Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label My Pregnancy. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Tak Berhaluan....

Err entri ni memang tak berhaluan. Akan terseleweng entah ke mana-mana ikut suka hati tangan aku nak taip. Hari ni Khamis ke? MasyaAllah. Cepatnya masa!!!

Esok dah cukup 39w kot. Anak aku tetap dan takmo keluar-keluar. HAHAHA.

Sepatutnya nak tidur sebab ngantuk. Tengok suami tidur syioknyaaa tapi.... dari malam tadi asyik nak terkencing, perut senak, bahagian bawah rasa sakit-sakit. Tanda-tanda kah ini? Ah sudah. Banyaklah kau tanda-tanda Syud oii :p

Tapi serius. Asyik nak kencing je. Walhal nanti pergi toilet shi-shi aku rasa tak sampai 5ml pon =_______=

Hari-hari pujuk baby. Hari-hari cakap "Tembikai Ibu keluarlahhhhhh. Ibu dengan Ayah tak sabar nak tengokkkk." Tapi dia rileks je. Semalam dah tawaf satu AEON Bukit Indah dengan Nina. Nina siap cakap; "Apsal ko ni macam takda rupa sarat?" Err entah. Adakah kerana daku tidak berjalan seperti Penguin? Gagah perkasa selamba berjeans dan tidaklah mengah serta mampu jalan non-stop untuk 3 jam? Hehe

Orang cakap sekarang ni makanlah puas-puas. Nanti berpantang kena tutup mata daripada makanan sedap-sedap. Oh it's OK! Janji laki aku berpantang makan sekali dengan aku. Hehehe. Barulah fair and square ;p

Sekarang ni setiap pagi saya akan merasakan kelaparan tahap ultra! Macam bila pagi kalau tak lapik perut minum Milo ke apa rasa sawan. Laju-laju terus bancuh Milo panas letak Nestum.

By the way, semalam dah berjaya hafal 3 ayat Surah Luqman! Yeayyy! Alhamdulillah. Harap-harap nanti dah bersalin aku tak amnesia. Dah niat dalam-dalam setiap kali nak susukan anak mahu baca surah tu. Harap-harap anak-anak Ibu akan cerah hati baca Quran selalu. Amin :)

Perut makin berat.

Tak tahulah baby dah berapa kilo. Last check up Khamis lepas. Time tu dah 3079mg bersamaan 3kg la senang cakap. Ni dah seminggu I don't know dia dah tambah berapa banyak lagi berat. Tapi memang berat. Haha

Kalau orang tanya sekarang ni sarat tak? I will say, yes! Memang terasa sarat walaupun pada pandangan mata kasar orang aku ni nampak steady je. Mungkin faktor kaki lebar kot yang buat pusat graviti aku kekal kukuh. Eceh.

I will miss this perut. Hoho

Mengandung adalah satu proses yang mengagumkan. Lelaki rugi sebab tak rasa. Haha. Dulu pernah confuse bagaimanakah perasaannya berperut bulat besar, siap terfikir adakah nanti akan geli-geleman sebab ada hidupan lain dalam perut? Tapi taklah. Tak terjejas pun perut. Masih rasa macam biasa. Cuma kadang-kala angin, gastrik, senak, sesak dan blablabla lagi. Tapi...tiap-tiap kali baby tendang, even kadang-kadang tersakit adalah sangat.....indah :)

Baby, cepatlah keluar. Ibu tak sabar nak tengok awak!

Saya dan Im memang tak sabar nak tengok si kecik ni salah satu sebabnya kami sangat confuse dan wondering bagaimanakah rupa anak kami. Hahaha. Nak gelak gelaklah cause 4D scan tidak membantu. Bila tengok je 4D tu selalu cakap; "Memanglah rupa baby tapi tak dapat imagine rupa dia betul-betul. Kalau keluar macam mana eh? Eh dia ikut awak ke ikut saya? Eh baby kita botak ke? Bibir Angelina Jolie ni datang dari siapa?" :))

Macam merepek kan? Hahaha. Trust me. Memang merepek habis.

Sebab tu dia kena keluar. Sebab tak sabar nak belek. Tak sabar nak beli baju comel-comel untuk dia. Tak sabar nak cium-cium puas-puas :D

Ya Allah, berikan kami peluang menjaga anak ini ya Allah. Amin amin :)

Monday, September 23, 2013

Still Waiting....


Hari ni dah 38w 3d. Si kecik masih lagi happy duduk dalam perut Ibu. Takmo keluar-keluar. Haha. Sudahnya kami decide untuk balik Johor balik. Err bukan apa, Im sangat worry kalau-kalau time nak bersalin saya sorang-sorang. Plus, boring kot stay rumah Ibu sorang-sorang. Adik-adik sekolah/kerja. Ibu kerja. Dah tu aku nak buat apa sorang-sorang? T_________T

Betterlah balik sekali dengan suami. At least, kalau apa-apahal dia ada.

Sungguhpon Mak Su berkata "Ha memandai-mandai balik JB. Kang nak bersalin tetiba bersalin kat highway!"

Maka Syuhada pon menjawab; "Ala rileks ah Mak Su, nanti boleh letak dalam surat beranak tempat lahir Lebuhraya Utara-Selatan, takpon R&R Pagoh ke. HAHA"


Hehehe. InsyaAllah. Ada rezeki tak ke mana :D

Gambar di atas saya ambil waktu rushing nak balik rumah Ibu. Err ingatkan balik-balik boleh bersalin dah. Tapi baby tetap takmo keluar. Haha. Memandangkan Im kena kerja balik so here we are, back in JB :)

Haritu dah gigih mengemas sampaikan tak sempat nak iron cantik-cantik comforter. Pasang cadar pon semberono je. Janji ada rupa macam nak menyambut si kecik. :))

Kalau anda tengok dari segi pemilihan fabrik dan dekorasi (ewah) saya choose natural. Iaitu bertemakan haiwan-haiwan safari. Haha. Selain ceria, ia tidak memilih bulu. Maksudnya tak kisahlah si kecik ni girl ke boy ke, memang dah ngam-ngam ho.

Teddy Bear yang seekor tu kami tak beli. Dapat FREE time beli Huggies sebanyak 3 plastik! At first macam pelik, apsal Bear tu mengeluarkan bunyi air yang menderu-deru macam dekat waterfall? Lepas pergi Antenatal Class baru faham motifnya. When the baby is still inside our womb, our amniotic fluid that is moving here and there is the most familiar sound to his/her ears. Jadinya, bila dah keluar dari perut pon, bunyi tu sangat soothing pada pendengaran telinga bayi.

Harap-harap nanti baby sukalah dengar bunyi tu.

Saya tak banyak beli toys pun. Sebab?

