Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 17, 2013

#1 - Road To Be Taken : Episod Persediaan


Skema sungguh tajuk entri. Tapi apa ada hal. Sebab aku confuse nak taruk apa sebenarnya :D

Saya tak start lagi belajar. Tapi sementara ada masa baiklah saya share. Nanti dah start takut tak menyempat nak memblogging.

Macam mana saya sambung Master? Of course kalau google kebanyakkannya akan jawab under MARA. In my case, saya juga tidak terkecuali. :D

Selalunya MARA akan open Pasca Siswazah Luar Negara sekitar bulan Mac. Tapi bergantung pada nasib. Rajin-rajinlah layan website MARA. Macam kes tahun 2013 ni, unik habis sebab sistem asyik buat hal. Selalunya tawaran terbuka hanya seminggu atau dua minggu. Tahun 2013 buat sejarah. SEBULAN!

Sudahnya orang-orang yang mohon telah ditapis dan yang dah melalui penapis terus kena pergi MARA Germany Institute dekat Beranang. Buat apa? Buat derk. Eh tak tak. Buat Ujian Psikometrik yang sumpah psycho! Haha. Ada ke 120 soalan dalam masa 60 minit? Soalan sains dan matematik semua bahasa inggeris. Memang awesome ;p

Oh. Dah. Saya dah lepas semua benda tu. So nak loncat ke tajuk persediaan sebab lepas dapat tawaran MARA anda cuma perlu submit dokumen mengikut kehendak MARA (yang mungkin akan berubah dari semasa ke semasa) jadi takyah cerita.

Saya nak cerita story untuk mereka-mereka yang nak bawa dependant (family). Since I'm single no more maka saya ada suami serta anak untuk dibimbit bersama-sama. HEHE.

Anyway, ini cara saya. Kalau anda tak setuju maka terpulanglah, boleh cuba cara anda sendiri.

STEP BY STEP ON HOW TO GET READY WITH DEPENDANT:-

1) Sebaik saja anda dah dapat tawaran mengatakan anda dah berjaya dapat tempat dekat Universiti. Secure it first! Macam kes saya, universiti tu nak IELTS. Maka gigihlah aku pergi exam dan speaking walaupun gigil-gigil. Haha. Nasib baik lepas :p

2) Completekan agreement secepat yang mungkin. Tapi macam saya tak adalah cepat sangat saya completekan. Busy dengan anak. Saya bernasib baik sebab intake saya ada dua, which are September and January. Jadi tak rushing. Yang September memang saya dah reject and request for January.

3) Beli tiket flight ketika offer. Walaupun MARA boleh tolong belikan tiket but please, jangan berharap sangat. Bagi saya kalau kita ni nak fly dengan keluarga, be proactive and memang kena sacrifice wang ringgit. Plus, last minute ticket sangat mahal nak arwah! Saya lepas dah dapat offer MARA sentiasa check every airlines and I tried to get the cheapest airfare. Err korang nak cakap aku kedek suka hati. MARA kasi duit untuk saya sorang je tau? So satu tiket je boleh claim, yang lain-lain SDN BHD.

Disebabkan kerajinan membuat survey, I got two tickets for 2.5K only! Itu Kuala Lumpur ke London. Tiket biasanya dalam 3K just for one person (tak caya pergi tengok dekat website MAS sekarang). Untuk Tihani, sepertimana yang diceritakan dalam entri terdahulu, RM75 je. Hehe

4) Sementara tunggu duit MARA masuk, duit untuk TB test dan VISA dah kena ready. Trust me. Kalau nak tunggu duit masuk baru terhegeh-hegeh nak buat semua memang tak cukup nafaslah anda nanti. Terkejar-kejar. Saya yang cuti ni pon rasa serabut nak readykan semuanya.

Untuk buat TB test, saya syorkan: Lifecare Malaysia (Bangsar South). Kami buat dekat situ. Adult : RM210. Children: RM175. Padahal children tak ada buat apa pun. Setakat jumpa doktor yang tak sampai seminit tu. Reason kami? Sebab cepat. Eh bukan cepat menunggu. Menunggu tu punyalah lama. Sampaikan Tihani dah 'menyanyi-nyanyi'. Tapi sebab result on the spot, oklah. Tak kuasa nak datang lagi dan lagi.

For VISA part, sila translate surat beranak dan sijil nikah. Nanti VFS minta. Kalau nak senang translate sendiri dan minta official translator cop endorsement. Ada member share dia buat kena RM50 je total. Tapi sebab saya tak tahu saya pergi buat dekat Pusat Penterjemahan Negara maka melayang-layanglah RM160 :p

5) Survey rumah lebih kurang 2 bulan sebelum pergi. Survey je. Familiarkan area mana yang dekat dengan Campus. Copy paste url rumah yang anda macam berkenan dan simpan dalam satu file. At least by the time anda betul-betul dah ready nak cari rumah dah tahu dah area mana. Fully furnished is advisable.

6) Dah dapat je 6 bulan duit sara hidup in advance which is around 40K boleh pergi joli. HAHAHA. Yelah tu. Gila ke apa nak joli? Sila buat bank draf ataupun nama official dia, DEMAND DRAF. Buat atas nama anda sendiri, jangan letak nama entah siapa-siapa. Pastikan sama macam dalam passport sebab over the sea, your passport is the most valid identification document. Kalau anda google, orang banyak cakap pasal Traveller's Cheque but trust me, Demand Draf lagi berbaloi. TC nak buat kena caj, nak cash out pun kena caj. DD (dekat CIMB) kalau lebih dari 5K F.O.C je buat. Bukan ke berbaloi? Part rate exchange tu saya tak boleh nak tolong, if nak berbaloi pergilah cari money exchange. Masalahnya ada ke money exchange yang simpan GBP8,000?

7) Oh ye. Next, sebab kita dah cerita pasal duit di atas maka saya nak share pasal GRADS CARD. Selain dapat extra 10kg untuk bagasi. Saya dapat tahu CIMB Bureau De Change bagi less 20% from the current rate! Gila jimat kalau dapat less gitu memanglah aku nak pergi tukar. Eh tapi before tu sila buat kad GRADS tu dulu ye. RM30/USD20 untuk setahun.

By the way, lokasinya hanya ada dua saja ye;  LCCT dan KLIA. Tapi orang KL Sentral cakap berkemungkinan diorang tak banyak GBP.

Esok saya nak pergi tukar duit. Doakan dapat less. Hehe


----

Update terbaru; ada kesilapan informasi. Less 20% adalah mustahil. HAHA. Orang CIMB cakap paling lebih diorang boleh bagi adalah 0.025% from current rate. Harap maklum.



P/S:
Duit GBP tengah naik sebab MYR turun teruk. Semalam bayar deposit GBP550 untuk rumah sewa pastu rasa nak nangis sebab habis semua gaji saya. Sobs


Monday, December 16, 2013

Less Than A Month...


Kurang daripada sebulan. Eceh tetiba translate.

InsyaAllah I can do it! Demi Tihani, I'm going to be a SuperIbu! Tapi tak lupa juga buat Ayah Tihani yang banyak bersusah payah. Yang sanggup sacrifice diri jaga Tihani nanti.

Sebenarnya takut juga. Hoho. Nervous tahap gaban. Tapi...

Tapi kalau takut sampai bila? Nanti hidup di takuk lama. Nanti hidup asyik cari pasal dengan patient. Pastu aku pon menulis yang bukan-bukan dalam blog ni pasal tabiat orang Malaysia. Errr emosional itu tak bagus. Mengerti?

Anyway, buat readers yang pernah baca entri-entri saya sebelum ini...nak bagitahu ni. :D

Alhamdulillah niat saya untuk sambung study dah tercapai. Ya Allah, Allah itu sungguh Maha Pemurah. Saya nak baby, Dia bagi Tihani. Saya nak sambung study, Dia bagi sambung study. Syukur yang amat :)

Setakat ni, preparation sudah 80%. Sepatutnya dah jadi 90%. Tapi kami tak jadi buat VISA last week sebab tertinggal passport Tihani dekat rumah T________T

So far semuanya dah hampir settle. Rumah pon dah cari tapi tak tahulah landlord tu berkenan nak bagi sewa ke tidak. Haish. Sumpah berkenan sebab member yang dah viewkan rumah cakap rumah tu sangat dekat dengan Campus. Walking distance.

Im ada juga tanya; "Ready ke?" HAHAHA. Ready ke tak ready ke semuanya dah hampir settle. Cuti belajar dah apply cuma tak sempat-sempat nak check balik dengan bahagian latihan dekat KKM. Dah approved ke belum? Haiyyoh!

Hari ni saya tak buat apa-apa seharian.

Sebab?

Secara tiba-tiba saya demam kura-kura. Padahal pagi tu elok je. Lepas mandikan Tihani and breastfeed dia, tiba-tiba rasa sejuk terlampau. Mengigil-gigil. Tu memang petanda demam nak mai. Saya terus tergolek sebelah Tihani. Bila Tihani minta nenen air mataku berjuraian jatuh sebab pening.

Err saya kalau demam memang akan rasa sangat sakit untuk breastfeed Tihani. Dah pernah kena engorgement time Tihani berusia 5 hari. Parah.

Tak pasal-pasal Imran kena balik dari office. Terus dia jaga Tihani dan buatkan lunch. Thank you suami. Love you mucho!

Minggu ni kena tukar duit. Kena siapkan VISA. Kena beli tiket flight yang domestic. Tiket dari Malaysia ke London dah beli. Dari London ke ......  (tempat dirahsiakan) masih belum. HEHE.

Tiket flight beli awal-awal waktu MAS buat offer. Alhamdulillah murah banyak berbanding beli dengan travel agent even under student's price pon tak dapat murah macam tu. Yang bestnya beli waktu Tihani tak keluar lagi. Tetiba bila Tihani dah ada and nak add tiket untuk infant, MAS kata 1K???

