Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Cinta Ke Udara. Show all posts
Showing posts with label Cinta Ke Udara. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Entri Terima Kasih & FPP (Full Paying Patient)


Ini muka fresh Ainan Tihani waktu lepas mandi. Rambut dia, Subhanallah. Sangat lebat walaupun aku tak makan pisang dan rebung. Hehe.

Tadi saya baca blog orang. Cerita pasal post-partum depression. Bahasa orang kita, meroyan. Dia belum meroyan lagi tapi hampirlah. Sebab? Tak cukup support. Lepas bersalin dia tak ada tenaga. Nak jalan sangat sakit. Baby terkencing dalam baby cot hospital dan tak ada sesiapa membantu dia. *oh boleh rasa tension bila membaca*


I feel complete! Thank you Allah for both of them. Sayaaaaang sangat!!!

Ini entri terima kasih yang tidak terbelah bahagi buat suami saya; MOHD IMRAN BIN MOHD NOOR. Saya sangat bersyukur dikurniakan pinjaman seorang suami yang terlalulah baik. Sepanjang saya pregnant, Imran jaga saya macam jaga seorang bayi. Haha. 

Sebab? 

Emosi tak tentu hala. Bila ada je benda tak kena mulalah aku melalak. Menangis sebanyak satu sungai. Cry me a river :p

Sungguhpun kami belum lagi kaya raya sehingga mampu beranak di private seperti Prince Court *ceh berangan* tapi kami opt for FPP (Full Paying Patient) di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah. It's worth it! Dulu waktu saya miscarriage saya sangat depress. HSA dahlah tak ada ward class 1. Class 2 penuh. Sudahnya kena campak ward class 3. Open space. T________T

So. Bila orang tanya saya nak bersalin mana. Saya dengan yakin jawab;

"InsyaAllah Putrajaya"

Jutaan orang rasa macam confuse apahal aku ni nak beranak jauh-jauh? Haha. First, saya bengang dengan Pengarah Hospital Sultan Ismail (HSI) atas kes waktu miscarriage, saya telah ditolak laksana bola. Katanya, sila induce my triplet after raya. Pasrah habis waktu tu.

Tapi depress. Sangat depress. Setiap malam saya nangis sambil raba perut yang dah tak ada nyawa itu. Lagipun kalau raya dengan perut tu, mestilah orang dok tanya kot. Kalau anda jadi saya, tak ke sedih?

Hospital Sultanah Aminah (HSA) pula OK. Mereka menerima saya tanpa banyak songeh. Cumanya...itulah. I hate the 3rd class ward. I hate diseluk-seluk sesuka hati padahal memang 'jalan' saya tak buka lagi. Saya meradang waktu tu. Stress naik ke jiwa.

Jadinya, dekat JB dah tak ada hospital kerajaan yang boleh jadi pilihan untuk saya bersalin. Saya tak sanggup jadi spesimen. Oh please.

Bila survey private. We could afford for normal. Tapi kalau tetiba czer? Err. It cost around 5K to 9K kot! Perghhhhhhh! Since ini kelahiran kali pertama. Kita takkan tahu untung nasib. Kan kan?

Sudahnya saya cakap dekat suami. I want FPP.

Alhamdulillah. Sepanjang proses bersalin semuanya perempuan je yang handle :) Mula-mula risau juga Dr. Hamidah tak ada time bersalin. Nasib baik specialist on call doktor perempuan juga :D

Kebaikan FPP from my POV;

1 - Suami boleh teman sepanjang warded. Kami melepak macam duduk dalam hotel. Santai je. Cuma kesian Imran. Tak ada kerusi yang proper untuk dia berehat.

2 - No seluk-seluk untuk check bukaan. In medical term, no V.E (vaginal examination) yang terlalu kerap. Err memang tak kerap langsung! Saya cuma diseluk 2x je. Satu, sebelum masuk ward. Dua, malam sebelum bersalin sebab saya rasa sakit yang sangat intense. So boleh dikatakan VE will be done on request takpun bila patient dah sakit sangat.