1) Tak tahu lagi toys apa yang baby suka. Membazir je kalau dia tak main pun.
2) Dekat rumah Ibu plushie ada sebanyak sebakul! Semua khazanah Amyzahrah ;p
3) Melalui pembacaan saya, toys yang sesuai untuk si kecik nanti tidak memerlukan modal yang besar. Haha. They can play with spoon, senduk, tupperware and et cetera ;p
4) Bayi saya masih belum keluar. Bawa bersabar wahai Ibu. :D

Tadi Imran sibuk main Mobile Toys dekat Baby Cot tu. Pastu siap dok ber'baby-baby' sambil biar Toys tu berpusing-pusing nyanyi :))

Dah alang-alang baby takmo keluar. Duduklah lagi seminggu anakku. Biarkan Ayah kerja. Nanti next week kita ada check-up teruslah keluar. Kesian Ayah nak kena drive Selangor-Johor lagi dan lagi.

Ada orang maybe rasa aku mengada. Eh biarlah. Do I look like I care? Demi anak dan demi kesejahteraan diri sendiri, I choose to have my delivery in Selangor under FPP. Nak go for private, belum lagi semampu itu. Nantilah, doa-doa anak nombor dua nanti ada rezeki untuk deliver dekat private. Yang tu sah-sah confirm doktor perempuan.

Ini pun ikut nasib juga bila pilih FPP. Harap-harap Dr. Hamidah ada time nak deliver nanti. Please please. Tolonglah doakan bukan doktor lain yang entertain saya dan kalau terpaksa juga biarlah doktor perempuan. Itu je permintaan saya.

Bukannya aku ni mengada sebab nak selesa katil VVIP ke apa.

I just want my aurah to be preserved. Tak darurat lagi nak kena doktor lelaki. Lainlah kalau ada komplikasi dan kepakaran tu tak ada pada perempuan. Plus, maluku lebih besar daripada perangaiku yang nampak hyper ini :p

Kalau ikutkan hati, nak je rasanya bersalin dalam pool dalam bilik ni! HAHAHA. Barulah water-birth :P

Dulu Imran siap cakap, 'OK je Sayang nak bersalin dalam pool. Nanti suruh Mak pantau.' I was like....WHOATTT?? Haha. Tidaklah nak suruh Mak Mertua pantau walaupun Mak memang banyak pengalaman jaga PAC & labor room. Hohoho.

Kalau dekat oversea, water-birth tu benda biasa. Siapa boleh upah Mid-Wife and Doula lagi. Eceh. Kat sini nak upah siapa? Haish. Maka stop berangan dan sila lebih realistik. Lain kali kita boleh try water-birth bila Malaysia dah lebih advance *which I don't know when will happened*

Eh nak pukul 12. I need to doze off.

Bye!



P/S:
Tolong doakan keselamatan saya dan bayi ni. Sungguh, saya tak sabar nak tengok 'dia' dan dakap dia dalam pelukan saya :)


Saturday, September 7, 2013

36 Weeks....

...and still counting... :)





Minggu lepas. Saya ajak suami photoshoot. Padahal sebenarnya dah book Maternity photoshoot dengan seorang photographer ni. Tapikan....tak sempatlah T_____T

Sebab tu saya cakap kat Imran kita photogedik sendiri je. Hahaha. Senang. I pon tak perlu shy shy cat ;p

Sepanjang kehamilan saya memang JARANG gila ambil gambar diri dan perut. Orang lain excited share setiap baby bump. Every progression tangkap. Siap buat folder lagi. Errr saya? Saya TAK. So I told Im, we need to have a photoshoot. Kesian anak Ibu takda langsung kenangan gambar perut. Eh? *Macamlah budak tu heran. Hehe*

Walaupon kami berphotoshoot. Yang lawaknya dapat ambil beberapa keping gambar je sebelum bateri kong! HAHAHA. Yang saya upload ni pun daripada iphone je. Dari camera malas pulak nak transfer. Eh boleh pulak kan?

Selain dah settle photoshoot. Kami juga dah settle menghadiri Antenatal Class di Columbia Asia. In fact orang dah salah tasfir bila tengok gambar IG saya. Aiyooo. Belum bersalin lagilah. Not yet.

Anyway.

Tak banyak sangat dapat diserap sepanjang class. Haha. Sebab? Banyak cerita benda basic yang actually boleh tahu daripada pembacaan je. I was hoping to get more info on how to push my baby. Tapi ada ke Dr. Rohaini cakap nanti diorang yang assist time bersalin akan ajar? Errr whatever.

Nasib baik their nursery was very helpful. Diorang ajar cara mandikan baby! HEHE. So Im pun jadi tekun dan siap ambil video. Itu pon haritu lepas lawat Baby Umar Im rasa tak yakin nak mandikan baby. So kami pergi cari bathtub yang ada tempat sliding untuk baby. For safety purposes ;p



Maafkanlah first timer parents ni. Hoho

So far semuanya boleh dikatakan dah complete. Tinggal seminggu sebelum saya boleh bercuti. Hooray! Itupon kerja melambak-lambak lagi. Ah gasaklah.

My baby at this particular time weighed 2.8kg. Comel. Sebab tu Imran risau. Haha. Risau takut tak terpegang. Sedangkan Umar yang 3.3kg pon dia takut-takut nak pegang. Baby Boy walaupon berat tapi kecik je pon. Ibu tak pastilah Sayang awak ni akan sebesar mana. Tapi dari last week membawa kepada minggu ni awak naik 50g je.

Oh ye. Lupa nak inform. InsyaAllah tahun ni Emak Mertua saya bakal menerima tiga orang cucu. Semuanya berselang 2 minggu dan 3 minggu. Biras saya dah selamat melahirkan Baby Umar minggu lepas. Next, turn saya. Lepas tu, turn biras lagi sorang.

Doakan kami semua selamat mendakap anak masing-masing.

Amin :)


P/S:
Kawan-kawan yang seangkatan dengan saya semua dah bersalin padahal kami beza seminggu je. Oh nervous!

Saturday, August 24, 2013

Laundry Time!


Dulukan. Pada zaman dahululah. Sebenarnya aku agak pelik apsal orang beli baju baby berlambak-lambak. HAHA. After mempunyai isi, barulah saya tahu penangan bayi di dalam kandungan. You just can't resist the temptation! :D

Tengok itu comel. Tengok ini comel. Pastu bila dah beli-beli by the time nak buat laundry barulah engkau mengucap panjang. Macam...errrrr apsal banyak neh? Apsal? Apsal?

Anyway.

Disebabkan melalui pembacaan ramai sangat yang suka Pureen A-B-D maka saya pon turut terdorong sama membeli A-B-D. Tapi ada juga yang cakap Tollyjoy wangi. Heh tak apa. Nanti stock detergent ni dah habis kita try Tollyjoy pula ;)

Errr sila lihat gambar detergent di bawah ini;


HAHAHAA. Sumpah tak perasan kedua-duanya adalah DETERGENT! Satu serbuk satu liquid. Ingatkan yang dalam botol tu softener T_________T. Inilah penangan pergi expo sebenarnya. Semua benda kena rembat laju-laju sebab orang ramai sangat. Saya dah pening time tu. Rasa nak lari laju-laju. Bahu Imran pon dah senget angkut banyak sangat barang dekat MidValley :P

Hari ni, sepagi-pagi hari saya dah bertekad akan melakukan aktiviti laundry. Cannot procrastinate anymore. Dah 34w. Kang buatnya tetiba rasa nak terbersalin kesian anak aku pakai baju tak berbasuh. Hehe. Beg hospital pon tak kemas lagi. Haish.

