. Orang Malaysia tak? Eh?

I miss Jalan TAR. Takpon Nilai 3 yang dekat dengan rumah tu. Tapi Nilai 3 bukan semua baju dia berkualiti. Pandai-pandailah pilih. Jalan TAR? Ohhhhhh. Itu heaven! Zaman single dulu saya suka mencuci mata kat sana. Selalunya tak beli apa-apa pon. Balik shop bawak goreng pisang je seplastik. :))

Tapi....

Kalau betul nak cari tudung or baju kurung. Definitely I'll go there. Suka pergi hari biasa sebab orang kerja. Kalau weekend bersiap sedialah engkau untuk berlaga bahu dan pinggul. Last year, saya bawa adik-adik beli baju raya. Cantik weh. Kain licin warna pink belacan. RM50 je untuk sepasang baju melayu! Gila berbaloi sungguhpon adik-adik aku dah buat muka nak pitam. :))

Mana tak pitam. Dahlah bulan puasa. Angah diorang neh gigih berlari-lari dalam jalan TAR tu. Kiri kanan diorang orang jual air. Pastu dari satu kedai ke satu kedai aku tak puas hati sebab harga dan tak jumpa warna. Kedai last tu, kitorang rembat je. Adik-adik pon dah angkat bendera putih sebab penat gila.

Korang, angah sayang korang :)

Pelik. Tak tahu kenapa dekat J ni semua benda mahal. Rumah mahal okeh! Saya dengan Hubs tak bercadang pun nak beli rumah. Paling murah dekat 300K. Haha. Design? Oh. Johor Land punya design memang superb sebab tu harga best walhal keluasan tanah sekangkang siput. Err siput reti kangkang? Hehe

The best thing here adalah S'Mart. Saya suka S'Mart sebab kalau nak beli fresh fruits, vege, ikan, daging blablabla semuanya ada kat S'Mart. Pastu murah gilaaaa. Kalaulah aku seekor rabbit definitely dah stay sana makan kangkung. Err itu kalau orang kasi kangkung free la. :P

Bazar?

Setakat ni saya pergi bazar depan S'Mart tu je. Tapi rindu Bazar dekat Selangor. Rindu popia basah dengan sambal. Rindu cream horns. Rindu meatball IKEA. Eh kejap. Apsal dua benda last tu macam takda sangkut paut dengan makanan bazar? Huhu.

Hakikatnya, aku rindu Selangor sebab dah lama tak shopping. Wakaka. Lain weh rasanya bila shopping banyak variety, harga berpatutan dengan tempat yang macam banyak Mall tapi balik-balik tengok benda yang sama. Dah habis semua Mall dekat J ni saya tawaf kecuali CIQ, jauh sangat ke bandar aku nak buat hape pergi sana?

The only place yang macam seronok dan macam pasar malam sebab memang buat waktu malam adalah Pasar Karat. Tapi yang itu bila takda kerja baru suami bawak. Haha. Ni bulan-bulan puasa apa kes nak pergi? Eh buka ke time puasa?

Mak cakap, harini boleh pergi beli baju raya. Sebab nanti nak berpantang dah takda kudrat nak shop. Kalau nak suruh hubs sumpah dia akan surrender sebab dia takut aku tak berkenan. Hehe. He's not choosy but me? Oh yeah. Saya sungguh chooosyyyyy!

Err tapi barang berpantang pun tak beli lagi. Camne?

Err macam tulah sebab aku tak tahu nak beli apa. Haha. First timer lah katakan.



P/S:
Esok insyaAllah D&C. Doakan semuanya ok. *gigil lutut*


Monday, August 6, 2012

Tak Ada Kerja

Hi Belog,

Maaf aku terpaksa update engkau memandangkan tak tahu nak buat apa dalam bilik ni. Usually bila cuti, suami cuti sama. Oh except ada sekali tu MC sebab sakit kepala yang teramat kuat. Me? I'm fine. Alhamdulillah. Tak meroyan ke apa, cuma kerisauan dalam menanti hari. If hari tu tak kunjung tiba maka D&C lah jawapannya, which Hubs tak prefer sebab dia takut saya sakit.