3 - Boleh request specialist. So far yang saya tahu FPP Putrajaya ada beberapa orang specialist. Tapi ada seorang je perempuan. Dr. Hamidah nama dia. A very soft-spoken doctor dan sangat baik. Saya suka dia walaupun tak bersalin dengan dia. Hehe

4 - Menu makanan macam hotel. Boleh pilih-pilih. Haha. OK. Point nombor 4 ni sampingan je :p

5 - Bilik yang cosy. Terletak dekat executive ward. Actually FPP akan bagi single room tapi tengok kekosongan. Time saya yang ada double room je. Tapi saya rasa OK since suami boleh teman. Ada TV, bilik dekat dengan tingkap, toilet. Ah pendek kata puas hatilah. Rasa macam private :)

Jap. Ini entri terima kasih ke entri cerita FPP? Haha. 2 in 1. Anggaplah begini :p

OK OK. Back to our story.

Bila dah cerita segala kebaikan FPP. Saya nak berterima kasih dekat Imran sebab sentiasa menyokong saya. When I request to him, saya mahukan doktor perempuan. Saya mahukan FPP. Dia terus berusaha untuk sokong saya :)

Sepanjang saya sakit nak bersalin, he never leave me even for a nanosecond. Eceh exaggerate. Taklah. Ada juga dia pergi kedai tapi most of the time dia ada dengan saya :)

Dia mandikan anak kami setiap hari tanpa bersungut, basuh baju, jemur baju blablabla. Banyak sangat ah nak cerita. So kalau saya penat pun memasak waktu dalam pantang ni, saya tak kisah langsung. Sebab suami saya dah berkorban lagi banyak. Huhu.

Tapi disebabkan malam-malam saya yang berjaga dan breastfeed Tihani. Awal-awal pagi saya dah macam Zombi Kg. Pisang! Haha. So saya bagi Tihani dekat dia. Suruh dia tukarkan diapers and et cetera. Saya? Sambung tidur :p

Suami saya, tak macam lelaki tipikal yang saya pernah kenal sebelum-sebelum ni. Suami saya ni walaupun tak pandai mengayat ayat manis-manis, tapi his action speaks louder than words.  :)

I love you, Sayang! :)

Thank you for being such a wonderful husband to me. A good dad to Tihani. We love you so much! Till Jannah, inshaAllah 


:)





P/S:
FPP (Full Paying Patient) adalah perkhidmatan di hospital kerajaan yang berbayar sepenuhnya. Maksudnya setiap rawatan/konsultasi/ubat/wad akan dicaj. Setakat ni cuma ada 4 hospital FPP kalau tak silap saya. Putrajaya, Serdang, Ampang dan Selayang. Bayaran yang dicaj mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung pada apa yang diterima oleh individu tersebut. Dalam kes saya, saya bersalin normal, mengambil etonox, pethidine dan dicaj RM1400. Just for your information :)


Sunday, September 23, 2012

Candle Light Dinner With Cinta Hati


“I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.”
― Marilyn Monroe



Saya adalah seperti di atas dan Hubs?

He is above all! Kadang-kadang bila tengok fairytales lain, err I mean orang lain. Memang aku cepat benar dengki. Ceh. Dengki melampau-lampau OK! Dengki tengok suami orang romantik. Dengki tengok suami orang bagi bini dia belanja sampai pingsan. Dengki tengok orang ada rumah sendiri. Pendek kata, 24jam memang dengki. Pastu elmosi secara melampau dekat suami sendiri.

Ya Allah, serius isteri yang sangat berdosa saya ni. Psstt...saya tak malu nak mengaku. I'm not an angel. :)

Plus, aku ni bipolar. Maka menghadapi kerenah aku sumpah memenatkan. Cuma Hubs sahaja lelaki yang terlalu sayangkan saya sampai sanggup mengesat air mata aku pada malam hari waktu aku teresak-esak laksana anak kecil. Eh bahasa melayu kelas tinggi sekejap. Sorry :P

Sebagai tanda mengenang kasih dan sayang si dia yang tidak terbelah dan terbahagi, maka saya pon planlah Suprise Candle Light Dinner pada 21 September 2012 yang lalu. Actually, nak kata benar-benar surprise pon tidaklah.

Sebab?