Jadi di bawah adalah hasilnya :) *senyum happy*


TADAAA!

Ni actually tak habis tangkap. Kalau nak tangkap sampai habis ampaian pon tak habis-habis :)) Tapikan. Tak adalah banyak sangat pon bajunya. Yang banyak....Mitten, Booties dan ROMPER! Terbaiklah. Tak ada kerja beli romper banyak-banyak. Padahal budak tu nanti cepat besar.

Tak apalah nak. Nanti satu hari kita rotate-rotate pakai romper 3 - 4 kali tukar :))

Penyangkut yang kecil tu actually saya ada dua. Buat sidai innerwear, underwear, stokin et cetera. Tapi...saya insist dekat Imran nak beli lagi satu!



Ni penyangkut yang baru. Heh nasib baik insist. Kalau tak, tak tahu nak gantung stokin, mitten dan booties si kecik ni dekat mana. Dahlah kecik-kecik. Comel-comel. Pastu memanglah tiap-tiap pasang kena ada satu sepit.


Kalau anda lihat, bapak besar jumper Minnie Mouse dengan Stitch tu. HAHA. Sebab asyik terbeli romper cenonet-cenonet, saya geram. Nanti budak tu besar dia nak pakai apa? Jadi saya balun beli Jumper saiz 1 years old! :))


Eeeiii. Geram! Banyak gila stokin comel-comel. Macam anak aku duduk dalam aircond 24jam je. Macam Malaysia ni winter sokmo je yang nak berstokin berlambak-lambak.HEHE

Actually, stokin tu jadi banyak sebab beli set romper yang siap dengan stokin. Jadi bayangkan jelah. Dalam 1 set tu ada 5 pasang stokin. :D

Oklah. Hari dah panas. Rasa nak mandi dan kemas beg hospital pulak.

Entri keperluan versus kehendak nanti kita story lain hari key. Hehe. Busy

Friday, August 16, 2013

Antara Keperluan Dengan Kehendak


Eceh. Tajuk macam tak boleh blah kan kan? Ehem. Excuse me. Sedang mula melalui fasa becoming-a-mother memang begini. Satu, engkau excited tak boleh blah. Husband pastilah excited tapi jarang melangkaui perasaan seorang Isteri. Sebab si isteri ni bakal Ibu. Si isteri ni tukang angkut anak kemana-mana saja hatta ke toilet (?). Errrr. Now, that makes sense ait? OK. Agree part itu. HAHA

Dua, naluri keibuan yang membuak-buak membuatkan anda rasa everything is a MUST! Sampaikan suami aku terpusing-pusing kepala melayan kehendak aku yang tak boleh blah ini. Hehe. Tapi tapi. Nasib baiklah masih rasional. Plus, saya sanggup bersabar. Nanti baby keluar I will go for more shopping spree! Weeee!

Sebab nanti akan bercuti secara sakan. Mengkelek anak kemana saja bagaikan dia itu handbag. My cute handbag. So far kelengkapan kami sudah hampir lengkap. Malas nak list sebab actually anda boleh google. Penatlah nak menulis benda yang sama.

We'll go for big stuff only. OK?

Di antara keperluan dengan kehendak, saya tak nafikan. Itu CABARAN. Sangat challenging sebab kita ni (especially perempuanlah). Memang suka mengikut Ahmad Nisfu eh tak, I mean nafsu. Contoh ye, as we know, Quinny Zapp Xtra yang beroda tiga serta stylo habis memang menjadi kegilaan para wanita yang akan bergelar Ibu. Err saya pon begitu. Tak dinafikan. :p

Konon-konon sebab bergaya. Konon-konon sebab stylo. Konon-konon sebab mudahlah boleh attach baby carrier macam Maxi-Cosi. Anak nampak sungguh luxury. Hidup dalam capsule macam dalam cerita Dragon Ball.

Anyway, setelah ditimbang tara dan pelbagai lagi faktor lain seperti;

1) Membazir sebab mahal sangat
2) Belum tentu anak nak duduk dalam tu
3) Agak bulky dan tak adalah sturdy sangat pon
4) Leceh sebab bila nak simpan tu kena cabut, lipat et cetera
5) Tak sedap OK. Tak ada lapik.

In fact, kami banyak membuat pemerhatian secara berkala (Haha ayat tak boleh blah). Maksudnya consistently kami tengok para Ibu bapa dan memilih stroller yang paling ideal. In short, stroller yang praktikal. Bukannya stylo dan fancy je lebih.

Antara ciri stroller yang menjadi idaman saya;

1) Ringan
2) Recline and suitable from newborn and onwards
3) Boleh diubah samada nak menghadap kita ataupun tak :)
4) Boleh dilipat dan disimpan dengan mudah dan pantas
5) Jimat ruang

Kami berkenan dengan Combi. Walaupun rupa biasa-biasa je. Tak stylo sangat. Tapi Combi adalah antara brand yang saya rasa best! Dahlah ada lapik so tak adalah kena letak comforter buat alas. Boleh lipat payung. Woah! Nice OK. Sebab yang jenis lipat payung usually buggy stroller je. Tu bila budak dah badan tegak bolehlah letak. Kalau newborn nak letak dalam buggy memang saja cari nahas.

However, Combi tak ada yang boleh pilih nak facing kita or tak. Yang ada DX ataupun Mechacal. Tapi Mechacal tak keluar dah. DX pula.....oh....harga mau pengsan! :))

So saya pon survey-survey lagi. Tetiba terbaca ini; TOP 5 STROLLERS BY SASSY MAMA. Terus jatuh hati pada Graco City Lite walaupon cons dia ada cakap maneuverability yang sucks. We bought it and in love! Gasaklah pasal sedikit kelemahan dia itu. Masih tolerable sebab dah test. Acceptable kalau kau jalan straight. Kalau kau jalan bengkang bengkok jangan mengada-ngada ;p


Merah Pilihan Kami! :)
Plus yang mengada-ngada nak hadap anak aku je. Imran tak heran pon. Haha. Bagi dia, janji ringan, boleh lipat, senang nak simpan.

Next, mari bergerak kepada Carrier.

Mengikut buku Dr. Miriam Stoppard, New Babycare. Carrier adalah antara item paling essential sekali. Mungkinlah sebab westerner ni dah biasa keluar hospital anak kena duduk dalam bakul. Kalau orang kita boleh je peluk/kelek anak sambil keluar hospital berkain batik.

However, saya pon rasa ianya essential sebab seminggu after bersalin, rancangan kami adalah pulang ke JB balik. Sebab suami harus kerja. Saya ni sama je. Duduk Selangor ke JB ke kena jaga diri sendiri :D So tak kisahlah. Carrier is essential sebab tak dapat nak bayangkan peluk anak dalam kereta selama 3 jam. Aku ni dahlah kuat tidur! Kang tak pasal-pasal anak tergolek.

Selalunya orang ambil carrier dan stroller satu brand. Err tapi entah. Tak berkenan carrier Graco. Haha. Sebab nak carrier yang BESAR! Tak nak kecik nanti anak baru 6 bulan dah terkepit-kepit dalam tu. Tak best betul.