Sabtu lepas kami melawat baby Sa & Fakhrul. It's a girl baby. Comel pastu kecik je. 2.71kg. Nak pegang pon rasa takut tapi tak kira, aku nak pegang gak! Haha. Time pegang saya dengan Hubs senyum je. Padahal mula-mula ada gak terniat nak tanya barang apa nak prepare untuk berpantang.

But how could I? Orang semua tengah happy. Takkan nak buka cerita sedih pulak kan?

Errr. I know some of you risau nampak Syud ni terlampau 'brave'. Baru satu hari tak ada babies dah pergi visit rumah orang pulak tengok baby orang. In fact Kak Gla siap pesan dengan Hubs, "Tengok-tengokkan Syud tu. Dia ada habit suka nangis bawah bantal sorang-sorang" :)) Comel je. Ya Allah akak, I miss you :)

Time nak cari hadiah, saya suggest dekat Hubs bagilah Sit Me Up Cossy tu. Actually sebab saya tak sanggup nak simpan. Itu benda pertama yang saya gila-gila nak for our first babies. Hubs cakap tak apa, nanti ada rezeki lagi kita beli yang lain pulak :')

Jadi meninggalkan kami hanya dengan 2 pieces Cloth Diapers yang dibeli daripada Groupon. HAHA. Diapers tu tak apalah. Tak tahu pon mana Hubs sorok.

Bagi saya, cara mengatasi kesedihan adalah dengan face it. Lagipon bak kata Zaid, "Hang muda lagi Syud. InsyaAllah nanti ada rezeki lagi."

Pastu yang lain-lain ramai-ramai bagi support. Some siap cakap nak doa bagi kami dapat triplet pasni. Errr janganlah sampai triplet. Siapa nak jaga dek oiii? Huhu

Saya bersyukur sebab dapat suami yang caring, family in law yang supportive. Tak ada seorang pun yang blame saya or cari kat mana silapnya. Kami anggap tak ada rezeki. Allah lebih tahu.

Cuma yelah, sekarang ni saya tengah confuse tak tahu nak buat apa. Saya tak ada cramping, tak ada blood spotting. Cuma dua tiga hari ni pening kepala teruk. Sekejap OK sekejap KO. Selain daripada tu, memang tak rasa apa-apa.

Weekend kami berlalu dengan nak cari baju raya tapi satu pon saya tak gemar dan barang-barang pantang (yang aku pon tak tahu juga nak pilih apa). Last-last beli barang basah untuk masak iftar je. Hehe

Kononnya suami nak bagi aktiviti menyibukkan hari ni supaya saya tak terasa loner. Habis semua barang buat pizza dibelinya semalam. Siap cakap; "Ni pukul 1 tengah hari Sayang dah boleh start menguli roti dah ni!" :))

Tapi last-last waktu iftar, abang ipar beli Dominos. ;p Terus cancel nak buat pizza harini. Hubs cakap takkan nak makan pizza lagi?

Luar macam  nak hujan so saya tak ada mood nak ke bank tukar duit raya. Harap nanti Hubs boleh buatkan. Plus, Hubs dah download banyak movies. Kalau bosan tengoklah sampai pitam. Bosan lagi pergi baca Quran. Tak tahu nak buat apa lagi tidurlah sampai lebam biji mata.

Readers,
Doakan saya please.
I need doa really-really much.
Tolong doakan segala-galanya dipermudahkan.


Friday, June 15, 2012

Taste Yang Berbeda (Kot?)


I need a dsitraction. Selain sibuk dengan kerja office, saya mahu otak berlari jauh sekejap. Dapat sekejap pon takpelah. Dah malam-malam aku kuat tidur, might as well siang membaca sesuatu yang light. Hehe

As a blogger, yup. I do have my own favourite blogs'.