Terus rasa kus semangat mau nangis. Nasib baik lepas telephonist tu bincang dengan supervisor dia, MAS bagi tiket infant RM75 je. HAHAHA. Rezeki Tihani. Plus, mana lojiknya? Bukannya Tihani dapat seat pon. T_____T

Oh ye. Kami pergi sana bukan boleh berenjoyan. Hoho. MARA bagi untuk saya seorang je. Kena pandai-pandai cari sumber rezeki lain dekat sana nanti. Hal hutang piutang dekat Malaysia, Alhamdulillah dalam kawalan. InsyaAllah, di mana  ada kemahuan, di situ ada jalan *tetiba*

Dengan itu saya sudahi entri ini dengan babai sebab anak aku dah jaga. HAHAHAHA


 Ada siapa-siapa rindu Tihani? Nah! Gambar setepek! :D

Thursday, December 5, 2013

Red Riding Hood


Ibu sudah makin addicted Tihani. 
You're so cute! :)


----

Musang takda. Kambing je yang ada. Dalam bakul bawa botol dengan stokin. HAHAHA. Apakah kamu neh wahai Red Riding Tihani? ;p


Wednesday, November 6, 2013

Dear Tihani


Dear Tihani,

Eceh dear macam karang surat cinta. Errr...Ibu tengah karang suratlah ni. Post dalam blog. Takyah letak setem. ;p

Semalam Ibu emosional. Sangatlah emosional sebab GAGAL tidurkan Tihani. Dari pukul 10 malam membawa ke pukul 1:30 pagi, Tihani takmo tidur. Uhuks. Nangis Ibu dalam hati. Stress terus naik tingkat atas.

Tapi pagi ni, time mandi. Ibu cakap sorry sorry marahkan awak. Awak bukan tahu apa pon. Tak tahulah semalam tu angin apetah. Bagi susu dalam botol takmo. Nenen juga yang dicari. Masalahnya tak puas. Dapat nenen pastu tertidur. Ibu baru nak lelap Tihani dah uwek uwek. Terus Ibu jadi zombie macam dalam PVS. =______=

Aaaa. Kepada sesiapa yang nak condemn cakap apsal aku bagi anak susu badan dalam botol, I have my own reasons ouhkay!

Satu; Tihani lambat kenyang kalau nenen. Dia hisap slow mo. Hisap secara gembira dan macam main-main tapi nak hisap. Jadi kalau bagi nenen sampai kenyang mahunya dua jam pun tak habis-habis.

Dua; kami sedang train Tihani untuk belajar minum botol. Nanti kerja susah kot. Tapi tak tahu apsal dua tiga hari kebelakangan ni susu dalam botol tak laku langsung. Semalam pun dah membazir 2oz. Uhuk uhuk. Dah tukar macam-macam puting ni. Oh anakku!

Tiga; errr...every parenthood ideology berbeda bukan? Maka pokoknya kita punya ideologi ngak sama *tetiba keluar indon*

Still....I love Tihani so much! Meskipun memasuki dunia keibubapaan ini memenatkan, menzombiekan si ibu tapi dari situlah kita belajar macam mana parahnya parents kita dulu besarkan kita. Hehe.

It's our turn now! :)

Tihani anak yang comel. Cerdik sangat. Dari lahir memang dah cepat alert akan keadaan sekeliling. Mata dia fokus sangat. Dari segi fizikal, Tihani sangat comel lote. Memang jauh tertinggal daripada cousins lelaki dia yang sebaya dan beza sebulan je umur.

Diorang chubby, pipi labuh. Tihani kecil-kecil cili api. Eceh.

Tihani dah double chin. Kaki tangan semua dah ketak-ketak. Tapi dari segi kelebaran abdomen badan biasa-biasa je. Cuma dah makin panjang.

Jadual tidur anak saya yang baru 39 hari ni tak berapa betul sangat. Dia suka tidur ikut sukahati. Tu yang jadi kadangkala cepat tidur kadangkala lambat. Kadangkala tidur sepanjang malam, kadangkala setiap sejam dia uwek uwek. Oho!

Kami suspect sebab dia panas sangat. Tidur berbedung buat dia berpeluh-peluh secara dahsyat.

Kelmarin tidur tak berbedung and she managed to sleep through the night. Safe and sound. Tapi semalam, langsung tak berjaya. Tak tahulah kenapa. Uhuuuuu. Bukan nak mengadu tapi cuma nak cerita je. Haha.

I won't be like one mom yang post dalam facebook nak bagi anak dia sebab budak tu buat perangai. Penat kot mengandung 9 bulan 10 hari. Tak ingat ke time baby tendang dalam perut? Itulah time yang paling ditunggu-tunggu.

Pastu dah dapat anak secomel Tihani haruslah aku bersyukur yang amat. Comel, sempurna sifat, Alhamdulillah semuanya lengkap. Plus, I've waiting for almost a year and half for her. :)

Ibu sayang Tihani! Cepatlah besar yang boleh diagah-agah dan senyum dekat Ibu dan Ayah. Haha. Excited tak menyabar. Pastu bila Tihani dah besar, sila kekal pada peringkat umur toddler iaitu sampai 3 tahun je. :))

Saya pernah cakap dekat suami, I found that budak bawah 3 tahun adalah adorable. Bila dah besar macam dah start nakal. Tapi orang ada juga cakap pasal sindrom 'Terrible Two'. Oh just wait for that. Harap sangat Tihani jadi anak yang baik, solehah, rajin baca Quran dan mendengar kata :)

Ainan Tihani,
We love you!

Thank you Allah for giving us an opportunity to be parents. In Shaa Allah. Kami akan jaga amanah ini sebaik mungkin.


:)

Sunday, November 3, 2013

Help Us To Win Pleaseeee! :D



Saja nak cuba cuba. Kot-kot menang apa-apa yang boleh digunapakai Tihani secara PERCUMA. Hehe.

Please. Help us to WIN!

AINAN TIHANI
{BABY 30}


Please klik SINI dan tekan LIKE!

LIKE!
LIKE!
LIKE!


Undi LIKE anda adalah amat kami hargai. :)

P/S:
Kalau dapat sharekan link ni dan minta orang lain LIKE lagiiiiiiiiiiii Ibu Tihani happyyyyyyyyyyy! :D

Tuesday, October 22, 2013

24 Days Of Our Tihani


MOTHERHOOD sesungguhnya adalah satu perkara yang cukup mengujakan. Selain TERUJA, anda juga akan TERKINJA-KINJA. Haha. Tak tipu. Contoh; terkinja-kinja berlari dari dalam bilik air bila suara Tihani mencecah ke amplitud tinggi. Hoho. Awesome. Wa tak tipu. Bila dia jerit macam nak terkeluar anak tekak ;p

My baby is 24 Days today. 24 hari berlalu. Macam tak percaya pantas sungguh dia membesar. Dari rambut lebat Subhanallah sampailah ke botak sampailah dah ada rambut balik dan iras-iras Shin Chan. HEHE.



Err sama tak? Cuma mata guli. Dan suka julingkan bila terlalu fokus (=.=)!~

Cerita confinement saya berlalu begitu saja. Sebab? Saya tak berapa berpantang. Haha. Saya makan apa yang orang lain makan. Cuma kalau ada lauk-pauk yang bisa bikin angin satu badan, saya neglect. Dalam erti kata lain, saya hanya menjaga pemakanan. Tak mahu Tihani kembung. Ini pon tak tahu apsal asyik kembung je. Adakah sebab malam berkipas?

Hee. Ye. Dan saya juga tidur berkipas. Panas woo. Tanpa kipas tak tahu macam mana mahu survive.

In term of menjaga pemakanan, saya dah jadi macam Gorila! Haha. Boleh makan siang malam pagi dan petang tanpa perlu menunggu waktu makan sebenar. Breastfeeding makes you a hungry mummy. Tapi saya tak berapa kisah sebab saya dah hilang 7.5kg in 3 weeks time! Yeay! Just 3kg more to go! :)

Padahal zaman anak dara dulu begitu susah nak hilang berat. Buatlah apa pun. Berat selalunya berciri statik.

Oh lupa nak inform. Sepanjang kehamilan, saya cuma naik 10.5kg. Berat yang sangat minima. Sebab tu nurse time check up 38weeks menegur; "Eh betul ke 38 minggu? Perut kecik je." Heee. Tihani kan comel. Mestilah perut Ibu dia kecik.

Tapi dah alang-alang boleh menghilangkan berat. Saya berazam untuk slim! Ayuh!

Next. Mari bercerita pasal Tihani.

CERITA TIHANI

1. Tihani telah mengukur Tesco buat pertama kalinya pada hari ke-15. Hahahaha. Oh dan telah berjalan ke Gemas-Selangor-Perak-Johor ketika baru berusia 2 minggu. Walaupon bukan literally berjalan tapi berjalan dalam kereta Ayah kira jalanlah tu ;p

2. Tihani juga telah membuat tantrum ketika Ayah bawa Ibu untuk menikmati Kenny Rogers pada Hari Raya Haji. HEHE. Kami balik Johor dan berasa super lapar sebab perjalanan yang super panjang. Cuba bayangkan Perak ke Johor non-stop. Lapar OK. Lapar. Mula-mula Tihani behave. Duduk dalam capsule comel-comel. Tapi tiba-tiba dia melalak sakan. Apa lagi...kalutlah Ibu lalu laju-laju menarik Tihani ke dalam dakapan. Pastu sambil menyusukan sambil makan. Terbongkok-bongkok macam Nenek Nenek Si Bongkok Tiga.

3. Setakat rekod, Tihani telah TIGA kali ke Tesco. HAHAHA. Thanks to Ibu yang tak reti duduk diam. Dia boring. Lalu bila Ayah nak beli groceries pon dia tetap mahu ikut walaupon tahu ada risiko si kecik sorang ni mengamuk. Bila dah ngamuk sebelah tangan dukung Tihani, sebelah lagi tolak stroller kosong. Kelakar.

4. My baby knows to differentiate between boobies and bottle. Bayi tahu bau Ibunya. Kalau dengan saya, she refuse feeding by bottle. Macam pagi ni. Boobies saya juga yang dicarinya. Snuggling in my arms is one of her favourite things. Huhu. Sampai risau. Adohai anak. Nanti in future macam mana neh?

