Showing posts with label My Cinta Hati. Show all posts
Showing posts with label My Cinta Hati. Show all posts
Friday, June 15, 2012
A Day Without You
Labels:
My Cinta Hati
....is like a year without rain.
I miss you dear. Sangat-sangat rindu. Rindu yang bila terjaga dari tidur dan tak nampak awak dekat sebelah terus rasa sebak. Err blame the hormonal changes inside me :D
Tapi saya tak nangis. Saya kuat sebab saya tahu awak tak ada untuk reason yang sungguh kukuh. Tidaklah diri ini terhegeh-hegeh, buat perangai kanak-kanak ribena pastu meroyan-royan takmo pergi kerja sebab nak ikut suami. Heee
Sekarang dah tahu dah perasaan waktu saya tinggalkan awak. Haha
Tadi makan Sushi. Time makan Salmon terus teringat awak suka sangat Salmon. Aloh cuwit tak bini awak neh? Hahahaha. I miss you dear and the moment....
....when you blink your eyes sebab staring lama sangat dekat lampu.
....when everyday saya nak pergi kerja, awak tunggu sampai saya hilang, lambai-lambai & sometimes saya buat flying kiss!
....when you pretending you're a crying baby. Pura-pura lap mata konon-konon nangis dekat Larkin! Haha
.....when everytime I said takmo for something, you will muncung your mulut. Ceh, tiru trademark. ;p
.....when you said you love me, embraced me tightly and kissed my cheek :)
Ala, rindu.
Dah sehari tak dapat kiss dekat pipi. Sikit lagi nak sawan sebab tak cukup dos. Pastu hari ni kerja tak dapat salam awak. Rasa incomplete. Pagi tadi jaga-jaga je memang saya sungguh-sungguh raba katil. Pastu rasa dekat sebelah saya tak ada orang :(
Now I wonder. Camne orang kahwin tapi hidup berjauhan eh?
Haih. Kronik bebeno Syud neh. Kalau dia pergi bergembira lupa pulak suami eh? Aik aik? Hahahaha
Monday, June 11, 2012
Oh My Darling!
Labels:
My Cinta Hati,
Quick Rant
Tengok suami tertidur lepas 4 hari tak nampak memang satu feeling yang super best. Dia macam, 'Alah rindunyaaaa!' Tadi lepas dia ambil dekat Skudai mula-mula mulut memang nak muncung. Heh apsal lambat sangat si wifey dah lapar nehhh. HAHA *aku memang sengal*
Tapi....
Tak jadi marah pon. Tengok muka dia lepas dah beberapa hari tak tengok terus tak jadi nak elmo elmo. Terus tangan gatal nak genggam tangan dia, though he was actually driving my MANUAL SAGA. Ya Allah, feeling yang terus masuk ke jantung. Hehe *touching*
Kesimpulannya?
Seronok gak berjauhan sekali sekala. Rasa macam tengah hot bercinta. Hahahaha.
Darling Husband,
I love you!
Lain kali kita boleh try apart for a week pulak ;p
Wednesday, May 23, 2012
001 : Little Appleseed
Labels:
My Cinta Hati,
My Pregnancy
20 Mei 2013. Tarikh saya, Hubs serta Nina berlumba-lumba di Excite Fitness Center di Danga City Mall. Menghabiskan saki baki dua lagi FREE PASS masuk gym. I was quite energetic. Bermain. Melompat. Sini sana. Scott's Emulsion membantu sayaaaaaaa! Iklan jap. HAHA
Nina buat interruption waktu kami cari wedding gifts untuk kawan-kawan;
"Babe, tiket offer Airasia tu dah nak habis tau. Hari ni last"
"Errr. LAST???."
Dalam hati aku dah macam, ALAAAAA. NAK JEPUNNN! :p
So after merembat 4 SET Jug & Glasses. Nina terus nak panjat escalator. Sambung bergym. Saya dan Hubs dah penat so kami nak balik. Before heading home, saya cakap nak singgah Guardian. Beli test kit. Dah Hubs cakap kalau pregnant camne?