Antaranya Kak Lemon Grass. Hari ni, rasa macam nak share her new entry. KLIK SINI.

Taste lelaki dengan perempuan tak sama bukan? Dia macam lelaki takkan faham kenapa perempuan suka sangat beli handbeg walaupun dekat rumah dah berlori-lori beg ada *exaggerate*. Gah, I'm not la. Sungguhpon suka handbeg, tapi errr...tak sebanyak perempuan lain kot koleksi handbeg & kasut :)

Macam tu juga perempuan takkan faham kenapa lelaki suka main DIABLO II. Hahahaha. My hubs do loves game! Sampaikan saya cakap dekat Hubs, "Rasanya lelaki time study, kalau takda awek mesti sibuk main game kan?" Sebab tak tahu nak buat apa. Kecualilah lelaki tu jenis aktif sukan. :D

I admire Kak Lemon Grass sebab as a SAHM, she's a good cooker! Maybelah aku tak pernah rasa masakan dia tapi effort dia nak tangkap gambar tu memang bersungguh-sungguh. Dahlah nampak sedap je selalu. Hohoho *terliur* So saya sokong dia beli a photo light! :D

Me?

I don't have much things to do selain kerja. Dulu selalu berangan bila dah ada Hubby nak masak itu ini. Masak tu ada je. Tapi tak sebanyak orang lain la. Sejak kerja makin menimbun ni balik-balik je muka macam tapai basi. Terus sorong muka dekat bantal. Nasib baik stay dengan in law. Kalau tak kebulur laki aku. HAHA

Eh kejap. Dah menyimpang ni. Excuse me :p

OK. Berbalik kepada topik kita. Lelaki dan perempuan memang taste dia lain. Selalunya kita takkan berapa nak faham apabendanya spouse kita nak. It goes the same to hubs la. Since kami kenal tak lama, dia sendiri tak tahu nak kasi apa for my birthday (yang lepas).

Saya bukan jenis selalu make up. I'm proud to have natural beauty. WAKAKA *poyo punya statement*. So pilihan terbaik yang hubs ada, beli perfume. Hehe

Dia sweet ok. Sungguhpon perfume bukan wishlist saya sebab dah ada perfume hantaran, tapi sebab sayang dia, perfume hantaran yang saya order dari Perth telah Di KIV kan. Sekarang ni tengah guna Cherry Blossom yang tak tahulah bila tahun nak habis. Huhu

But next year I nak demand. Lalalala :p

Saya suka bila kita tanyakan secara open what do our spouse needs/wants. Sebab?

Although tak romantik. Tak surprise-surprise. Tapi at least, that will make him/her happy! Penting OKEK happy tu. Penting OKEK dia dapat apa yang dia nak. Daripada dapat apa yang dia tak nak, bukan ke dah kategori membazir?

Bukan semua orang soulmate. Meaning, sungguh-sungguh tahu setiap taste dan citarasa spouse dia. Nama pun opposite attraction kan?

Dulu, waktu saya budak-budak. Yes, I do adore suprises. Childish woo asyik memberangankan fairytales untuk berlaku dalam hidup. Namun kejadian bertemu lelaki ini telah mengubah hidupku 360 darjah. Haha. I didn't get fairytales thingy, but I got a very very nice husband. :)

So, sekarang ni saya bercadang to do the same thing like Kak Lemon Grass punya Other Half. Tanya directly apa yang dia nak since I'm so clueless.

Takkan bakal daddy orang tu nak minta game? Eh itu NO NO la. Takmo bagi! Hehe

Birthday Hubs raya ni. I wonder what is in his wishlist. :)


Friday, April 27, 2012

Bambam...

...is my first name.

Mak, Syud takmo dinner boleh tak Mak?