5. Her other favourite things adalah tidur mengiring, tidur panas-panas sampai berpeluh satu badan. Kami pula yang risau. Eh demam ke?. Tapi tak panas dahi, badan. Cuma berpeluh. Tihani juga suka bulatkan mata dan alert keadaan sekeliling. She doesn't understand yet if we called her by her name but she will respond to sounds :)

6. Tihani easily entertained when she is FULL. Bila dah cater segala kehendak penyusuan dia, maka dia akan behave. Nak mandikan senang. Nak bagi dia duduk diam-diam pun senang. Oh tapi duduk diam tu ada masa-masa tertentu saja. Contoh; malam lepas dinner. Nanti dia duduk sambil menghadap wajah-wajah orang. Kalau dengan Ibu je? Harap maaf. No way dia akan bagi saya tinggalkan dia. Oh Tihani!

Every parenthood is different. Saya setuju.

Sebab kita berada dalam condition yang berbeza. Seorang emak berkerjaya takkan sama dengan emak yang SAHM. Tapi yang pasti, kasih sayang seorang emak pada anak itu SAMA. Kalau tak namanya bukan emak :)

I love Tihani!

Tiap-tiap kali renung anak mata dia yang coklat gelap tu. Rasa macam tak percaya dah ada anak. Hehe. Lepas tu menikmati masa mempunyai anak kecil ni memang challenging. Tak tipu. Lagi-lagi time kecik macam ni memang nak berkepit 24/7. Macam semalam, Tihani dah mula pandai berjaga siang. Apa lagi, nak mainlah dia! Huhu

Rasa macam tak percaya yang 24 hari lalu saya telah push dia keluar. Haha. Dahlah push tu sekejap sangat. Tetiba dah ada baby dengan tali pusat atas perut saya. Sangat hangat dan basah dengan darah. Err bunyi scary movie pulak dah.

Setakat sekarang ramai yang cakap Tihani ikut muka Ayah dia. Bestfriend saya je yang cakap Tihani ada iras saya waktu baby. Cuma iyelah. Time baby saya ni gelap macam anak India (orang cakap). Tihani version cerah. Actually saya rasa...dia mirip arwah abang saya :)




Saya. 
26 Tahun Lalu :D

Friday, October 18, 2013

Entri Terima Kasih & FPP (Full Paying Patient)


Ini muka fresh Ainan Tihani waktu lepas mandi. Rambut dia, Subhanallah. Sangat lebat walaupun aku tak makan pisang dan rebung. Hehe.

Tadi saya baca blog orang. Cerita pasal post-partum depression. Bahasa orang kita, meroyan. Dia belum meroyan lagi tapi hampirlah. Sebab? Tak cukup support. Lepas bersalin dia tak ada tenaga. Nak jalan sangat sakit. Baby terkencing dalam baby cot hospital dan tak ada sesiapa membantu dia. *oh boleh rasa tension bila membaca*


I feel complete! Thank you Allah for both of them. Sayaaaaang sangat!!!

Ini entri terima kasih yang tidak terbelah bahagi buat suami saya; MOHD IMRAN BIN MOHD NOOR. Saya sangat bersyukur dikurniakan pinjaman seorang suami yang terlalulah baik. Sepanjang saya pregnant, Imran jaga saya macam jaga seorang bayi. Haha. 

Sebab? 

Emosi tak tentu hala. Bila ada je benda tak kena mulalah aku melalak. Menangis sebanyak satu sungai. Cry me a river :p

Sungguhpun kami belum lagi kaya raya sehingga mampu beranak di private seperti Prince Court *ceh berangan* tapi kami opt for FPP (Full Paying Patient) di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah. It's worth it! Dulu waktu saya miscarriage saya sangat depress. HSA dahlah tak ada ward class 1. Class 2 penuh. Sudahnya kena campak ward class 3. Open space. T________T

So. Bila orang tanya saya nak bersalin mana. Saya dengan yakin jawab;

"InsyaAllah Putrajaya"

Jutaan orang rasa macam confuse apahal aku ni nak beranak jauh-jauh? Haha. First, saya bengang dengan Pengarah Hospital Sultan Ismail (HSI) atas kes waktu miscarriage, saya telah ditolak laksana bola. Katanya, sila induce my triplet after raya. Pasrah habis waktu tu.

Tapi depress. Sangat depress. Setiap malam saya nangis sambil raba perut yang dah tak ada nyawa itu. Lagipun kalau raya dengan perut tu, mestilah orang dok tanya kot. Kalau anda jadi saya, tak ke sedih?

Hospital Sultanah Aminah (HSA) pula OK. Mereka menerima saya tanpa banyak songeh. Cumanya...itulah. I hate the 3rd class ward. I hate diseluk-seluk sesuka hati padahal memang 'jalan' saya tak buka lagi. Saya meradang waktu tu. Stress naik ke jiwa.

Jadinya, dekat JB dah tak ada hospital kerajaan yang boleh jadi pilihan untuk saya bersalin. Saya tak sanggup jadi spesimen. Oh please.

Bila survey private. We could afford for normal. Tapi kalau tetiba czer? Err. It cost around 5K to 9K kot! Perghhhhhhh! Since ini kelahiran kali pertama. Kita takkan tahu untung nasib. Kan kan?

Sudahnya saya cakap dekat suami. I want FPP.

Alhamdulillah. Sepanjang proses bersalin semuanya perempuan je yang handle :) Mula-mula risau juga Dr. Hamidah tak ada time bersalin. Nasib baik specialist on call doktor perempuan juga :D

Kebaikan FPP from my POV;

1 - Suami boleh teman sepanjang warded. Kami melepak macam duduk dalam hotel. Santai je. Cuma kesian Imran. Tak ada kerusi yang proper untuk dia berehat.

2 - No seluk-seluk untuk check bukaan. In medical term, no V.E (vaginal examination) yang terlalu kerap. Err memang tak kerap langsung! Saya cuma diseluk 2x je. Satu, sebelum masuk ward. Dua, malam sebelum bersalin sebab saya rasa sakit yang sangat intense. So boleh dikatakan VE will be done on request takpun bila patient dah sakit sangat.

3 - Boleh request specialist. So far yang saya tahu FPP Putrajaya ada beberapa orang specialist. Tapi ada seorang je perempuan. Dr. Hamidah nama dia. A very soft-spoken doctor dan sangat baik. Saya suka dia walaupun tak bersalin dengan dia. Hehe

4 - Menu makanan macam hotel. Boleh pilih-pilih. Haha. OK. Point nombor 4 ni sampingan je :p

5 - Bilik yang cosy. Terletak dekat executive ward. Actually FPP akan bagi single room tapi tengok kekosongan. Time saya yang ada double room je. Tapi saya rasa OK since suami boleh teman. Ada TV, bilik dekat dengan tingkap, toilet. Ah pendek kata puas hatilah. Rasa macam private :)

Jap. Ini entri terima kasih ke entri cerita FPP? Haha. 2 in 1. Anggaplah begini :p

OK OK. Back to our story.

Bila dah cerita segala kebaikan FPP. Saya nak berterima kasih dekat Imran sebab sentiasa menyokong saya. When I request to him, saya mahukan doktor perempuan. Saya mahukan FPP. Dia terus berusaha untuk sokong saya :)

Sepanjang saya sakit nak bersalin, he never leave me even for a nanosecond. Eceh exaggerate. Taklah. Ada juga dia pergi kedai tapi most of the time dia ada dengan saya :)

Dia mandikan anak kami setiap hari tanpa bersungut, basuh baju, jemur baju blablabla. Banyak sangat ah nak cerita. So kalau saya penat pun memasak waktu dalam pantang ni, saya tak kisah langsung. Sebab suami saya dah berkorban lagi banyak. Huhu.

Tapi disebabkan malam-malam saya yang berjaga dan breastfeed Tihani. Awal-awal pagi saya dah macam Zombi Kg. Pisang! Haha. So saya bagi Tihani dekat dia. Suruh dia tukarkan diapers and et cetera. Saya? Sambung tidur :p

Suami saya, tak macam lelaki tipikal yang saya pernah kenal sebelum-sebelum ni. Suami saya ni walaupun tak pandai mengayat ayat manis-manis, tapi his action speaks louder than words.  :)

I love you, Sayang! :)

Thank you for being such a wonderful husband to me. A good dad to Tihani. We love you so much! Till Jannah, inshaAllah 


:)





P/S:
FPP (Full Paying Patient) adalah perkhidmatan di hospital kerajaan yang berbayar sepenuhnya. Maksudnya setiap rawatan/konsultasi/ubat/wad akan dicaj. Setakat ni cuma ada 4 hospital FPP kalau tak silap saya. Putrajaya, Serdang, Ampang dan Selayang. Bayaran yang dicaj mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung pada apa yang diterima oleh individu tersebut. Dalam kes saya, saya bersalin normal, mengambil etonox, pethidine dan dicaj RM1400. Just for your information :)


Thursday, October 17, 2013

Amalan Semasa Kehamilan


Sebab dah ada anak maka akan menaip laju-laju. Tihani tengah tidur. Selsema teruk. Kesian sangat rasa nak sedut je hidung dia tapi sebab tak cair maka tak boleh nak sedut. Sobs :'(

Di atas merupakan amalan saya semasa mengandung, selain Obimin Pluz takpun Iberet-Folic. Saya suka makan hematinic mengikut suka-suka hati. Yakni, kalau Iberet habis stock, Obimin pun boleh. No biggie. Hehe. Pastu Hb aku pon taklah cantik sangat. Tapi tak adalah low. Selalu around 11++. OK lah.

Dari kiri, Fish Oil Blackmores. Untuk pembinaan otak bayi anda. Rajin-rajinlah consume :)

Diikuti dengan Habatus Sauda (Black Seed). Yang ini saya makan waktu dah bersalin. Orang cakap boleh banyakkan susu. Saya pula rasa lepas consume memang susu banyak tapi saya tak reti pump. Asyik 2 oz je. Haish. Nak menunggu pump pun lama. Haiyyoh haiyyoh! Ke sebab baru lagi? Err sabar jelah. Pasni nak minum Horlicks pulak.