So konon-konon nak confirmkan lah after seminggu lewat. Haha
Last week, lepas sehari lewat. Saya super excited. Terus geladah bawah katil cari Test Kit yang Apis bagi. Present KAHWIN! Hahaha. Unfortunately, the result was negative. Samada sebab dah expired takpon bak kata Edot HCG memang tak increase lagi I dunno. But then at that moment, aku memang malas nak cari lain. So...abaikan :p
Balik rumah, sebab berlengas terus bergegas mandi untuk Solat Asar. Shi-shi a bit. Dip dip the stick. Haha. Sorry. Tak senonoh punya penceritaan. Jantung pon berlari laju-laju *Lub Dub Lub Dub*
Then, I found this!
YEAYYYYYYY!!
Aku hampir-hampir nak berjoget dalam bathroom bila tengok dua line itu. Tapi cover. Menjerit pon tidak. Melompat pon tidak. Simpan dalam plastik balik pastu sambung mandi. Ambil wuduk dan keluar ;)
Saya show off dekat Hubs. Dia macam tak faham. Terpaksa tarik kotak untuk memahami maksud kayu itu. HAHAHHAA. Then, he smiles. Senyum yang lalu membatalkan wudukku bilamana dia menjabat tangan saya macam orang nak rasmikan kedai. Kahkahkah.
"Tahniah ye"
"Err tahniah je? Ingatkan nak peluk-lompat ke apa" HAHAHA.
Oh suamiku! I love you!
Kami solat Asar. Then Solat Sunat Syukur. Pastu berdakapan lagi dan lagi. Hubs doakan saya jadi Ibu yang solehah. Saya doakan dia jadi Ayah yang soleh. Ya Allah, it was a beautiful moment in my life :)
Saya sebenarnya kurang yakin. So lepas Maghrib test sekali lagi. Luckily beli yang dua strip. Kalau satu je mahu suruh Hubs keluar pergi Caring. HEHEHE

The Second Result; YEAYY YEAYYY! *Double Confirm*
Di atas adalah Test Kit Guardian. Tak cukup fancy. Tapi cukup berbaloi. 2S for RM13.90. Lain-lain harga semua tahap cekik darah. Nak test shi-shi je pon. Plus, made in USA.
Apa mau lagi?
Apa mau lagi?
Sepanjang malam kami tidur berpelukan. Teruja sangat. Hubs cium pipi saya. Kami nangis happy. Nangis sungguh-sungguh sebab next year we will have our own baby! Yieppeee! Yieppeee! Junior saya ( a medic student) calculatekan estimated EDD (Expected Due Date); 15 JANUARY 2013.
Ikut BabyCentre, I am now 6 weeks pregnant, with a little APPLESEED in my womb. 1/2 inch long.Haha. Comels!
Esoknya pagi-pagi terus bergegas pergi lab. Tinggalkan farmasi dan bergegas minta urine cup. Kekeke. Ingatkan ada spesific test ke apa. Rupanya sama je. Tetap guna stick. Haha. Kak Ijan test-test, then nampak lagi another 2 lines. Ya Allah. CONFIRMED! Alhamdulillah. :)
Kak Ijan checkkan juga urine FEME kot-kot ada Leukocytes ke apa. Nasib baik clear. Takyah menyusahkan kehidupan. Saya tak tunggu lama. Laju-laju terus SMS Hubs.
Berikut was our SMS conversation;
Tapi petangnya tak jumpa doc pon. Malas. Err bukan malas. Ramai sangat patient berjoget-joget dalam farmasi aku. HAHA. Kami agree to meet doc in another 2 weeks. Time tu baby dah besar sket so bolehlah nak scan ;)
Today, My Little Appleseed dah menghadiahkan present pertama untuk Ibu. Yakni; demam-demam dan lemah satu badan. Hehe. Takpe. Ibu redha. Plus, Ibu dah lama tak sakit :)
Please doakan saya selamat menempuh semua semester (Errrr macam semester nak periksa plak. Haha) We need your prayer(s) so much! Thank you!
