Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Friday, February 15, 2013

The Winner


Dear Contestant,

Dengan berbesar hatinya. Ingin saya mengumumkan pemenang bagi peraduan giveaway beg PINK yang menjadi rebutan senusantara *cewah* :))

Saya sangat enjoy membaca setiap entri-entri anda semua. I baca satu-satu tahu! Tak tipu! Efffooorrrrtt habis semata-mata mahu berlaku adil pada semua. Eceh. Sila terharu.

A small gift that caught attention of everyone who wrote beautiful entries =)

However. Oleh kerana ada satu je hadiahnya. Maka dengan ini beta memohon maaf kepada semua yang tidak terpilih. Lain kali kita buat giveaway lagi ye ;)

Ciri-ciri entri yang terpilih ini adalah kerana;

  • KREATIF! *omg sumpah comels*
  • RAJIN *yang malas-malas pastu taip shortform kurang berkesan untuk dibaca*


Jadi....diumumkan....pemenang bagi giveaway J.A.H adalahhhhh *drum rolls*

.

.

.

.

.

.


.

.


.
V
V
V

*scroll*

.

.

.

.


Pemilik kartun Tangled *adaptation* di bawah =)




You D.E.S.E.R.V.E.D it DIYA! 

Sebab? Nampak sungguh effort dan kecomelan kartun TANGLED tu. Kak Syud suka presentation dan setiap caption. Hehehe.


So DIYA. Please email nama, hp number & alamat ke echamyda@hotmail.com


Kepada yang lain-lain. Janganlah nangis *bagi tisu*. Kita tengok entri TANGLED *klik* ni ramai-ramai dan tengok sendiri kenapa Diya deserved it ouhkay?


Lain kali I bagi beg lagi. ;)





P/S:
Comel lah Huntsman pujuk Rapunzel. Haha. Nasib baik takda adegan atas sampan dengan lantern terbang-terbang. Kalau tak lagilah aku cair :))

Tuesday, February 12, 2013

Contest Now Closed!


Thank you to all the participants!

Err saya actually tak sangka sampai 27 orang join. Naik juling biji mata membaca entri-entri tersebut. Hohoho.

Pemenang akan diumukan kelak.
Mungkin weekend ni.
Mungkin weekend depan.
Hehehe.

THANK YOU!

Sunday, January 6, 2013

Giveaway! (Contest End On My birthday! Haha)


Eh tak tak. Tipu. Melampau birthday nanti baru nak bagi hadiah. Muak orang menanti hari ;p

Sebenarnyakan...saya tak faham apsal tetiba nak buat giveaway. Tengok blog lain buat giveaway rasa macam nak giveaway harta benda. Haha. Harap fahamlah maksud ayat ini.

Begini.

I'm so bagaholic. Tapi instict tak berapa cantik. Selalunya yang dok belek lama-lama tulah yang takkan kekal lama. Yang aku beli buat keputusan tak sampai 5mins yang itulah selalunya forever favourite! Heee.

Errr. Ini bukan bermakna beg di bawah tak disukai. Bukan bukan. Cuma, kurang gemar. Sebab warna dia kot?

Dahlah warna kelabu asap. Ada hati nak pakai benda pinky-pinky. Rasa macam.... T____________T

So, inilah hadiah giveawaynya;
TADAAAA!~
*drum rolls*



Ini nampak terlalu neon in colour sebab lighting. Warna sebenar seperti gambar rajah di bawah.


It's a Polo Benedetti brand dan saya terjatuh cinta sebab banyak compartment! See seeeeee! Ada tiga zip!

Tapi. Seperti asbab di atas. Saya pakai hanya sekali. Sebab dia PINK. Lepas tu takmo pakai-pakai dah. Hehehe.

I know it's a pre-loved item. Tapi conditionnya tip-top! *eh ni dah macam nak jual barang*. Tak tak. Ana tak meniaga. Ente jangan salah faham :p

So daripada simpan tak berpakai. Baiklah bagi dekat orang. :)

Macam mana nak join? Simple!
Sila baca step-step di bawah.


Step 1
Giveaway ini hanya terbuka kepada follower blog ini. Haha. Sangat default rasanya. Semua giveaway mesti suruh orang follow diorang. Tapi tak apa. Lepas contest ni habis korang boleh chao shin chan! Tiada paksaan dalam follow memfollow. Agree?

Step 2
Sila klik iklan Nuffnang di sidebar. Dapat 1sen daripada setiap orang pun jadilah. HAHA. Dah lama rasanya tak jana ekonomi daripada blog :p

Step 3
Buat satu post/entri dalam blog anda dan cerita kenapa anda rasa anda suka saya. Eh eh. Tak. Typo. Ceh tetiba tertypo. *ketuk-ketuk jari*. Buat satu post/entri kenapa anda rasa anda layak dapat beg ni. Gorenglah entri sampai hangus. Nak buat cerita dongeng purbakala pon tak apa. I don't mind at all. Dalam post/entri tu kena letak gambar beg ni dan letak url ini:
http://syud.blogspot.com/2013/01/giveaway-contest-end-on-my-birthday-haha.html

Step 4
Tinggalkan url entri anda tu dalam ruangan komen entri ini. =)

Contest ni bermula pada hari ini 6 Januari 2013 sempena entri ke 301 yang bila diterbalikkan jadi 103 *iaitu jumlah follower paling terkini*. Haha. I love nombor cantik!

Contest dibina secara sengaja-sengaja bagi menghargai pembaca/follower yang rajin baca aku merapu, mahupon menegur secara comel dekat facebook/ruangan komen.

Contest ini tamat pada 10 Februari 2013 sebab time tu Chinese New Year :)) Jadi barulah saya ni ada masa nak menggoreng blog dan inform siapa yang MENANG. Hehe


Fair kan?


Buat pertandingan selama sebulan. The more people joining in, the more merrier! :D