Ketiga dan keempat adalah Virgin Coconut Oil ataupun lebih dikenali dengan VCO. Yang nombor tiga tu dalam bentuk soft-gel, saya makan bila rajin. Haha. Selain dalam bentuk soft-gel, saya juga beli yang pure VCO oil. Boleh didapati di mana-mana toko jamu berhampiran anda *ceh macam promoter punya ayat*

VCO oil tu ada campuran Habatus Sauda. Orang kata black seed ni banyak khasiat so saya hentam je beli. Actually saya asyik dengar rajin-rajin sapu VCO boleh senang bersalin, tak koyak and so on. Yang paling famous VCO oil brand Tanamera. Err tapi mahal! Ada ke satu botol RM58?

So saya cari alternaltif.

Brand yang saya beli ni RM38 kot kalau tak silap. 65ml. Oh cukuplah. Nak banyak-banyak pun nak buat apa? Lihatlah jumlah pengurangan minyak tu. Tak banyak pun kurang. Hihihi. Nak buat perineal massage tak perlu banyak pun :)

Sekarang ni saya guna untuk kepala Tihani. Bagi cepat tumbuh rambut.

Kalau nak lagi murah pergi je JUSCO. Cari seksyen minyak. VCO oil botol besar harga dalam RM30 je. Jimat pun jimat. Tak habis boleh buat lumur badan takpun masak. Eh boleh ke masak? :p

OK. Next, ramai berminat nak tahu macam macam mana perineal massage tu. Di bawah adalah videonya ;)


Boleh tengok di youtube. Ada banyak lagi video perineal massage version lain.

Secara basic yang boleh saya share adalah perineal massage di lakukan dalam bentuk 'U' di bahagian antara perineum area dengan anus. Senang cerita bahagian bawah peranakan anda :D

Tapi sebab anda pregnant dan perut pon besar, haruslah perineal massage ni dibuat dengan kerjasama suami. Ada yang mengatakan perineal massage ni elok dimulakan pada minggu ke 37. In my case, saya dan suami telah mula pada minggu ke 30.

Err tapi kami ni tak adalah istiqamah sangat. Kalau ingat, sebelum tidur buat. Tak ingat terus tidur je. Hoho.

Encik suami mengatakan time saya 38 minggu lagi bahagian perineal region tu dah stretch dah. Saya pun dah tak rasa apa-apa kalau kitorang buat massage tu. Hee.

OK. Settle part supplement dan perineal massage.

Next, ada juga yang tanya teknik meneran. Oh saya tak expert. Serius waktu dah sakit contraction tu anda dah macam hilang fokus. Hahahaha. Yang ada dalam kepala adalah; CEPATLAH HABIS SEMUA KESAKITAN :D

Cumanya, boleh dikatakan teknik pernafasan yang betul adalah membantu. Itupun sebab Yoga instructor yang datang Antenatal Class ajar. Sedut ikut hidung dalam-dalam, lepaskan ikut mulut lambat-lambat. Contoh; anda sedut dalam kiraan 5. Anda lepaskan dalam kiraan 8. Lagi lama anda tahan lagi bagus.

1. Meneran waktu bukaan dah lengkap (10 cm).
 Sebenarnya waktu nak bersalin, urge untuk meneran tu akan datang dengan sendirinya tanpa dipaksa. Saya sendiri merayu-rayu nak meneran padahal tak pasti dah berapa cm. Haha. Bila suami cakap cuba tahan saya pun tahanlah walaupon nak terkeluar rasanya :p

2. Meneran waktu ada contraction
Yup. Yang ini betul. Meneran ketika contraction berlaku sangat membantu. Teranan pertama saya adalah sebab dah tak tahan sangat. Wakaka. Lepas doktor pecahkan air ketuban terus laju je saya teran. Tetiba kepala dah keluar. Bila doktor suruh push bahu pula, saya sendiri request 'Jap doc. Saya tak rasa contraction lagi'. Please, wait for the contraction. Bila rasa je contraction terus push sekuat hati. Lepas tu jangan lepas habis. Curi nafas laju-laju dan push lagi.

3. Buka mata, jangan tutup. Mata pandang ke perut. Dagu kalau boleh kena lekat kat dada supaya effective.
Kalau anda google selalunya tipsnya adalah tangan kena pegang peha. Tapi in my case tak mampulah nak pegang peha. Pegang besi kat tepi katil je. Hehe

4. Tutup mulut. Jangan mengeluarkan suara.
Jangan menjerit. Mengerang sikit-sikit bolehlah :)

5. Kaki kena betul-betul kangkang.
Bila tak kangkang betul automatik nurse akan tegur suruh kangkang lagi. Ala dalam labour room tu dah ada tempat untuk letak kaki. Jangan kepit-kepit.

6. Jangan angkat punggung.
Ini pesanan paling ultimate yang saya dapat daripada zaman anak dara sampailah jadi mak dara. Hehe. Yang saya sedikit pelik saya tak ada pula rasa nak angkat punggung. Ke sebab orang asyik pesan maka automatik punggung melekat ke katil? Haha entahlah.

So itu jelah yang boleh saya share. Berkat doktor masuk lambat dan ketuban saya sudah dihujung tanduk. Maka tiada episotomi dijalankan ke atas saya. Hehe. Plus doktor cakap perineal intact so dia tak rasa perlu epi.

Harap membantu semua mommy-to-be! ;)

Oh lupa. Lepas bersalin saya cuma ambil Pati Ikan Haruan tu pun tak habis lagi sebab tak sedap. Haha. Lagi? Teh Mas Cotek, Pati Kurma & Madu dengan Feminine Wash Manjakani (actually nak cari biji Manjakani tapi tak jumpa) so beli je buat basuh bahagian bawah.


P/S:
Berikut merupakan brand produk yang saya ambil;
VCO softgel - CATALYST
VCO oil - AL-EJIB
Habatus Sauda - SABIT BANANI

Monday, October 7, 2013

I'm Officially....A Mother! :)

Assalamualaikum WTB,

Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan anak pertama kami pada 29.09.2013, hari Ahad di Hospital Putrajaya tepat pukul 1:52 pagi. 

Contraction bermula pada hari Sabtu pagi kira-kira pukul 3:30am. Tak senang baring dibuatnya. Sikit-sikit masuk toilet. Sikit-sikit shi-shi. Selang 10 minit terasa semacam. I can't sleep at all. Sudahnya pukul 5:30am saya ingat nak mandi sebab super panas. Tetiba saya nampak ada 'show'. Lendir campur darah.

Maka saya pon relakslah kejutkan Im dan cakap kita kena gerak balik Selangor dah. After Subuh kami gerak ke Putrajaya daripada Johor Bahru. Walaupun ada stop untuk mengisi perut (well, you can't push if you're starving) errr tapi berjaya sampai dalam masa 2 jam! HAHAHA. Oh suamiku!

Imran agak panik kot sebab isteri dia ni selang 10 minit je mengadu rasa contraction. Tu yang laju gila dah sampai Putrajaya.

Kitorang sampai around 8:30 or 9:00 macam tu. Labour room agak lengang dan tenang. Tapi ajaibnya kehidupan sebab dah tak rasa contraction! Aik? Main-mainlah pulak.

Doktor datang dan check bukaan; "Baru 2cm puan. Rasa contraction lagi tak?." Nurse yang dari tadi dok pegang perut saya geleng. "OK macam ni puan. Kita bagi option. Puan nak admit ke nak balik rumah dulu?"

Of courselah admit! Saya tahu yang tadi tu bukan false alarm. Bukan Braxton Hicks. Plus dah ada show. Malaslah balik. Karang takda wad kosong pulak.

So....kami pun mengadmitkan diri. Termasuklah Im. HEHE. Yang bestnya melepak macam duduk bilik hotel. Makan, tengok tv, borak-borak. After 1pm contraction dah ada balik tapi tak kerap so saya relaks lagi. Nurse pesan kalau rasa kerap sangat baru panggil dia. OK nurse!

Contraction keep on going on and on. Bila Ibu datang melawat waktu petang pon saya borak-borak sambil tahan sakit. Tapi rasa macam mild period pain so boleh selamba lagilah.

Malam hari waktu Im keluar beli dinner, saya tawaf satu ward. Pusing dekat 10 kali kot. Contraction makin kuat sampaikan bila Im sms saya cakap; "Makin intense." Bila Im balik around 9:30 pm sakit tu makin dahsyat sampaikan saya menangis sambil peluk Im. Pastu mulut tak habis-habis cakap; "Sakit rasa nak koyak punggung" Hehe

Im suruh tidur tapi saya tak boleh tidur. 

Puas tahan sakit last-last pukul 11:30pm saya cakap dekat Im panggillah nurse, dah tak tahan sakit dah. Nurse datang dan check bukaan. "Eh dah 4cm dah ni puan. Salin baju ye. Kejap lagi kita tolak puan masuk labour room"

Saya pun patuh dan salin baju. Tapi sampai labour room dalam pukul 12:00 am doktor cakap baru 3cm lah pulak. Errrr? T_________T

Sakit bagai nak gila baru 3cm? Biar benar! Lalu dengan bestnya doktor cakap; "Puan rehatlah dulu dalam labour room ni. Nanti pukul 4 pagi kitorang datang balik." Hahaha. Saya dah terguling-guling tahan sakit. At first Etonox berfungsi dengan sangat bagus. Sedut je gas rasa lega. Jadi saya say NO to Epidural mahupun Pethidine.

Tapi around 12:30am sakit makin intense. Etonox gagal memberikan kesan. Saya dah terjerit sakit. Pastu merayu-rayu suruh suami panggil nurse. Nurse pon datang dan jab dekat punggung. Eh kenapa tak hilang sakit lagi? I asked the nurse berapa lama Pethidine berkesan. Dia jawab; "Depends pada orang puan, saya dulu dah lepas bersalin baru ada kesan" Aaaa WHOATTTT???