Mak masak memang sedap. Sumpah sedap sampaikan tiap-tiap kali makan mesti menambah-nambah. Moreover bila Mak masak Dori Sweet Sour, kecur salivaku lalu menjejeh-jejeh jatuh ke lantai.

Ceh tak senonohlah engkau Syud!

Seriuslah. Sedih neh. Nak kurusssss! Waaaaa. Takmo bambam. Bambam tak comel. Baju semua dah sempit. Err aku bukan kufur nikmat. Bukan bukan. Tapi....err how to explain eh?

OK. Saya ada metabolic disorder (I suspect). Eh tak. Tukar tukar. Saya adalah makhluk bermetabolisma rendah. I diagnose. (Tetiba tukar profession jadi doctor, excuse me).Plus, from young age lagi, saya adalah obese.

So you see, fat cells dah lama dah terjana secara bebas semenjak aku kecik lagi.

Ketika saya form 3, I was quite busy dengan berkejar-kejar naik bas pergi pusat Tuisyen sebab PMR. My weight dropped. Dari 65kg kepada 54kg. Maka aku menjadi makhluk langsing. HAHAHA.

Tapi tak adalah langsing mana pun. Moderate.

Bila F4 dan F5 berat menjadi 56kg. Dengan rangka yang agak gergasi, for me that's so OK!

In my University time, saya menjadi gajah kembali due to kelas-aku-takyah-jalan. In IPTS, engkau jangan berangan ada banyak-banyak kuliah. You sit, lecturers come in. Pergi kelas pon by car. Mana tak gemuk?

I tried a lot of things, jog hari-hari, makan capati 2 bulan sampai naik jelak. Tak turun-turun pon. Ceh

Tapi...everything changed bila dah mula bekerja. Sebab hari-hari berlari ke sana ke mari. Hari-hari panjat turun tangga. Hari-hari engkau exercise mengukur satu Hospital Selayang. It was tiring but I was slim! Slim tu penting OKEK!

Kelangsungan kekurusan berterusan sehinggalah saat aku menjadi fiance orang lalu berpindah ke Johor. Urgh. Lemak kembali terjana. My fiance (dulu lah sekarang dah jadi hubs) merupakan seorang pemakan tegar. Dia asyik belanja makan je. Imran, I blame you! (OK jap lagi kucup tangan suami cakap Sayang,minta ampun) ;p

Now?

Now setelah menjadi pegawai di KK, aku kembali mengembang. Ini kerana my staffs suka makan-makan! Stok makanan tak pernah kurang. Dahlah tu. Balik rumah makan lagi. Aaaaaaaaaa! *Headbanging*

I adore my Mummy In Law. Selain baik, comel dan tak lokek memberi makan pada aku, Mummy In Law rajin! MIL akan selalu masak kecuali kalau kerja shift malam. Pastu pastu...saya pon menjadi segan lalu kalau tak tolong di dapur, tolong makan. :D

From OD to TDS. Sekarang dah makan tiga kali sehari. Padahal I know my limit. I can't have dinner. Dinner sangat menggemukkan saya T__________T

Eh dahlah. Nak pergi CME dekat HSI.

Tolong doakan saya kurus balik pleaseeeee! *tetiba*


Sunday, April 22, 2012

The Miao


Ah, aku malas dah nak edit layout blog. Dah 2 tahun layout tetap maintain simple. Dapat rasa kepala seperti berpusing-pusing nak edit. Cukup sepuluh minit main-main coding HTML. Terus give up. Fineeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Lain kali ah cuba tukar layout ni.

Oh, oh. Admiration! Saya sungguh mengagumi kehidupan woman itu. It's almost perfect. Semalam or maybe few days ago (saya tak pasti) adalah birthday beliau. Sooo cute disambut birthday dengan kek ada fireworks bagai. Dengan anak-anak comel. Terus aku sawan rasa nak babies STAT! ;p

Eh tapi it's OK. Few years to come InsyaAllah I'm going to be able to have what she has right now. Cececeh. Terus berangan sambil tongkat dagu tepi tingkap. HA HA.