P/S:
Some say jangan teruja sangat or update my blog too soon. But the news dah leak out dekat FB. So I guess, tak apa kot? Huhu. Sengaja memberikan nombor so that saya tahu berapa entry terhasil sepanjang pregnancy ini :)
Monday, February 6, 2012
Gold Fish(es)
Labels:
My Cinta Hati
Terima kasih S100! Dengan anda tak perlulah kami berhabis duit membeli lense 'mata ikan' semata-mata untuk nampak kembang! HAHAHAHAHA. Also, tak perlu berhabis duit membeli lense untuk melebarkan lense bila mahu ambil gambar beramai-ramai. Oh, I adore our new cam really reaaaally mucho! :)
Terima kasih kepada Fiance Tersayang (sebab memang ada sorang je tunang takda banyak-banyak) sebab membelikan kamera tersebut lalu laju-laju terus merasmikan. Hehe. Semua benda hantaran agaknya kitorang dah rasmi dulu :p
Pertama kali membelek camera tersebut saya amat teruja. Tak fancy tapi nice spec. In fact, bakal adik ipar juga menggelak-gelakkan flash camera. Like I said, tak fancy. Bukan tak cukup tapi kamera ini memang luaran dia biasa-biasa je.
Dalaman?
Perghhh. Super sharp! Quality like dslr. Rasa berbaloi la even tak berjaya lagi buat potrait with blurring effect for background. Bokeh? Err tak pasti lagi. Lain-lain kali kami try shoot gambar malam hari dengan lampu-lampu ;)
Nak cari S100 ni pon agak parah. Tiap-tiap kedai kami serbu mesti sold-out, out-of-stock, yada yada. Last-last tak tahu manatah tunang beli. Tau-tau je dah selamat ke dalam dakapan. Comel. Saya suka!
OK. Lepas ni nak let go Pentio-10i. Nak let go dengan casing stylo dia tu sekali.
Lepas ni dah ada camera cun! Yieppe yieppe! Maka bolehlah blog ini diserikan dengan foto-foto menarik (kononnya). HAHA. Itu pon tengoklah. Kalau aku tak malas
:P
Saturday, December 31, 2011
I.M.Y
Labels:
My Cinta Hati
'I miss you like I'm missing the sun during this heavy monsoon rain,I miss you like I'm missing faraway home,I miss you although I didn't say I did,I'm arrogant, ego & childish,And I do hope you miss me too,As much as I do,Miss you.'P/S:Motiflah aku menjiwang pagi-pagi hari ni? I miss him-lah! Dah penat dah merajuk. Sudah-sudahlah tu. Bukannya dia reti pujuk. Habis-habis pun dia buat muka tak malu sms macam tak jadi apa-apa. Haih. Makan strawberry celup milo lagi baik.
Friday, December 30, 2011
Happy Meal!
Labels:
My Cinta Hati
Niat utama datang bekerja pada pukul 7 pagi adalah menyiapkan segala Reten PF, KPI, CPD dan blablabla. Sila jangan tanya hapekebenda semua tu.
Lalu terperasan ada inbox message pada fb. Oh ye, belum masuk waktu bekerja maka saya on fb. Sambil menyelam minum air. Bukankah bosan buat kerja takda hiburan? (Padahal fb bosan juga pagi-pagi)

Sesuai untuk menyejukkan hati yang sedia panas. Tapi apsal aku tak sejuk-sejuk lagi neh? Haih haih. Nak kena rendam dalam ais apa Syuhada?
Di atas kertas kuning tertera 'Imran's Happy Meal'. Hmmmm kalau macam tu bukankah patutnya Happy Meal ni untuk Imran? Bukan Syuhada punya kan?
Now, anda fikir ini romantik?
Fikirkan sekali lagi. This is the second time saya menerima sesuatu seperti INI dan kali kedua ini pun tak jauh bezanya dengan yang pertama. You have to merajuk. Tarik muncung platypus sepanjang dua depa siap boleh sangkut hanger apa semua.