Pukul 1:00 am saya serius dah teruk sangat. Merayu-rayu sambil nangis dekat Imran nak teran. Jenuh Im pujuk takut koyak. Tapi sakit rasa nak meneran tu dah tak tertahan. Sudahnya Imran berlari panggil nurse. Tengok-tengok je dah 9cm. Ketuban dah di hujung. Pergh memang sakit sebab air ketuban tak pecah.

Saya sikit-sikit mengerang. Tapi bertahan juga sebab takut koyak.

Pukul 1:30 am baru doktor masuk. Haiyyoh. Pergi manalah doktor ni! Bila air ketuban dah pecah saya pun terus meneran, keluar kepala. Oh lega. Pastu doktor suruh teran keluarkan badan pulak. Saya cakap; "Kejap doc. Saya tak rasa contraction. Tunggu jap." Doktor pon; "Ha OK. Nanti puan rasa contraction puan push ye."

Bila datang je aura contraction tu saya pon pushlah macam yang dalam internet ajar. Tapi bila dah panik nafas kau pon jadi lintang pukang. Hahaha. Nak curi-curi nafas macam manatah but I tried my best. Memang tarik nafas, push, curi nafas jangan lepas, push lagi. Lepas dua kali teran bayi kami pun selamat dilahirkan :)

Pertama kali saya tengok bayi kami, dengan tali pusat masih melekat,dengan rambut lebat dia basah dengan darah. Rasa nak nangis. Tapi penat sangat. Yang saya dapat buat adalah berbisik dekat telinga dia; "Assalamualaikum anak Ibu. Lama Ibu dengan Ayah tunggu awak..." 

Waktu tu macam tak percaya dah bersalin. Haha. Hilang semua sakit.

Doktor gunting tali pusat dan serahkan pada Imran. Imran terus bawa baby untuk azan dan iqamat. Sambil tu doktor borak dengan saya dan cakap; "Perineal puan intact. Saya tak buat episotomi pun. Bagusnya. Pandai puan meneran." Err saya sengih je.

Pandai? =))

Pastu dia sambung lagi; "Jarang Para 1 tak koyak. Puan ada amalkan apa-apa ke?." Automatik saya teringat Perineal Massage. Nak kata aku ni compliance minum Minyak Kelapa Dara tidaklah. Tak sedap kot rasa Kelapa semata. Hohoho.

Hee. Hari ni, anak kami AINAN TIHANI dah berusia 9 hari dah. Hoorayyyyyy!

AINAN; Mata Air. Because she will always be our darling. Mata Air orang dulu-dulu panggil untuk Kekasih; Buah Hati. Ainan is our Buah Hati! :)

TIHANI; Bahagia/Berkat. Ibu harap hidup Tihani sentiasa bahagia dan dalam keberkatan.

Next, silalah tatap wajah anak kesayangan kami ini. Eceh. Siapa bosan boleh go away. From now on, hidup saya akan banyak tertumpu pada dia. 

Please forgive this new mummy. :D
 



P/S:
Kalau decide nak ambil Pethidine sila ambil awal sikit. Jangan macam saya. Membazir je. Haha. Dahlah sakit punggung. Effect dia? Nada! Zilch! Patut tak payah ambil pon tak apa :p













Thursday, September 26, 2013

Tak Berhaluan....

Err entri ni memang tak berhaluan. Akan terseleweng entah ke mana-mana ikut suka hati tangan aku nak taip. Hari ni Khamis ke? MasyaAllah. Cepatnya masa!!!

Esok dah cukup 39w kot. Anak aku tetap dan takmo keluar-keluar. HAHAHA.

Sepatutnya nak tidur sebab ngantuk. Tengok suami tidur syioknyaaa tapi.... dari malam tadi asyik nak terkencing, perut senak, bahagian bawah rasa sakit-sakit. Tanda-tanda kah ini? Ah sudah. Banyaklah kau tanda-tanda Syud oii :p

Tapi serius. Asyik nak kencing je. Walhal nanti pergi toilet shi-shi aku rasa tak sampai 5ml pon =_______=

Hari-hari pujuk baby. Hari-hari cakap "Tembikai Ibu keluarlahhhhhh. Ibu dengan Ayah tak sabar nak tengokkkk." Tapi dia rileks je. Semalam dah tawaf satu AEON Bukit Indah dengan Nina. Nina siap cakap; "Apsal ko ni macam takda rupa sarat?" Err entah. Adakah kerana daku tidak berjalan seperti Penguin? Gagah perkasa selamba berjeans dan tidaklah mengah serta mampu jalan non-stop untuk 3 jam? Hehe

Orang cakap sekarang ni makanlah puas-puas. Nanti berpantang kena tutup mata daripada makanan sedap-sedap. Oh it's OK! Janji laki aku berpantang makan sekali dengan aku. Hehehe. Barulah fair and square ;p

Sekarang ni setiap pagi saya akan merasakan kelaparan tahap ultra! Macam bila pagi kalau tak lapik perut minum Milo ke apa rasa sawan. Laju-laju terus bancuh Milo panas letak Nestum.

By the way, semalam dah berjaya hafal 3 ayat Surah Luqman! Yeayyy! Alhamdulillah. Harap-harap nanti dah bersalin aku tak amnesia. Dah niat dalam-dalam setiap kali nak susukan anak mahu baca surah tu. Harap-harap anak-anak Ibu akan cerah hati baca Quran selalu. Amin :)

Perut makin berat.

Tak tahulah baby dah berapa kilo. Last check up Khamis lepas. Time tu dah 3079mg bersamaan 3kg la senang cakap. Ni dah seminggu I don't know dia dah tambah berapa banyak lagi berat. Tapi memang berat. Haha

Kalau orang tanya sekarang ni sarat tak? I will say, yes! Memang terasa sarat walaupun pada pandangan mata kasar orang aku ni nampak steady je. Mungkin faktor kaki lebar kot yang buat pusat graviti aku kekal kukuh. Eceh.

I will miss this perut. Hoho

Mengandung adalah satu proses yang mengagumkan. Lelaki rugi sebab tak rasa. Haha. Dulu pernah confuse bagaimanakah perasaannya berperut bulat besar, siap terfikir adakah nanti akan geli-geleman sebab ada hidupan lain dalam perut? Tapi taklah. Tak terjejas pun perut. Masih rasa macam biasa. Cuma kadang-kala angin, gastrik, senak, sesak dan blablabla lagi. Tapi...tiap-tiap kali baby tendang, even kadang-kadang tersakit adalah sangat.....indah :)

Baby, cepatlah keluar. Ibu tak sabar nak tengok awak!

Saya dan Im memang tak sabar nak tengok si kecik ni salah satu sebabnya kami sangat confuse dan wondering bagaimanakah rupa anak kami. Hahaha. Nak gelak gelaklah cause 4D scan tidak membantu. Bila tengok je 4D tu selalu cakap; "Memanglah rupa baby tapi tak dapat imagine rupa dia betul-betul. Kalau keluar macam mana eh? Eh dia ikut awak ke ikut saya? Eh baby kita botak ke? Bibir Angelina Jolie ni datang dari siapa?" :))

Macam merepek kan? Hahaha. Trust me. Memang merepek habis.

Sebab tu dia kena keluar. Sebab tak sabar nak belek. Tak sabar nak beli baju comel-comel untuk dia. Tak sabar nak cium-cium puas-puas :D

Ya Allah, berikan kami peluang menjaga anak ini ya Allah. Amin amin :)

Tuesday, September 24, 2013

Homemade Ala Kenny Rogers!


Oleh kerana rasa terpanggil (eceh sapetah panggil) untuk berkongsi resipi, maka saya pon rajin-rajinlah menaip. Plus, nanti time pantang kalau aku mengidam nak Kenny, Imran boleh check je dalam blog ni dan buat. Bila lagi nak rasa air tangan suami kan kan kan? :D

Basically ini gambar bulan lepas kot? Dah lupa bila tapi time tu kami berdua je ada kat rumah.

Setakat ni dah tiga kali buat dan alhamdulillah, sentiasa sedap hingga menjilat jari. HAHA. Tengah hari tadi punya is the bestest. Dah buat semuanya nampak yummeh tapi seganlah nak ambil gambar. Poyo kot depan Ayah Mertua dengan Abang Ipar gigih nak ambil gambar :p

Yang atas ni mungkin tak berapa menggiurkan sebab terlebih carrot. Pastu sebab anda tengok saya letak Potato Salad maka mungkin tak berapa nak menarik. But do trust me. I will share my bestest recipe! :)

Nak marinate ayam secara seekor tergolek-golek boleh. Kalau nak marinate dan bakar yang dah siap potong pun boleh. It's up to you.

A) Berikut merupakan bahan-bahan untuk perapan ayam;
- Ayam (8 ketul) 
- Bawang besar (2 biji)
- Bawang putih (4 biji)

- Halia (seinchi)
- Sos tiram sesudu
- Sos lada hitam sesudu
- Madu (2 sudu)
- Gula (1 sudu)
- Garam (1/2 sudu)
- Sedikit kicap

- Lada hitam (secukup rasa)
- Sedikit air (kalau rasa nak kuah banyak bolehlah ikut suka hati)


Blend semua bahan di atas, KECUALI ayam. Jangan masukkan ayam dalam blender. Eh Syud, not funny ;p

Lepas dah blend bolehlah perap. Dalam sejam macam tu tapi kalau tak sempat bakar je terus. Takda hal. Tetap sedap. Hehe

Resipi asal sebenarnya gula dua sudu. Tapi nanti manis sangat. Plus dah ada madu. Takyah kot. Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan dalam senyuman. Lagipon harga gula nak naik kan? Hoho

Bakar ayam dalam 180°C selama setengah jam atau lebih. Tengoklah. Agak-agak nampak ayam dah masak dah boleh tutup oven tu. Selalunya waktu ayam separa masak saya akan keluarkan sikit kuah dia, buat gravy Blackpepper :D

Next, we'll go for gravy Blackpepper! Actually kalau nak buat from the scratch boleh google resipi lain. Tapi biasa ah, aku derhaka. Plus malas kot. Nak buat Kenny kena ada banyak side dishes. So let's keep it short and sweet :D

B) Gravy Blackpepper!