Tahukah anda suami saya sudah pandai panggil Sayang?

OMG! Sangat comel. Tiap-tiap kali dia panggil sungguhpon ada iras-iras kanak-kanak tabika kemas menyebut. Still...I think he's adorable. :)

Ini contoh perbuatan manis beliau;

Serius diabetes dibuatnya!

Dear Suami,
I love you to the infinity!


:)

Next, saya nak share story pasal M-I-A-O. Yup. You spell it right. Miao adalah baby kami. In fact saya dan suami jaga dia as if kami dah ada baby sendiri. Kahkahkah. She is very the manja type. Sangatlah adorable (dan buncit macam suami) HEHE

Pertama kali bertentang mata (cewah) adalah bila balik dari Beijing. Miera cakap dia, Abang & Cia jumpa dekat Tesco Extra. Sungguh comot dan jalan tak berapa nak betul. After few weeks membela beliau, FEWWHHH MEMBESAR BAGAI JUARA! :))

Sekarang dah super comel. Dah boleh jadi model iklan Whiskas. Mata Miao bulat macam guli. Now, what do I adore about Miao?

Comel
Manja
Boleh bawak tidur (dia memang kaki tidur)
Kuat makan

Few weeks ago, Hubs dan dia sama-sama tergolek atas lantai. Siap posing maut! Hahaha. Aku yang sibuk main fb terus gelak senyap-senyap. Miao boleh self-service. Kalau dia bosan tetiba nanti dia panjat-panjat tangga dan directly tanpa salam masuk bilik kami. ;p

See?

Bukti dua beranak sleep together. Aik? Sejak bila aku beranakkan kucing? Ahahaha.

Another one ;p

Mengada-ngada. Truly mengada. Kalau balik kerja dah terus nak manja-manja. Boleh tertidur atas pangkuan tanpa segan silu. Haish.

Tapi...COMEL! Haha. Aksi dia memang tatahan. Cuteee sangaaaaat!

Tadi after jogging & breakfast, saya yang kepoci terus buka story dekat dining table;

"Kak Noni, ada nampak advertisement orang jual anjing 2K tu tak?"
"Kat palang nak masuk gate guard?"
"Ha'ah ha'ah" (Laju-laju angguk)
"Hihi. Nampak. Apetah anjing dua ribu"
"Dia letak 'Very reliable, easy to handle, blablabla'"

Pastu Mother In Law yang comel menyampuk sekali;

"Kalau buat untuk Si Kenit boleh lah letak situ; Manja, Buncit, KUAT MAKAN"

=))

MIL panggil Miao Si Kenit. And very true, dia memang kuat makan! Kerja dia hari-hari, makan-tidur-main-makan-tidur again.

Tapi sebab dia comel. Aku bagi can ah buat folder foto dekat dalam FB. HAHAHAHA. Meh sini Miao. I nak royalti!

:p

Sunday, April 15, 2012

Life So Far

Erk! Fine. Bila aku cuba enlargekan engkau (wahai foto), engkau melawan eh? Terus patah seribu. Cisdale! T__________T

Nantilah. Esok lusa bila berasa lapang akan cuba cari layout yang bagi permission gambar-gambar bersize gigantic. HEHEHE. Saya sangat tak puas hati gambar terlalu cute. Tiap-tiap kali upload mesti jadi comel. Haih la.

OK. Mulakan cerita.

Lots of people. I mean, A LOT! Do ask me this favourite question;
"Dah berisi ke?". Padahal kahwin baru sebulan. Err, stress tahu?? Tapi saya suka buat muka comel je. Sambil senyum cakap macam ni.

"Masa belum time." HA HA HA.

