Tuesday, August 28, 2012

The Merisik Event


Our family is getting bigger and BIGGER! 

:)






Saturday, August 25, 2012

Entri #Instagram



Clearing in progress. Banyaknya momento in the folder. Hehe. Yang kiri masih single and available. Yang kanan cannot. Nanti suami dia marah. 

Kami si kanak-kanak ribena (once upon a time)
 OMG (Oh My Girlfirend). Sungguh rindu! 


P/S:
Aku tipu. Ini tidak instagram sama sekali. Ini edit guna picasa. ;p


P/S/S:
Hubs sudah tumpas ke bantal. Comel sekali! Err terus jatuh cinta berkali-kali :')


P/S/S/S:
Nak join suami ke bantal juga. Selamat malam! :D

Friday, August 24, 2012

Entri #Bertwitter


Selamat tengah hari! Dan hari raya yang ke....(kejap aku recall) enam. Eh? Hehe. Saya masih belum wangi tapi Hubs dah wangi sambil terdampar main Plants Versus Zombie.

Tengah mem'bersih'kan Iphone 4 memandangkan nak dapat yang 4S! Wehoo! Eh jap. Sebenarnya aku takdalah excited mana pon sebab beli sendiri. HAHA. Tapi...tetap happy sebab 4S gambarnya lagi cantik. :D

Saya beli sebab adik nak pergi UMS. Handphone dia conditionnya dah sangat sadis. So he bought mine and I bought a new one. Best kan? 

Tengah-tengah buat cleaning process ni, terserempak gambar ni (rujuk bawah);



One of the sweetest wedding gift ever!

Aku sangat sayang hadiah di atas! In fact, simpan dengan kotak dia dan riben takmau tanggal-tanggal. Ini hadiah dari kawan-kawan baik from Mersing With Love. Serius mensenyumkan muka sampai nampak dimple di kanan dan kiri.

Sebab?

Waktu balik photoshoot wedding, saya dah tak boleh bersabar. Terus laju-laju buka hadiah dalam kereta (hehe). First, yang keluar adalah kad pink cair yang shomel itu. Kemudian sehelai baju damn sexy yang buat aku tersipu malu! :)) Two boxer for hubby (thank you sebab hubby memang suka boxer) and....a cute new born shirt and pant!

Kawan-kawan aku memang romantikus macam aku gak. Haha.

Bagi saya, hadiah ni memang hadiah in advance. Two in one. COMBO! Super adorable! Tapi...time-time macam ni aku semacam touching. :')

Raya-raya ni macam tak boleh tengok anak orang. Geram semacam. Rasa nak tarik-tarik je. Kami mahu baby. Hubs cakap kalau boleh nak cepat tapi itu rezeki Allah kan?

Plus, kepala otak saya tengah menimbang macam-macam hal. Satu, bila tengok orang sambung study. I want! Hubs cakap kalau ada baby lagi senang sambung dalam Malaysia. Err taknaklah. Nak merasa study oversea. Tapi nombor dua, tak mahu thesis! Thesis is toooo risky!

Nombor tiga, nak tunggu scholar. Without scholar sambung study adalah macam impossible.

Walaupon rasa nak sambung study tapi nak ada baby gak. HAHA. Aku sungguh tamak! Tak bolehlah. Sumpah cemburu tengok baby orang. Nak tengok baby sendiri. Kalau girl adakah secomel ibunya? #perasanmode. Takpon kalau lelaki adakah sebudiman ayahnya? #suamiku adalah lelaki budimanku :)

Maaf.

Kalau orang bujang memang akan cakap; "Hek eleh kau baru kahwin 5 bulan dah kecoh sokmo ni apehal?." Please pregnant first, bersalin dan mengertilah perasaan dalam hati kecilku ini. Ketamakkan yang menjadi-jadi ini adalah disebabkan saya rimas. In fact, tidak bekerja selama tiga minggu ini adalah heaven!

No stress. No report. No replying email. Semuanya NO.

Hal peti ais rosak, QMS (mesin panggil nombor) rosak, patient memekak-mekak cari pasal, staff lepak, research, MA tulis ubat/nama bukan-bukan semuanya takda. Right now, apa yang saya fikir adalah tak kisah bergaji lebih kecil asalkan gembira, hati lapang dan tidak menyumpah seranah secara diam-diam.

Ini tak. Muka aku senyum tapi hati macam kena toreh. Tiap-tiap kali balik kerja mesti nak mengadu dekat Hubs. Tak baik kot. Rasa macam tak ikhlas berkerja. Hoho. Kalaulah saya ni jenis tak kisah tunjuk langit, I don't mind at all. Tapi disebabkan nanti kalau ada audit aku nak kena buat muka tupai #sengih chipmunk, I don't like it at all!

Kerja ni sebenarnya teamwork bukan?

Tapi bila kita tak boleh manage orang, rasa down semacam. Lantaklah boss cakap cepat give-up ke apa. Boss tak apa. Dia duduk office. Urgh.

Lagi penat, kita ada partner tapi semua kerja-kerja management kita buat sorang-sorang. T___________T

Bersyukurlah kalau anda SAHM (kalau belum wife). Lagi bersyukur kalau suami boleh bagi segala-galanya. Suri rumah tapi boleh melaram sakan. Beli whatever you like even tidak bergaji. Jaga anak-anak si buah hati. Bersalin tempat private (samada husband kaya takpon panel company). Makan dekat Delicious. Make-up Sephora. Baju Poplook. Beg Coach. Kasut Nine West. HEHE #aku jealous OKEK!

Tapi part paling jealous pastilah sebab korang boleh jaga si buah hati!

So the reason I want to sambung belajar is because I want to lari away from my kerja. Haha. I want a better life. Saya nampak banyak benefit bila orang kerja dengan U compare kerja sekarang. Moreover for medical part. Ada panel. Aku kerja gomen tak ada privillage pun. Tapi half-gov ada? Ceh. Sungguh tidak aci!

Nampak tidak sebenarnya aku tengah haywire?

Uhuk.
Rasa nak pergi dapatkan terapi. Wuuuu. Sungguh stress. Some say saya miscarriage sebab stress. Hurm...I don't know.