- Separuh kuah (A)
- Sos Lada Hitam
- Lada Hitam (Kasar)
- Tepung jagung


Yang ni senang je. Masuk dalam periuk kuah tu. Panaskan sambil tambah lada hitam. Pastu bancuh tepung jagung dengan air dan tambah. Agak-agak dah pekat dan likat dah boleh tutup api. Kalau kurang masin, tambahlah garam :)

Seterusnya, untuk side dishes. Anda ada pilihan, nak buat Mac & Cheese boleh, Potato Salad boleh, Mashed Potato boleh. Err Coleslaw for me adalah wajib. Takmo Coleslaw sila buat Salad. Hehe. Nak buat Potato Salad senang sangat. Rebus kentang pastu tambah mayonis. Siap! Takyah share yang tu. I share buat Mashed Potato.

C) Mashed Potato
- Ubi kentang 
- Garam
- Mayonis
- Lada Hitam (Kasar)

Agak-agaklah nak berapa biji kentangnya. Kalau ramai orangnya buatlah banyak. Rebus kentang dengan sesudu garam. Dah empuk tapis air dia. Hancurkan pastu tambah lada hitam. Tambah mayonis. Siap! :D

D) Coleslaw
- Kobis
- Carrot
- Bawang Holand
- Mayonis

Ramai yang tak tahu. Resipi asli Coleslaw mestilah guna bawang Holand. Bawang yang besar dan warna kuning tu. Tapi kalau tak ada bawang tu takda hal. Guna je bawang merah. Dengan syarat jangan banyak-banyak, nanti rasa bawang. Hehe. Err macam biasa. Garut semua dan tambah Mayonis.

Nasi Syud? Aromatic Rice anda tu takmo share?

Haha. Nasi tu senang sangat kot nak buat. Aromatic Rice for me adalah Butter Rice. Sebab tu cakap AROMATIC. Sebab butter memang yummeh!

E) Aromatic Rice
- Carrot (dipotong dadu)
- Butter

- Garam

Masak nasi macam biasa tapi dimasak bersekali dengan carrot. Kalau masukkan carrot lambat takut tak empuk. Potong dadu tu biar comel molek. Jangan bagak-bagak. Not nice. Pastu bila nasi dah masak tambahkan butter dan garam. Actually butter dah cukup masin, kalau nak sihat takyah tambah garam dah. Haha. Kalau nak nampak 'aromatic' takyah over sangat butter anda tu, kang nasi kuning melampau.

Saya suka letak sikit je. Janji wangi :)

OK. Tu je resipinya. Do try it at home. Selain simple, dapat jimatkan duit poket suami. Haha. Saya try resipi ni lepas terkejut like Beruk bila pergi Kenny Rogers dan tengok harga Quarter Meal dah macam apatah T______T




Kredit:
Amie's Little Kitchen

Monday, September 23, 2013

Still Waiting....


Hari ni dah 38w 3d. Si kecik masih lagi happy duduk dalam perut Ibu. Takmo keluar-keluar. Haha. Sudahnya kami decide untuk balik Johor balik. Err bukan apa, Im sangat worry kalau-kalau time nak bersalin saya sorang-sorang. Plus, boring kot stay rumah Ibu sorang-sorang. Adik-adik sekolah/kerja. Ibu kerja. Dah tu aku nak buat apa sorang-sorang? T_________T

Betterlah balik sekali dengan suami. At least, kalau apa-apahal dia ada.

Sungguhpon Mak Su berkata "Ha memandai-mandai balik JB. Kang nak bersalin tetiba bersalin kat highway!"

Maka Syuhada pon menjawab; "Ala rileks ah Mak Su, nanti boleh letak dalam surat beranak tempat lahir Lebuhraya Utara-Selatan, takpon R&R Pagoh ke. HAHA"


Hehehe. InsyaAllah. Ada rezeki tak ke mana :D

Gambar di atas saya ambil waktu rushing nak balik rumah Ibu. Err ingatkan balik-balik boleh bersalin dah. Tapi baby tetap takmo keluar. Haha. Memandangkan Im kena kerja balik so here we are, back in JB :)

Haritu dah gigih mengemas sampaikan tak sempat nak iron cantik-cantik comforter. Pasang cadar pon semberono je. Janji ada rupa macam nak menyambut si kecik. :))

Kalau anda tengok dari segi pemilihan fabrik dan dekorasi (ewah) saya choose natural. Iaitu bertemakan haiwan-haiwan safari. Haha. Selain ceria, ia tidak memilih bulu. Maksudnya tak kisahlah si kecik ni girl ke boy ke, memang dah ngam-ngam ho.

Teddy Bear yang seekor tu kami tak beli. Dapat FREE time beli Huggies sebanyak 3 plastik! At first macam pelik, apsal Bear tu mengeluarkan bunyi air yang menderu-deru macam dekat waterfall? Lepas pergi Antenatal Class baru faham motifnya. When the baby is still inside our womb, our amniotic fluid that is moving here and there is the most familiar sound to his/her ears. Jadinya, bila dah keluar dari perut pon, bunyi tu sangat soothing pada pendengaran telinga bayi.

Harap-harap nanti baby sukalah dengar bunyi tu.

Saya tak banyak beli toys pun. Sebab?

1) Tak tahu lagi toys apa yang baby suka. Membazir je kalau dia tak main pun.
2) Dekat rumah Ibu plushie ada sebanyak sebakul! Semua khazanah Amyzahrah ;p
3) Melalui pembacaan saya, toys yang sesuai untuk si kecik nanti tidak memerlukan modal yang besar. Haha. They can play with spoon, senduk, tupperware and et cetera ;p
4) Bayi saya masih belum keluar. Bawa bersabar wahai Ibu. :D

Tadi Imran sibuk main Mobile Toys dekat Baby Cot tu. Pastu siap dok ber'baby-baby' sambil biar Toys tu berpusing-pusing nyanyi :))

Dah alang-alang baby takmo keluar. Duduklah lagi seminggu anakku. Biarkan Ayah kerja. Nanti next week kita ada check-up teruslah keluar. Kesian Ayah nak kena drive Selangor-Johor lagi dan lagi.

Ada orang maybe rasa aku mengada. Eh biarlah. Do I look like I care? Demi anak dan demi kesejahteraan diri sendiri, I choose to have my delivery in Selangor under FPP. Nak go for private, belum lagi semampu itu. Nantilah, doa-doa anak nombor dua nanti ada rezeki untuk deliver dekat private. Yang tu sah-sah confirm doktor perempuan.

Ini pun ikut nasib juga bila pilih FPP. Harap-harap Dr. Hamidah ada time nak deliver nanti. Please please. Tolonglah doakan bukan doktor lain yang entertain saya dan kalau terpaksa juga biarlah doktor perempuan. Itu je permintaan saya.

Bukannya aku ni mengada sebab nak selesa katil VVIP ke apa.

I just want my aurah to be preserved. Tak darurat lagi nak kena doktor lelaki. Lainlah kalau ada komplikasi dan kepakaran tu tak ada pada perempuan. Plus, maluku lebih besar daripada perangaiku yang nampak hyper ini :p

Kalau ikutkan hati, nak je rasanya bersalin dalam pool dalam bilik ni! HAHAHA. Barulah water-birth :P

Dulu Imran siap cakap, 'OK je Sayang nak bersalin dalam pool. Nanti suruh Mak pantau.' I was like....WHOATTT?? Haha. Tidaklah nak suruh Mak Mertua pantau walaupun Mak memang banyak pengalaman jaga PAC & labor room. Hohoho.

Kalau dekat oversea, water-birth tu benda biasa. Siapa boleh upah Mid-Wife and Doula lagi. Eceh. Kat sini nak upah siapa? Haish. Maka stop berangan dan sila lebih realistik. Lain kali kita boleh try water-birth bila Malaysia dah lebih advance *which I don't know when will happened*

Eh nak pukul 12. I need to doze off.

Bye!



P/S:
Tolong doakan keselamatan saya dan bayi ni. Sungguh, saya tak sabar nak tengok 'dia' dan dakap dia dalam pelukan saya :)


Monday, September 16, 2013

Nak Main Saham?


Ustaz dekat IKIM.fm pernah cakap beberapa minggu lalu, betapa pemurahnya Rasulullah SWT. Jika ada sebiji kurma maka sebiji itulah yang akan didermakannya. He's a good role model :)

Role model terbaik!

Kalau ikutkan kekayaan Rasulullah SWT, Baginda memang loaded. Bayangkan jelah waktu berkahwin dengan Khadijah, Khadijah bukannya calang-calang orang. Tapi tak ada pula dengar cerita Rasulullah hidup bermewah-mewah. Not his style at all.

Kadang-kadang bila jadi perempuan ni, nafsu memang tak boleh blah. Tiap-tiap bulan ada je benda nak shopping. Baju-baju aku dah boleh roboh satu almari! :D

Sebab tu bila nak shopping branded item yang costly akan berfikir seratus lima puluh juta kali. First, amanah dah settle tak? Dah infakkan bahagian orang tak? Hutang dah bayar tak? Haha. Maksudnya tak adalah bayar hutang lum sum. Belum mampu lagi nak habiskan :p

Cuma, sebahagian kecil hutang yang dibayar secara bulanan tu dah settle ke belum. Itu penting :)

Pastu kalau dah bayar hutang, simpan sikit untuk saving. Errr aku memang tak pandai bab saving neh. Kalau ada dalam account Maybank memang pasti langsai :))

So what I do every month adalah memasukkan sedikit simpanan dalam Unit Trust. Nak buat potongan Tabung Haji tapi sampai sekarang tak buat-buat. Adohaiii! T__________T

Sekali sekala, oh tak tipu, I will go for branded item. It's a reward for myself. Dah kerja penat-penat, sekali sekala tak salah nak beli barang mahal. Kan kan? :D

Nantilah, my next reward adalah mahu Coach Watch. *berangan*

Nak jadi Wasatiyyah belum mampu lagi. Sebab suka makan sedap-sedap. Hehe. Tapi tak adalah tiap-tiap hari makan luar. Melampau kau. I love Imran. Orangnya sangatlah super sederhana. Err tapi boleh juga panggil kedek.. Haha *Tak baik ngata suami. Eh jap lagi minta ampun* :p

Tak kisah tak kisah. I tak kisah Husband I berkira bab-bab yang penting. Sebab aku tahu aku ni suka membeli belah benda-benda merapu :))

Bawa dia best juga actually, sebab kalau dah terpegang benda tak berapa penting, his eyes akan rolling macam nak bagitahu benda tu TAK PERLU. Hoho

Eh jap. Ni dah terseleweng entri neh. Atas tu nak cakap aku ni BOROS. Haha

Oh ye. Cakap pasal saham. Orang kumpul saham sebab nak duit beranak. Bila duit beranak nanti orang akan kaya. Err tapi saham yang saya nak share ni saham yang tak nampak sangat kekayaan dia di dunia. Hehe.

