Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 28, 2011

Kisah Sang Puteri

Pada satu masa dulu [OK aku cliche. Hakhakhak], terdapat seorang Sang Puteri yang kuat berangan. Selain kuat berangan, Sang Puteri juga kuat makan. Hobi di masa lapang Sang Puteri adalah bercakap dan menyanyi. Pendek kata selagi ada suara memang hidup engkau takkan aman daripada mendengar bunyi-bunyian daripada mulut itik beliau.

Aik? Sang Puteri tu spesis itik kah Syud? Eh shut up lah engkau. Aku tak habis cerita.

Sambung.

Seperti hikayat purbakala maka satu waktu sampailah masa Sang Putera bertemu Sang Puteri. Dah kalau ada watak Sang Puteri, mestilah kita kena bina watak Sang Putera. Bukan bukan bukan?

Kalau nak diikutkan, Sang Puteri ini sangat berlagak tak hingat dunia. Malah, pertama kali bertemu Sang Putera, beliau langsung tak merasakan debaran cinta. HAHAHA. Maka, kita boleh labelkan ini bukan Love At The First Sight. Bagi pihak Sang Putera, I don't know la. :P

Malah, Sang Puteri juga adakalanya sedikit pusing. Err maksudnya di sini confuse. Bukan pusing macam engkau kena motion sickness. Bukan bukan. Sebab Sang Putera seperti Chipsmore. Sekejap ada. Sekejap takda. Selain seperti seketul biskut. Sang Putera juga boleh kita bagi kata bidalan Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam.

Maksudnya di sini; ada masanya dia macam sabut. Timbul dan boleh chat-chat. Ada masanya dia macam batu, chatting pastu Tenggelam (hilang). Pastu tetiba wish selamat malam. HOMAIGOTT. :))

Mengenai bagaimana mereka bermula itu engkau boleh selak-selak post-post lama. Malas dah nak repeat berkali-kali. Hehe

Jadi apa yang menariknya pasal Kisah Tuan Puteri ni?

Actually aku lebih suka cerita pasal Sang Putera. Sang Putera ni orangnya manis. Dari segi perbuatan he is very the sweet. Although pada mulanya aku merasakan beliau seorang stalker! Tapi tapi, akhirnya aku menyedari; I love sweet stalker! Daripada sweet talker. Cakap je manis-manis pastu bagi aku habuk. Ceh ceh. *Buang kisah lama dalam dustbin*

OK. Mari kita sambung cerita.

Pada satu hari, setelah dipersetujui oleh orang ramai maka bertunanglah Sang Putera dan Sang Puteri. Eceh orang ramai ke korang berdua Syud? Eh mana ada aku cerita pasal Syud. Tengah cerita pasal Sang Puteri ni! Heshh korang nehhh :P

Sang Putera, sejak mengikat Sang Puteri dengan tali pertunangan. Cewah. Beliau ni jadi super duper hyper. Haha. Err kami tak percaya Syud. Bukankah engkau makhluk Tuhan paling tak reti shut up? Eh, aku bising. Bukan hyper. Sila take note. Hehe.

Actually, pernyataan di atas satu gurauan semata-mata. Apa engkau percaya ke muka innocent lagikan suci itu hyper? Beliau tidak hyper. Beliau cuma sangat sayang (a.k.a over caring). Which of course aku suka. Kemudian, the best part of everything adalah....

Kawan-kawan Sang Puteri kebanyakkannya frustrated sebab vacation plan asyik tergendala. Busy kerja. Busy macam-macam. Busy macam busybody. Eh eh tak. Lalu, Sang Puteri telah main tawar menawar dengan Sang Putera. Berikut conversation secara tak berapa betul antara kami (yang telah diolah supaya tampak menarik) Hakhakhak.