Lalu terperasan ada inbox message pada fb. Oh ye, belum masuk waktu bekerja maka saya on fb. Sambil menyelam minum air. Bukankah bosan buat kerja takda hiburan? (Padahal fb bosan juga pagi-pagi)
Lalu pagi itu, aku telah mengalirkan air mata sebanyak satu gelen. Mungkin lebih lagi. Maaf takda penyukat. Hakikatnya, aku memang ratu air mata. I was touched.
Tapi ego masih setinggi gunung. Lagipun, heh mana ada strawberry yang diperkatakan itu? I slept at 11pm last night kot.
Tapi ego masih setinggi gunung. Lagipun, heh mana ada strawberry yang diperkatakan itu? I slept at 11pm last night kot.
Petang ini, after pulang dari bertempur di Jalan Tebrau yang tidak kucintai dengan kereta dan motor bergasak-gasak pulang dari Singapore. Saya jengukkan kepala dalam fridge.
Eh, wait a sec.... Itu apakah? (Nampak beg kertas coklat)
Dan tertulis nama saya dengan ink biru yang agak sudah comot tulisannya. Lalu laju-laju selongkar beg kertas dan jumpa....
Eh, wait a sec.... Itu apakah? (Nampak beg kertas coklat)
HERSHEY'S!
Sesuai untuk menyejukkan hati yang sedia panas. Tapi apsal aku tak sejuk-sejuk lagi neh? Haih haih. Nak kena rendam dalam ais apa Syuhada?
Ada Hershey, Korea's Strawberry dan kertas kuning.
Now, anda fikir ini romantik?
Fikirkan sekali lagi. This is the second time saya menerima sesuatu seperti INI dan kali kedua ini pun tak jauh bezanya dengan yang pertama. You have to merajuk. Tarik muncung platypus sepanjang dua depa siap boleh sangkut hanger apa semua.
Errr. Sekarang ni engkau rasa terpujuk ke apa Syuhada?
Entah. Hati rasa macam ABC. Air Batu Campur. Semua benda bercampur-campur. Life tak thrill. Life adalah sesuatu yang expected. Engkau kena merajuk baru dapat. Engkau kena minta baru dapat. Engkau kena buat perangai rasa nak lesing baru dapat.
Bunyi macam tak reti nak bersyukur kan?

Entahlah. Aku rasa kasihan dengan diri sendiri. Tapi aku lebih kasihan pada dia sebab mengasihi aku yang perangai entahapehape ni T_______________T
P/S:
Anda semua silalah jangan contohi perangai saya ni. Buruk yang amat!
Anda semua silalah jangan contohi perangai saya ni. Buruk yang amat!
Thursday, November 10, 2011
Tackle Menackle
Labels:
My Cinta Hati

Morning - Broga Trip
June, 27th 2010
Foto di atas adalah foto pertama kali saya dan tunang hiking together. Kami hiking ramai-ramai. Main hujan, makan sandwich, merapu. Haha. It was fun! Seriously sangat seronok. Tapi sebenarnya saya langsung tak bercakap pon dengan dia.
And little did I know, that the rainy morning, is the starter for everything that I have right now.
:)
Saya masih ingat lagi. I thought him as a very skema one. Kami siap main sukahatimulut je panggil dia CIKGU. Ahaks ahaks. Dahlah dia ni jenis jalan laju-laju. Perempuan-perempuan ayu (not including me) semua telah melembik di belakang. Motion sickness, dizziness dan kepala berpusing laju-laju.