P/S:
Kalau korang sayang saya, please doakan saya dapat sambung study & dapat baby gak! Hehe #tamakmode

Wednesday, August 22, 2012

Syawal 1433H


Raya pertama - HIJAU
(With Hubs)


Raya Kedua - PEACH
(With Amy)

Dari Amyzahrah kecik sampailah dah besar, saya tak pernah miss ambil gambar raya together-gether (dengan warna sedondon). Tapi tahun ni, it's quite different. My priority is my husband. Maka hari raya pertama kena sedondon dengan si dia ;)

Hari kedua, Amy si budak tujuh tahun pakai baju banyak bunga. HAHA. Tapi masih Peach sama dengan angah dia :)

Err kejap Syud. Motif entri ni nak membawa kita ke mana?

Oh, OK. Motif entri ni nak cakap Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima amalan saya (yang tak seberapa) dan kamu juga. Amin amin.

Selamat Hari Syawal 1433H kepada semua blogger dan readers dan kawan-kawan dan siapa-siapa je yang baca blog ni. Minta sorry if ada terkasar ayat, tertulis perkara yang melukakan hati, jiwa, kerongkong, esophagus etc etc mahupon buat sombong konon-konon berlagak diva (padahal tidak sebab tak rasa ada orang pun baca blog ni) Hehe.

Maaf Zahir & Batin!

Daripada - 
Syuhada, Imran & Keluarga :)


Thursday, August 16, 2012

Nalurikah?


Petang. Bosan. Suami tak sampai lagi ke dakapan sebab highway semua jem. Sampaikan aku cakap "Awak buka jela dalam jem eh?" HAHA.

Padahal....aku sadish weih.

Sebab?

1) Tak pandai pakai kain batik
Sepanjang 4 hari berpantang hari-hari kain jatuh. Bencilah. Rasa nak jahit dengan getah dekat pinggang. Boleh?

2) Dah 3 hari makan bubur dengan ikan bilis kering
Muak. Muak sangat-sangat. Paling muak sebab aku sendiri yang masak. Jadi rasa air tangan sendiri walaupon sedap tapi menghampakan hati. Err kononnya berangan nak dilayan macam puteri tapi takda siapa nak layan. Sobsobsob

3) Terbaca blog orang pasal anak
Saya tak nangis. Tapi itulah. Hiba sikit-sikit. Rasa nak baby. Nak baby. Nak baby. Eh aku ni kira post-traumatic stress disorder (PTSD) kah? Tapi tak nangis. Normal lagi ni.

4) Nak suami
Semalam rasa nak update entri pasal suami. Tapi rasa OVER! Hahahaha. Macam aku sorang je dalam dunia ni ada suami. So cancel. Entri suami masuk dalam draft. Entah. Rindu. Mungkin sebab rasa sadis berpantang macam gini. Muak dah ngadap facebook, baca blog pastu tidur. Otak pun dah mereng separuh.

5) Nyampah nak kerja. Tapi stress nak apply scholar
Tak ada pengalaman nak apply scholar. Pastu scholar yang ada semuanya kena tunggu next year. Yang ada sekarang ni semuanya by research. Siap suruh cari supervisor siap-siap. Dalam hati rasa macam '...berbatu-batu jauhnya supervisor-supervisor tu. camne nak contact? dah email tak jawab..' Rasa down. Ah benci betul.

Tak tahu kenapa tak ada mood nak raya. Baju pon dah tak berapa nak kisah sebab Ibu dah belikan dua pasang. Since harini InsyaAllah Encik Suami bakal ke dalam dakapan, esok boleh berfoya-foya. Eh? HEHE. Nak pergi beli baju raya Hubs je. Sambil beli baju raya, nak ajak dia iftar dekat IKEA.

Walaupon aku tak puasa, tapi dah muak makan bubur. Semalam pon tak makan langsung. Minum milo waktu pagi, tidur, petang makan nasi goreng letak sup sikit. Bosaaaaan.

Entah. Tak ada feeling. Ngadap laptop dengan bengkung ketat, kain batik dan stokin induce stress gamaknya eh?

Ahad raya kan?

Tapi tak ada perasaan nak raya. Haih. Sedihlah rasa. Rasa macam nak pergi bercuti. Orang sibuk nak raya aku sibuk nak lari tah mana-mana. Jap lagi dah jumpa suami nak ajak dia pergi jalan. Haha.

Pantang ke tidak aku tak kira!

Tengah stress ni OK!



P/S:
Pagi tadi ada seorang lelaki mesej aku dekat facebook. Pastu dia cakap bye bye syud. Err. Yang pasti dia bukan suami saya. Haha. Wahai encik, semoga bertemu jodoh yang lebih baik daripada saya yang tak berapa baik ni :)

Wednesday, August 15, 2012

#Part 2 - Kudos Mommies!


Penangan Pethidine memang melalokkan. Saya tak sedar langsung tapi waktu Hubs kena halau balik tu macam dekat awan-awangan. Kesian Hubs. Dia tunggu sampai 9:30pm tapi saya tetap tidur dan pastu dia kena balik. Pukul10:00pm  saya dah tersedar sepenuhnya. Nurse datang cabut drip Pitocin. Doc pulak datang pastu inform takyah puasa. Pukul 4am baru puasa. D&C esok. Haha. Yeah right doc. Saya dah puasa separuh hari dah. Malam-malam ni nak telan apa?

Sudahnya saya telan RIBENA. Itu je yang ada pon.

Esoknya sepanjang hari kerja saya dan Hubs adalah menanti. Nak makan tak boleh sebab kena puasa sama macam Hubs. Pukul 2:00pm nurse suruh tukar baju. Elok-elok je keluar nurse cakap tak jadi pulak sebab ada emergency dekat OT. Tapi memandangkan dah pakai so saya malas nak tukar-tukar dah. Pukul 5:00pm nurse cakap OK dah boleh dah pergi OT.

