Wednesday, August 15, 2012

#Part 2 - Kudos Mommies!


Penangan Pethidine memang melalokkan. Saya tak sedar langsung tapi waktu Hubs kena halau balik tu macam dekat awan-awangan. Kesian Hubs. Dia tunggu sampai 9:30pm tapi saya tetap tidur dan pastu dia kena balik. Pukul10:00pm  saya dah tersedar sepenuhnya. Nurse datang cabut drip Pitocin. Doc pulak datang pastu inform takyah puasa. Pukul 4am baru puasa. D&C esok. Haha. Yeah right doc. Saya dah puasa separuh hari dah. Malam-malam ni nak telan apa?

Sudahnya saya telan RIBENA. Itu je yang ada pon.

Esoknya sepanjang hari kerja saya dan Hubs adalah menanti. Nak makan tak boleh sebab kena puasa sama macam Hubs. Pukul 2:00pm nurse suruh tukar baju. Elok-elok je keluar nurse cakap tak jadi pulak sebab ada emergency dekat OT. Tapi memandangkan dah pakai so saya malas nak tukar-tukar dah. Pukul 5:00pm nurse cakap OK dah boleh dah pergi OT.

Pakailah shower cap. Pastu baring atas stretcher. Hubs ikut sampailah saya masuk dalam bilik OT. Pakar Bius, a Chinese lady informed yang diorang akan bagi local anasthetic. Induce by inserting dari kulit bahagian belakang badan. Errr saya ikut jelah. Diorang bagi peluk bantal. Cucuk sampai 3 kali yang sumpah rasa perit sampai ke sum-sum tulang. Tapi bertahan jelah. Nak tak nak, kena juga keluarkan uri tu.

Tak sempat nak rasa kebas kaki. Dua-dua kaki saya kena strap. Dah macam Ayam Tandoori dah aku rasa. Pastu slow-slow diorang mula buat D&C ataupon nama dia sekarang S&C sebab diorang buat suction and curretage. Saya rasa ngilu. Rasa macam kena korek. Ketung ketang diorang buat kerja. And I was so cranky. Saya meracau-racau sebab sakit. Doc lelaki yang bagi saya gas terus naikkan gas tu, tak silap dengar Pethidine but maybe I was wrong. Dari 25% diorang increasekan ke 50%.

Waktu dah 50% tu saya dah tak boleh nak buka mulut. Buka mata lagilah. Tapi saya rasa doc-doc tu semua bertukang. Sakit. Ngilu. Tapi tahan jelah. The whole process sekejap je, around 30mins. Tapi kalau engkau separa sedar memanglah boleh menimbulkan trauma. Huhu

Saya sangat berterima kasih dekat doc lelaki tu sebab tak membogelkan saya sepanjang process S&C tu. I heard he said; "Tak payah buka baju dia ye? Kita alihkan normal saline ni dekat lengan je" Ya Allah. Thank you sangat-sangat. Seingat saya, he was the only man in the room. Itu pon dia dok jaga gas dekat muka aku. :D

Dan lepas semuanya selesai. Diorang tolak stretcher saya keluar OT. Jauh juga diorang tolak tah ke mana. But then, satu benda yang saya tak boleh lupa. Someone urutkan kening saya. Agaknya sebab nampak kening aku berkerut tahan sakit kot. HAHA. But itu pon saya nak cakap thank you gak! It reminds me of Hubs. Sangat-sangat melegakan.

Yang saya terkilan adalah tempat menunggu after OT adalah sangat sejuk dan terpaksa tunggu dengan SANGAT LAMA. Lepas bersalin body temperature kita akan jadi sangat tidak menentu. Saya yang lemah gemalai ni nak panggil doc pun tak termampu. Nasib baik ada nurse yang dengar dan bagi selimut. Saya dah risau habis pasal Hubs dekat luar. 6:30pm saya dah sangat OK.

In fact, rasa sakit mencucuk-cucuk dan aku cranky minta Ponstan. Nurse India yang ada tu terus bagi soalan pasal score pain. Haiyya! Bila cakap 5 out of 10 mulalah suruh bersabar sampai kat ward. Masalahnya kalau dapat balik ward tak apa. Ini tak. Sampai pukul 7:30pm tak ada apa-apa lagi. Aku mulalah berangin. Last-last diorang carikan Voren dan minta maaf sebab orang-orang atas tak turun-turun lagi ambil kami (me and other patients).