Secara serius, saya masih belum lagi layak memegang title Mommy-To-Be. Heh. Comel betul title tu tapi tak apalah. Takkan orang lain bunting pelamin engkau pon terhegeh-hegeh nak jugak? Tak macho la babe! ;p

Second; "Best tak kahwin??"

Best best best! Kalau kahwin tak best aku rasa semua orang kat dunia ni takmo kahwin. Bila dah jadi isteri anda akan berasa super disayangi. Dulu saya membayangkan pagi-pagi saya & suami akan kelam-kabut pergi kerja.

Hakikatnya, it isn't like that at all.

Hubs kerja dengan company sendiri. So pagi-pagi akulah satu-satunya makhluk yang terhegeh-hegeh laju-laju nak kejar punch card. Hahaha. Nanti Hubs dengan comelnya bancuhkan milo or tea.

Aik Syud? Apsal terbalik? Why? Porqueeee? :D

Dah dia boleh masuk lambat. Dialah buatkan. Si isteri ni memang sah-sah tengah lintang pukang. Ni belum ada anak. Kalau ada nanti, errrrr. Itu nanti kita fikirkan :p

Sambung balik.

Hubs hantar pergi ke pintu kereta. Salam tangan laju-laju. Bagi satu dose ciuman dekat pipi dia pastu lambai-lambai sambil kereta bergerak. Haha

Petang after kerja, it's either one of us akan sampai dulu. Selalunya if hubs ada meeting maka pulang rumah beliau takkan ada di muka pintu. Err ye. Hidup aku memang terbalik. Suami pulak tunggu depan pintu. Wakaka.

Kadang-kadang rajin juga bawa balik gorpis untuk minum petang dengan in laws. Kadang-kadang bila LAGI rajin, balik rumah buat cucur. Kalau TERLEBIH rajin tak buat apa-apa. Hahaha. Kalau terlebih rajin selalunya aku balik pastu tolong makan je :p

Weekend pula if Mak ada, saya cuma rajin assist di dapur. And since I can't live without sayur maka akulah chef pemasak sayur-sayuran yang tegar. Ahaks.

Kalau Mak kerja tengah hari sampai malam, maka Syuhada yang comel akan memasak. Simple simple je. Setakat ni belum lagi tunjuk bakat buat Nasi Bukhari, Kambing Golek, Ikan Masak Berbagai Rasa ke hape. Belum belum :p (Padahal tak reti)

What is your favourite one Syud?

I love jogging! Kalau satu minggu tak jogging maka aku akan berasa sawan. Plus, sejak dah kahwin polar pemakanan saya jadi over over! Dulu zaman anak dara makan sekali sehari je. Sejak dah jadi isteri, TIGA KALI sehari OK!! *nangis*

Akan tetapi, I'm sooooooooo lucky! Hubs takkan reject kalau ajak jog. Adik in law juga selalu follow sekali. Selalunya bila jog kitorang panjat menara Taman Merdeka. Sambil dengar orchestra praktis dekat tepi tasik.

Most of the time aku tanpa segan silu akan menari-nari di atas menara tu dengan ditemani muzik orchestra since takda orang tengok. LOL!

Tukang tonton Hubs & Miera je. So dengan rasa bebas saya akan membuat Brownian Movement! Hahaha. =))

I love Taman Merdeka! Masalahnya jauh sangat. Kalau nak pergi hari-hari mau bankrup nak bayar minyak kereta je. Taman Merdeka je yang agak best macam Cyberpark. Tasik Pandan adalah biasa-biasa saja.

So far, I don't have anything to complain about. I love hubs mucho & I love my life really reallyyyyyy much!

Alhamdulillah :)

Tuesday, April 10, 2012

CHA-KUEH


Firstly, haruslah aku mempertontonkan Chakoi pertama dalam hidup ini. Hubs called it as Chakue. Tak pun bolehlah panggil CHA-KUEH. Hihihihi. Comels. Errr.. ini bukan pertama kali I makan ye tuan/puan. Bukan. Bukan. Ini pertama kali saya mencuba membuat Chakoi sendiri.

