Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Future Love. Show all posts
Showing posts with label Future Love. Show all posts

Sunday, August 3, 2014

Tips Beli Kereta Cash - Daripada Saiful Nang :)

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya 
** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

Wednesday, April 16, 2014

Dream Room


Waktu saya kecil. Berangan sangat nak bilik cantik-cantik.InsyaAllah will do a nice room or room(s) for our children :)

Credit:
http://www.amazinginteriordesign.com/5-twin-bed-designs-kids-will-simply-love/

Monday, April 1, 2013

Performing Solat :)


KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?




Credit: Blog Wardina Safiyyah 

Friday, January 20, 2012

Dear Dina

Let me tell you a secret. Mari-mari saya kongsikan satu rahsia hati. Sedari berusia 16 tahun, saya amat jatuh hati pada nama IRDINA sejak diberitahu oleh Dr.House mengenai anak saudaranya. Bagi saya, nama Dina itu adorable! Malahan, kenapa saya suka IRDINA adalah disebabkan maksudnya; 'Harapanku' :)

Selain sebab memang cahaya mata itulah harapan hidup kamu, saya juga amat terpikat pada nickname DINA. Sebab asalan 'Deen' iaitu Agama :D

Pastu I pon main sorok-sorok nama. Kedekut mode activated. Bagi suggestion nama lain selain Irdina. Tup tup akhirnya dear cousin tetap juga dapat nama tu! HAHAHAHA




Buah Percintaan Pertama
(Mak Su & Acu)

Baby's Profile
Nama:
Nur Irdina Airis
Tarikh Lahir : 11.01.2012
Waktu: 10:12 am




Dilahirkan seberat 3.7 kg secara caesarean. Dina is a champ! Lihatlah pipinya yang montok dan gebu itu. Awwwwww. Kione kawaiidesu! Tak sabar nak jumpa, gomol-gomol pastu golek-golekkan si panda kecil neh. Eh?

Saya suka nama DINA. Amat-amat suka! Antara nama Dina yang telah tertera dalam kepala otak suatu ketika dulu adalah HADHINAH (Pendidik), MEDINA (Madinah) dan SAIDINA. Eh OK. Yang last aku tipu. Hahaha. Saidina merupakan permainan serupa Monopoli. Harap maklum :p

But since Maksu dan Acu dah pilih nama Irdina, haruslah aku mengusung diri dan mencari nama lain. Hahahaha so kesian. Why cannot Irdina again? Why why?

Eh haruslah anda prihatin akan persekitaran kanak-kanak itu suatu masa nanti. If ada dua Irdina meskipun memiliki nama hujung yang berbeza, mereka BESAR kemungkinan akan dipanggil DINA. Maka once kami menyebut 'Dina', kedua-duanya akan menoleh dan confuse siapakah yang sedang dipanggil.

Eh kejap kejap. Anak Maksu je yang dah ada, anak engkau entah bila tahun baru muncul Syuhada. Heee. Haha. Eh eh sukahati akulah nak tulis pasal ni. Tapikan...I love Dina! Boleh tak Acu & Maksu memanggil baby beliau Airis instead of Dina? :P

So Syuhada, alang-alang dah merapik. Bolehkah engkau sharing nama apakah yang engkau telah simpankan selama ini?

The name is; 'Irdina Amani' :)

Sebenarnya nak ada iras-iras Armani. Manalah tahu Armani Exchange nak ambil baby aku nanti as duta. HAHAHAHA ada hati ye kau Syud?. Eh gurau gurau. Sila jangan bawa ke hati.

But again, nama Irdina mungkin tidak akan jadi pilihan saya lagi bagi mengelakkan kekeliruan. Lagipon Acu nak rembat nama Irdina Amani tu kalau lepas ni baby nombor dua girl. Sobsobsob.

Jadi aku terpaksa pasrah dan membiarkan nama Dina menjadi kenangan abadi di kalbuku. Cehcehceh :))

Baru nak berangan Baby Deja boleh kawan-kawan dengan Baby Dina. Aik? Hahaha. Dahlah. Makin jauh aku merapik. Nak blah.







Babai :p


Monday, June 20, 2011

Crochet Hat & Baby Shoes

Ini benar-benar ADORABLEEEEEEEEEEEEEEEEE! Aku tak tipu!

*Gasping*

Mukadimah entri adalah ini; saya suka barang baby. In fact kesukaan ini telah terpupuk sejak masih di bangku sekolah. Cuma ketika masih di bangku saya tidak punya wang, malah tidak punya anak untuk diberikan semua ini. Aik? HAHA kidding.