Oleh kerana merah itu menawan. Maka I terjatuh cinta pada Mothercare punya Carrier. Besar, ringan dan selesa. Tapi....carrier ni takda jual berasingan. T_________T Dijual bersekali dengan stroller Vesta-3. Jadi mahu tak mahu kami beli yang pre-loved. Itupon actually macam payah nak jumpa sebab orang Malaysia lagi suka Maxi-Cosi. 


Nasib baik jumpa yang conditionnya masih lagi sangat superb! Bila dah basuh nampak macam baru. Eceh. Bolehlah. Bukannya anak nak duduk dalam tu forever pon.

OK. Dah pukul 2. Tak boleh nak goreng blog dah sebab sibuk nak masuk kerja balik. Nanti kita sambung lagi cerita keperluan dan kehendak ini.


......To be continue


Wednesday, August 7, 2013

My Baby Kicks!


Beginilah anak saya dewasa kini. Eceh. Padahal belum dewasa. Cuma makin membesar dan aktif kalah Super Saiya! Sedang melangkah ke minggu 32. Errr masih tak yakin nak upload gambar sendiri. HAHA.

Sebab?

Mata saya macam panda. Perut saya sangat belon. Err lain-lain adalah bercirikan wajah kusam dan tidak bermaya. Malahan kini pipi dan dahi bertanda dengan parut kasih sayang T_________T

Never mind anakku. Demimu Ibu takda hal punya. Nanti bila awak dah keluar Ibu carilah Gluthatione. Rajin-rajin sapu vitamin E. Eceeeehhhh poyooo.

Budak kecik ni semacam tahu? Kadangkala bila dia terlampau aktif sampai cramp perut dibuatnya. The best part of her/him being active adalah; bila ayah dia letak je tangan automatik terus diam. Hahaha. Terus aku pon rasa macam aik? aik? Ini tidak adil. Adakah anakku takutkan ayahnya tapi tak takut pada Ibu yang super garang ini?

Sekarang dah faham apa perasaannya bila orang cakap di akhir kehamilan anda sukar tidur. Serius. Terlentang salah. Mengiring salah. Meniarap? HOI. ITU MESTILAH TIDAK!

Posisi yang selesa adalah mengiring tapi sebab saya ni berat maka lengan terasa lenguh. Hohoho. Boleh berasa lega kalau ada bantal lembik-lembik mengiringi ketiduranku. Kalau tak ada bantal lembik dan bantal ular buatan sendiri rasa macam...... err tak best.

Anyway, how's persiapan hari raya anda?

Saya dan suami prepare simple je. Sepersalinan baju sedondon warna turquoise. Itupon dah worry takut ketat tang perut. Haha. Ini semua sebab baju yang ditempah besar semacam. So sad.

Macam tak percaya dah 32 minggu. Pantas sangat masa berlalu.

Lagi dua bulan atau kurang daripada itu, dengan izinNya insyaAllah kami akan bergelar ibu bapa. :) Excited? Pasti. Tapi itulah. Bukan kedekut nak share story tapi saya memang tak ready langsung. Lepas last incident dulu, saya sedikit fobia. Memanglah bukan rezeki kami punya anak seawal tahun pertama perkahwinan but...trauma tu agak mendalam :D

Jadi saya belajar jadi perahsia. In fact, saya rasa saya dah sedikit berbeza berbanding zaman remaja dulu. Pantang ada sedih mulalah aku conteng tulis macam-macam kat sini. Sekarang dah tak. Sekarang dah ada bestpreng poreber! A.k.a suamiku. Hehe. Dialah pengubat segala lara. Nak nangis ke. Ngamuk ke semuanya pergi dekat dia.

Minggu ni nasib baik buat kerja dispensing je. Kalau kena process or filling sepanjang hari rasa boleh tercabut kepala lutut ni.




Errr I need to tidur. TATA!


Wednesday, July 17, 2013

One Third Baby!


Ehem.

Hello! *lambai*

Saya dah 28 minggu. Jumaat ni InshaAllah I'm turning into 29 weeks. Fuh. Macam cepat sangat saya ni membesar. Ibu saya pon macam tak percaya. Sekarang ni saya dah boleh tendang-tendang, summersault, sekali sekala menonggeng bagi perut Ibu tegang. Hehe

Oh ye. Saya agak pemalu. See see? Bila orang nak ambil gambar saya cepat-cepat cover muka. Pastu senyum sikit. Sikit je. Hep! Tak boleh over. Malu sikit pleaseeeee.

Kalau dilihat pada rupa paras saya, mulut saya ada sikit sexy. Ala ala Angelina Jolie. Hahaha. Err perasankah? Tak tahu dari mana datang bibir seksi itu tapi Ibu kata bibir saya nampak sekseyyyy :p

Hobi saya?

Saya suka tidur. Tapi time malam bila Ibu nak tidur saya tak nak tidur dah. Saya nak berjaga, bergolek, menonjol-nonjolkan bentuk Topografi pada muka bumi eh bukan pada perut Ibu. So far berat saya dah mencecah 1.2kg. Yeay!

Padahal sebelum buat 4D ni punyalah Ibu saya worry tahap tak hengat dunia. Satu, sebab Dr. Cheng cakap size saya comel tapi berat saya OK. Still, bimbang tersangatlah Ibu tuuuuu. Tak tau apsal. Dua, bila pergi HPJ , Dr. Hamidah cakap saya dah besar tapi breech. Ah sudah. Ibu panic attack.

Waktu nak buat 4D ni, mula-mula Ayah ajak pergi Kluang. Sampai-sampai sana orang ramai. Klinik FULL HOUSE. Pehhhh. Melelehlah air mata Ibu, bagai mencurah ke ladang gandum. Biasalah. Ibu memang hormonal sikit.

Pastu Ayah pon laju-laju drive balik JB. Nasib baik Poliklinik Yuslina buat 4D sampai pukul 4 kalau tak saya sure Ibu akan emo. Hehe

The good news, alhamdulillah. Berkat saya rajin berenang tak tentu hala maka saya tidak lagi breech. Eh ajaib, dalam 3 hari dah boleh bertukar posisi? Sungguh magik.

However, anything is possible. Kata doktor, baby bertukar posisi itu adalah NORMAL. Posisi ni akan fix bila saya mencecah usia 36 minggu. Waktu tu saya harap kepala saya akan duduk ke bawah. Senang nak keluar jengah dunia.

Errr sebab sayalah Ibu saya dah tak rajin tulis blog.

Dia macam nak senyap je. Hoho. Tapi diam-diam dia tu mana reti senyap. Dia tulis pasal saya dekat Tumblr.

Oh lastly, Ibu pesan doakan kami. :)


P/S:

Nah bonusss! Alang-alang dah buat entri meh tepek video sendiri! Ahaks




Wednesday, August 1, 2012

008: Serius MAHU!