Saya telah mengurung Hubs di dalam bilik adiknya dari pukul 5 petang sampai 9 malam! Kahkahkah. Habis tu? Kalau dia keluar habislah kantoi semua benda yang aku dah set-up. Saya suruh dia stay. Semua yang dia nak semuanya saya readykan. Siap buat delivery air sejuk ke pintu bilik dia! HEHE



Hari Jumaat tu saya off half-day. Pastu tak sangka hujan turun mencurah-curah bagai ke ladang gandum. Habis basah dress I semata-mata sebab nak pergi cari roses. Barang-barang lain saya dah beli few days before hari kejadian. Cuma bunga je kena beli on the day. Kalau tak nanti semua layu di tasik madu. Er?

Eh. Dress aku bukan yang merah seksi tu! Bukan bukan. Saya keluar pakai baju menutup aurat. Dress yang tergantung dekat langsir (di atas) adalah dress untuk dinner tu. Hehe. Bila lagi nak merasa jadi gadis Mexican. Kan kan kan? :p

Hubs adalah lelaki yang terlalu simple. Pastu memandangkan aku rasa banyak baju dia aku tak berkenan, maka hadiah belated birthday for him adalah kemeja! Haha. And few vouchers that I made for him. Dia boleh redeem anytime that he likes ;)


Mahal okeh hadiah DIY! Haha. Hari-hari gigih memotong kertas untuk buat 10 vouchers. It won't expired for the rest of his life. Saya buat voucher ni dekat tempat kerja. Dekat bilik kami Hubs asyik nak duduk berkepit je :p



TADAAA!

Mintak sorry. Cuma muka Hubs boleh masuk untuk entri kali ini. Aku terlalu menawan untuk join sama dalam ini gambar. Hahaha. Eh Syud, shut up boleh?



Bunga-bungaan pada hari kejadian. Roses ditabur-tabur atas sofa dan meja makan. Ada gak yang letak tepi katil. Carnation? Beli sekuntum je. Untuk letak tepi telinga. Hehe. Hubs cakap comel macam gadis mexican. Hahahaha *kembang setaman*

Main Dishes yang tak berapa menjadi sebab meatball kecut T________T
Appetizer?

Shrimp Tempura With Butterhead Salad!  Main dishes saya guna yang segera je sebab takda masa nak buat meatball. Tapi appetizer sedap sebab guna resipi campak-campak. Hehe. Main marinate je guna what-so-ever that I found in MIL's kitchen! Dip dalam telur, golek-golek atas breadcrumbs and siap! :D


Pastu pastu...petang tu waktu set-up meja, aku sibuk buat ITIK! Hahahaha. Lawak gila rupa itik napkin ni. Siap kena guna paper clip bagi dia kekal dalam bentuk itik. :p


Dessert for the night adalah Cheesecake in Glass! Resipi daripada Nigella Lawson yang sumpah awesome. Petik jari je boleh siap. Ceh berlagak kau Syuhada. Err tak tipu. Sumpah mudah and yummeh! :)

Hubs kagum dan pelik dengan ketetibaan saya. Takda apa-apa tetiba je buat Candle Light Dinner. Hehe. Actually, sejak zaman solo lagi saya memang amat teringin nak Candle Light Dinner dengan yang halal bagi saya. ;)

Dan bila semua orang tak ada dekat rumah kecuali Wan di tingkat bawah. I grabbed this opportunity to do so.

Lagipun, sementara takda baby bolehlah kita romantica de amore. Nanti dah bertigaan anda fikir sempat?

Eh. Tapi I don't mind. Nanti kalau ada rezeki pergi romantik jauh-jauh. Pergi golek-golek atas bukit macam cerita Hindustan.

Can?

*lempang muka sendiri laju-laju*

Dah dah. Nak buat research. Buhbyyyeee!


P/S:
Saya tetap dan masih dengki dengan orang lain. Hahaha :p

Sunday, September 9, 2012

My Love


...Because this man that I had married, is the sweetest of all that I ever met *ceceh ayat manis*

:)

Sunday, August 5, 2012

Happy Birthday D.H!


Happy Birthday Darling Husband!


Maaf sebab tahun ni tak ada apa-apa surprise. Kek secret recipe pon cair sebab penat maka tak masukkan dalam fridge. Sayang juga yang kena masukkan sendiri :D

Pukul 12 pagi saya terjaga pastu terus peluk Sayang and nyanyi happy birthday slow-slow dekat telinga. Pastu cakap "I love you". Sahur tadi, peluk lagi sambil bagi kiss 5 kali sebab Sayang cakap nak hadiah kisses je. Kisses yang bukan choc sebab Sayang tak gemar pon choc. Pastu tetiba ternangis sekejap. Sayang cakap jangan salahkan diri. I will Sayang. I will :)

Dah 29 tahun lelaki kesayangan saya ni. I pray may Allah grant you everything that you wish in life. Moga Sayang jadi hamba Allah, Imaam saya dan ayah yang terbaik untuk bakal anak-anak kita nanti.