Why bother to buat Syud?

Apsal engkau tak beli je di jalanan?

Takyah buang masa. Buang peluh keringat. Now everybody can buy! (Ceh dah macam iklan Airasia). Hakikatnya, not really pon.

Ceritanya macam ini. Satu hari tu, di petang Sabtu yang syahdu. Aku yang kuat makan ini mempertontonkan wajah comel pada hubs. Lalu cakap macam ni;

"Awak, teringin lah nak Chakoi. Sedapnya cicah kaya." *sambil bebola mata membesar seperti Puss in Boots*

"Hmm takkan nak pergi Tiram?." Tiram adalah tempat kerja saya. Agak jauh dan tak berbaloi engkau nak pergi sana semata-mata nak beli tepung goreng, eh chakoi.

See see?

Suami saya adalah teramat baik. Mintalah apa saja, insyaAllah pasti tertunai. Lagi-lagi bab makan sebab nanti dia join sekaki. HAHAHAHA. Pastu sibuk ngomel gemuk-gemuk padahal kuat makan! Herk! Syuhada is hopeless. I know.

Tiba-tiba....

"Ha! Dekat Tesco Extra ada gerai jual Chakoi. Jom!."

Suami isteri yang bersemangat Proton Waja terus menerjah Tesco. Mata bercahaya lalu bibir mengukir senyum saat saya terpandangkan Chakoi idaman kolbuuu. Hahaha. Kami pon pura-pura tanya konon-konon survey. Sekali akak tu cakap...

"Dua RM3.50, Tiga RM5.00"

W-H-O-A-T???!

Tersedak! Oksigen oksigen! Terus peluk hubs lalu pitam. Eceh. Taklah seover tu. Aku tipu je. Hahaha. Time tu saya terus tarik lengan hubs dan cakap;

"Humph. Takyah! Gila ke apa?."

Memang pon. Memang pon GILA. Sikit lagi aku nak sawan epilepsy guling-guling kat situ. Hahaha. Nasib baik tak preggie. Kalau tak kecur air liur anak I tak dapat makan. Eh eh apa cerita tetiba sesat neh Syud?

Haha abaikan :p

So, hari tu saya tak makan Chakoi. Saya makan hati. Cececeh.

Next, few days after tu kami ke B.B.U. After dengar taklimat kelas Al-Baghdadi, terus kepala otak menjana idea nak buat Chakoi sendiri! Hek eleh. Chakoi je pon. Tepung. Butter. Air. Kacau-kacau. Haha. Aku pon rasa Chakoi tu amat mudah. Kononnyalah.

Balik rumah terus laju-laju cari resipi. Terus berusaha menchakoikan tepung. HA HA HA. Tapi menguji jiwa jugalah buat Chakoi. Kena patient. 2 jam untuk tunggu dia kembang. Uli lagi dan lagi. 2 jam lagi. OK tak sabar. Tak cukup 4 jam aku dah goreng. Muahahaha

Mungkin Chakoi kami takda rupa. Takpa. Yang penting, rasa :p

Modal buat Chakoi tak sampai RM5 pon. Engkau boleh jamah Chakoi tu sampai kembung. Macam kami, uli sampai 1kg tepung. KAHKAHKAH. Pastu makan sampai pengsan (sebab overloaded). Hehehe.

Saya sayang Hubs! Kalaulah tidak bersuamikan dia. Saya tak pasti apakah orang lain sanggup layan aku punya pe'el yang mengarut-ngarut dan suka buat apa je ikut instict. Next time I'll story pasal hidup terlatest.

Tapi next time tu bila tak tahulah. Hahaha. Boiii!

Saturday, March 31, 2012

My Twenty-Fifth


Birthday saya jatuh pada satu hari selepas majlis hubby selesai. In fact, on my birthday sesungguhnya saya super penat. Konon-konon ambil off half day. Last-last terus mencutikan diri for the rest of the day. HAHA

Malam after majlis selesai, hubby terus nyanyi-nyanyi dekat telinga. Sangat soothing dan mendamaikan.