Kalau orang lain, saya tak pasti apa mereka mahu. Tapi saya, tapi budak Syuhada ni kan kan, daripada zaman single lagi memang adore gila dengan STROLLER! Haha. In fact, kadangkala aku tak salahkan pon Rebecca Bloomwood sebab beli sampai 5 prams! Eh tapi husband dia billionaire. Sila abaikan ;p

Banyak forum cakap takyahlah engkau membazir beli stroller mahal-mahal. Stroller yang murah pun will do. Malah, statement mereka dikuatkan lagi dengan alasan; anak takmo dok dalam stroller, stroller leceh dan bla bla bla.

Suami cakap kalau nak stroller mahal-mahal kena ada anak 10! Aku smash balik; "Eh nak 10 orang tu mampu nak bela ke?"

Anyway.

Tak kisah. Kalau baby takmo duduk dalam stroller tu, ibu baby boleh duduk. Eh eh :)) Actually, we need to have one sebab saya tak rasa hubs and me jenis yang rajin nak pikul anak. Time Amy kecik dulu saya rajin, itupon sebab budak tu tak bertambah-tambah berat dia. Tapi....bila engkau dah pikul berejam-jam maka rasailah kesengalan hingga ke sum-sum tulang *exaggerate*

Tapi yang mahal-mahal tu nafsu je semata-mata. HAHA mengaku. Dah. Takyah cakap banyak. Cekidaut my dream strollers :) [Eh tapi aku nak satu je. Takmo semua]



SCR6 (8kg) + SCR7 (3.4kg Carseat)
RM479 + RM239 = RM718

Tapi, setelah survey-survey. Preloved one you can get both of them around 500 - 600. Saya tak kisah preloved items. Janji elok. See? Aku tak adalah nak super membazir pon. And oh yes, ada certain websites jual SCR6 harga RM459 je! SweetCherry brand Malaysia. Style macam Quinny Zapp + Maxi-Cosy yang akan menelan belanja riban-riban. Hehe. Oh tidak. Tak mahu. tak mahu.

SCR adalah yang termurah yang menepati kehendak saya iaitu stylo. Err what? Ciri-ciri piawaian engkau sungguh tidak lojik syud! Eh aku gurau je. Stroller idaman mestilah senang masuk boot, tak berat sangat dan warna merah. Haha.



Quinny Zapp Xtra (6kg)
RM1499

Mula-mula saya memang dah set. OK this is the one! Tapi the one yang saya nak preloved je la. Kalau beli yang ni takyah dah baby car seat adapter ke apa sebab boleh recline dan ringan. Tapi masalahnya, harga preloved pon dah around 700 - 800. HAHAHAHA. Baik haku beli lain! Hari tu time ushar strollernya, alahai, it's cool, ringan but I guess not so comfy. Nanti nak kena taruk lapik tebal-tebal for newborn. Jadi cancel. Kecuali orang hadiahkan. Aik? aik? :))



Musty 4 Rider

Yang ini takda kat Malaysia jadi tak tahu harga berapa. Made in Japan. Sangat comfy sebab tengoklah cover dia. Tapi sekali convert harga. RM5K. WHAAAAAAAATTTT??? HAHAHA. Gila! Ada lagi few yang gila macam Bugaboo, Combi yang harga boleh cecah 2K - 3K. Oh, daripada beli stroller macam tu baik aku beli motor! :p





Halford Zuzz (10.5kg) + Babio Carseat (2.8kg)
RM899 + RM259 = RM1,158

Fine fine.Harga dia quite gila tapi Halford Zuzz ni macam combination quinny zapp xtra & scr6. Jadi maknanya kalau tak mahu Babio pon OK je. Plus, ada blog cakap she got both of them for 755 ONLY! Tapi tengoklah macam mana, saya tak rasa Babio tu penting pon. Hehe. If you're interested (dah macam promoter dah aku), you can get Babio tu murah lagi dari dia. RM199. Beli dekat SINI

For Halford Zuzz, harga pasaran RM899. Harga offer websites RM759. Paling murah pun yang saya jumpa RM712 (tak masuk postage) and dekat Kidsmode tu boleh dapat RM715. Lagipon harga preloved tak murah mana, daripada spent 600 for an old one, baik beli baru.

I'll grab this one! Nak tunggu kalau preloved ada yang murah or dapat sale 40% macam Byzura tu. RM549 for this little one. OMG! Bilalah nak jumpa offer macam tu? Isk isk isk.
Dah. Cukup berangan. Nak pergi kerja.

Tata!


Thursday, July 26, 2012

007: My Lemonade!


{My 14 weeks Baby Bump!}

Sungguhpon saya suka bebel dekat Hubs regarding baju-bajuku yang semuanya sudah mengetat and no more seluar could fit me anymore, tapi....deep down inside me, I'm a proud baby-carrier!

Betullah kata orang, bila anda dah berusia 3 bulan ke atas barulah engkau nak percaya engkau preggo. Sebab waktu tu perut sudah membulat. Tak kisah apa pun posisi, perut tetap akan menonjol dan menyerlah. Haha. Pastu tak boleh tidur meniarap dah :p

Since saya tak ada baju yang betul-betul proper, maka cardigan adalah pilihan terbaik untuk cover ke'comel'an perutku! Semalam, barulah betul-betul terasa sukarnya memakai seatbelt. Rasa nak tarik-tarik bagi stretch lebih sikit. Terseksa perut den.

Favourite Hubs sekarang adalah meletakkan kepala dia dekat perut sambil detect baby's heartbeating! :)

 Conception saya sudah semakin OK.

Bila aku cakap OK maknanya ini tidak tipu. Saya tidak loya sangat dah (kecuali kalau minum susu). Susu is still no no no for me. Sekali sekala pekena Nescafe, itu OK.

Lagi?

Errr. Nafsu makan masih di skala 3, itu kalau anda minta dari 1 - 5 la. Haha.

Nak kata tak makan. I do eat. Eh mana boleh tak makan. Nanti anak aku takda khasiat. Nehi kabhi nehi! Cuma tak sebanyak dulu. Bukannya sebab baby consume banyak sangat space, tapi sebenar-benarnya saya memang tak berselera sangat. Nak makan itu ini, tapi bila masuk tekak, I cannot go lah. Sudahnya sekarang ni tak demand sangat (kononnya). Cececeh yelah tu Syuddddd.

Yelah yelah. Demand.

Aku demand nak makan sedap-sedap je. Dah pandai tolak kalau orang sorong makanan yang tak berapa digemari tekak. Kalau dulu....err semua benda aku telan. HAHAHA.

My favourite?

Kalau boleh hari-hari nak minum air buah. Tapi nak buat malas. Nak pergi kedai hari-hari? Ewah wah wah melampau kau. Plus, air buah kedai bukannya best sangat. Tak mahulah.