Sang Puteri: 'Kanda, after kahwin boleh tak Dinda nak pergi jalan-jalan dengan member Dinda?'
Sang Putera: 'Nak pergi manakah Adinda?'
Sang Puteri: 'Err. Oversea ke? Ala bukannya lama berminggu-minggu. SEMINGGU JE'

*Sang Putera buat muka macam tak berapa puas hati. As if SEMINGGU TAK LAMA?* :))

Sang Putera: 'Nanti Kanda fikir' (Actually memang telah ditolak sementah-mentahnya sebab Sang Puteri takmo bawak dia sekali. Hahahaha)

Lepas tak jadi plan oversea. Kita ubah jadi Sabah atau Sarawak. Pastu kita dengar pulak apa kata Sang Putera.

Sang Putera: 'OK. Kanda ikut sekali' Hahahahaa. See? Jawapan yang sungguh takmo kasi lepas :P

The comellest part of everything adalah pada satu ketika, salah seorang kawan Sang Puteri telah beria-ia nak dengar jawapan dari mulut Sang Putera sendiri. Maka Sang Puteri pun gagahkanlah on loudspeaker iPhone beliau supaya lebih mudah berkomunikasi.

Kawan Sang Puteri : 'SPutera, Boleh tak saya nak bawak SPuteri nanti? Nak pergi Singapore'
Sang Putera : 'Eh kenalah tengok details dulu'

Fuhhh. Sungguh kedekut! Hahahaha. Sudahnya memang tak dijawab dengan anything. It's not YES and it's not NO. But I bet, it can be YES if Sang Puteri cakap; 'Marilah Kanda, follow lah kami. Tapi nanti kalau Kanda bosan Dinda takkan bertanggungjawab atas sebarang rasa keterabaian nanti' Hahaha

Yes. I'm his Darling Princess.




.....and I love to be his Darling. Hehe.




P/S:
Saya tak tipu bahagian conversation ini telah diolah. Err. Setakat ni aku belum buang tebiat nak berkanda-dinda secara live. Haha. Time sengal ubi adalah ter-sms macam tu. Lalala~ :P

Sunday, September 25, 2011

Ding Dong Weekend!

Otakku ding dong. Masih sedang cuba untuk refresh. Sabtu adalah awesome. Sabtu adalah hari berpeleseran bersama buah hati, berdating bersama Kak Gla dan Amelia. Gosh, I'm starting to miss kamu berdua so much! :'(

Selain ding dong. Maaflah. I don't have any picture untuk dikongsikan. Selain malas. Pentax -optio retro-ku juga tidak mempunyai nyawa. Tidak bisa hidup lalu mengcapture apa-apa foto. Hehe

Chargernya masih di rumah Bonda. It was a fast transit. Maka saya tidak sempat mencari charger. Next month mungkin. InsyaAllah.

Hmmmm. Bercerita mengenai yesterday, kami pergi IKEA sebab Syuhada craving for meatballs. HAHAHAHA. Aku memang buruk perangai hoccay? Sanggup takmo makan hotdog sungguhpon lapar dan dipaksa Amelia. Sudahnya sampai IKEA Encik Tunang selamba order meatballs 10pcs. Dengan alasan konon-konon dia nak makan sekalilah; kononnya ;p

Then baru suku jalan mencekik tetiba henfon bernyanyi-nyanyi; 1 sms received.

'Nk bermanja.meh ah kluar n jemput i dpn food court'

Berpusing-pusinglah Syuhada tawaf IKEA cari kakak terchenta. Tapi tapi bila recall; Kluang Station? Cold Storage? OMG! Di manakah kamu wahai kakak oiii? Sudahnya jalan-jalan sampai ke IPC. Hahahhaa. Banyaklah IKEA Kak Gla oii :P

After beli makanan Kak Gla maka terkezutlah I bila melihatkan betapa banyaknya meatballs masih di atas plate. Fiance pulak claimed bahagian dia dah habis. Tipu tipu! Sudahnya perut aku telah terisi sebanyak 8 bijik meatballs! Ambik kau Syuhada. Nak sangat meatballs kan? Ambik ambik! :))

We headed over IKEA. Omaigottt. Gorgeous! Memang tertawanlah hati melihat barang-barang dekat situ. Tapi boleh tengok ajelah. Belinya belum boleh.

