Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Edinburgh. Show all posts
Showing posts with label Edinburgh. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Kejadian Gerhana Matahari


Sebenarnya saja nak menulis. Eh belog, rindu sungguh dengan kamu yang sebenarnya aku dah lupa akan kewujudannya. Hahaha. Rasa kalau kamu ni sebuah rumah, telah bersawang di sana sini dan sinun. Fuh fuh fuh *tiup habuk*

Ah sudahlah Syuhada. Konon nak cerita kehidupan di Edinburgh. Kononnnnn.

Errr. Perdona me. Excuse meh. Cubalah sekejap rasa kehidupan Ibu beranak satu ini, bersuami satu (masih dan takkan bertambah. HAHAHA. apa kau gila bersuami lebih?). Lintang pukang kehidupan semenjak memiliki Tihani. Sumpah saya kagum akan mereka-mereka yang punya anak setiap tahun tapi hidup sungguh terurus. Hehe

Saya?

Mengemas bukanlah satu terapi indah sebabnya keindahan itu tidak bersifat hakiki. Cuci mata barang seminit dua bolehlah. Lepas tu Tihani datang bagaikan raksasa yang menyerang Nagasaki & Hiroshima. Habis terburai segala-galanya. Lepas tu aku pon pasrah lantas malas nak kemas dah. Hahaha

In fact, dapat memasak secara aman pun dah kira satu nikmat dunia yang tak terperi. Walaupun selepas tu engkau akan dapat lihat macam-macam 'hasil karya' di atas lantai dapur :))




NAH!

Gambar budak yang makin membesar dan banyak akal! Tu tak tahu ada apakah sehingga hidung beliau seperti ada lebam. Lasak semacam. Ada aja lebam sana sini. Dekat dahi, hidung, lutut. Dahlah bila jalan macam Teletubbies! Heee geram!

Ini gambar tadi. Dia ikut Ayah dia mengukur tanah melihat keajaiban fenomena Gerhana Matahari. Dia cuma sangat baik bila dengan Ayah. Bila Ayah tegur pun sama. Paling cepat touching. Tepat hingga ke lubuk hati yang terdalam. Kalau saya tegur? Heh. Wassalam. Ibu, apa barang Ibu bebel pon, Tihani takkan terkesan :p



My darling teletubbies. Ini teletubbies paling bongsu dan manja. Warna jambu. HAHA. Sila panggil, Teletihani. :))


Sekejap je masa. Dah membesar dengan sangat pantas anak Ibu yang seorang ni. Ah touching :')


Ini gambar kejadian semalam. Birthday saya yang ke-28. Hahaha. Tuanya! Tuanya! Imran belikan bunga, cake, dua keping kad. Lepas tu Bariah, housemate kami buatkan fruit fondue. Oh sangat heaven! Makan sampai terkenyang. (Eh ada ke terkenyang? Hihihi) Memang sengaja makan sampai kenyang pastu malam boleh cheat tak perlu memasak. Lalalala.


By the way, do I look fairer? Rasa macam perasan putih sejak duduk sini. HAHAHA. Padahal tak lama lagi nak balik Malaysia dah. Lepas tu boleh jadi manggis balik. Hitam-hitam si tampuk manis, walaupun hitam tetapi manis :p *perasan*


Eh Syud. Bukan entri ni bertajuk Gerhana Matahari ke?


Mana eclipsenya? Mana ? MANA? Errr adalah. Cuba bawa-bawa bersabar. Bagi Tuan Belog interframe diri sekejap. Entri kalau tak terseleweng mana menarik. Eh? Sorry again. Tangan ni memang menaip secara random sekali :))



Nah ECLIPSE! Hasil kerja suami saya. Begitu effort beliau membawa kotak, cling wrap, kamera bagak serta anaknya. Hahaha. Dah macam nak pergi berperang dah tengok. Saya sibuk nak pergi jumpa SV. Memang taklah nak bawa Tihani sekali. Nanti dissertation tak ada progress langsung.

Nasib baik dapat SV yang super kacak serta berhati baik. Soft spoken serta sentiasa memuji diri ini. (Padahal aku rasa super sampah sebab progress thesis macam kura-kura). Eh bahagian kacak dan berhati baik tu tak tipu ye. Untung dapat SV caucasian yang rupa macam ala-ala pelakon Hollywood. Hahaha. Nanti-nanti ada rezeki saya upload gambar beliau :p


Yang ini pula gambar dari iphone member merangkap jiran setaman. Cantikkan? I is jelly sebab dia boleh ambil gambar eclipse. Tak faham apsal aku ambil dapat awan je. LOL! Lagipun waktu eclipse ni saya tengah nak berjalan pergi school. Memang tak adalah nak menikmati panorama kecuali berasa pelik dengan suasana macam suram pastu tetiba cerah kembali :D

Gambar atas ni memang terbaik sebab ada ranting-ranting pokok! Hahaha. Rasa macam boleh buat poster. Kan kan kan?