Pakailah shower cap. Pastu baring atas stretcher. Hubs ikut sampailah saya masuk dalam bilik OT. Pakar Bius, a Chinese lady informed yang diorang akan bagi local anasthetic. Induce by inserting dari kulit bahagian belakang badan. Errr saya ikut jelah. Diorang bagi peluk bantal. Cucuk sampai 3 kali yang sumpah rasa perit sampai ke sum-sum tulang. Tapi bertahan jelah. Nak tak nak, kena juga keluarkan uri tu.

Tak sempat nak rasa kebas kaki. Dua-dua kaki saya kena strap. Dah macam Ayam Tandoori dah aku rasa. Pastu slow-slow diorang mula buat D&C ataupon nama dia sekarang S&C sebab diorang buat suction and curretage. Saya rasa ngilu. Rasa macam kena korek. Ketung ketang diorang buat kerja. And I was so cranky. Saya meracau-racau sebab sakit. Doc lelaki yang bagi saya gas terus naikkan gas tu, tak silap dengar Pethidine but maybe I was wrong. Dari 25% diorang increasekan ke 50%.

Waktu dah 50% tu saya dah tak boleh nak buka mulut. Buka mata lagilah. Tapi saya rasa doc-doc tu semua bertukang. Sakit. Ngilu. Tapi tahan jelah. The whole process sekejap je, around 30mins. Tapi kalau engkau separa sedar memanglah boleh menimbulkan trauma. Huhu

Saya sangat berterima kasih dekat doc lelaki tu sebab tak membogelkan saya sepanjang process S&C tu. I heard he said; "Tak payah buka baju dia ye? Kita alihkan normal saline ni dekat lengan je" Ya Allah. Thank you sangat-sangat. Seingat saya, he was the only man in the room. Itu pon dia dok jaga gas dekat muka aku. :D

Dan lepas semuanya selesai. Diorang tolak stretcher saya keluar OT. Jauh juga diorang tolak tah ke mana. But then, satu benda yang saya tak boleh lupa. Someone urutkan kening saya. Agaknya sebab nampak kening aku berkerut tahan sakit kot. HAHA. But itu pon saya nak cakap thank you gak! It reminds me of Hubs. Sangat-sangat melegakan.

Yang saya terkilan adalah tempat menunggu after OT adalah sangat sejuk dan terpaksa tunggu dengan SANGAT LAMA. Lepas bersalin body temperature kita akan jadi sangat tidak menentu. Saya yang lemah gemalai ni nak panggil doc pun tak termampu. Nasib baik ada nurse yang dengar dan bagi selimut. Saya dah risau habis pasal Hubs dekat luar. 6:30pm saya dah sangat OK.

In fact, rasa sakit mencucuk-cucuk dan aku cranky minta Ponstan. Nurse India yang ada tu terus bagi soalan pasal score pain. Haiyya! Bila cakap 5 out of 10 mulalah suruh bersabar sampai kat ward. Masalahnya kalau dapat balik ward tak apa. Ini tak. Sampai pukul 7:30pm tak ada apa-apa lagi. Aku mulalah berangin. Last-last diorang carikan Voren dan minta maaf sebab orang-orang atas tak turun-turun lagi ambil kami (me and other patients).

8:30pm barulah PRA dengan sorang nurse datang. Siap boleh sendawa kenyang atas aku. HAHA. Kalau aku sihat memang rasa nak flying kick. Nasib baik terbaring lemah gemalai. Buka je pintu dah nampak muka Hubs. Kesian Hubs. Iftar pun tunggang langgang. Risau pasal saya. Terus aku cakap dekat Hubs, "Saya dah settled lama tapi tak ada orang ambil. Rasa nak je complaint" PRA tu aku nampak muka dah cuak. Heh, ada aku heran kau cuak?

Sampai ward pukul 9:00 pm, Ibu belikan Naan Tandoori dengan Soto. Pastu Ibu terus minta diri sebab dah malam. Aku yang kelaparan ni dah tak tunggu lama. Dah puasa lebih 24H jadi haruslah kebuluran. Tak sempat nurse nak cakap apa aku dengan Hubs dah sambar Naan. HAHAHAHA. Walaupon buntut rasa kebas tapi demi makanan I'm willing to struggle. Nurse cakap lepas 6jam baru hilang kebas.

Hubs cium pipi saya dan balik. Tinggallah Syuhada yang dah tak larat nak tidur dah. Pasang ipod dan layan lagu sorang-sorang sampai pukul 12:00 malam.

Esoknya, saya dah sangat segar-bugar malah dah tak sabar-sabar nak balik. Rimas duduk hospital lama-lama. Doc bagi MC 2 minggu. Kami discharge pukul 3:00pm. Pergh. Lambat sungguh.



Ini makanan paling proper lepas saya bersalin.
Tapi sebenarnya tak sesuai diconsume orang bersalin.
Saya tak makan kobis tu sebab angin kan?


Menurut Hubs, babies kami bersize sebesar tapak tangan. Yang nombor satu, 4inchi. Nombor dua, 3 inchi. Nombor tiga, 2 inchi. Semuanya lain-lain size. Mungkin sebab tu Allah tarik balik. Doc pun cakap since ini first pregnancy saya, chances untuk kembar survive sangat susah. Rahim tak cukup kuat untuk support diorang.

Tapi...doc dekat bilik mayat tak ada bagi jantina. Samada malas nak check ke apa wallahualam. Yang pasti diorang dah selamat dikebumikan dekat Mahmoodiah. Betul-betul belakang HSA. Saya cakap dekat Hubs, since diorang tak ada jantina, bagi je nama Malaikat.  HEHE. Tapi sebab sekarang bulan puasa. Saya pilih lain :)

My Little Caliphs,
Rayyan, Zayyan & Hayyan

Maksud;

Rayyan - Kepuasan; pintu syurga utk orang yang berpuasa
Zayyan - Hiasanku
Hayyan -Yang Hidup


Terima kasih Sayang semua sebab bagi kenangan dan pengajaran untuk Ibu. It's not easy to give birth, so kudos all mommies! Ibu sangat sangat SANGAT lega sebab dapat keluarkan kamu semua. Kalaulah tunggu sampai lepas raya I don't know what will happened. Tak sanggup nak bayangkan kalau lambat lagi keluar. Induce pon induce lah. Sakit pon tahan je. Huhu

Anak-anak Ibu kepuasan hidup Ibu walaupun tak dapat survived dan tak dapat bersama :)

Ibu loves all of you! ;)


P/S:
Saya OK. Melahirkan memang menyakitkan. Tapi anggaplah ini kafarah dosa saya. Saya tak kisah kalau ini ujian tapi saya berterima kasih dekat Allah sebab bagi saya 3 orang caliphs yang dah sedia menanti di Syurga. Amin :)

Tuesday, August 14, 2012

#Part 1 - Kudos Mommies!