Comel sangat! :)

Pagi-pagi je hubby terus tarik tangan. Hulur kotak berwarna jambu. Heh padahal dah ternampak dah kotak tu time kemas wardrobe dia. Cuma tak sempat belek. Muahahaha

My 25th Present

A box of Body Shop's stuff. Berbau cherry yang mengharumkan segenap ruang. Cececeh. I love them! Lagi-lagi bila Baby Doll YSL aku hilang entah kemana time majlis dekat rumah Ibu. Haih. Sobsobsobs.

Cia wish dekat wall-fb and she might the one yang bagitahu emak. So tengah hari sebelum kononnya nak pergi kerja, mak peluk and cium pipi. Hehe. I love ciuman! *muka tak malu* Huuuu tak sangka sudah twenty-five. Sungguh in denial mode T________T

Malamnya kami celebrate dekat
My Friend's Restaurant. Makan sampai lebam! Ahaks. Thank you in-laws, sayang korang semua mucho! ;)

Errr. Sorry. Cerita honeymoon lain tahun kita goreng. Sejak dah jadi isteri orang ni Syuhada sangat sibuk.

Sila percaya :D

Tuesday, March 20, 2012

The Sky


The sky is crying and it hurts,
The sky is crying,
Yet there's no sun bear to give it some shine

If love is a cure,
Then why doesn't it ease the pain?

If love gives much,
Then why does it feels like it's less?

Am I greedy?

Seeking for more than what I have?

Am I worst at thought?

Or do I adore others too much?

Perfection is nothing and heck, I didn't search for that.

But love is something,
And I do seek for more love than ever.



P/S:
Shakespears mode. Jangan tanya apsal.

Saturday, February 11, 2012

30 Hari Mencari.....

SUAMI!

Haha. Haruslah ezajerit. Eza tu siapa saya tak pasti, tapi eh abaikanlah. Semalam kami (iaitu keluarga tunang) ke Manhattan celebrate birthday adik-ipar-to-be. Err macam tak tepat pulak. Kami sebaya, lahir 1987 and her birthday is earlier than mine. Maka haruslah jadi kakak-ipar-to-be kan? HEHE

Nak juga muda di situ Syuhada. Fine.

Dalam kereta, kami borak-borak kosong. Of course topic preparation adalah topic yang hangat untuk diperkatakan. Takkan nak cerita pasal patient clinic? Urghh. Stresso eden. Tetiba abang cakap; 'Eh berapa hari lagi eh? 30 kan?'

Pastu masing-masing macam; 'Aah la. Dari hari ni cukup-cukup sebulan'. Pastu tetiba aku rasa macam berdebaran. Sengih macam kerang dalam samar-samar malam. Hahaha. OMG gediklah engkau Syud. OK tipu. Aku senyum je :)

Patutlah petang semalam waktu saya bersemangat nak ajak jogging datang-datang je nampak lori almari dah sampai. Sangatlah terharu tunang dah belikan almari besar-besar nak letak baju-baju saya. Yeaaaaaaaaaaaaaaaaay! Pasni boleh shopping baju banyak-banyak lagi! HAHAHAHA.

Dahlah almari tu warna off-white. Sangatlah suka! :)

Terima kasih tunang sebab melamar saya sebagai suri hati awak. Terima kasih sebab bawa saya ke dalam sebuah family yang sangat baik. Even miao garang tapi miao tetap comel sebab dia a part of your family.

Nasib baiklah semalam jog 3 round dekat Tasik Pandan. Taklah rasa bersalah sangat baham Fish & Chip dengan Seafood Platter. Hahahahaa.

Nanti time datang majlis saya, sila jangan tanya apsal aku sangat sihat.
Sekian, terima kasih :p