Saya ok. Pregnancy ini sudah semakin ada kemajuan. Tak adalah lembik sangat dah. Cuma sebab kerja kena berdiri (saya tak suka dispense ubat), lagi suka process dan bergerak laju-laju, maka kaki saya sedikit sakit. Malam-malam time Terawih mulalah aku nak menggeletar kepala lutut. :))

Saya suka usap perut. Hehe. Rasa macam bestlah pulak bila tahu ada 'Lemon' dalam perut. Oh ya, baby saya memang saya gelar dengan nama buah, mengikut size tumbesaran. InsyaAllah in few months to go dia boleh tukar jadi watermelon, takpon tomatoman. Eh eh :p

Kalau orang tanya saya, macam mak, "Syud mabuk tak?" Laju-laju aku geleng. Tak mahulah orang nampak lembik sangat. Hakikatnya, saya memang ada gak mabuk-mabuk, badan tak sihat dan pening melampau. Cuma bila time tak berapa sihat pandai-pandailah sorok diri. Haha.

Satu ketika dulu, ketika saya masih lagi anak dara yang sweet (ceh) saya memang gila baju baby! In fact, suka membeli sampai tak boleh blah pastu pergi kasi-kasi dekat anak-anak orang. Hahaha. Tapi...dah sampai time anak sendiri,I'm holding back :)

Bukan tak geram tengok baju comel. Gila kau tak geram, aku ni perempuan tahu? Hihi

Tapi tapi. Tak nak membazir. Nak beli baju yang betul-betul adorable dan jatuh cinta tak boleh blah bila memandangnya. So far yang aku jatuh cinta Quinny Zapp Xtra je(ini jenama pram ye tuan/puan). Tapi tu boleh rabak habis gaji. PM, tolong kasi bonus raya 2 bulan pleaseeee! HAHAHAHA (Boleh Syud, boleh blah)

Heee. Tapi itu in dreams jelah. Tak boleh blah nak beli pram riban-riban. Pastu nanti anak pakai lampin daun pisang je. Mahu?

Jadi pembelian kami setakat ini cuma dua keping cloth diapers (yang aku tak tahu Hubs sorok celah mana) dan baby cossy yang super adorable! Baby cossy ni sumpah nafsu semata-mata. Saya telah buat muka cembeng dan merayu-rayu pada Hubs untuk beli dari internet sebab jatuh cinta secara keterlaluan. Hubs cakap tunggu perut besar dulu, tapi saya cakap NAK SEKARANG! :))

Oleh kerana suami aku tu sangat sayangkan aku. Dia pun, yelah yelah jom beli. Hihhihi. Sayang dia!

Although dah beli waktu usia Lemon baru 7 minggu tapi sampai hari ni tak buka-buka lagi. Saya bersabar. Simpan molek-molek bawah katil :D

Lain-lain?

Itu tunggulah dah 6 bulan. Baru ada semangat membara-bara. Orait. Sekian saja update. Mahu mandi dan solat subuh.

Taaaaa!

Thursday, July 12, 2012

006: Babymoon!


Kita mulakan entri dengan sekeping foto participants sekalian. Haha. Aku suka foto pertama sebab muka Nad & Nina yang besau. Muka saya dan hubs masih kecil-kecilan ;p


Yang ini macam tak berapa nak faham kenapa Nina mengangkat tangan beliau. Surrender? Buat tarian kunang-kunang air? HEHEHE




OK. Tetiba gambar ketiga terus jadi haloba! Gambar kalau boleh nak sebesar kain rentang untuk PRU13. LOL! I love topi pink itu! Sungguhpon saya punya telah hilang dalam flight, tapi Nad yang pemurah telah replaced mine with her. Sangatlah comel perbuatan :')



The Three Pink Hats!

Ini topi penghabisan (di kedai tersebut). Mulanya only Nad and me yang kononnya nak berpoya dengan topi besar-besar. Tapi kami berjaya membuat hasutan halus pada Nina. HAHA. Oleh kerana takda pilihan, Nina akhirnya terpaksa join kami pakai topi sama colour dan design. Only 10rial. Ehehehe.


Thank you kawan-kawanku sekelian sebab ke Perhentian. Thank you suami sebab sangatlah baik sanggup jadi peserta lelaki tunggal. Ok. Now anda pasti tertanya-tanya apsal Syuhada selamba yaya pergi pulau?

It's my babymoon!

Rasanya baby ok je. Esok nak check. :D

Apa itu babymoon?

It's actually macam honeymoon. Bezanya engkau bawak baby. Usually boleh dilakukan pada Second Trimester sebab waktu ni dah kurang sikit miscarriage risk. Tapi janganlah buat macam saya. Bahaya woo naik speedboat. Lagi-lagi kalau boat yang engkau naik tu driver dia suka buat water-drift! T___________T

Pastu what happeng Syud?

Nothing. Saya OK. Cuma ada peristiwa lucu where I can't pee. Sepanjang snorkelling perut sakit macam nak pecah. Walhal laut tu luas, sambil berenang dah boleh me'lepas'.

Masalahnya....tak boleh!

Dah rasa macam period pain pon ada. Pastu otak mulalah gila fikir bukan-bukan. Siap cakap dalam hati 'Aku ni nak beranak ke apa?' Eh tapi baby kecik lagi. Terus istighfar banyak-banyak. Dari Kursi sampai Yassin semua saya baca supaya kurang sakit. Habis kotak air mineral saya terajang sambil pegang hubby kuat-kuat.

Pastu...terjadilah babak super cemas.

Kami request nak balik padahal orang lain semua tengah sibuk teropong shark. Boat kecil datang bawa saya dan hubs balik chalet. Sampai-sampai chalet dah makin parah. Tak boleh jalan. Hubby papah sambil saya nangis deras-deras. Sampai kemuncak kesakitan dia...saya pon tetiba berasa lega. (If you can figure out what actually had happen diam-diam sudah).Hahahaha.

Terus cakap kat hubby dah OK. :p

Sebenarnya kalau nak gelak, gelaklah. Sebab seriously aku pon berasa funny dengan kejadian tersebut. Tapi sakitnya, Allah je yang tahu. Dia macam anda mahu 'shi shi' tapi tak boleh. Macam menahan tapi anda tak tahan pun. Makin lama perut makin sengkak. 

Maunya tak sakit?

Nina dengan Nad cakap, baby saya malu. Haha. Malu dengan ikan-ikan di lautan kah?

Tuesday, July 10, 2012

005: My One Third


Pregnant bagi saya satu word yang susah untuk diperjelaskan. Dalam separuh bahagian anda akan rasa bahagia sebab anda tahu anda sedang membawa 'sesuatu'. Tapi...dalam separuh bahagian lagi, jiwa anda kacau bilau. I respect mommies wholly because since being pregnant, I realized that conception is something that is really REALLY BIG!

Bertuahlah orang yang cakap dia tak rasa apa-apa waktu mengandung. Tahu-tahu je rasa nak terbersalin. Push push pastu settle. Terus ada baby dalam dakapan. Haha

Tak tak.

Mengandung tak mudah. Lagi-lagi untuk orang yang bekerja. Tak kisahlah kerja apa pun janji kerja. SAHW (stay at home wife) mungkin merasakan entri saya kali ini berat sebelah. Tapi, let us be honest, sekurang-kurangnya anda yang jadi suri sepenuh masa ni mempunyai kawalan sepenuhnya untuk aktiviti sehari-harian. Bukan macam kami, we don't have a choice.

