Kadang-kadang tak bagus juga blog dengan facebook ni. Dia macam kau tulis sikit, orang nak condemn. Kau cakap sikit, orang cakap kau over. Jadi entri sebelum ni mari kita dustbinkan.
Wish tu, dalam term aku adalah doa. Dalam bahasa pasar, harapan. Jadi salah ke aku berharap? Aku cuma manusia biasa. Dah jadi isteri orang dan berangan nak jadi emak orang. Tapi tak adalah over sampaikan update dekat facebook 24 jam cakap nak baby! nak baby! nak baby!
Bila aku update sesuatu yang general dan orang masih cakap aku over, automatik aku terus down. Hati retak dan patah berkecai-kecai. Orang cakap aku obses. Ya Allah, remuk sangat hati ni.
First, jujurnya aku memang suka barang baby sejak aku belum kahwin lagi. In fact, hobi dulu-dulu adalah beli barang comel-comel. Baginya entah bila-bila. Siapa yang ada rezeki aku bagi je. The thing is....sebelum ni dah pernah kena tegur. Waktu tu aku baru pregnant. So I was thinking, yeah...maybe I'm over. So aku diam dan tak update pape.
Kalau ada pun seingat aku sekali je aku update. Aku tulis; 'Kudos mommies! Sekarang dah faham perasaan mommies semua.' Pastu aku tambah ayat macam cepat letih kot orang pregnant. Something like that, aku sendiri tak ingat dah.
Kalau betul aku obses, dulu-dulu time perut dah start bulat, aku buat profile picture dekat facebook tu. Tak ada nak kecoh sorang-sorang macam orang bodoh dalam blog. Tapi tak. Obses ke?
Kali terakhir aku update status facebook (yang berkait dengan baby) sebelum hari ni adalah on 9 October 2012. Itupun meh sini aku copy pastekan;
Reason?
Member-member ajak jalan. Sumpah ajak jalan macam aku ni single and available. I love travelling! Sumpah tidak tipu. Tapi lepas berfikir lebih 20 juta kali, aku cancel semuanya. Sebab tu aku update status macam tu. To clarify to kawan-kawan bujang yang I got commitment. I have goal.
Rezeki Tuhan kita tak tahu. Tapi salah ke kalau aku nak bersedia? Janganlah sebab sekali-sekala aku update pasal baby engkau nak cakap aku ni obses. Pedih OK! Lebih pedih sebab pernah ada bond dengan baby. Pernah pregnant. Pernah hilang babies.
Janganlah sebab aku tulis benda yang terlalu general terus engkau chop; 'Ish dah kronik ni! Bahaya!' Paling pedih sebab dulu aku pernah kena tegur, and I lost my babies. Bukan nak salahkan takdir Allah. Bukan tak redha dengan Qada' & Qadar Allah tapi...ayat teguran yang aku dapat tu aku interpret sebegini rupa;
'Jangan terlalu hyper atau excited. Takut nanti jadi pape'
Macam doa kan? Buat aku jadi takut.
Dan aku jadi lagi sakit. Tolonglah. Aku tak minta sakit macam ni. Aku tak minta orang lukakan hati aku lagi. Aku tengah bersabar, menunggu dan berdoa. Cuba kalau prihatin tu cakap atau doakan kebahagiaan aku.
Tak boleh ke?
Rasanya tak pernah pulak aku terfikir bila orang update status baby tendang-tendang or whatsoever aku nak pergi cakap; 'Jangan poyo sangat. Memanglah baby tendang. Perut dah tak ada space.' Pergh rude sungguh kan?
Yang atas ni aku tulis sebab perasaan aku tengah bercampur baur. Sedih, geram, marah pon ada kot? Kecewa? Mesti. Sebab orang interpret aku as obses. Padahal dulu, dia juga yang ajak aku pregnant sama. Cuma rezeki dia sampai ke hujung. Rezeki aku setakat yang Allah cakap je.
Aku rasa....bukan aku je satu-satunya perempuan atas muka bumi ni yang Allah bagi perasaan excited. Aku tumpang happy tengok anak orang. Aku geram tengok anak buah aku yang comel. Aku tak sabar nak anak sendiri. I admit.
Tapi aku belajar untuk tunggu. Sebab rahim aku tak kuat lagi. Sebab mak tak kasi aku pregnant awal-awal. Kalau tak lepas habis pantang hari tu aku dah laju-laju buat anak takyah tunggu apa-apa.
Sabar aku ada limit.
Perasaan aku pun ada batas.
Come on.
You talked about me.
Aren't you also excited about yours?
Kalau tak, tak adalah update facebook cover 'Baby is on the way'
P/S:
Aku rasa cuma orang yang pernah miscarriage je faham perasaan aku. Sebab dulu waktu babies aku dah meninggal dalam perut, member aku pernah pm dekat facebook & tanya. 'Apsal tak tunggu je diorang keluar sendiri?'( Dia tanya macam ni bila aku beria-ia nak induce) . My answer was; 'Engkau pernah miscarriage?' Dia cakap; 'Tak'