InsyaAllah, kalau ada rezeki kita cuba lagi.

Mohd Imran Mohd Noor,
Happy 29th Birthday!

I love you, now, forever and till Jannah!

Love,
Your Darling Wife





Sunday, July 29, 2012

Forever & Always


"I, I want you forever, forever and always
Through the good and the bad and the ugly
We'll grow old together, and always remember
Whether happy or sad or whatever"

- Song by Parachute


Dear Husband,

I choose you no matter what. I'm sorry for each and single act that I did or spoken to you. Never meant it (really). I just want to see how deep your feeling towards me. Will you fight for me? But being you, I know, the answer will always be "malas nak komen" Haha.

I just want both of us to be fit and healthy.

I love you!

:)



Love,
Your suka-cari-pasal wifey ;p

Thursday, May 10, 2012

13 Months....


...of knowing you is a bless!

Within a week, you had proposed me,
And weeks after that, we had engaged.

Within a year, you've become my husband
And at our 11th month knowing you, I've become your wife.

Darling Husband,
I love you!

:)

Happy 13th month of knowing each other! ;)

Friday, April 13, 2012

14.04.12

#Mari kita soroti entri setahun yang lalu. Cececeh. This is a backdated entry, bertarikhkan 14.04.11

Ini kisah biasa (tapi berciri luar biasa)

Sebab julung-julung kalinya terjadi dalam hidup. Jadi rasanya harus dicatatkan buat kenangan. Ewah apahal engkau ni Syud? Apahaaaaal??? :))

OK. Ceritanya begini. Hari ni saya tak tahu aura apakah yang telah terpancar dari muka saya sampaikan semua manusia di alam semesta *exaggerate* mencair. HAHA. Dahlah mereka tercair. Lepas tu ramai-ramai berkumpul duduk depan saya.

Padahal aku nak kasi ubat dekat sorang patient je. Tak pasti kenapakah mereka semua turut sama duduk menghadap.

Disini di selitkan sekali perbualan berciri aneh tapi comel.Ahahahahaa.

Pakcik: 'Dah kahwin?'
Saya: *Senyum* 'Err tak'
Pakcik: 'Apsal tak kahwin lagi?'
Saya: 'Takda orang nak kahwin dengan sayalah pakcikkkkkk'
Pakcik: 'Kalau pakcik pinang boleh tak?'
Saya: *Gelak* 'Untuk siapa?'
Pakcik: 'Untuk pakcik'

HAHAHHAA. Berguling-guling dibuatnya. Nasib baik berguling dalam hati je. Pakcik kemudian menyambung perbualan dengan menarik diri dan offer anak teruna beliau pulak. OMG Pakcikkkk.

Apakah ini?

Tapi sebab berasa menarik dan kelakar. Maka saya telah share perkara tersebut dengan seseorang. Dengan niat sekadar buat gelak je pon.

Tiba-tiba; seseorang itu reply sms begini;

'Ala jgn la terima.
Nanti Im nak pinang Syud dulu. Im serius' :)


Terus aku speechless. :))

Tapi dalam hati tiba-tiba ada Taman Bunga. HAHAHAHA Ajaibnya kehidupan.

P/S:
Sayang,
I love you won't be enough to express my feelings towards you. I am grateful for being your wife and hopefully you could be my Imaam, for the rest of my life and till Jannah. Amin

A year ago you're a stranger, but in a year you've become my husband :)

Monday, April 2, 2012

Cinta Ke Udara

10/03/2012.

Genap 11 bulan dari tarikh pertama kali kami ke Zoo Negara. Dalam sebelas purnama tup tup keajaiban berlaku. Tetiba saya menjadi seorang zaujah tanpa disangka-sangka. In fact, sehingga ke hari ini, masih in denial mode.

Aik? Dah jadi puan? Is this for real? :D

I love hubby!