Alhamdulillah. Saya sudah selamat menempuhi everything. Maksudnya disini segala-galanya. Relief? Ya Allah. Sangat-sangat lega. Boleh senyum dah. Boleh borak dah macam tak ada apa-apa. Sangat happy sebab babies dah selamat dikebumikan. :)

Kalau tak?

Kalau tak sebenarnya setiap saat aku menanggung stress yang menggunung. Mulut cakap lain tapi hati cakap lain. For suami-suami di luar sana, ketahuilah, it's not easy to be a wife, to be a mom. Bila isteri anda mengandung, please please tolonglah layan sebaik-baiknya. Anda tak tahu apa yang kami perempuan kena lalui. Bergelut dengan perasaan yang tak keruan. Serius.

Tapi cerita suami isteri lain entrilah aku cerita. Tak mahu cerita sekarang. Keadaan dah reda dah sekarang. Lagipon dah nak dekat raya. Aik? Haruslah bila raya je kau jadi angel kan Syud? Haha. Harusssss! :p

Lepas 5 hari bercuti, saya naik kerja. Dan of course semua orang macam cuak-cuak risaulah. Apsal naik kerja? Terpaksa cakap HSI taknak kasi induce. Suruh tunggu after raya. Hati sedih tapi nak buat guano? Bukannya hospital tu abah den yang punya.

Dr. C terus cakap; "Eh Su kesianlah dengan you. Kalau saya sudah takda sanggup mau simpan baby." Nak je jawab; "Doc..saya pun samalah. Babies dah 3 minggu kena rendam dalam amniotic fluid tu. Kembang babies saya.." T______T

"I refer HSA nak tak Su?." Ya Allah, time tu mata dah bulat lagikan bersinar-sinar. Rasa nak goncang-goncang Dr.C pastu cakap THANK YOUUUUUUUUUUU! Dalam hati taknak stop cakap Alhamdulillah, pastu doa-doa HSA boleh terima.

Saya call Ibu. Call Hubs pastu cakap nak masuk hospital STAT!

10/08/2012, Jumaat

Tengah hari kami terus rush ke HSA. Masuk ward Gynaecology dekat Barat 3. Doc ambil sample darah. Scan perut. Buat V.E (Vaginal Examination). First time buat V.E aku dah rasa seriau. Haha. Bayangkan ye plastik besar kena jolok dekat bahagian bawah tu. Pastu kena seluk sebab nak tengok OS buka ke tak. "One finger tip". Kata Dr.S. Diorang cakap boleh rasa kepala 2 babies.

Petangnya around 5:00pm, Dr.N datang. Blablabla investigate apa dah jadi dari A-Z. Then dia cakap kalau takda apa-apa esok kita start induce. One dose of Cervagem daily. Induce slow-slow supaya saya tak sakit sangat.OK doc! Tak kisahlah. Janji babies saya keluar. Malam tu tidur sorang-sorang dengan bahang angin ward kelas 3. Panas.


11/08/2012, Sabtu

Pukul 6 am saya terjaga. Nurse suruh mandi sebab pukul 6:30 nak masukkan Cervagem. Cepat-cepat charge iPhone dan sms Hubs. Minta ampun. 6:40 am, Dr.S masukkan Cervagem. Sangat sakit. Jalan slow-slow ke katil pastu kena baring for an hour. Perut dah mula rasa senggugut. Hubs datang around 9:00am macam tu. Kami lepak luar lepas ward round, gaduh sikit. Nangis sikit. Pastu balik ward terus lunch. Pukul 12:00pm nurse cakap boleh tukar ward. Baru dua tiga langkah saya rasa air ketuban pecah. Terus kaku dekat tengah-tengah jalan.

Dekat setengah jam saya mengerang. Interval of contraction 5mins sekali. Hubs suruh genggam tangan dia tapi sebab saya boleh tahan sakit saya tak genggam sangat. 12:30pm, docs semua masuk. Babies dah ada dekat bawah so Dr.A seluk dan tarik! Sakit waktu seluk. Dr.A suruh push dan batuk tapi sambil tu dia korek and cakap relaks? Ya Allah. Rasa kena gerudi macam mana nak relaks? Dua-dua babies selamat keluar. Rasa lega tapi doc cakap uri still tak keluar.

Baru 5mins saya rehat tiba-tiba rasa something keluar. Ingatkan uri...rupa-rupanya, it's another baby! Babies saya TRIPLET! Waktu tu terkejut tapi entah, doc cakap itu half part of the second baby. Jadi saya pun macam apa-apalah as long as diorang dah keluar.


Ini muka lega lepas bersalin.
Tapi sakit sebab kena pakai branula kiri kanan.
Tangan lengan semua bengkak.

Doc cakap since uri tak keluar, kena cucuk Sintometrine untuk kecutkan rahim dan tanggalkan uri. Saya pasrah. Mula-mula diorang nak induce dengan Pitocin sekali tapi saya minta hold. Doc agree. Kalau by petang tak keluar juga baru masukkan Pitocin.

1:30 pm dah selamat balik ke katil. Rasa sangat lemah. Sambil tu rahim dah start rasa contraction, again. Saya dan Hubs sama-sama nangis. Hubs bisik dekat telinga; "Sayang...cepat sembuh ye. Saya tak sanggup tengok sayang sakit." Err macam drama TV kan? Tapi that's what happened la. Haha. Terus hati aku sayu dan maafkan dia. After all, he is my husband :)



Ini waktu petang. 
Sintometrin punya effect dah hilang.
Dah boleh posing dengan dua branula sebab diorang nak induce Pitocin pulak.