Saya masih ingat lagi. After Broga trip, saya nampak foto beliau dengan budak kecik. Hati kecilku berbisik-bisik comel; 'Eh not bad. Ada talent jadi bapak orang.' HAHAHA. Oi oi jahatlah engkau ni Syud. ;p
Saya masih ingat lagi. Pernah at one moment of my life, ramai betul orang bising-bising pasal jodoh. Heh bosan gila punya topik. Tapi dalam otak takda calon pon. Last-last terus rasa nak minta phone number dia. Err tapi tak jadi sebab tak rasa macho. Kahkahkah :p
And he said this to me, few weeks ago; 'Tak apa. Saya yang cari phone number awak'
And he said this to me, few weeks ago; 'Tak apa. Saya yang cari phone number awak'
Saya masih ingat lagi. Waktu dia betul-betul datang convocation saya. Rasa macam...'Err. Dia ni apahal?' Hahaha. Serius tak memahami langsung maksud kedatangan beliau itu. Dalam erti kata lain aku memang suci dan anggap kawan-kawan saja nak datang meriahkan majlis walaupun tak kenal sangat pon.
And I'm so glad that you came that day although we barely spoke with each other :)
And I'm so glad that you came that day although we barely spoke with each other :)
Saya masih ingat lagi. Waktu dia ajak keluar for the very first time. Yang itu lagilah aku rasa lengai gila. Kahkahkah. Rasa macam, apa kena mengena dia datang KL dengan saya? Sumpahlah. Tak faham. Tapi pastu main bantai je perasan and tanya dia; 'Are you asking me out?' :p
And I'm so shocked being proposed 4 days after we had that date
Eh maksud saya disini adalah dilamar untuk dijadikan seorang suri hidup. Bukan dilamar jadi girlfriend ke apa. Bukan bukan. Saya syaklah. Dia memang dah lama usha saya. Tapi takmo ngaku dia tu stalker! Hahahaha
He completes me.
No one can beat him. Trust me. Dia uruskan almost everything in my life. Daripada nak suruh matikan setem, pos barang, tukar duit raya, betulkan plate kereta, buatkan roadtax,pujuk saya nangis, angkat barang-barang saya,betulkan basikal, basuh kereta saya dan blablabla. Sampai naik lupa dah nak list-up everything. Err. Berbunyi pembulian di sini tapi dia rela. HAHA.
Paling comel. Tadi, saya minta coffee delivery. Terus laju-laju dia datang bawak White Coffee! OMG! Bakal suami siapakah yang begitu sweet ini? I love you lah Sayang. You sangat awesome! :)

And now Syud, what had you done for him?
Err entah. Kadang-kadang kalau nak listkan what had I done for him, rasa macam tak ada pon. Selain suka cari gaduh dan menyerabutkan otak. Saya tak tahu apa specialnya saya ni. Entah. Macam takda pon?

Dahlah aku ni kuat bebel macam Woody Woodpecker. Pastu kalau cari gaduh serah pada yang pakar. Tapi opposite attraction punya law memang terguna pakai dalam my relationship. Sebab kami sangat berbeda. Meskipon begitu, it doesn't mean that we can't live together :)
Maka untuk itu, kita akhiri entri jiwang ini dengan sedikit SMS jiwang;
Maka untuk itu, kita akhiri entri jiwang ini dengan sedikit SMS jiwang;
Him : 'Boyfie tu apa?'
Me : 'Boyfie tu Boyfriend cum Buah Hati'
P/S:
Me : 'Boyfie tu Boyfriend cum Buah Hati'
P/S:
Kalaulah saya tahu awak ni sweet macam sekarang, dari atas Broga lagi saya dah tackle awak habis-habisan! :p
Thursday, November 3, 2011
Mangatar Kami
Labels:
My Cinta Hati

Ya Allah.
I love this so much!
HAHAHA. Sangat comellah aku pakai tudung merah (tanda Elmosi). Pastu terjumpalah pulak baju kotak-kotak warna lusuh yang Mr. Cool Fever suka sangat tu ;p
Errr. Kenapa Cool Fever Syud?
Sebab dia memang COOL!
And I love this cool guy really really reaaaaaaaaaaaaaally much!
Titik!