Errr anak dara saya kelihatannya seperti sudah terlalu kuyu. Betterlah bawa dia masuk beradu sebab sekarang ni pukul6 pagi matahari dah terbit di ufuk Timur.

Harapnya karangan pendek saya yang tak ada faedah sangat ni buat anda terhibur. Haha.

Bye!

Monday, June 2, 2014

Of Holyrood Park

31st May 2015. 

Pagi tu saya masak awal. Sedikit keliru dengan jadual kerja suami. Rupanya dia tak kerja malam-malam buta! Jadinya sebab dah lunch awal saya cakap dekat Imran; "Nak jalaaaaan!"

Puas jugalah google dan berfikir nak jalan mana. Syarat utama mestilah FREE. Haha. So bila tengok ada member update Salisbury's Craig last-last cakap; "Jomlah panjat bukit!"


Salisbury's Craig, Holyrood Park dan Arthur's Seat semuanya sebelah menyebelah je. Tapi yang pasti kami tak ke Arthur's Seat lagi. Tu tunggu Tihani besar sikit. Semput nak mendaki.


Ketua rombongan tengok map :p


Holyrood Park


Teringat Broga. Tempat first saya dan Imran bertemu. Eceh


Over posing. Tapi anak sendiri tak nak tengok pon camera T____T


Cubaan memujuk yang tidak berhasil


FINEEEE TIHANI!


Ibu merajuk lalu duduk jauh dari Tihani (kononnya)


Bunga Atas Batu


Buah Hati Kami :)


Tihani tak reti berjalan lagi. Bayi 8m 2d ni baru boleh bertatih sikit-sikit. Berdiri dan menghenyak badan parents dia adalah skill paling terbaru. Boleh buat smack down tanpa dipinta serta mencungkil pipi Ibu sesuka hati dia hampir setiap pagi.


Bunga Kuning 


Ini bila dia enggan berkerjasama. 
Whatever Ibu.


Chapel di kaki bukit


Ibu dan Anak


Bunga lagi

Gambar sebenarnya di upload secara rambang oleh blogger. Tak ikut kronologi langsung. 

Yang atas ni after kami dah habis mendaki. Kami round satu Holyrood Park by car. 

Ada seorang mamat Singh ni bawa awek caucasian naik Ferrari merah. Lepas tu member dia follow naik Ferrari hitam. Terkedip-kedip mata tengok kereta dua ketul tu mengaum. Haha

Saya cakap dekat Im; "Mesti awek dia bangga kan kan?" Hehe


Ini Imran sepanjang kami mendaki. Si Tihani jadi 'joey'. Tapi joey sorang ni kejap je nak duduk dalam carrier tu. Sampai atas bukit laju-laju buat ragam. Ada masanya saya yang dukung. Sabar jelah anak oi.


Kalau sampai Holyrood Park, the first thing anda akan nampak adalah lots of doves! 


....serta Swan dan Seagull! 

Semuanya duduk bertenggek dekat dengan tasik which I suspect tasik buatan. Sebab batu-batuan keliling tasik elok terletak cantik.


Ini Tihani dan Ayahnya. Tihani bermood cantik sebelum kami mendaki :p


Our trail :D


This is me! 

Yang sudah semakin gemuk sebab sebulan cuti asyik makan tidur je. Sobsobsob. Ni tengah cuba untuk diet. No dinner for me. Sobs


Ini Tihani yang cuba buat muka comel (tapi memang comel pun) Haha


Subhanallah! Cantik sangat! :)

Bunga kuning lagi


Salisbury's Craig

Oh jangan tak percaya halfway naik bukit ni ramai je parents tolak stroller. Kagum jugalah sebab tak faham sampai ke tahap mana stroller boleh naik. Haha

Ada juga sweet-sweet couple bawa picnic mat, plastic penuh junk food dan duduk berpiknik. Yang dekat Chapel pula saya perasan satu group teenager ni bawa Budweiser sekotak. Duduk ramai-ramai atas batu. Sambil tengok city sambil minum.


Two most important person in my life :)


My little family :)


My beloved daughter. Muah muah!


Membesar jadi anak yang baik dan solehah ye Ainan Tihani :)


Bersantai dengan Ayah. Hehe


Sambil bersantai makan keropok. Baru feel :p



Errr okay. Ibu nak gambar pokok kuning berduri-duri itu.