3:30pm Hubs keluar. Waktu tu doc panggil. Seluk again. Sakit ye. Dengan bawah masih berdarah doc nak tengok berapa besar OS. "One and a half fingertip" Ye doc. Jari doc panjang, saya tahu. Balik ward diorang cakap terpaksa induce Pitocin sebab uri berdegil tak mahu keluar-keluar. Saya cakap OKlah.

4:30pm branula kanan kena masuk Pitocin. Branula kiri masukkan air takut dehydration. Lepas tu diorang cucuk Pethidine, Ranitidine and Phenergan. Haha. Best betol. Ubat tahan sakit, ubat gastik, tahan muntah semua sekali masuk sekali harung. 6:00pm Mak, Ayah, Cia, Mira & Abang datang. Ibu pon datang sekali tapi time tu aku dah mabuk. Rasa dunia berpusing-pusing. 6:30pm, terus padam. Kesian Hubs iftar sorang-sorang.


Errr...part 2 bersambung kemudian sebab aku rasa entri ni panjang sangat. Haha.



To be continue....

Thursday, August 9, 2012

Mom's Care Sale - 15 June till 2 Sept 2012

Mom's Care is finally answering my inquiry.
Tak apalah. Bukan rezeki.

Sila buat sales lagi NEXT NEXT time!
Pleaseeeeeeeee!


P/S:

Mommies out there. Please grab this chance! Mana tau dapat Halford Zuzz 4 for only RM540? Hehe. Berbaloi OK! Saya suka stroller tu. Tolong belikan bagi pihak saya :)

Wednesday, August 8, 2012

Redha, Sabar & Syukur


Dah dapatkan Baskin anda malam ni? Saya tak. Tak sanggup aku nak beratur 3 blok kedai semata-mata sebab ice cream sejemput. Rakyat Malaysia memang sanggup bersusah payah untuk benda PER****. Err engkau Syud? Saya Hamba Allah pastu rakyat Malaysia yang tak berapa Malaysia. Hehe. Baik solat Terawih dengan Mak & Cia. Bukan senang. Selalu Mak kerja malam. Kalau saya sorang-sorang memang loner.

Tadi pergi hospital. Doc bagi induce if that what I opt. D&C adalah last resort sekiranya semua 'foreign bodies' tak keluar daripada badan ni. Sedih dengan words tu. They were my babies. :'(

Tapi...HOD dekat O&G tak kasi. Sebab? Saya fit & healthy. Induce may lead to severe bleeding. Maka aku pon jadi pasrah. Daripada redha, saya sekarang dalam phase sabar. Menanti sampai rasa sakit datang. Kalau tak datang-datang juga sila datang balik selepas raya.

Oh, hopefully takda siapa-siapa tanya pasal perut aku mahupon babies aku.

Actually waktu doc tanya saya opt apa, saya tak tahu nak jawab apa. The only term yang saya ingat cuma D&C. Tak teringat langsung word 'induce'. Dahlah doc cakap "Your babies dah ada bony, tulang belakang semua. Adik sanggup ke diorang keluar by pieces?" Ya Allah, mestilah jawapannya TAK!

Mula-mula rasa marah jugalah dekat HOD sebab tak kasi induce. Entah. Perasaan tak tenteram kot. Psycho? Uh. Yeah maybe. Bayangkan ye, anda dah tahu babies anda dah tak ada. Carrying your tummy around didn't help much in coping with the lost. Lecturer saya dulu as soon as baby dah tak ada cepat-cepat dia nak induce. Sekarang faham sangat perasaan dia. Sedih kot.

Tapi...itulah. Maybe ada hikmahnya. On the good side, HOD (macam mak cakap) nak bagi peluang keluar secara normal. Mak cakap Cervagem sakit. Plus, bila paksa induce risk untuk severe bleeding lagi tinggi.

On the bad side? Err aku tak nampak lagi. Nanti kalau saya stress teramat baru saya story. Huhu. Orang banyak yang tanya, saya ok? Saya jawab saya sangat ok. Cuma takut, nervous dan sometimes bila teringat benda yang dah jadi, automatik ternangis.

Tiap-tiap kali nak ternangis, saya akan remind diri sendiri dengan satu cerita ni. If dah pernah baca, good. Simpan cerita ni elok-elok. Sangat bagus! =)

Ceritanya:
Ada sepasang suami isteri ni yang ada seorang anak. Satu hari anak diorang ni meninggal waktu si suami keluar bekerja. Bila si suami balik. Si isteri layan suami macam tak ada apa-apa yang berlaku. Si isteri bagi makan, minum, gelak ketawa dan setiap kali si suami tanya anak diorang dekat mana si isteri bagi alasan. Sebelum tidur si isteri tanya si suami;

Si isteri: "Abang, kalau kita ada pinjam barang pastu tuan punya barang minta balik kena bagi tak?"
Si suami: "Eh mestilah. Dah itu barang dia"
Si isteri : "Abang, dulukan Allah pinjamkan kita anak sebagai harta kita. Tapi sekarang Allah dah ambil balik. Abang tak marah kan?"

Dan saya semat cerita tu dalam-dalam, saya selalu cakap dekat suami, andai kata kalau satu hari nanti apa-apa jadi, anggap je rezeki kita setakat tu. Sebab semua yang ada dekat dunia ni semuanya pinjaman dariNya.

Saya redha belum lagi rezeki kami untuk punya anak. Tapi saya tak tahu saya cukup kuat dan sabar ke untuk menanti. Kadang-kadang bila solat, saya rasa macam ada denyut dekat perut walhal saya tahu itu mainan perasaan je. Oh, menanti dekat sini bukan bermaksud dah tak reti sabar nak dapat baby lagi ye. Bukan.

Menanti dekat sini adalah tunggu time untuk babies saya keluar. Bukan tak sudi nak bagi diorang duduk dalam rahim saya lagi tapi takut emosi saya daripada stabil jadi bengong. Haha

Tadi, bila sekali lagi tengok ultrasound dan nampak babies yang tak bernyawa tu. Rasa sayup je. Tapi coverlah buat muka macho. Muka professional. Haha. Padahal dalam hati Allah je yang tahu rasanya. The kelakar part ever adalah bila HO tulis report; "No FH as previous scan". Err saya dengan Mak memang rasa kalau tetiba babies tu ada FH (fetal heartbeat) memang magiklah!