Saturday, September 17, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Cinta Hati
Labels:
My Cinta Hati
Ini Buah Hati saya. My saviour di kala aku berduka lara. Pendengar bila aku kerapkali membebel dan merambang entahapehape. Selalunya saya hanya cerita cerita dan cerita. Kali ni saya upload gambar bersama si dia :)
Kalau nak diikutkan, first time kami bergambar bersama adalah ketika kenduri kahwin Caha. Kemudian diikuti majlis pertunangan kami. Yang ini adalah gambar ketiga, gambar paling santai. Hehehehe.
Gambar gedik?
Gambar suap-suap?
Gambar close up?
Gambar kepala bercantum macam kembar siam?
HARAP MAAF. Itu tiada dalam kamus kami. In fact saya membantah dengan sekeras-kerasnya. Aku ni nampak saja macam tak malu padahal pemalu yang amat! Muahahaha sila percaya. :P
Lagipun. Sangat tidak manis berbuat sedemikian rupa. We know kami bukan muhrim. We know pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa. Kalau orang tanya korang ni bercinta after kahwinkah?
I will definitely say, 'Yes! Kenapa tidak?'
Anda fikir saya mengayat Sayang or Dear? Anda fikir dia panggil saya Baby (euw euww muntah darah. Hahahaa). Anda fikir kami bergedik-gedik sebut 'Sayang sayang...kalau sayang jadi bulan sayang nak jadi bintang tak?'
'Kalau sayang jadi pisang? Kanda jadi monyetnya tak?' :))
Meh sini aku lesing. Sumpahlah aku tak buat semua perkara di atas. Kami kawan dan sedang berusaha menjadi kawan baik towards each other. Supportive dalam setiap perkara. Tapi paling terharu mestilah dari dia, *nangis sambil lap mata guna tisu*
Saya bukannya comel mana pon. Tapi entah, tak tahu tang mana yang special sangat di hati dia. Hahaha. Sampai sekarang masih cuba merungkaikan misteri nusantara ini tapi nantilah, mungkin after kahwin nanti baru akan kutemui jawapannya. Haha
Dah dah. Nak mandi.
Boboyboyyyyy!
Tuesday, August 9, 2011
My Proposal
Labels:
Cinta Ke Udara,
My Cinta Hati
*Siapa tak boleh baca boleh klik untuk tumbesaran*
Sesetengah orang takkan faham apakah yang telah saya repekkan pada status saya kelmarin. Hihihiii. First, status itu status 'lift up basket' (baca: angkat bakul). Kah kah kah.
Comel?
Kejap. Tang mana yang comel tu aku tak berapa nak pasti. Tapi seperti mana yang kawan-kawan saya perkatakan; saya ni ehem comel jugaklah (kadang-kadang). HAHA. Most of the time? Aku adalah garang dan berhati cengeng.
Pandai nyanyi?
Orang lain saya tak tahu. Tapi tunang saya kata suara saya merdu. *blushing* Yelah, kalau tak tunang sendiri nak puji siapa lagi? Kan kan kan?
Second, status itu telah dibalas dengan sesuatu yang for me sangat manis. Errr. Actually tiap-tiap kali kalau dibalas dengan sesuatu yang manis memang boleh kena diabetes aku nih. Ahaks.
Sesegarnya (Vividly), 14-04-2011 is still in my mind.
Itu tarikh yang pada suatu ketika, seorang pakcik (baca: patient) telah mempropose saya untuk beliau. Aik? Haha. Yang itu pastilah aku tolak bukan? Apa ke gila nak kahwin dengan orang lagi tua dari parents daku. Nehi kabhi nehi!
Tapi pakcik tak berputus harap. Dia suggest pulak anak dia yang of courselah saya langsung tak kenal! HAHAHAHAA. Patient cardio memang comel. Haih. Rindu rindu. What happened next adalah klimaks cerita kita ini. Agagagagugugaga.
I sms-ed my fiance;
'Ada pakcik (patient) nak pinang Syud :)) '
Sambil sms sambil berjalan lenggang kangkung balik farmasi. Lab coat melayang-layang ke kiri kanan. Poket penuh dengan prescription. Sumpah poket aku poket Doraemon kah? Eh eh melalut dah.