Dah siap ada trail dan berpagar kayu. Im cakap maybe sebab pernah terhakis so tak boleh lalu betul-betul belah lereng bukit.


Rangka Chapel


Batu-batuan


Ini sejarah Chapel. Tapi tak ada cerita yang clear pun. Kenapa rosak pun tak cerita. Cuma cerita pope ada keluarkan duit untuk baiki Chapel tu. Err I wonder adakah orang mendaki bukit untuk ke Chapel? *semput*


"You'll never walk alone.
I will always by your side.
Like your faithful shadow."

- Love, Ibu


Cantikkan? 

Percayalah kalau anda datang sini, you will love it! Cantik dan bersih! :)

Habis mendaki kami lepak dulu makan sandwich. Piknik yang tak berapa pikniklah sebab main redah je duduk bawah pokok. Haha

Lepas tu nampak banyak pokok kuning comel-comel. Terus ambil Tihani untuk photoshoot.

The result? 

Err. Silalah lihat hasilnya :p


MUKA SERIUS!


Yelah Tihani. Yelah. Muak dah bergambar. Haha


P/S:
Sekiranya anda bertandang ke Edinburgh. Please do visit this place! Highly recommended. Lagi-lagi bila it's a sunny day! Best! Kalau datang by bus boleh ambil Lothian 35. Errr segala gambar di ambil menggunakan Lenovo serta Iphone 4S. Camera Canon S100 kami dah rosak. Sobs :'(


Saturday, May 10, 2014

End Of Spring


AMARAN: Entri kali ini bakal penuh dengan gambar. Sila pangkah kalau malas nak tengok. 

Alhamdulillah. Semester pertama dah habis. Walaupun jawab exam tak adalah excellent tapi harapnya lulus. Amin amin :D

Sepanjang Spring saya teramat sibuk. Assignments bertimbun-timbun. Dengan lab report dan exams lepas Easter Break. Tengok orang update gambar Princess Street penuh dengan bunga memang rasa jealous habis! Tak payah pergi Amsterdam. Tengok bunga dekat Princess Street pon jadi. Janji Tulip. HAHA.

Habis je exam saya terus laju-laju ajak Imran dan Tihani (eceh macam Tihani faham) pergi Princess Street. Bunga dah tak banyak tapi bolehlah, bolehlah. Taman tu tak gondol lagi. Masih ada saki baki bunga. Jadilah buat cuci mata. Heeee



Ni gambar dari tempat duduk yang teduh. Orang lain sibuk berjemur kitorang duduk bawah bumbung. Hahaha. Terik tapi tak panas. Macam Cameron Highland waktu tengah hari. Kot?



 Yang ni Tulip kuning. Dekat area tugu peringatan apa entah. Kitorang pon tak tahu. Pergi sebab nak ambil gambar je (jujur).



Tetiba ada perkataan EGYPT belah bawah tu. Sumpah kami tak tahu ada apa kat situ. Haha


 Ibu muka happy. Si anak muka stress sebab asyik kena suruh senyum :p


 T for Tulip!


Yang ni tak tahu bunga apa. Main ambil je gambar sebab di tanam sekali dengan Tulip. 



Ainan Tihani. 
7 Months Old
7.98kg 


Riben atas kepala dah macam pendekar punya headband dah. Hahaha.


 Kesayangan Saya! :')


Beria suruh Imran cium Tihani. Sekali Tihani buat muka seposen je 


Ramai orang cakap she looks like me sekarang. Ye ke?


 Silau waktu tengah hari


 Tihani ngantuk. Terus tidur dekat bench


 A mom with her children :)



 Atas bukit tu Castle. Tapi kami tak minat pun nak pergi sebab selain tak free, bukannya ada apa-apa sangat pon. Tak caya pergi google dan baca blog orang lain. :p




Tihani & Ibu
Princess Street Garden, Edinburgh
9th May 2014





Nak kata Lavender, tak pernah tengok Lavender. Hahahaha. Ye kot ini bunganya :p



 Whatever Ibu. Whatever
*Kata Tihani*




Yang ini bukan saya selfie. Yang ini Tihani sibuk tengok spek mata Ibu. Suruh pandang Imran dia tak nak. 


 Akhirnya pandang juga tapi tak nak senyum



 Ini bunga yang dekat dengan tempat kami berposing. Cantikkan? Macam Lego!



Goodbye Spring! 

Maaf tak dapat nak nikmati musim kali ni sepenuhnya. Harap-harap tahun depan ada rezeki jumpa lagi! :)

P/S:
Ini entri saja upload. Haha. Nanti rajin saya buat karangan ye. Kalau rajin :p