Ada jugalah terfikir kalau Allah cakap kunfayakun maka tak mustahil boleh ada heartbeat balik. Masalahnya, condition saya makin lama makin leper dan penat. Perut dah tak bulat macam dulu. Boobs dah start lembut balik. All the pregnancy symptoms start disapearing. Jadi saya tak berharap keajaiban berlaku.

Nurse dekat kaunter tadi bagi advice "Tak apalah. Lagi 4 bulan boleh try lagi bila rahim dah sembuh."

Empat bulan?

Oh. Memang first year kahwin ni tahun honeymoon kami jela. :)


P/S:
First phase, Redha. Second phase, Sabar. Third phase? Bersyukur sebab terpilih sebagai hambaNya yang diberikan ujian. Kalau ini sebagai kafarah dosa saya, harap Allah ampunkan saya.


Tuesday, August 7, 2012

Cerita Pasal J


Oleh kerana cuti maka I akan gigih mengupdate belog demi mengisi masa lapang. Bukan senang nak buat gini selalu. Ye dak? *giggle*

OK. Topik kita hari ini adalah J. J for Jalan-Jalan. J for Jamban eh eh Jambatan. J for Johore. Setakat ni hidup di Johor walaupon tak jalan-jalan selalu (eh ye ke?). Tapi dah tahu banyak lokasi. Dah boleh buat review sikit-sikit pasal J neh. Tapi memandangkan nak raya, moh la kita cerita pasal baju raya. Okeh?

Dua tiga hari ni, daripada dok pening kepala fikir bila nak sakit, baiklah saya dan suami pergi cari baju raya. Walaupon pencarian selalunya berakhir dengan kekecewaan sebab aku tak suka harga dia tapi husband sumpah manusia terbaik sekali untuk aku. Tak mengomel cakap aku banyak songeh. Dia bawak dari S'Mart, ke Angsana,ke Tesco Pelentong. Tapi last-last saya cakap "Takmo. Kita beli 2 hari before raya lah" Ceh. Kononlah nanti gagah padahal tah-tah nanti meleper.

Nak tahu tak kenapa?

Baju raya yang paling murah berharga RM139. I was like...WHOAT?? Engkau letak apa atas baju tu. Jade? Diamond? Swarvoski? Labuci? Dahlah baju yang saya minat harga asal RM250. After discount RM180. Aku macam....bluergh. Fine.

Baju suami pun sama. Padahal Baju Melayu je pon. Watdehel. Ada ke harga sampai seratus lebih? Hilang akal bila tengok. Hahaha.

Hubs cakap diorang saja naikkan sebab raya kot? Oh. Orang J je raya. Orang Malaysia tak? Eh?

I miss Jalan TAR. Takpon Nilai 3 yang dekat dengan rumah tu. Tapi Nilai 3 bukan semua baju dia berkualiti. Pandai-pandailah pilih. Jalan TAR? Ohhhhhh. Itu heaven! Zaman single dulu saya suka mencuci mata kat sana. Selalunya tak beli apa-apa pon. Balik shop bawak goreng pisang je seplastik. :))

Tapi....

Kalau betul nak cari tudung or baju kurung. Definitely I'll go there. Suka pergi hari biasa sebab orang kerja. Kalau weekend bersiap sedialah engkau untuk berlaga bahu dan pinggul. Last year, saya bawa adik-adik beli baju raya. Cantik weh. Kain licin warna pink belacan. RM50 je untuk sepasang baju melayu! Gila berbaloi sungguhpon adik-adik aku dah buat muka nak pitam. :))

Mana tak pitam. Dahlah bulan puasa. Angah diorang neh gigih berlari-lari dalam jalan TAR tu. Kiri kanan diorang orang jual air. Pastu dari satu kedai ke satu kedai aku tak puas hati sebab harga dan tak jumpa warna. Kedai last tu, kitorang rembat je. Adik-adik pon dah angkat bendera putih sebab penat gila.

Korang, angah sayang korang :)

Pelik. Tak tahu kenapa dekat J ni semua benda mahal. Rumah mahal okeh! Saya dengan Hubs tak bercadang pun nak beli rumah. Paling murah dekat 300K. Haha. Design? Oh. Johor Land punya design memang superb sebab tu harga best walhal keluasan tanah sekangkang siput. Err siput reti kangkang? Hehe

The best thing here adalah S'Mart. Saya suka S'Mart sebab kalau nak beli fresh fruits, vege, ikan, daging blablabla semuanya ada kat S'Mart. Pastu murah gilaaaa. Kalaulah aku seekor rabbit definitely dah stay sana makan kangkung. Err itu kalau orang kasi kangkung free la. :P

Bazar?

Setakat ni saya pergi bazar depan S'Mart tu je. Tapi rindu Bazar dekat Selangor. Rindu popia basah dengan sambal. Rindu cream horns. Rindu meatball IKEA. Eh kejap. Apsal dua benda last tu macam takda sangkut paut dengan makanan bazar? Huhu.

Hakikatnya, aku rindu Selangor sebab dah lama tak shopping. Wakaka. Lain weh rasanya bila shopping banyak variety, harga berpatutan dengan tempat yang macam banyak Mall tapi balik-balik tengok benda yang sama. Dah habis semua Mall dekat J ni saya tawaf kecuali CIQ, jauh sangat ke bandar aku nak buat hape pergi sana?

The only place yang macam seronok dan macam pasar malam sebab memang buat waktu malam adalah Pasar Karat. Tapi yang itu bila takda kerja baru suami bawak. Haha. Ni bulan-bulan puasa apa kes nak pergi? Eh buka ke time puasa?

Mak cakap, harini boleh pergi beli baju raya. Sebab nanti nak berpantang dah takda kudrat nak shop. Kalau nak suruh hubs sumpah dia akan surrender sebab dia takut aku tak berkenan. Hehe. He's not choosy but me? Oh yeah. Saya sungguh chooosyyyyy!

Err tapi barang berpantang pun tak beli lagi. Camne?