Bila dah petang dan masing-masing dah angkut barang, I hugged Kak Gla. I hugged Amelia. Lalu menangis dalam hati sebab gonna miss mereka so much. Uhuksss.

Malamnya, me, my fiance dan rakan-rakan headed for RUMAH PENA. Small yet awesome event from Sindiket Sol-jah, lalu buat aku rindu pada Kapasitor. 12 short movies kami tengok secara PERCUMA. Yiepee! Yieepee!

Movie Wiwin (a.k.a FikriKacak) yang dishooting oleh my fiance bertajuk PAGAR adalah movie kedua. Dear, though you shoot simple-simple tapi awesome juga. You pandai cari angle menarik. Aik? Sejak bila aku ber-you you ni? Euwww. HAHA

Dalam banyak-banyak, paling saya suka adalah CHANCES. Fiance mungkin rasa sebab short-movie tu jiwang. Saya kan jiwang. Kahkahkah. *muntah darah* Tapi tapi, aku tak sempat nak habis bercinta dengan tunang dan buat live review.

Short film itu berkenaan second chances and how a girl and a boy different from each other. Contoh - Bila perempuan cakap dia perlukan masa untuk bersendirian. Lelaki akan fikir OKLAH. Give her some times. Pastu duduk senyap-senyap takyah contact or kacau. Kata nak sendirian kan?

Tapi sebenarnya, perempuan ni makhluk gedik. Mulut kata lain, hati kata lain. If kami cakap we need time-off. Hakikatnya TIDAK. Kami ini mahu dipujuk. Kami ini mahu dirayu-rayu. Cakap je nak masa padahal nanti satu hari meroyan apsal lelaki tak contact/sms? Samalah macam aku dulu. Cakap lain, pastu malam-malam elmosi terus sms sayu-sayu; 'Awak tak sayang saya dah ye?' HAHAHA

Sambung.

Samalah juga kalau perempuan cakap takmo jumpa. Anda percaya ke diorang tak mahu? Kalau dah engkau terpacak comel-comel pegang bunga ke, coklat ke, takpon ticket wayang TGV ke, or anything that she loves. Al-mustahillah she will say NO. Kecuali; if dia sememangnya TAK SUKA engkau. Maka, faham-fahamlah ye.

Lelaki dan perempuan itu super berbeza. Kita berfikir dari sudut yang berbeza juga. Perempuan complicated. Err. Jadi tak payahlah nak faham. As long as engkau ada kudrat untuk melayan maka way to go! Anda dibenarkan untuk berkahwin dan bersengsara seumur hidup. Hahahaha

Eh . OK lah. Tunang ajak dinner sama. Tembolok hanya terisi roti sausage berserta keropok lekor semenjak pagi hari.

Tata~!






Nota kontot:
Second Chance telah berlaku antara saya dan tunang saya beberapa bulan lepas. Saya telah menumpahkan air mata lelaki itu lalu tersedar betapa ridiculousnya saya. Sangat menakutkan waktu hampir kehilangan dia, lalu telefon dan laju-laju merayu minta Second Chance. Haha. Akukah yang merayu itu? Nehh. It's actually more kepada memujuk and I'm lucky sebab tunang saya itu seorang yang pemurah dengan kemaafan :)

Thursday, September 22, 2011

Astaghfirullah

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Seperti yang pernah Ustaz Hasrizal perkatakan, Anak adalah cermin ibu bapa. Dalam perkataan pendek; REFLEKSI.

Kisah Soffiyya di TV3 yang menggantikan Kasih Alia meruntun hati saya. Hiba yang teramat bila ayah yang sepatutnya menjadi pelindung menjadi seekor haruan. Haruan makan anak. Ceh, kenapakah harus kita letak haruan? Kenapakah tidak kita letakkan seekor binatang saja?

OK. Harsh. Perkataan saya adalah harsh, I know.

