Sunday, February 26, 2012

Tersangat Manis!

Bangun pagi-pagi terus laju-laju membuat macam-macam TAG. Ya Allah, aku sangat jatuh cinta sama hasil kerja sendiri. Eh maaf. Over narcisstic disini. Sila pangkah jika menyampah :p

Padahal tak adalah Truly Yours. Maksud saya. Not really truly mine. I love to use Microsoft Paint. Sumpah berciri old school. Orang dah guna AI, saya masih terkedek-kedek dengan paint. Tapi Aiman tak kisah. Yang penting, happy.

Over here (di atas ini)

Adalah label Doilies untuk WISHING TREE. Memandangkan My Other Half tidak buat-buat pon cop yang dijanjikan, maka saya mengambil inisiatif membina idea baru. Ceh tetibalah sangat aku ni. Haha

Nanti kami hanya perlu print-gunting-tampal pada Doilies.

SIAP!

:)

P/S:
Tetamu sekalian nanti, tersangat manis you ol's kalau tolong jot down sesuatu di atas Doilies dan gantungkan pada Wishing Tree kami. Thank you.

Wednesday, February 22, 2012

One-Single-Rose

Kalau orang cakap saya poyo, saya nak jawab ADA AKU KISAH? Plus, I love roses. Terlebih suka bila menerimanya sebab saja-saja. Haha. Not on any particular day pon.

So sweet! :)

Kali pertama si dia bagi bunga adalah 8 SEPTEMBER 2011. But being him, yang rajin membaca aku merambang dan bercakap tak tentu hala. He did it again. Sangat comel! :D

17 FEBRUARI 2012

I is very the kalut. Terkocoh-kocoh campak beg dalam kereta si dia sebab nak kejar bas 8:45pm. Mata terus ternampak resit yang landing atas seater penumpang. Terus tangan laju-laju ambil dan ringan-ringan buka dashboard. Nak tolong simpankan.

Suddenly....errr...apakah itu?

Saya nampak rose siap berbalut dalam dashboard dilimpahi lampu kuning. Cececeh. Sangat menawan. Tapi aku sedikit confuse sebab ada apa-apa occasionkah?

Saya: "Eh bunga untuk siapa tu?"
Dia : *sengih* "Ala....dah kantoi"

HAHAHAHA. Comelnya nak bagi bunga tapi kantoi. Hahaha. Saya senyum je. Sambil belek bunga banyak-banyak kali.


This is adorable!

Love love love! Saya cinta banyak-banyak kali dengan awak sebab bagi bunga comel.

Pastu angkut bawak masuk bilik.
Cium cium bunga.

Errr part menari takmo cerita Syud? Heh. Malu hoccay! :p


Kak Gla nak kunci gate. Aku dalam kereta terhegeh-hegeh nak juga ambil gambar bunga yang duduk sekuntum-sekuntum dekat seat belakang.

The first photo

Atas pangkuan, dalam bas.


Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan lelaki yang baik hati ini dalam hidup saya. Sesungguhnya beliau sangatlah adorable dan sentiasa memberikan saya yang banyak songeh ni kemanjaan yang melimpah ruah :p


P/S:
Dia sms saya pagi tadi,
'Roses are red, Violets are blue,
You're so lovely, In 18 days I'll be with you'
Pastu jantung terus laju-laju naik kereta racing. HAHAHA


Tuesday, February 14, 2012

Roses Doilies


Dear Tunang,

This is the idea that I got from internet. I love it! Hopefully doilies Syuhada bakal di dye secara comel dan merah menyala jantungku *lub dub lub dub* :)

Dear Readers,

Cantikkan? I know you guys love it as much as I do ;)

Dear Bantal,

OK. Aku ngantuk. Babai. HAHA (rhyme!) :p

Saturday, February 11, 2012

30 Hari Mencari.....

SUAMI!

Haha. Haruslah ezajerit. Eza tu siapa saya tak pasti, tapi eh abaikanlah. Semalam kami (iaitu keluarga tunang) ke Manhattan celebrate birthday adik-ipar-to-be. Err macam tak tepat pulak. Kami sebaya, lahir 1987 and her birthday is earlier than mine. Maka haruslah jadi kakak-ipar-to-be kan? HEHE

Nak juga muda di situ Syuhada. Fine.