Err macam tulah sebab aku tak tahu nak beli apa. Haha. First timer lah katakan.



P/S:
Esok insyaAllah D&C. Doakan semuanya ok. *gigil lutut*


Monday, August 6, 2012

Tak Ada Kerja

Hi Belog,

Maaf aku terpaksa update engkau memandangkan tak tahu nak buat apa dalam bilik ni. Usually bila cuti, suami cuti sama. Oh except ada sekali tu MC sebab sakit kepala yang teramat kuat. Me? I'm fine. Alhamdulillah. Tak meroyan ke apa, cuma kerisauan dalam menanti hari. If hari tu tak kunjung tiba maka D&C lah jawapannya, which Hubs tak prefer sebab dia takut saya sakit.

Sabtu lepas kami melawat baby Sa & Fakhrul. It's a girl baby. Comel pastu kecik je. 2.71kg. Nak pegang pon rasa takut tapi tak kira, aku nak pegang gak! Haha. Time pegang saya dengan Hubs senyum je. Padahal mula-mula ada gak terniat nak tanya barang apa nak prepare untuk berpantang.

But how could I? Orang semua tengah happy. Takkan nak buka cerita sedih pulak kan?

Errr. I know some of you risau nampak Syud ni terlampau 'brave'. Baru satu hari tak ada babies dah pergi visit rumah orang pulak tengok baby orang. In fact Kak Gla siap pesan dengan Hubs, "Tengok-tengokkan Syud tu. Dia ada habit suka nangis bawah bantal sorang-sorang" :)) Comel je. Ya Allah akak, I miss you :)

Time nak cari hadiah, saya suggest dekat Hubs bagilah Sit Me Up Cossy tu. Actually sebab saya tak sanggup nak simpan. Itu benda pertama yang saya gila-gila nak for our first babies. Hubs cakap tak apa, nanti ada rezeki lagi kita beli yang lain pulak :')

Jadi meninggalkan kami hanya dengan 2 pieces Cloth Diapers yang dibeli daripada Groupon. HAHA. Diapers tu tak apalah. Tak tahu pon mana Hubs sorok.

Bagi saya, cara mengatasi kesedihan adalah dengan face it. Lagipon bak kata Zaid, "Hang muda lagi Syud. InsyaAllah nanti ada rezeki lagi."

Pastu yang lain-lain ramai-ramai bagi support. Some siap cakap nak doa bagi kami dapat triplet pasni. Errr janganlah sampai triplet. Siapa nak jaga dek oiii? Huhu

Saya bersyukur sebab dapat suami yang caring, family in law yang supportive. Tak ada seorang pun yang blame saya or cari kat mana silapnya. Kami anggap tak ada rezeki. Allah lebih tahu.

Cuma yelah, sekarang ni saya tengah confuse tak tahu nak buat apa. Saya tak ada cramping, tak ada blood spotting. Cuma dua tiga hari ni pening kepala teruk. Sekejap OK sekejap KO. Selain daripada tu, memang tak rasa apa-apa.

Weekend kami berlalu dengan nak cari baju raya tapi satu pon saya tak gemar dan barang-barang pantang (yang aku pon tak tahu juga nak pilih apa). Last-last beli barang basah untuk masak iftar je. Hehe

Kononnya suami nak bagi aktiviti menyibukkan hari ni supaya saya tak terasa loner. Habis semua barang buat pizza dibelinya semalam. Siap cakap; "Ni pukul 1 tengah hari Sayang dah boleh start menguli roti dah ni!" :))

Tapi last-last waktu iftar, abang ipar beli Dominos. ;p Terus cancel nak buat pizza harini. Hubs cakap takkan nak makan pizza lagi?

Luar macam  nak hujan so saya tak ada mood nak ke bank tukar duit raya. Harap nanti Hubs boleh buatkan. Plus, Hubs dah download banyak movies. Kalau bosan tengoklah sampai pitam. Bosan lagi pergi baca Quran. Tak tahu nak buat apa lagi tidurlah sampai lebam biji mata.

Readers,
Doakan saya please.
I need doa really-really much.
Tolong doakan segala-galanya dipermudahkan.


Sunday, August 5, 2012

Happy Birthday D.H!


Happy Birthday Darling Husband!


Maaf sebab tahun ni tak ada apa-apa surprise. Kek secret recipe pon cair sebab penat maka tak masukkan dalam fridge. Sayang juga yang kena masukkan sendiri :D

Pukul 12 pagi saya terjaga pastu terus peluk Sayang and nyanyi happy birthday slow-slow dekat telinga. Pastu cakap "I love you". Sahur tadi, peluk lagi sambil bagi kiss 5 kali sebab Sayang cakap nak hadiah kisses je. Kisses yang bukan choc sebab Sayang tak gemar pon choc. Pastu tetiba ternangis sekejap. Sayang cakap jangan salahkan diri. I will Sayang. I will :)

Dah 29 tahun lelaki kesayangan saya ni. I pray may Allah grant you everything that you wish in life. Moga Sayang jadi hamba Allah, Imaam saya dan ayah yang terbaik untuk bakal anak-anak kita nanti.

InsyaAllah, kalau ada rezeki kita cuba lagi.

Mohd Imran Mohd Noor,
Happy 29th Birthday!

I love you, now, forever and till Jannah!

Love,
Your Darling Wife





Saturday, August 4, 2012

AdaMU - Najwa Latif



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


P/S:
Pernah tak rasa lagu selalunya menggambarkan perasaan kita? I do. Dan setiap kali sesuatu terjadi dalam hidup, mesti ada lagu yang tepat untuk menggambarkannya. Salam Ramadhan semua! :)

Friday, August 3, 2012

The News

‎"Kau berikan ku kekuatan Tuk berpegang pada jalan Walau penuh dengan cabaran
 Ku tahu ku adaMu Tuhan"

Luar hujan. Sehujan hati ini. Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan ketentuanMu. Readers, I have a good news and a bad one.

I HAD twins....but I lost both of them today.

Waktu doktor cakap babies dah tak ada, air mata dah turun laju-laju. Mak masih kerja jadi Mak genggam tangan sambil aku tahan sebak. Doktor bagi option, nak induce or wait another week. Biar  labour secara normal.