Kalau macam saya ni, bila rasa pening, loya, sakit pinggang, sakit mental. I don't have a choice but to stay 8H di tempat kerja. Nak tak nak tahanlah muka/otak dengan kerja, staff dan patient.

SAHW kalau tetiba rasa loya, sakit pinggang, sakit mental boleh tarik kepala atas bantal pastu tidur. Suami of course memahami. Kalau yang tak faham tu engkau side kick je beliau. Eh eh jangan. Nusyuz.

Saya tak pernah pregnant (eh of courselah). Jadi sangat noob.

Dalam 1/3 daripada conception ini, saya mengalami sakit belakang yang keterlaluan. Tak boleh duduk lama-lama, cepat pening dan penat. Pastu baru-baru ni asyik nausea dan loss of appetite yang agak keterlaluan.

Walhal, I'm not a picky eater. Bagilah apa saja, pasti akan saya ngap tanpa ragu-ragu. Err kecuali bukan makanan dan non-halal thingy la. Itu pastilah aku tak mahu.

Sudahnya saya jadi tak mahu makan apa-apa. Sebab selalu end-up frustrated dengan mutu makanan takpon lepas makan, terus semua makanan tu laju-laju nak lari keluar dari esophagus. T__________T

Sungguhpon bukan SAHW, tapi sangat bersyukur sebab Hubs tak pernah complaint dia dah lama tak makan masakan saya. I told him, bukan tak mahu masak tapi betul-betul tak larat nak masak. Selain sebab tak larat, kalau larat pun saya sungguh-sungguh pemalas. Haha

So, some says my baby might be a boy since the ibu is super pemalas. :p

OK.

What else eh?

Entah. Saya kadang-kadang mengalami mood yang berayun-ayun macam bandul. Haha. Kadang-kadang rasa nak nangis bila tak dapat makan. Nak makan! Nak makan! Nak makan macam dulu-dulu. Lantaklah gemuk ke apa janji tak lapar. Masalahnya makan muntah, makan muntah.

Guano nak kenyang?

Ini....sikit-sikit buat muka tapai. Mengadu lapar. Pastu cakap dekat Hubs nak makan nak makan. Tapi bila tanya nak makan apa jawabnya entah. Hahahaha. Aku rasa sungguh psycho dewasa kini. Macam..entahlah. Sebahagian daripada nikmat kena tarik. Eh eh tapi ini bukan mengeluh. Ini cuma nak kongsi cerita je.

Oh baby,

Ibu sayang baby so much. Tak kisahlah Ibu kena makan muntah makan muntah pon or end-up kebuluran, I just don't care. What I actually really really care adalah you didn't get enough nutrient since your mommy dah become a picky eater pastu asyik vomit out everything yang dia telan. Kadang-kadang rasa nak nangis tapi tahan jelah. Maybe few weeks to come selera akan kembali normal (hopefully).

Amin amin.


P/S:
Hari ni our 13th week baby! Jom masuk second trimester! ;)

Saturday, June 30, 2012

004: Mak B! ;)


OK. Perut sudah mula nampak. Tiada t-shirt lagi mampu ku pakai selain baju warna-warni macam lampu traffic light ni ha. HAHAHAHA.

I love this picture the most! :)

Actually perut tak adalah bulat sangat pun, cuma bila duduk macam tu dan maybe angle ambil gambar yang buat saya 'comel' sesangat! AGAGAGA.

Bak kata Hubs; "Mak Buyong!" ;p



P/S:
Baby, Ibu is 11w 4d when this picture is taken. Today is your Mak Teh's Engagement Day! :)

Wednesday, June 6, 2012

003: Our Little Caliph!

Errr ini apa neh Syud? Kurang jelas ye? Mari saya perjelaskan ;p

Hope this one is much more better! :)

Anda dapat lihat figura baby di situ. Masih belum sempurna but yes, it's a baby! Our baby! Seperti entri terdahulu yang telah saya katakan, I'm pregnant.

Tapi waktu tahu dulu saya agak maybe around 5 or 6 weeks. Still too soon untuk scan ke apa. Maka telah tunggu 2 weeks more. Malah saya cakap dekat MO Y/M klinik macam ni; "Doc doc, nanti tempah doc tau tau! Nak scan!" Pastu dia cakap; "Eh engkau ke?" She's a chinese doc, FYI. Kelakar pulak aku dengar dia cakap macam tu. Haha

Kemudian semalam, waktu punch card. Seorang S/N ni tegur. "Eh Su, pakai jubah dah ada isi ke?" Maka aku pon tersengih-sengih. Heee. Angguk-angguk dan cakap maybe around 6 weeks, tak sure. Pastu dia pakat suruh datang scan la. Siap call petang hari bila mana patient dah surut. Hihi

I told Hubs, takyah join la. Lain-lain kali scan dia join. Tapi Hubs insist nak join. So I had waited for him :p

Tunggu agak lama sebab tetiba je patient beranak pinak. Last-last bila pergi bilik 3 tengok-tengok dah lengang. My doc suruh baring, rub rub gel, tonyoh-tonyoh ultrasound tu secara jitu dekat perut aku. Nasib baik banyak lemak. Kurang sikit rasa tekanan. Hahaha

Tetiba...

We could see your heart beating! Subhanallah!

Rasa nak nangis sebab nampak figura si kecil itu. Kecil je tapi jantung dia dah mula beating fast. 150-160 bpm. Lain-lain part tak nampak sangat. Bila doc cakap aku angguk-angguk je tapi memang tak berapa jelas sangat. Plus, in 8 weeks of pregnancy, your baby is actually moving around even you can't feel it!

Hubs pon excited tengok sekali. I love to see that heart beating! Sangat laju dan nampak terlalu ketara *nangis*

Hari ni, I'm 8 weeks 3 days pregnant. Doc bagi EDD (estimated due date) 17-Jan-13.

Setakat kehamilan ini, saya tak ada rasa meloya KECUALI pagi tadi! Eurghhh. Apetah rasa glucose 75g tu! Baru hari ini tahu rasa dia sangat tidak sedap. Dulu selalu pack dan inden je. The I is The Terpaksa Okay! Sebab punya history family dengan DM, HPT & CVD.

I had to take the MGTT test.

Saya bukan jenis demanding. Maka pagi hari dah terus je tadah lengan dekat S/N baru. Pukul 8 pagi tu dia cucuk nice je. Darah keluar 1cc, minum glucose. Pastu boleh balik buat kerja tapi masih kena puasa sampai pukul 10 pagi T____________T

Saya rasa meloya. Kepala pening disebabkan glucose tak sedap itu! To those yang duduk oversea, haih untunglah sebab dapat minum air glucose perisa Sprite. Malaysia takda benda-benda macam tu. Huhu

Pukul 10 pagi dah memang rasa nak terhuyung hayang. Pergi tadah lengan lagi sekali. Lengan kanan tak keluar darah! Aaaaaaaa. Pastu S/N tu pon cakap, "Err kita try lengan lagi satu balik ye?" Oh pasrah. Cucuklah. Cucuklah.

Nasib baik lepas dicucuk-cucuk suami tercinta terus datang bawak roti tampal! Yeayyyy! Hilang semua kesakitan, pastu terus kenyang dengan kasih sayang. Cececeh.


