Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Rubber Stamp. Show all posts
Showing posts with label Rubber Stamp. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Sample & Tag

OK lah. Serius. Saya takda niat nak menulis panjang-panjang pon. Niat di hati cuma nak upload gambar dalam sekeping dua. Kemudian laju-laju melentokkan kepala ke atas bantal empuk. Ya puan-puan dan tuan-tuan, ini sindrom yang anda bakal dapat lepas makan Lasagna secara bebas, main kucing atas rumput hijau kemudian ketawa berdekah-dekah tengok The Runnerman. Sekali sekala layan channel SBS not so bad I guess.

Gemuk?

Like I care. Hari lain kita boleh diet. *kononnya* Again and again. Hahahaha.

Pertamanya, entri kita pada kali ini berkisarkan rubber stamp. Tunang suruh saya design sendiri. Eh bukan. Dia suruh sketch. Tapi saya tak berapa nak reti. Saya cuma reti tengok dan tunjuk. Pastu cakap; 'Awak, nak macam ni!'

Sokay sokay. Yang penting semangat mencuba. Bila dah cuba-cuba jadilah macam di bawah ini.

{Rajah 1}

Syud, apsal nampak terbengkalai? Err memang pon. Ketiadaan idea yakni kering lagikan tandus menyebabkan saya cancel. Jadi macam tu je. Eh kejap. Kantoi tarikh! HAHAHAHA. Tak tak. Memang sengaja kantoikan. Sila masukkan dalam planner anda ;p

Seterusnya. Mari kita tatap contoh yang lebih ada gaya, mutu, keunggulan. At least more berkualiti. Boleh percayalah nak jadikan rubber stamp. Heee

{Rajah 2}

Rajah 2 way waaaaaay better than Rajah 1. Sebab at least dia siap sempurna. Tak terbengkalai dan comel. :)

OK. Cerita sample rubber stamp tamat.

Sekarang kita sambung cerita tag-tag. Ya Allah. Sudah lama saya meninggalkan zaman kanak-kanak. Menjawab tag dan menulis tag. Tapi it's OK. Thrill juga buat tag ni. Hihi.

Menjawab tag daripada Little Syud ini. Eh sebenarnya pernah juga satu masa dulu guna nama Little Syud. Tapi sekarang dah matang so tak pakai dah. Cecewah. Adik Syud Wafa, sila jangan touching :p

Kita mulakan dengan;

{11 Facts About Me}

{01} Sensitif dan bersikap elmosi tak tentu hala. Kadangkala rasa pyscho dan mereng pon ada juga. Hahahaha. Ini boleh disahkan oleh rakan-rakan terdekat dan yang paling dekat dah tentu tunang saya yang terpaksa dengar aku nangis through fon sambil kesat hingus *ceh tak senonoh*

{02} Mempunyai lesung pipit yang mencairkan hati *perasan mode* Eh takmo percaya sudah. Tapi orang selalu geram dan cakap nak pinjam lesung pipit. Err kalau boleh bagi pinjam pasti saya kenakan surcharge tambahan! Hahahaha

{03} Menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga sehingga ke usia 18 tahun. Tup tup dapat adik baru di kala diri ini sudah menjadi anak dara yang manis. Tapi I'm not manja. Saya manja cuma dengan certain people saja. Most of the time, saya independent dan berkepala batu.

{04} Sangat obsess kepada berat badan. Namun begitu kuat makan! Err pastu suka bebel-bebel gemuk gemuk sampai tunang dah tak tahu nak buat apa. Kalau boleh sumbat mulut ni dengan kapas gamaknya dia dah buat kot. Hehe. Tapi dia takkan sampai hati. Saya tau ;p

{05} Kuat tidur! Pergh. Complete package. Kuat makan. Kuat tidur. Memang sesuai jadi Snorlax! HAHAHA.

{06} I'm talkative. Saya boleh bercakap dari celik mata sampailah waktu tidur. Kadang-kala saya pelik macam mana bateri mulut saya tak habis-habis. Aku rasa pakai sel kering la der. Hohoho.