Teeet! Teeet!
*Maaf handphone I tak canggih takda lagu merdu-merdu. HAHA*
Sms berbalas satu sama. Hoholiao!
Picit-picit handphone Ximax yang nak jahanam tu. Lepas baca aku terus macam, errr...ini mimpikah apa?
My fiance replied this;
'Ala, janganlah terima pinangan pakcik tu. Im nak minang Syud dulu. *Im serius :) '
And that, everybody...
.....is the starter to this beautiful story of mine.
Saya tak tahu apa yang meyakinkan dia untuk tulis macam tu. 14th April adalah empat hari after our first date. He bearly know me but he did something that was very very risky! Haha. Episod seterusnya adalah mencabar sebab aku telah banyak kali menguji kesabaran dia after that.
And I will keep on being someone yang akan mencabar hati dia seumur hidup. Hehe. Sweet but sour. Masam-masam manis. Kahkahkah
Proposal?
Er. Saya anggap sms itu proposal paling simple yet sweet. Proposal depan-depan adalah manis-manis sikit tapi sikit jelah. Haha. Takpa takpa, mari kita guna ayat default Mohd Imran Mohd Noor;
'It's the thought that counts' :p
OK. Dah dah. Nak pergi kerja. Bye bye!
P/S:
Kadang-kala engkau berangan akan dipropose secara romantik. Tapi life is not fairytales. Eventhough tunang saya itu memang langsung tak reti (dan aku tak tahulah bila tahun akan reti) Haha. Tapi... I love him, dengan amat banyak! :)

Saturday, August 6, 2011
Biar Gambar Berbicara
Labels:
My Cinta Hati,
The Engagement
Ecececeh. Tajuk entri sungguh tidak boleh blah lah engkau ni Syud. Sila blah sekarang!
Kejap kejap. Kalau aku blah siapa nak goreng blog?
:p
Tapi memandangkan tajuk dah cakap gambar berbicara. Maka aku nak shut up. HAHA
Selamat menjamu mata!
Nak lagi? Poie eden punya facebook. Tak larat den nak upload semua dalam entri. Hak hak hak.
Byeeee!

P/S:
Bila tengok balik semua foto, aku rasa macam mimpi +____+

Friday, August 5, 2011
Ini Ucapan
Labels:
My Cinta Hati
"With his first hello He gave the meaning
To this empty world of mine"
:)
Sayang,
Happy Birthday!!
I wish;
That this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big and your worries stay small
I wish more than everything
And
I wish Allah protects and blessed you with much love
.........because you deserve them! ;)
P/S:
Sorry for my 'katak voice'. I was so nervous till I don't know how to sing (although I know I'm a good singer) HAHA
Tuesday, July 26, 2011
Drooling Time!
Labels:
My Cinta Hati,
Travel
AMARAN: Entri kali ini akan dibantu dengan penggunaan gambar rajah yang kadang-kala agak narcisstic. Eh belog aku. Biasalah. Menjaja diri adalah perbuatan berciri personal. Muahahahaha.
Kita mulakan dengan yang ini. HAHA. Kan dah cakap, a camewhore memang begini. Namun begitu, lately aku takda berapa menggemari aktiviti bergambar dah. Kualiti-kualiti yang dihasilkan sememangnya berkadar langsung dengan wajah aku yang sedang cedera teruk :'(
Tapi gambar yang ni I like! Even pipi macam pelampung, aku takda kisah. HAHAHAA. Dah macam model cap Kapal Api dah. :))
Saya tidak menyangka. Trip ke Tanah Tinggi rupa-rupanya boleh kita samakan dengan trip ke oversea tanpa perlu menaiki Airasia mahupon Mas. HAHA. Yang di atas ini kami bergambar dengan a couple from Japan, and a 'couple' from Russia (I think).
Thanks Amelia Zulkiffli!
For being such a wonderful darling semasa keberadaan Syuhada di Selayang
:)
I owe you much
Muah muah muah!