Dalam kereta, kami borak-borak kosong. Of course topic preparation adalah topic yang hangat untuk diperkatakan. Takkan nak cerita pasal patient clinic? Urghh. Stresso eden. Tetiba abang cakap; 'Eh berapa hari lagi eh? 30 kan?'

Pastu masing-masing macam; 'Aah la. Dari hari ni cukup-cukup sebulan'. Pastu tetiba aku rasa macam berdebaran. Sengih macam kerang dalam samar-samar malam. Hahaha. OMG gediklah engkau Syud. OK tipu. Aku senyum je :)

Patutlah petang semalam waktu saya bersemangat nak ajak jogging datang-datang je nampak lori almari dah sampai. Sangatlah terharu tunang dah belikan almari besar-besar nak letak baju-baju saya. Yeaaaaaaaaaaaaaaaaay! Pasni boleh shopping baju banyak-banyak lagi! HAHAHAHA.

Dahlah almari tu warna off-white. Sangatlah suka! :)

Terima kasih tunang sebab melamar saya sebagai suri hati awak. Terima kasih sebab bawa saya ke dalam sebuah family yang sangat baik. Even miao garang tapi miao tetap comel sebab dia a part of your family.

Nasib baiklah semalam jog 3 round dekat Tasik Pandan. Taklah rasa bersalah sangat baham Fish & Chip dengan Seafood Platter. Hahahahaa.

Nanti time datang majlis saya, sila jangan tanya apsal aku sangat sihat.
Sekian, terima kasih :p

Thursday, February 9, 2012

So True!

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

~> I’m so confused <~ (=.=)'
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Credit:
Zathy Athany

Wednesday, February 8, 2012

Kisah Tergendala

This puan-to-be. Always bertekad mahu update blog beliau. Tapi hari-hari beliau busy. Terlalu banyak perkara hendak dikejarkan. Seperti bos besar yang mengejar aku tatkala aku tengah sibuk-sibuk dengan pesakit-pesakit yang meriah di depan kaunter. Lalu aku pon laju-laju berlari ke belakang.

BOS CAKAP: "Mana paper work? Dah buat aduan aircond belum?"
SAYA CAKAP: "Saya tak cukup staff bos. Nanti saya buat" *sambil tunduk memandang bumi walaupon bos tak nampak*

HAHAHA. Begitulah hidup. Sangat sibuk. Sangat banyak benda nak dikejarkan sampai tak terkejar. Lalu saya buat-buatlah konon-konon slow & steady. Mind you, saya tiada PA. Maka semua urusan haruslah dikerjakan secara lone ranger. Macam gagahlah konon-kononnya.

Padahal

Kadang-kadang aku tumpas jugalah. Air mata berlinang-linangan secara pilu. Lalu terpaksa dipujuk demi sebuah kasih dan sayang. Ececeh. Like Vanilla Chocolate. Saya suka Kaktus! Eh sangatlah tetiba kan engkau ni Syud? :p

Saya sangat pelik. Apsal kad-kad kahwin takmo surut-surut? Dah banyak kali tulis pon tetap tak berkurang. Nak kata beli banyak sangat tak rasa pon macam tu. Ke sebab proses tu memakan masa? PM orang dekat FB, tunggu diorang reply, tulis, gam, tampal setem. Haih leceh.

Tadi kami mengira hari. Dia cakap Sabtu ni lagi 30 HARI. Saya pula cakap, 'Eh esoklah!' Tapi tak kisahlah. Yang pasti, our big day sangat-sangat hampir! :)

Kisah kami tidak sempurna. Tiada mana-mana bahagian dalam kisah kami yang perfect. Di setiap sudut ada cela. Err engkau tengah cakap apa ni ha? Haha. Entah. Aku sedang bersangka baik. Aku sedang cuba membuang semua benda buruk-buruk. Aku nak mulakan new life dengan someone new.

Actually, Goldfish tidaklah new sangat dalam hidup ini dan sungguhpun kisah hidup aku tak sehebat Farah Lee & Ally Iskandar mahupon Cika Haizum & Dr. Naruto takpon sesiapa saja yang merasakan hidup mereka fairytales, I don't mind at all :p

Malah. I don't mind at all mereka-mereka yang nak mengutuk, mengata, mengeji mahupon cakap aku exaggerate or too in love with my life right now. Saya happy dan sangat mensyukuri nikmat Allah SWT yang memperkenankan segala doa saya.