Chocolate & Pink
Sangat delicious warnanya! :)

I can walk all day long di bahagian baju baby & kasut-kasut mereka yang adorable. In fact tahukah anda setelah saya membaca Shopaholic & Baby, saya tiba-tiba menjadi gila pram seperti Rebeca Bloomwood?

Paling comel pastilah headband. Malah rutin memberikan headband telah tersemat kemas di hati saya. Tapi kadang-kadang aku cukup kasihan dengan bayi-bayi yang menerima headband yang aku beli. Kepala tak cukup kuat lagi nak menahan tekanan dari getah tu. Tapi Syuhada kan degil, dia nak taruk juga dekat kepala baby tu :P


Kasut lagi dan lagi.
Bentuk petak adalah retro.
I love retro. Yiepe yiepe!

Satu ketika dahulu, saya masih ingat lagi permintaan gila saya. I can't recall. Adakah pada Eme? Atau adakah pada Kak Gla? Tapi yang saya ingat, saya cakap 'Saya kahwin takyah bagi pinggan mangkuk. Bagi pram satu. Takpon baby cot' Pastu dibalas dengan ucapan berciri pedas. 'By the time baby awak keluar, benda-benda tu dah reput dah' KAHKAHKAH

Crochet Hat
OMG saya suka!

Kalau saya ni comel ketika kecil-kecil dan berwang. Tentu saya sudah menyarungkan diri dengan hat ini dan berangan seperti anak caucasian. Errr masalahnya saya lebih hitam dari arang. HAHAHAHA maka mari kita lupakan.


OK.
Yang ini memang menggiurkan.
Kena beli DUA!

Aik?

Apsal dua Syud? Apsal?

Satu saya nak bagi baby Eme. Satu lagi nak simpan sendiri. Muahahaha. Whopsie! Tak surprise dah. Eh tapi nanti reput macam mana Syud?

Errrr. Akan aku preserve guna nitrogen gas. AGAGAGAGA

P/S:
Sekiranya Bonda tahu Syuhada melakukan online shopping. Sudah pasti anakandanya ini bakal diketuk-ketuk menggunakan senduk :P

Saturday, April 16, 2011

Favourite Quotes

Credit: Pon & Zi

1//
You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, someone who thinks about you constantly, someone who spends every minute of every day just wondering what you're doing, where you are, who you're with, and if you're OK.

2//
You need someone who can help you reach your dreams and who can protect you from your fears.

3//
You need someone who will treat you with respect, love every part of you, especially your flaws.

4//
You should be with someone who can make you happy, really happy, dancing-on-air happy. Someone who should have taken the chance to be with you years ago instead of becoming scared and being too afraid to try


- Cecilia Ahern from Where Rainbows End

Sunday, February 20, 2011

Lovely Kitchen

Siapa waktu kecik-kecik dulu suka main masak-masak? Raise up your hand!

Tapi semakin canggih zaman. Semakin tinggilah kehendak anak-anak masa kini. Eceh cakap apa ni Syuhada?

Kalau boleh. Semua budak perempuan nak dapur macam ni. Kalau bolehlah. Kalau dapat suami yang tangan kayu, err, maksud saya pandai bertukang. I think I'm going to make this one for my future daughter.

Sweet bukan? KAHKAHKAH (Rasa nak lempang pipi sendiri laju-laju)

#Look like a real one - Bukankah?

Padahal bukan real pon. Ini kitchen permainan kanak-kanak. Sesuai for 3 years old and above.

First: Cari almari macam di atas. Boleh di dapati di kedai perabut bundle. Or agak-agak rak tv anda nak barai dah. Also can. ;)

Second: Gunakan kertas pasir dan tonyoh-tonyoh sampai bersih. Kemudian cat dengan base putih. Seelok-eloknya tanggalkan bahagian belakang & paint seperately. Kalau malas hentam sajalah labuuuuuuu.

Third: TADAAAA! Hasilnya setelah cat. Tadaaaaaa! I love the colour & the details. So perfect! Nice kitchen. Cun cunnnnnnn. *drooling nak main masak-masak* HAHA. Oh ye. Jangan lupa fake sink. Tapi agak-agak hebat letaklah sinki betul. Heheee.

Forth: Hiaskan dengan dapur tipu, frame that act as window, and some tools for cooking! Siappppp! Dapur sedia untuk digunakan oleh anak gadis. HEHE

# Bahagian Dalam - Seriously Cool!

Boleh isi macam-macam barang. For me, saya lebih prefer letakkan biskut, some real food untuk kanak-kanak buat makanan comel-comel. I think this will nurture the passion to cook in future. HAHA.