Dahlah comel. Pastu selamba yaya je nak amik gambar banyak-banyak. Paling tak boleh blah, ada seorang tu terlalu tertawan dengan aku sampaikan sanggup menyelit between me & Kak Gla. Hahahaha. Sorry Uncle, saya telah pon berpunya :P
Foto ini paling comel!
Strawberry Dolly!
Munyee beli satu, then saya pon turut tertawan
Munyee beli lagi satu (for me)
Sampai Rose Valley, Amelia pon turut sama jatuh chenta.
Conclusion?
Munyee beli dua
Syuhada beli satu
Amelia beli satu
(Kami memang kanak-kanak tadika) :P
HAHAHAHA
Kita mulakan dengan yang ini. HAHA. Kan dah cakap, a camewhore memang begini. Namun begitu, lately aku takda berapa menggemari aktiviti bergambar dah. Kualiti-kualiti yang dihasilkan sememangnya berkadar langsung dengan wajah aku yang sedang cedera teruk :'(
Tapi gambar yang ni I like! Even pipi macam pelampung, aku takda kisah. HAHAHAA. Dah macam model cap Kapal Api dah. :))
Saya tidak menyangka. Trip ke Tanah Tinggi rupa-rupanya boleh kita samakan dengan trip ke oversea tanpa perlu menaiki Airasia mahupon Mas. HAHA. Yang di atas ini kami bergambar dengan a couple from Japan, and a 'couple' from Russia (I think).
Thanks Amelia Zulkiffli!For being such a wonderful darling semasa keberadaan Syuhada di Selayang
:)
I owe you much
Muah muah muah!
Dahlah comel. Pastu selamba yaya je nak amik gambar banyak-banyak. Paling tak boleh blah, ada seorang tu terlalu tertawan dengan aku sampaikan sanggup menyelit between me & Kak Gla. Hahahaha. Sorry Uncle, saya telah pon berpunya :P
Foto ini paling comel!Strawberry Dolly!
Munyee beli satu, then saya pon turut tertawan
Munyee beli lagi satu (for me)
Sampai Rose Valley, Amelia pon turut sama jatuh chenta.
Conclusion?
Munyee beli dua
Syuhada beli satu
Amelia beli satu
(Kami memang kanak-kanak tadika) :P
HAHAHAHA
Monday, July 25, 2011
Little H
Labels:
My Cinta Hati

Our Little Hannah :)
It was an awesome feeling melihatkan wajah si kecil ini di birai tetingkap facebook. Ececeh. Malah hampir hendak menitik air mata bila Dueng cakap (tulis); 'Ibu selamat, anak selamat. Dua-dua selamat'
Alhamdulillah.
Busuk hoccay bila engkau tengah excited tapi termati rasa excited itu disebabkan charger handphone macam estupido. Hiarghhhh! Rasa nak karate itu charger. Nak bagitahu Eme I'm so happy! Nak bagitahu Eme baby beliau sangat comel lote dan gebu! Grr grr rasa nak geget-geget. Hehehe
In fact nak tanya beliau apakah tips-tips penjagaan bayi dalam perut supaya putih melepak. Aik? HAHA apakah engkau ni Syuhadaaaaaaaaaaaaa
Kadang-kala saya seakan tidak percaya betapa pantasnya masa berterbangan. Masih lagi rasa unbelievable. Satu ketika dahulu, I was their baby sis. Eh ke masih lagi? Hahahaha nak juga tu tatahannnnn.
Masih lagi ingat time ke Singapore for the first time. Tg. Piai with them di hujung selat dan beraksi comel di globe yang besar sambil merepek dengan Dueng pasal beruk yang membawa kepala naga. Eh silap. Singa. HAHA
Alamak!
Tetiba saya sangat rindu akan Eme. Ades ades. Tetiba membayangkan beliau tidur di comforter bilik saya sambil bergolek dengan teddy bear pemberian Dueng. OMG. Sudah tua rupanya kami-kami ini.
I'm so speechless lah kini.
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)