Walaupun kadang-kala aku kelihatan rebel, jealous mahupon suka cari pasal dengan tunang aku dan manusia sekeliling. Tapi tu time emo je. Hahahaha. Time lain, I'm so angelic. Eh eh tetiba.

My Goldfish adalah someone yang paling perfect (untuk aku). Maksudnya, almost perfect yang melengkapi aku yang super kurang dari segala segi. Saya telah elmosi sebanyak 36X sepanjang 6 bulan kami bertunang. Tapi dia sangat sangat sabar. And for that, I adore him sooooooo much!

Setiap hari, saya macam tak percaya saya bakal dikahwini oleh dia. Kisah kami sangat ringkas. Kami kenal sangat simple dan macam mana saya boleh terima dia pun sangat mudah. Saya beristhikarah dan Allah memudahkan segalanya.

:)

Monday, February 6, 2012

Gold Fish(es)

#Goldfish 1

Nama: Imeranto
Jantina: Lelaki
Usia: 38 tahun
Spesifikasi: Berpipi bulat

#Goldfish 2

Nama: Syudento
Jantina: Kanak-Kanak Perempuan
Usia: 19 tahun
Spesifikasi: Bermata guli

Terima kasih S100! Dengan anda tak perlulah kami berhabis duit membeli lense 'mata ikan' semata-mata untuk nampak kembang! HAHAHAHAHA. Also, tak perlu berhabis duit membeli lense untuk melebarkan lense bila mahu ambil gambar beramai-ramai. Oh, I adore our new cam really reaaaally mucho! :)

Terima kasih kepada Fiance Tersayang (sebab memang ada sorang je tunang takda banyak-banyak) sebab membelikan kamera tersebut lalu laju-laju terus merasmikan. Hehe. Semua benda hantaran agaknya kitorang dah rasmi dulu :p

Pertama kali membelek camera tersebut saya amat teruja. Tak fancy tapi nice spec. In fact, bakal adik ipar juga menggelak-gelakkan flash camera. Like I said, tak fancy. Bukan tak cukup tapi kamera ini memang luaran dia biasa-biasa je.

Dalaman?

Perghhh. Super sharp! Quality like dslr. Rasa berbaloi la even tak berjaya lagi buat potrait with blurring effect for background. Bokeh? Err tak pasti lagi. Lain-lain kali kami try shoot gambar malam hari dengan lampu-lampu ;)

Nak cari S100 ni pon agak parah. Tiap-tiap kedai kami serbu mesti sold-out, out-of-stock, yada yada. Last-last tak tahu manatah tunang beli. Tau-tau je dah selamat ke dalam dakapan. Comel. Saya suka!

OK. Lepas ni nak let go Pentio-10i. Nak let go dengan casing stylo dia tu sekali.

Lepas ni dah ada camera cun! Yieppe yieppe! Maka bolehlah blog ini diserikan dengan foto-foto menarik (kononnya). HAHA. Itu pon tengoklah. Kalau aku tak malas

:P

Thursday, February 2, 2012

Kahitna - Cantik


Cantik ingin rasa hati berbisik
Untuk melepas keresahan dirimu oh
Cantik bukan ku ingin menganggumu
Tapi apa arti merindu selalu oh ho

Walau mentari terbit di utara
Hatiku hanya untukmu

Chorus:
Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan ku balas seisi jiwa
Tiada lagi tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan sungguh aku sayang kamu

Cantik bukan ku ingin menganggumu
Tapi apa arti merindu selalu oh ho

Walau mentari terbit di utara
Hatiku hanya untukmu

Chorus

Ingin ku berjalan menyusuri cinta
Cinta yang abadi untukmu selamanya

Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan ku balas seisi jiwa
Tiada lagi tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan sungguh aku sayang kamu

Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan ku balas seisi jiwa
Tiada lagi tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan sungguh aku sayang kamu

Hey ya ya ya hey ya ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu

P/S:
Dia hantar 'Cantek' versi Altimet & Adeeb FC. Saya reply Kahitna punya. Ececeh. ;)