Syud, apa perasaan pregnant?


Entah. Excited tapi tak nak over. Tapi badan memang mengalami perubahan yang super ketara. Antaranya, baju semua tak muat sampaikan tiap-tiap pagi akan mengadu dekat Hubs. Tu nombor satu. Nombor dua, saya kuat tidur! Tidur yang melampau-lampau sampai kepala sakit dan pening-pening. Tiga, badan sangat penat, sebab tu rasa nak tidur je. Nak buat apa-apa kerja pun rasa tak larat dah.


Padahal....I have audit ADAF hujung bulan Jun (yang mana filing sistem aku semua berterabur), research methodology awal bulan Julai (yang mana aku tak cari dan baca lagi any journal berkaitan antibiotik). I have MTAC. Chiller dan QMS rosak dah seminggu. Penat kejar orang pejabat suruh betulkan. Ikut hati rasa nak gigit-gigit je! Err tetiba mengadu-ngadu.


Maafkanlah ibu yang mengandung dan stress ini. HEHE


Eh dahlah. Nak sambung tidur. Esok kena pergi Audit Aset. Haha. See? How busy I am. Esok mungkin akan berpusing-pusing sambil nangis sebab sesat. Kena check aset-aset klinik dan klinik desa. Harap-harap setel. Oh pleaseeeee.

Thursday, May 24, 2012

002: Panda Yang Sedih


I received a parcel today!
YIEPPIEEE!
*lompat bintang*

Weekend ni dah boleh mula upload surah dalam iPod & bagi Little Appleseed dengar
 :)



"Dear Little,
Ibu &Ayah loves you!
Can't wait to have you in our arms!"


P/S:
Statement berbunyi poyo but who cares? I'm an excited-mommy-to-be. HEHE. Hubs cakap Panda ni muka dia sedih. Haha. Kesian panda. Gasaklah. Janji bulat dan senang nak sumbat :p

Wednesday, May 23, 2012

001 : Little Appleseed


20 Mei 2013
. Tarikh saya, Hubs serta Nina berlumba-lumba di Excite Fitness Center di Danga City Mall. Menghabiskan saki baki dua lagi FREE PASS masuk gym. I was quite energetic. Bermain. Melompat. Sini sana. Scott's Emulsion membantu sayaaaaaaa! Iklan jap. HAHA

Nina buat interruption waktu kami cari wedding gifts untuk kawan-kawan;


"Babe, tiket offer Airasia tu dah nak habis tau. Hari ni last"
"Errr. LAST???."


Dalam hati aku dah macam, ALAAAAA. NAK JEPUNNN! :p

So after merembat 4 SET Jug & Glasses. Nina terus nak panjat escalator. Sambung bergym. Saya dan Hubs dah penat so kami nak balik. Before heading home, saya cakap nak singgah Guardian. Beli test kit. Dah Hubs cakap kalau pregnant camne?

So konon-konon nak confirmkan lah after seminggu lewat. Haha

Last week, lepas sehari lewat. Saya super excited. Terus geladah bawah katil cari Test Kit yang Apis bagi. Present KAHWIN! Hahaha. Unfortunately, the result was negative. Samada sebab dah expired takpon bak kata Edot HCG memang tak increase lagi I dunno. But then at that moment, aku memang malas nak cari lain. So...abaikan :p

Balik rumah, sebab berlengas terus bergegas mandi untuk Solat Asar. Shi-shi a bit. Dip dip the stick. Haha. Sorry. Tak senonoh punya penceritaan. Jantung pon berlari laju-laju *Lub Dub Lub Dub*

Then, I found this!


YEAYYYYYYY!!

Aku hampir-hampir nak berjoget dalam bathroom bila tengok dua line itu. Tapi cover. Menjerit pon tidak. Melompat pon tidak. Simpan dalam plastik balik pastu sambung mandi. Ambil wuduk dan keluar ;)

Saya show off dekat Hubs. Dia macam tak faham. Terpaksa tarik kotak untuk memahami maksud kayu itu. HAHAHHAA. Then, he smiles. Senyum yang  lalu membatalkan wudukku bilamana dia menjabat tangan saya macam orang nak rasmikan kedai. Kahkahkah.


"Tahniah ye"
"Err tahniah je? Ingatkan nak peluk-lompat ke apa" HAHAHA.

Oh suamiku! I love you!

Kami solat Asar. Then Solat Sunat Syukur. Pastu berdakapan lagi dan lagi. Hubs doakan saya jadi Ibu yang solehah. Saya doakan dia jadi Ayah yang soleh. Ya Allah, it was a beautiful moment in my life :)

Saya sebenarnya kurang yakin. So lepas Maghrib test sekali lagi. Luckily beli yang dua strip. Kalau satu je mahu suruh Hubs keluar pergi Caring. HEHEHE



The Second Result; YEAYY YEAYYY! *Double Confirm*

Di atas adalah Test Kit Guardian. Tak cukup fancy. Tapi cukup berbaloi. 2S for RM13.90. Lain-lain harga semua tahap cekik darah. Nak test shi-shi je pon. Plus, made in USA.

Apa mau lagi?

Sepanjang malam kami tidur berpelukan. Teruja sangat. Hubs cium pipi saya. Kami nangis happy. Nangis sungguh-sungguh sebab next year we will have our own baby! Yieppeee! Yieppeee! Junior saya ( a medic student) calculatekan estimated EDD (Expected Due Date); 15 JANUARY 2013.

Ikut BabyCentre, I am now 6 weeks pregnant, with a little APPLESEED in my womb. 1/2 inch long.Haha. Comels!

Esoknya pagi-pagi terus bergegas pergi lab. Tinggalkan farmasi dan bergegas minta urine cup. Kekeke. Ingatkan ada spesific test ke apa. Rupanya sama je. Tetap guna stick. Haha. Kak Ijan test-test, then nampak lagi another 2 lines. Ya Allah. CONFIRMED! Alhamdulillah. :)

Kak Ijan checkkan juga urine FEME kot-kot ada Leukocytes ke apa. Nasib baik clear. Takyah menyusahkan kehidupan. Saya tak tunggu lama. Laju-laju terus SMS Hubs. 

Berikut was our SMS conversation;



Tapi petangnya tak jumpa doc pon. Malas. Err bukan malas. Ramai sangat patient berjoget-joget dalam farmasi aku. HAHA. Kami agree to meet doc in another 2 weeks. Time tu baby dah besar sket so bolehlah nak scan ;)

Today, My Little Appleseed dah menghadiahkan present pertama untuk Ibu. Yakni; demam-demam dan lemah satu badan. Hehe. Takpe. Ibu redha. Plus, Ibu dah lama tak sakit :)

TO ALL,
Please doakan saya selamat menempuh semua semester (Errrr macam semester nak periksa plak. Haha) We need your prayer(s) so much! Thank you!


P/S:
Some say jangan teruja sangat or update my blog too soon. But the news dah leak out dekat FB. So I guess, tak apa kot? Huhu. Sengaja memberikan nombor so that saya tahu berapa entry terhasil sepanjang pregnancy ini :)