Sahamnya adalah seperti di bawah ini; 


Do give some! Tak banyak dapat RM10 pun jadilah. Cuba bayangkan anak-anak dekat Syria tu dapat makan roti hasil daripada pembinaan kilang ni. MasyaAllah. Setiap kali mereka kenyang ada 'saham' yang kita dapat :)

Aku suka idea ni. Suka sangat! Sebab Rasulullah SWT pun suka memberikan orang sedekah dalam bentuk makanan. Alah, setakat RM10, beli benda merapu pun dah habis. Korang makan kat kedai sekali hadap pun dah lesap dah duit tu. Please please. Do give some! *ulang lagi ayat*

Kalau rasa sedekah tu macam tak besar sangat share dia, korang boleh cakap nak duit tu diwakafkan :D

Rasanya semua orang ada M2U. So do give some to Muslim Care (Viva Palestin) 564490211159.  Untuk pastikan diorang alert, korang boleh email cakap korang dah buat sumbangan pada;

Muslim Care Malaysia
No. 5, Jalan Puisi U2/27,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Tel/Fax: +603-7842-1200
Emel: mymuslimcare@gmail.com

InsyaAllah. Walaupun tak nampak reward dia dekat dunia ni, Allah dah janji setiap sedekah akan digandakan 700 kali ganda. Tak ke banyak tu?

Firman Allah SWT maksudnya : “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya. ”(Surah al-Baqarah ayat 261)

Sunday, September 15, 2013

Adab Mandikan Bayi :)



COPY-PASTE (Daripada Facebook)

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.



SHARING IS CARING! :D

Saturday, September 7, 2013

36 Weeks....

...and still counting... :)





Minggu lepas. Saya ajak suami photoshoot. Padahal sebenarnya dah book Maternity photoshoot dengan seorang photographer ni. Tapikan....tak sempatlah T_____T

Sebab tu saya cakap kat Imran kita photogedik sendiri je. Hahaha. Senang. I pon tak perlu shy shy cat ;p

Sepanjang kehamilan saya memang JARANG gila ambil gambar diri dan perut. Orang lain excited share setiap baby bump. Every progression tangkap. Siap buat folder lagi. Errr saya? Saya TAK. So I told Im, we need to have a photoshoot. Kesian anak Ibu takda langsung kenangan gambar perut. Eh? *Macamlah budak tu heran. Hehe*

Walaupon kami berphotoshoot. Yang lawaknya dapat ambil beberapa keping gambar je sebelum bateri kong! HAHAHA. Yang saya upload ni pun daripada iphone je. Dari camera malas pulak nak transfer. Eh boleh pulak kan?

Selain dah settle photoshoot. Kami juga dah settle menghadiri Antenatal Class di Columbia Asia. In fact orang dah salah tasfir bila tengok gambar IG saya. Aiyooo. Belum bersalin lagilah. Not yet.

Anyway.

Tak banyak sangat dapat diserap sepanjang class. Haha. Sebab? Banyak cerita benda basic yang actually boleh tahu daripada pembacaan je. I was hoping to get more info on how to push my baby. Tapi ada ke Dr. Rohaini cakap nanti diorang yang assist time bersalin akan ajar? Errr whatever.

Nasib baik their nursery was very helpful. Diorang ajar cara mandikan baby! HEHE. So Im pun jadi tekun dan siap ambil video. Itu pon haritu lepas lawat Baby Umar Im rasa tak yakin nak mandikan baby. So kami pergi cari bathtub yang ada tempat sliding untuk baby. For safety purposes ;p



Maafkanlah first timer parents ni. Hoho

So far semuanya boleh dikatakan dah complete. Tinggal seminggu sebelum saya boleh bercuti. Hooray! Itupon kerja melambak-lambak lagi. Ah gasaklah.

My baby at this particular time weighed 2.8kg. Comel. Sebab tu Imran risau. Haha. Risau takut tak terpegang. Sedangkan Umar yang 3.3kg pon dia takut-takut nak pegang. Baby Boy walaupon berat tapi kecik je pon. Ibu tak pastilah Sayang awak ni akan sebesar mana. Tapi dari last week membawa kepada minggu ni awak naik 50g je.

Oh ye. Lupa nak inform. InsyaAllah tahun ni Emak Mertua saya bakal menerima tiga orang cucu. Semuanya berselang 2 minggu dan 3 minggu. Biras saya dah selamat melahirkan Baby Umar minggu lepas. Next, turn saya. Lepas tu, turn biras lagi sorang.

Doakan kami semua selamat mendakap anak masing-masing.

Amin :)


P/S:
Kawan-kawan yang seangkatan dengan saya semua dah bersalin padahal kami beza seminggu je. Oh nervous!

Saturday, August 24, 2013

Laundry Time!


Dulukan. Pada zaman dahululah. Sebenarnya aku agak pelik apsal orang beli baju baby berlambak-lambak. HAHA. After mempunyai isi, barulah saya tahu penangan bayi di dalam kandungan. You just can't resist the temptation! :D

Tengok itu comel. Tengok ini comel. Pastu bila dah beli-beli by the time nak buat laundry barulah engkau mengucap panjang. Macam...errrrr apsal banyak neh? Apsal? Apsal?

Anyway.

Disebabkan melalui pembacaan ramai sangat yang suka Pureen A-B-D maka saya pon turut terdorong sama membeli A-B-D. Tapi ada juga yang cakap Tollyjoy wangi. Heh tak apa. Nanti stock detergent ni dah habis kita try Tollyjoy pula ;)

Errr sila lihat gambar detergent di bawah ini;


HAHAHAA. Sumpah tak perasan kedua-duanya adalah DETERGENT! Satu serbuk satu liquid. Ingatkan yang dalam botol tu softener T_________T. Inilah penangan pergi expo sebenarnya. Semua benda kena rembat laju-laju sebab orang ramai sangat. Saya dah pening time tu. Rasa nak lari laju-laju. Bahu Imran pon dah senget angkut banyak sangat barang dekat MidValley :P

Hari ni, sepagi-pagi hari saya dah bertekad akan melakukan aktiviti laundry. Cannot procrastinate anymore. Dah 34w. Kang buatnya tetiba rasa nak terbersalin kesian anak aku pakai baju tak berbasuh. Hehe. Beg hospital pon tak kemas lagi. Haish.

Jadi di bawah adalah hasilnya :) *senyum happy*


TADAAA!

Ni actually tak habis tangkap. Kalau nak tangkap sampai habis ampaian pon tak habis-habis :)) Tapikan. Tak adalah banyak sangat pon bajunya. Yang banyak....Mitten, Booties dan ROMPER! Terbaiklah. Tak ada kerja beli romper banyak-banyak. Padahal budak tu nanti cepat besar.

Tak apalah nak. Nanti satu hari kita rotate-rotate pakai romper 3 - 4 kali tukar :))

Penyangkut yang kecil tu actually saya ada dua. Buat sidai innerwear, underwear, stokin et cetera. Tapi...saya insist dekat Imran nak beli lagi satu!



Ni penyangkut yang baru. Heh nasib baik insist. Kalau tak, tak tahu nak gantung stokin, mitten dan booties si kecik ni dekat mana. Dahlah kecik-kecik. Comel-comel. Pastu memanglah tiap-tiap pasang kena ada satu sepit.


Kalau anda lihat, bapak besar jumper Minnie Mouse dengan Stitch tu. HAHA. Sebab asyik terbeli romper cenonet-cenonet, saya geram. Nanti budak tu besar dia nak pakai apa? Jadi saya balun beli Jumper saiz 1 years old! :))


Eeeiii. Geram! Banyak gila stokin comel-comel. Macam anak aku duduk dalam aircond 24jam je. Macam Malaysia ni winter sokmo je yang nak berstokin berlambak-lambak.HEHE

Actually, stokin tu jadi banyak sebab beli set romper yang siap dengan stokin. Jadi bayangkan jelah. Dalam 1 set tu ada 5 pasang stokin. :D

Oklah. Hari dah panas. Rasa nak mandi dan kemas beg hospital pulak.

Entri keperluan versus kehendak nanti kita story lain hari key. Hehe. Busy

Friday, August 16, 2013

Antara Keperluan Dengan Kehendak


Eceh. Tajuk macam tak boleh blah kan kan? Ehem. Excuse me. Sedang mula melalui fasa becoming-a-mother memang begini. Satu, engkau excited tak boleh blah. Husband pastilah excited tapi jarang melangkaui perasaan seorang Isteri. Sebab si isteri ni bakal Ibu. Si isteri ni tukang angkut anak kemana-mana saja hatta ke toilet (?). Errrr. Now, that makes sense ait? OK. Agree part itu. HAHA

Dua, naluri keibuan yang membuak-buak membuatkan anda rasa everything is a MUST! Sampaikan suami aku terpusing-pusing kepala melayan kehendak aku yang tak boleh blah ini. Hehe. Tapi tapi. Nasib baiklah masih rasional. Plus, saya sanggup bersabar. Nanti baby keluar I will go for more shopping spree! Weeee!

Sebab nanti akan bercuti secara sakan. Mengkelek anak kemana saja bagaikan dia itu handbag. My cute handbag. So far kelengkapan kami sudah hampir lengkap. Malas nak list sebab actually anda boleh google. Penatlah nak menulis benda yang sama.

We'll go for big stuff only. OK?