Saya tak reti nak panggil Sayang. Condition kami yang tinggal di rumah MIL buat saya really-really careful with my words. Seganlah. Hubs pon sama. Kadang-kadang je bila bangun tidur dia manja-manja panggil. HAHAHA comels. :')

Hubs sangat baik. Saya ajak Honeymoon pergi Beijing dia cakap OK. Saya cakap pergi ramai-ramai dia cakap OK. Saya cakap semua kawan saya GIRLS, he was still saying, OK. Heh. Mana nak dapat jejaka baik macam ni? ;p

Flight take-off pagi-pagi buta. Pukul 4:30 pagi dah kena tercangak-cangak dekat Mc Donald LCCT. Masuk flight je dah taknak peduli apa-apa. Oh bantal peluk! (Yakni lengan suamiku). Terus letak kepala dan berlepas ke alam mimpi. Orang pergi awan, aku pergi buat peta atas lengan hubs. Muahahaha!

This is all my girlfriends (plus hubs)

Dengan Mak girlfriend pon angkut sama! Haha. Auntie Khalijah sangat cool! Sila spot which one is her. ;)

Menuju Puncak! :D

Friends from 13teen and hopefully forever! :)

I love this guy mucho! Titik!

Toddlers di China adalah super adorable! Cuba engkau bayangkan bila si pipi merah pakai baju tebal-tebal. Ya Allah geram! Rasa nak picit-picit je. Hehe. Yang atas ni pon cute. Pakai baju auuum auummm.

My wife is a Gangster
Ahaks

The Hubs :)

First Sun! ;)

My breakfast!

Menu breakfast saya setiap hari adalah sangat tipikal. Yang bentuk mee tu adalah tauhu. Yang lalu ditelan hanyalah sosej dan roti. Nasib baik ada jem. Kalau takda jem, mau aku bancuh milo 3 in 1 everyday. Tapi chakoi not bad. Sangat yummeh! Oh ye, air buah dan sup China adalah tak sedap. Tak suka sungguh.

Salivating! Drooling!

Dulu selalu tengok dalam TV. Dalam cerita Jepun. Dalam Komik. Bila dah nampak depan mata terus aku meroyan sakan. "Awak, nak tuuu!" Tangan terus laju tunjuk buah sira gula. RM1.75 only! :D

Comel sungguh hubs pegang bakul.
Dear, I love you! :')

Kerja kami hari-hari borong makanan. Pastu penghujung Honeymoon pergi tolak semua makanan secara pukal dekat Tourist Guide. Hahaha. Sebenarnya makan 3x sehari dah cukup. Nak tunggu balik hotel baru isi tembolok harap maaflah. Dengan suhu sejuk tapi tak sampai tahap beku, haruslah engkau kerapkali berasa lapar. Hoho

Ini cacoon ulat sutera!

Macam kapas bentuk bulat-bulat. Ahaks. Kesian ulat sutera. Semua dah mati kejung.
Till Death Do Us Apart :)



Suka gambar ni amat-amat! Hubs sangaaaaaaaat adorable! Hehe



This guy is awesome!

Gila sungguh pergi angkat kaki atas Tembok Besar China. Kalau jatuh..... err sila sambung sendiri ;p

Makan Yogurt atas Great Wall! Hehe. Anda ada? :p








Aishiteru! :")








S.O.H.O - Small Office Home Office

Konsepnya di China. Anda boleh memiliki rumah ofis yang kecil. Style macam shopping mall tapi you're living inside of it! China sangat menarik. Selain wanita-wanitanya (salesgirl) yang rude dan demanding, you can't bike on the road di Beijing. Semua orang pakai electric bicycle.

Lagi?

Certain plate kereta for certain days. Bas-bas public semuanya ada dua coach. Pergh panjang der. Hampir-hampir nak libas van kami :p

Lagi?

Rumah sana MAHAL GILAAAAAAAA! Minyak kereta seliter RM4.80. Oh ye, kalau shopping sila berhati-hati. Starting price untuk t-shirt bodoh pon diorang bantai taruk 400 yuen (which is equal to RM200).

Saya dan hubs terus blah. Macam apatah menipu teruk-teruk.

Pergilah ke Beijing. Tapi jangan shopping! Haha. Akrobatik adalah compulsory! Sangaaaaat besssssssssst! :)

Err sekian. Saya nak mandi. Kesian hubs dah tergolek atas lantai. Hehe.