Saturday, March 30, 2013

Love This!


I love this!!!

Tapi kalau ada anak perempuan sopan santun lembut bolehlah. Tahan jugalah nak buat dapur guna kotak. Kalau dapat seganas ibunya ni. Hehe. ;P

P/S:
Sorrylah lama tak update blog. Busy. Dah nak makan. Bye!

P/S/S:
Ini entri membazir. Hahaha!


Saturday, March 16, 2013

Sibuk Berkenduri!

Assalamualaikum WBT,
Long time no see. Ni hao ma? Wo ho liao! #Tetiba :))

Firstly. Sorry sudah lama hiatus. Sumpah sibuk yang keterlaluan sampai tak boleh nak diceritakan apsal sibuk. Heee. Selain kerja office yang tak pernah nak habis. Banyak juga urusan lain yang tidak rasmi.

Jadi tanpa melengahkan masa maka mari soroti kejadian pada minggu lalu. :D

Saya sibuk buat benda di bawah.....



Pelamin DIY!
Serius ini mengambil masa 3 hari 2 malam untuk dibuat. Nasib baik Pak Andam diimport dari Jepun tiba awal. HAHAHA. Dialah tukang lekatkan bunga-bunga berkipas as header pelamin tu. Saya tukang bagi order je :p



Gambar Keluarga :)
Tapi tak cukup korum, dua orang lagi tak ada. Heee. Seriuslah aku sangat mengikut tema. Orang lain warna macam-macam. Aku tiga hari tiga malam kekal dengan baju yang sama. T____________T



The Pengantin
Congrats Cia! Tahniah dah join Kelab Isteri-Isteri. Hehe. Her Husband is actually my classmate waktu form 3. Heh, kecikkan dunia? Bulan 4 nanti cousin punya turn pulak. Yang itu, dengan senior sekolah pulak. Hahaha.


Gegurl Wan
Kalau bab bergambar serahkan pada kami. Hehe. Cucu-cucu perempuan Wan Saerah (sebahagiannyalah). Ada lagi sebahagian tengah sibuk kat dapur.

Oh ye. Ini majlis dua pengantin. Another pasangan adalah di bawah ini;


Dr. Zulkarnain & Habsah Syakirah
Imran cakap ini pengantin lama yang tak potong rambut dan tak ada kasut. Hahaha. Punyalah busy doktor sorang ni sampaikan tak sempat nak fikir apa-apa. Diorang sampai dari KL pukul 2 pagi. Yang kelakarnya last-last waktu nak berarak pinjam kasut Pok Su. LOL! 



Syahirah & Saiful, Ayah-Mak, Zulkarnain & Syakirah
Our family is getting bigger & bigger! Tahun-tahun akan datang confirm berebut tempat tidur. Haha. Bersiap sedia untuk buat khemah depan rumah Mak & Ayah :p


Lastly, terimalah gambar orang paling penat sekali waktu kenduri tu.....



KHADEJA!
Tukang buat tantrums. Tukang kecah kipas untuk header pelamin. Tukang perabis air Yeos Chrysantinum. Hehe.