Tapi bila memperkatakan tentang nasib seorang wanita, kadangkala saya begitu sensitif. Memang benar, wanita adalah golongan terbanyak masuk neraka. Malah wanita jugalah penyebab lelaki tertarik ke dalam neraka. Wanita akan menarik ayahnya. Wanita akan menarik saudara lelakinya. Lelaki akan menarik suaminya. All of this happened.

Tapi.

Mulia sangatkah lelaki untuk memperlekehkan wanita? Mulia sangat ke lelaki yang merasakan diri mereka perfect? Mulia sangat ke lelaki yang mencari setiap inci kesalahan orang? Menuduh akan sesuatu tanpa bukti dan 4 orang saksi bermakna FITNAH!

Wanita dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Tapi asal kejadian kami masih lagi dari sebahagian dari kamu wahai Adam. Kami tidak sempurna dan begitu juga kamu. Kami perlukan perlindungan. Kami perlukan kasih sayang. Kami perlukan Imaam dalam hidup kami.

Saya sangat tidak faham kenapa manusia suka mencari kesalahan orang lain? Kenapa tak boleh let by gones be by gones. Kenapa harus perasan bagus?

Tak bolehkah hidup aman damai, sentosa, bahagia?

Tak bolehkah?

Cannot meh?

Astaghfirullah. Saya cuba untuk tidak marah. Apa yang boleh saya buat adalah bertenang. Sambil ditenangkan oleh tunang dan kawan-kawan. Kemudian saya mengadu pada Dia. Tak apalah kalau manusia cakap saya ini beban. Tak apalah kalau manusia cakap saya ini pembawa dosa.

Now, you tell me, siapakah yang begitu maksum di muka bumi ini selain Nabi?

Jawapannya; NO ONE.

Jadi jangan berani menghukum seseorang padahal urusan dia dengan Allah hanya Allah yang tahu dan kamu yang tidak melihat, janganlah pandai-pandai memperkatakan mengenai dia padahal kamu tidak mengetahui langsung. Kamu tiada bukti dan bila kamu memperkatakan seseorang bererti itu FITNAH.

Eh dua kali dah taip fitnah Syuhada?

Hmmmm. Saya tidak akan cuba fight. Sebab takda guna fight dengan orang yang sentiasa nak menang. Biarlah saya mengalah. Biarlah saya terima segala tuduhan-tuduhan. Yang penting saya tahu orang yang sayangkan saya kenal saya.

Orang yang sayang saya tahu saya takkan buat semua tuduhan itu. Yang penting; 'Ana Abdullahi Walan Yudhi'ani' :)

Saya tahu kaum saya adalah kaum minoriti yang bakal menghuni Syurga. Selebihnya lebih banyak ke Neraka. Tapi saya berdoa saya tergolong dalam mereka yang bakal ke SyurgaNya. Biarlah hina di mata manusia, janji Allah tahu setiap perkara yang saya lakukan dan Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Wednesday, September 21, 2011

Terima Kasih Cinta!

Tajuk entri seperti novel. Tapi sajalah nak bagi entri macam cool padahal tak tahu pon sama ada cantik menarik tertarik kau memang tembam! (Maksud saya tajuk tu) :p

Pertama sekali. Terima kasih cinta. Terima kasih pengarang jantung tangkai nyawa. Sebab sentiasa ada untuk dengar saya mengadu bukan-bukan. Setiap hari kalau boleh nak mengadu. Setiap hari kalau boleh nak bebel-bebel. Tapi hakikatnya, aku tidak ingin mengadu setiap hari meskipon dibenarkan.

Waktu-waktu begini, tiba-tiba teringatkan satu ketika dahulu. Kawan-kawan suka mengatakan; "Nak ngorat Syud senang je. Bagi dia makan sedap-sedap" HAHAHAHA. Macam hahampeh. Even, actually, statement itu very the true! Yay!