Walaupun tengah sebak, saya tetap tanya Mak. Seriusly otak blank pastu tak tahu nak fikir apa dah. Kami opt for another week.

Bila dah keluar PAC, aku pura-pura gagah. Tapi bila peluk Hubs terus air mata meleleh lagi. Lagi dua hari birthday suami, lagi dua minggu raya. Sekarang ni perasaan sangat kecelaruan. Dah tak tahu nak sambut raya ke apa dah.

Tapi.....

Saya redha. InsyaAllah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Terkilan mestilah. Tak tahu nak cari punca dekat mana. Yang tahu waktu scan babies dah tak ada heartbeat. Rushing ke HSI. Bila doc buat another scan and leaked out the news, saya pasrah.

Babies,
Ibu minta maaf. Mungkin salah Ibu terlalu aktif.
Tapi Allah lagi sayangkan anak-anak Ibu kan?

Babies,
I was so happy when I knew that I got not one but two babies!
Tapi bila Ibu tahu yang you two tak ada heartbeat dah,
Ibu sangat-sangat cemas,
Ibu tak nak your Ayah risau so I kept myself shut.

Tak apalah. Mungkin bukan rezeki kita untuk jumpa each other. Allah lebih tahu :)




Dear Readers,

My babies are supposed to be 16 weeks but they didn't grow as you can see in this scan. 
I'm waiting for my spontaneous labour or else I'm going to have D & C in another week time.

Please do pray for me &my husband,
Doakan kami kuat dalam menjalani ujian ini.
Amin


Wednesday, August 1, 2012

008: Serius MAHU!


Kalau orang lain, saya tak pasti apa mereka mahu. Tapi saya, tapi budak Syuhada ni kan kan, daripada zaman single lagi memang adore gila dengan STROLLER! Haha. In fact, kadangkala aku tak salahkan pon Rebecca Bloomwood sebab beli sampai 5 prams! Eh tapi husband dia billionaire. Sila abaikan ;p

Banyak forum cakap takyahlah engkau membazir beli stroller mahal-mahal. Stroller yang murah pun will do. Malah, statement mereka dikuatkan lagi dengan alasan; anak takmo dok dalam stroller, stroller leceh dan bla bla bla.

Suami cakap kalau nak stroller mahal-mahal kena ada anak 10! Aku smash balik; "Eh nak 10 orang tu mampu nak bela ke?"

Anyway.

Tak kisah. Kalau baby takmo duduk dalam stroller tu, ibu baby boleh duduk. Eh eh :)) Actually, we need to have one sebab saya tak rasa hubs and me jenis yang rajin nak pikul anak. Time Amy kecik dulu saya rajin, itupon sebab budak tu tak bertambah-tambah berat dia. Tapi....bila engkau dah pikul berejam-jam maka rasailah kesengalan hingga ke sum-sum tulang *exaggerate*

Tapi yang mahal-mahal tu nafsu je semata-mata. HAHA mengaku. Dah. Takyah cakap banyak. Cekidaut my dream strollers :) [Eh tapi aku nak satu je. Takmo semua]



SCR6 (8kg) + SCR7 (3.4kg Carseat)
RM479 + RM239 = RM718

Tapi, setelah survey-survey. Preloved one you can get both of them around 500 - 600. Saya tak kisah preloved items. Janji elok. See? Aku tak adalah nak super membazir pon. And oh yes, ada certain websites jual SCR6 harga RM459 je! SweetCherry brand Malaysia. Style macam Quinny Zapp + Maxi-Cosy yang akan menelan belanja riban-riban. Hehe. Oh tidak. Tak mahu. tak mahu.

SCR adalah yang termurah yang menepati kehendak saya iaitu stylo. Err what? Ciri-ciri piawaian engkau sungguh tidak lojik syud! Eh aku gurau je. Stroller idaman mestilah senang masuk boot, tak berat sangat dan warna merah. Haha.



Quinny Zapp Xtra (6kg)
RM1499

Mula-mula saya memang dah set. OK this is the one! Tapi the one yang saya nak preloved je la. Kalau beli yang ni takyah dah baby car seat adapter ke apa sebab boleh recline dan ringan. Tapi masalahnya, harga preloved pon dah around 700 - 800. HAHAHAHA. Baik haku beli lain! Hari tu time ushar strollernya, alahai, it's cool, ringan but I guess not so comfy. Nanti nak kena taruk lapik tebal-tebal for newborn. Jadi cancel. Kecuali orang hadiahkan. Aik? aik? :))



Musty 4 Rider

Yang ini takda kat Malaysia jadi tak tahu harga berapa. Made in Japan. Sangat comfy sebab tengoklah cover dia. Tapi sekali convert harga. RM5K. WHAAAAAAAATTTT??? HAHAHA. Gila! Ada lagi few yang gila macam Bugaboo, Combi yang harga boleh cecah 2K - 3K. Oh, daripada beli stroller macam tu baik aku beli motor! :p





Halford Zuzz (10.5kg) + Babio Carseat (2.8kg)
RM899 + RM259 = RM1,158

Fine fine.Harga dia quite gila tapi Halford Zuzz ni macam combination quinny zapp xtra & scr6. Jadi maknanya kalau tak mahu Babio pon OK je. Plus, ada blog cakap she got both of them for 755 ONLY! Tapi tengoklah macam mana, saya tak rasa Babio tu penting pon. Hehe. If you're interested (dah macam promoter dah aku), you can get Babio tu murah lagi dari dia. RM199. Beli dekat SINI

For Halford Zuzz, harga pasaran RM899. Harga offer websites RM759. Paling murah pun yang saya jumpa RM712 (tak masuk postage) and dekat Kidsmode tu boleh dapat RM715. Lagipon harga preloved tak murah mana, daripada spent 600 for an old one, baik beli baru.

I'll grab this one! Nak tunggu kalau preloved ada yang murah or dapat sale 40% macam Byzura tu. RM549 for this little one. OMG! Bilalah nak jumpa offer macam tu? Isk isk isk.
Dah. Cukup berangan. Nak pergi kerja.

Tata!