8:30pm barulah PRA dengan sorang nurse datang. Siap boleh sendawa kenyang atas aku. HAHA. Kalau aku sihat memang rasa nak flying kick. Nasib baik terbaring lemah gemalai. Buka je pintu dah nampak muka Hubs. Kesian Hubs. Iftar pun tunggang langgang. Risau pasal saya. Terus aku cakap dekat Hubs, "Saya dah settled lama tapi tak ada orang ambil. Rasa nak je complaint" PRA tu aku nampak muka dah cuak. Heh, ada aku heran kau cuak?

Sampai ward pukul 9:00 pm, Ibu belikan Naan Tandoori dengan Soto. Pastu Ibu terus minta diri sebab dah malam. Aku yang kelaparan ni dah tak tunggu lama. Dah puasa lebih 24H jadi haruslah kebuluran. Tak sempat nurse nak cakap apa aku dengan Hubs dah sambar Naan. HAHAHAHA. Walaupon buntut rasa kebas tapi demi makanan I'm willing to struggle. Nurse cakap lepas 6jam baru hilang kebas.

Hubs cium pipi saya dan balik. Tinggallah Syuhada yang dah tak larat nak tidur dah. Pasang ipod dan layan lagu sorang-sorang sampai pukul 12:00 malam.

Esoknya, saya dah sangat segar-bugar malah dah tak sabar-sabar nak balik. Rimas duduk hospital lama-lama. Doc bagi MC 2 minggu. Kami discharge pukul 3:00pm. Pergh. Lambat sungguh.



Ini makanan paling proper lepas saya bersalin.
Tapi sebenarnya tak sesuai diconsume orang bersalin.
Saya tak makan kobis tu sebab angin kan?


Menurut Hubs, babies kami bersize sebesar tapak tangan. Yang nombor satu, 4inchi. Nombor dua, 3 inchi. Nombor tiga, 2 inchi. Semuanya lain-lain size. Mungkin sebab tu Allah tarik balik. Doc pun cakap since ini first pregnancy saya, chances untuk kembar survive sangat susah. Rahim tak cukup kuat untuk support diorang.

Tapi...doc dekat bilik mayat tak ada bagi jantina. Samada malas nak check ke apa wallahualam. Yang pasti diorang dah selamat dikebumikan dekat Mahmoodiah. Betul-betul belakang HSA. Saya cakap dekat Hubs, since diorang tak ada jantina, bagi je nama Malaikat.  HEHE. Tapi sebab sekarang bulan puasa. Saya pilih lain :)

My Little Caliphs,
Rayyan, Zayyan & Hayyan

Maksud;

Rayyan - Kepuasan; pintu syurga utk orang yang berpuasa
Zayyan - Hiasanku
Hayyan -Yang Hidup


Terima kasih Sayang semua sebab bagi kenangan dan pengajaran untuk Ibu. It's not easy to give birth, so kudos all mommies! Ibu sangat sangat SANGAT lega sebab dapat keluarkan kamu semua. Kalaulah tunggu sampai lepas raya I don't know what will happened. Tak sanggup nak bayangkan kalau lambat lagi keluar. Induce pon induce lah. Sakit pon tahan je. Huhu

Anak-anak Ibu kepuasan hidup Ibu walaupun tak dapat survived dan tak dapat bersama :)

Ibu loves all of you! ;)


P/S:
Saya OK. Melahirkan memang menyakitkan. Tapi anggaplah ini kafarah dosa saya. Saya tak kisah kalau ini ujian tapi saya berterima kasih dekat Allah sebab bagi saya 3 orang caliphs yang dah sedia menanti di Syurga. Amin :)

6 comments:

RieNa said...

dan..basah lg mata akak..

take care syud, moga cpt sembuh dan beroleh anugerah lg,amin.

s.c.h.u.l.t said...

thank you kak riena.

insyaAllah. seriau lagi ni bersalin dengan s&c. huhu. :)

Nurliyana Zulkarnain said...

syud! wow triplets. not ur rezeki this time around. bt IF u do on planning another batch of triplets. kasi prepare ngam2 ho ok. :D tc love. xoxo

s.c.h.u.l.t said...

abir: haha. thank you babe. but it's not in my handlah nak buat batch triplet. huhu. it depends on HIM :)

err..doa lepas ni twin je sudeyh. triplet siapa mau jaga maa? mau kena amek maid ;p

R.R.Z said...

salam. saya TERjumpa blog awak ni.

sedih sy baca cerita awk ni, saya bdoa semoga awk terus tabah dan cepat sihat ye..


Insyaallah, ade rezeki buat awak juga nanti.

salam kenal.

s.c.h.u.l.t said...

rrz: salam kenal too!

insyaAllah. harap-harap ada rezeki lagi :)

dah sihat dan gemuk #penangan raya. haha