{07} Ada soft spot pada babies dan toddler. Saya rasa mereka comel dan menggeramkan. Tapi bila dah atas 3 tahun rasa annoying pulak dah. Haha. Tak boleh ke mereka kekal di bawah usia 3? :P

{08} Bersuara Buluh Perindu. Aik Syud, apsal aku rasa macam masuk bakul angkat sendiri neh? Bakul engkau koyakkah? Haha. Tak tak. Saya perasan je.I love singing! Tapi tak pernah berangan nak jadi Najwa Latif sungguhpon adik-adik cakap muka I sama macam dia *perasan lagi*

{09} Memiliki parut pada kedua-dua belah kaki. Kesan 'budak baik' :D

{10} Dah 2 tahun saya memiliki masalah kulit muka yang keterlaluan. Dulu muka cantik bagai telur dikupas (ewah poyo). Sekarang macam jalan tak siap tapi under construction. Err, maksudnya di sini, sedang dalam proses pulih kembali. Harap kulit akan clear secepatnya. Amin amin

{11} Telah bertunang dengan lelaki terbaik untuk saya dan diharapkan agar berkahwin pada Mac 2012 sehingga ke akhir nyawa. Amin amin :)

Next?

Jawab soalan budak kecik tu. Soalan & jawapan adalah seperti berikut;

1. Nama penuh?
Nursyuhada Azzman

2.Target kahwin?
Nikah - 10/03/2012 (insyaAllah)

3.Nama penuh orang tersayang?
Mohd Imran Mohd Noor

4.Hobi?
Tidur :))

5.Model Handphone?
Iphone 4

6.Kalau hantu lintas depan jalan?
Baca Ayat Kursi (eh tapi harap takyahlah jumpa)

7.Bestfriend yang paling best?
Nor Zahidah Mohd Nasir

8.Kenangan manis?
Dilamar :)

9.Kenangan pahit?
Err banyak. Malas nak ingat

10. Cita-cita?
Cikgu Tadika. Doktor.Pegawai Farmasi. Isteri Mithali. Hahaha

11. First impression kenal Syud Wada?
Rajinnya minah ni contact senior :)

Boleh tak tak mau soal orang lain dah? Hahahaha. Bye bye! ;p


Wednesday, October 19, 2011

Rubber Stamp!


Ini contoh doorgift untuk kanak-kanak!
Simple, cute dan boleh dijahanamkan sesuka hati engkaulah budak-budak oiii!

Dalam paper bag anda boleh letak almost anything!
KECUALI;
Handbag
Porsche
Kapal Terbang (Errr what Syuhada???)


Dan sebagainya yang dirasakan tidak bersesuaian. Kahkahkah. Sebab tu aku letak almost. Kalau tak aku letak anything. Eh apa-apa jelah kau Syud.

Lalu untuk menyempurnakan idea ini, saya telah survey harga paper beg.

RM3.00/ 100 pcs :)

HOMAIGATTTTTT!

Murah yang terlalu! Super duper bagus untuk kanak-kanak yang memang tak reti menghargai nilai estetika. Errr abaikan. Aku sendiri tak tahu estetika tu hapekebendanya. HAHA. Sebenarnya saya tak survey. Ternampak je sebab ada sorang Uncle ini sungguh pemurah orangnya. He gave those paper beg untuk those yang tak reti bawak beg plastik kalau nak ambil ubat.

So comel :)

Untuk mereleasasikan impian doorgift simple-yet-cute nombor dua. I need CAP MOHOR! I need RUBBER STAMP!

Berikut saya letakkan contoh. Ahaks.






Sweet bukan?

OK. Yang terakhir sekali saya edit. HAHAHA. Pandai tak? Pandai tak? Tapi nombor dua yang belum akhir tu saya buat sendiri. Hek eleh. Bukan susah sangat pon. Letak border swirl-swirl. Taip nama. Siap!

Nice. Tapi I want macam nombor dua. Sebab nombor dua BULAT! Bila bulat, maka sesuai untuk saya cop-cop dekat Doillies! Ya Allah, anak siapalah yang sungguh creative lalu bersengkang mata berjaga main internet malam-malam buta macam esok tak berkerja neh?

Hehe. I'm too excited! Otak terlalu laju mahu design itu dan ini.

Syuhada. Anda bukan saja setakat comel pandai letak eye-liner dekat mata. Tapi anda juga suka buat perbuatan menawan. Eceh. Silalah tertawan dengan I please. Girl saja. Guys cannot. Hati I sudah dimiliki. Weh weh sudah Syudddddddddd!




Untuk Mr. Fiance,
Awak, saya nak yang bulat. Designkan macam nombor dua pleaseeeeee! Tak terror lah nak design-design. Paling saya terror guna paint saja. Uhuk uhuk uhuk. *menangis sebanyak satu Sungai Rajang*


P/S:
Rubber stamp for wedding sangat popular di oversea. Most of bride-to-be or families akan menempah nama mereka berserta alamat. Siap customize OK! Di jual di etsy dan sebagainya dengan harga $20 dan ke atas. Tapi kalau anda creative dan perompak macam saya, copy, paste dan crop je nama diorang. HAHA