Di antara keperluan dengan kehendak, saya tak nafikan. Itu CABARAN. Sangat challenging sebab kita ni (especially perempuanlah). Memang suka mengikut Ahmad Nisfu eh tak, I mean nafsu. Contoh ye, as we know, Quinny Zapp Xtra yang beroda tiga serta stylo habis memang menjadi kegilaan para wanita yang akan bergelar Ibu. Err saya pon begitu. Tak dinafikan. :p

Konon-konon sebab bergaya. Konon-konon sebab stylo. Konon-konon sebab mudahlah boleh attach baby carrier macam Maxi-Cosi. Anak nampak sungguh luxury. Hidup dalam capsule macam dalam cerita Dragon Ball.

Anyway, setelah ditimbang tara dan pelbagai lagi faktor lain seperti;

1) Membazir sebab mahal sangat
2) Belum tentu anak nak duduk dalam tu
3) Agak bulky dan tak adalah sturdy sangat pon
4) Leceh sebab bila nak simpan tu kena cabut, lipat et cetera
5) Tak sedap OK. Tak ada lapik.

In fact, kami banyak membuat pemerhatian secara berkala (Haha ayat tak boleh blah). Maksudnya consistently kami tengok para Ibu bapa dan memilih stroller yang paling ideal. In short, stroller yang praktikal. Bukannya stylo dan fancy je lebih.

Antara ciri stroller yang menjadi idaman saya;

1) Ringan
2) Recline and suitable from newborn and onwards
3) Boleh diubah samada nak menghadap kita ataupun tak :)
4) Boleh dilipat dan disimpan dengan mudah dan pantas
5) Jimat ruang

Kami berkenan dengan Combi. Walaupun rupa biasa-biasa je. Tak stylo sangat. Tapi Combi adalah antara brand yang saya rasa best! Dahlah ada lapik so tak adalah kena letak comforter buat alas. Boleh lipat payung. Woah! Nice OK. Sebab yang jenis lipat payung usually buggy stroller je. Tu bila budak dah badan tegak bolehlah letak. Kalau newborn nak letak dalam buggy memang saja cari nahas.

However, Combi tak ada yang boleh pilih nak facing kita or tak. Yang ada DX ataupun Mechacal. Tapi Mechacal tak keluar dah. DX pula.....oh....harga mau pengsan! :))

So saya pon survey-survey lagi. Tetiba terbaca ini; TOP 5 STROLLERS BY SASSY MAMA. Terus jatuh hati pada Graco City Lite walaupon cons dia ada cakap maneuverability yang sucks. We bought it and in love! Gasaklah pasal sedikit kelemahan dia itu. Masih tolerable sebab dah test. Acceptable kalau kau jalan straight. Kalau kau jalan bengkang bengkok jangan mengada-ngada ;p


Merah Pilihan Kami! :)
Plus yang mengada-ngada nak hadap anak aku je. Imran tak heran pon. Haha. Bagi dia, janji ringan, boleh lipat, senang nak simpan.

Next, mari bergerak kepada Carrier.

Mengikut buku Dr. Miriam Stoppard, New Babycare. Carrier adalah antara item paling essential sekali. Mungkinlah sebab westerner ni dah biasa keluar hospital anak kena duduk dalam bakul. Kalau orang kita boleh je peluk/kelek anak sambil keluar hospital berkain batik.

However, saya pon rasa ianya essential sebab seminggu after bersalin, rancangan kami adalah pulang ke JB balik. Sebab suami harus kerja. Saya ni sama je. Duduk Selangor ke JB ke kena jaga diri sendiri :D So tak kisahlah. Carrier is essential sebab tak dapat nak bayangkan peluk anak dalam kereta selama 3 jam. Aku ni dahlah kuat tidur! Kang tak pasal-pasal anak tergolek.

Selalunya orang ambil carrier dan stroller satu brand. Err tapi entah. Tak berkenan carrier Graco. Haha. Sebab nak carrier yang BESAR! Tak nak kecik nanti anak baru 6 bulan dah terkepit-kepit dalam tu. Tak best betul.

Oleh kerana merah itu menawan. Maka I terjatuh cinta pada Mothercare punya Carrier. Besar, ringan dan selesa. Tapi....carrier ni takda jual berasingan. T_________T Dijual bersekali dengan stroller Vesta-3. Jadi mahu tak mahu kami beli yang pre-loved. Itupon actually macam payah nak jumpa sebab orang Malaysia lagi suka Maxi-Cosi. 


Nasib baik jumpa yang conditionnya masih lagi sangat superb! Bila dah basuh nampak macam baru. Eceh. Bolehlah. Bukannya anak nak duduk dalam tu forever pon.

OK. Dah pukul 2. Tak boleh nak goreng blog dah sebab sibuk nak masuk kerja balik. Nanti kita sambung lagi cerita keperluan dan kehendak ini.


......To be continue


Tuesday, August 13, 2013

My Eid 2013!


Inilah satu-satunya foto yang boleh saya share. Err entah. Tahun ni macam tak mahu bergambar sangat. Aku pon tak tahu apa motif beli kamera baru kalau takmo tangkap gambar. Haha

Wajah saya jauh dari flawless. Kalau di zoom-in maka akan jelas dan ketaralah eye bag, parut di dahi dan pipi kesan pimples :D

Tahun ni juga tak beria beli baju raya. Janji dapat sepasang yang sedondon dengan suami dah cukup.

Foto di atas adalah gambar di hari raya pertama :)

Saya jumpa few kawan-kawan pada perayaan tahun ini. The best part of meeting them was; they thought my baby bump baru 6 month! Hahahaha

Adakah sebab kelebaran perut berkadar terus dengan pengembangan badan?

My perut not lonjong you see. My perut is so round like water-melon. Suami cakap macam belon. Macam bola yang dipump secara over ;p

Errr sorry takda gambar posing perut. Ni pun posing sikit je. Suami cakap takyah posing. Gambar berposing dengan perut hanya untuk tatapan sendiri. Hehe

Dapat jumpa Najlaa dan Zarena adalah sangat menggembirakan. Dah lama tak dapat cot-cet-cot-cet. Untuk pertama kali dalam gathering kami, we spent almost 4 hours just to talk! :)) Kau bayangkan kami duduk dekat Food Junction pastu membebel-bebel tak henti-henti. Harharhar.

Malah kami juga agree takyah tengok wayang. Sangat berkualiti pertemuan kami semalam.

Haih. I miss zaman bujang remaja dulu. Eceh. I miss kami shopping tak tentu hala dekat Alamanda, Midvalley. Time flies too fast!

Tahun depan dah 27! OMG!

Rayakan...actually bila dah tua-tua ni macam tak berapa nak excited dah. Hihihi. Tapi mungkin tahun depan bila dah ada anak akan rasa super duper excited beraya dengan anak. Harap-harap macam tulah.

Amin :)



P/S:
Dua tiga menjak ni si 'kecik' sorang ni sangat hyperactive! Tendang sana. Tendang sini. Perut Ibu dia dah macam padang bola dah. Sampaikan kalau berdiri pun orang boleh rasa kaki dia terbonjol dan mengeraskan perut ibu dia. Eh normal eh?

Wednesday, August 7, 2013

My Baby Kicks!


Beginilah anak saya dewasa kini. Eceh. Padahal belum dewasa. Cuma makin membesar dan aktif kalah Super Saiya! Sedang melangkah ke minggu 32. Errr masih tak yakin nak upload gambar sendiri. HAHA.

Sebab?

Mata saya macam panda. Perut saya sangat belon. Err lain-lain adalah bercirikan wajah kusam dan tidak bermaya. Malahan kini pipi dan dahi bertanda dengan parut kasih sayang T_________T

Never mind anakku. Demimu Ibu takda hal punya. Nanti bila awak dah keluar Ibu carilah Gluthatione. Rajin-rajin sapu vitamin E. Eceeeehhhh poyooo.

Budak kecik ni semacam tahu? Kadangkala bila dia terlampau aktif sampai cramp perut dibuatnya. The best part of her/him being active adalah; bila ayah dia letak je tangan automatik terus diam. Hahaha. Terus aku pon rasa macam aik? aik? Ini tidak adil. Adakah anakku takutkan ayahnya tapi tak takut pada Ibu yang super garang ini?

Sekarang dah faham apa perasaannya bila orang cakap di akhir kehamilan anda sukar tidur. Serius. Terlentang salah. Mengiring salah. Meniarap? HOI. ITU MESTILAH TIDAK!

Posisi yang selesa adalah mengiring tapi sebab saya ni berat maka lengan terasa lenguh. Hohoho. Boleh berasa lega kalau ada bantal lembik-lembik mengiringi ketiduranku. Kalau tak ada bantal lembik dan bantal ular buatan sendiri rasa macam...... err tak best.

Anyway, how's persiapan hari raya anda?

Saya dan suami prepare simple je. Sepersalinan baju sedondon warna turquoise. Itupon dah worry takut ketat tang perut. Haha. Ini semua sebab baju yang ditempah besar semacam. So sad.

Macam tak percaya dah 32 minggu. Pantas sangat masa berlalu.

Lagi dua bulan atau kurang daripada itu, dengan izinNya insyaAllah kami akan bergelar ibu bapa. :) Excited? Pasti. Tapi itulah. Bukan kedekut nak share story tapi saya memang tak ready langsung. Lepas last incident dulu, saya sedikit fobia. Memanglah bukan rezeki kami punya anak seawal tahun pertama perkahwinan but...trauma tu agak mendalam :D

Jadi saya belajar jadi perahsia. In fact, saya rasa saya dah sedikit berbeza berbanding zaman remaja dulu. Pantang ada sedih mulalah aku conteng tulis macam-macam kat sini. Sekarang dah tak. Sekarang dah ada bestpreng poreber! A.k.a suamiku. Hehe. Dialah pengubat segala lara. Nak nangis ke. Ngamuk ke semuanya pergi dekat dia.

Minggu ni nasib baik buat kerja dispensing je. Kalau kena process or filling sepanjang hari rasa boleh tercabut kepala lutut ni.




Errr I need to tidur. TATA!