Meskipon berperut comel. Tapi saya mempunyai nafsu makan mengalahkan seekor Gorila. Jika seekor Gorila mampu makan pisang bertandan-tandan, aku cuma mampu action konon-konon mampu. Padahal....HEHEHEEEE.

Bila tengok orang makan Mandy Lamb, nak makan Mandy Lamb. Tengok orang makan Cheese Naan, nak makan Cheese Naan. Padahal makan seciput pastu tak habis. Pastu EBS juga yang kena makan. Pastu makin bulat tunang aku. Hakhakhak.

For me, sharing is caring. Tapi tak sampai hati menculik makanan tunang. Karang dia lapar kasihan. Eh eh. :P

'Hi. Saya Zulaikha. Saya anak Mama & Papa'
Siapa Mama & Papa budak ni pon aku tak tahu. HAHA. Main culik je anak orang.

Sebab?

She reminds me very much to AMYZAHRAH!
Angah miss you sobsobsob

Macam hamster!! Geraaaaaaaaaaaaaaaam! Hehe

Tengok budak kecik memang sangat entertaining. Mereka mampu buat engkau tiba-tiba tersenyum luas-luas. In fact, tadi waktu tunang cakap; 'Nanti awak kena garang dengan anak-anak' I was like...hurm hurmm. Tak mahu. Saya tak mahu jadi garang. Saya tak mahu anak-anak depressi macam saya. Ececeeeh. Muka aku mana ada muka depress. :p

Cheese Naan bertukar ganti dengan Garlic Naan. Haha

Kekanda ku sangat baik. Kekanda ku selalu melayan kerenahku yang biol. Malah Kekanda ku tak pernah marah bila makanan tak habis sebab nanti dia habiskan. Hehehehe. Sejak sudah mendewasa dan hidup secara manja over here, saya tidak lagi membuat perangai anak-anak.

Malahan, saya rasa tunang sudah semakin pandai handle saya yang biol ini. Harapnya forever.

Biol-biol pon ada orang sayang. Oh lucky me! Terima kasih Tuhan! :)

Sayangku En.Imran,
Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas kasih dan sayang. Ececeh gelis.

Sayangku En.Imran,
Jujur. Saya tak pernah rasa saya nak kahwin. Saya pernah rasa nak lari ke hujung dunia dan hidup sendirian. Tapi, bertemu dengan awak adalah antara sesuatu perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup ini! :)

Sayangku En.Imran,
Terima kasih sebab tak pernah fikir saya ini satu beban *nangis* Saya sayang awak so much. *nangis atas keyboard pulak*

Saya tak mahu 3, 4 dan 5hb datang. Dear won't be around adalah TIDAK BEST. Sejak akhir-akhir ni aku sudah pandai menjadi tamak haloba. Haih.

Dear Imran,
My heart's a stereo, it beats for you so listen close :)



P/S:
Kalau Sa tak cakap pasal berjauhan, actually, saya pon tak sampai hati jauh-jauh dari awak. Eh kronik sudaaaah. HAHAHAHA.

Sunday, September 18, 2011

Save-The-Date

'Dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya' (2:105)



P/S:
Sesungguhnya saya hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan segalanya. Amin amin.

Saturday, September 17, 2011

Berdua Denganmu

Singgah Selalu, Danga Bay
16th September 2011


P/S:
Tunang saya memang makin tembam. HAHAHA

Friday, September 16, 2011

Love Letter 2009

Just like the rainfall without water,
Or the sun be separated from imparting light,
Can dew be separated from grass?
Or rose be separated from its fragrance?

We are inseparable,
A single rose cannot be my garden,
A single book cannot make me wise,
But a single you can be my world!

I keep a flower in my pocket,
A picture in my locket,
I keep rainbows in a flower pot
and letter under my bed,

The best thing ever said,
But that special place in my heart..
I'm saving it for you!

Retrieved from - Love Letter, August 2009




P/S:
Darling Fiance;
You're indeed the awesomest fiance in the world! Most doesn't need to be put over here because that isn't enough ;p