Monday, October 7, 2013

I'm Officially....A Mother! :)

Assalamualaikum WTB,

Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan anak pertama kami pada 29.09.2013, hari Ahad di Hospital Putrajaya tepat pukul 1:52 pagi. 

Contraction bermula pada hari Sabtu pagi kira-kira pukul 3:30am. Tak senang baring dibuatnya. Sikit-sikit masuk toilet. Sikit-sikit shi-shi. Selang 10 minit terasa semacam. I can't sleep at all. Sudahnya pukul 5:30am saya ingat nak mandi sebab super panas. Tetiba saya nampak ada 'show'. Lendir campur darah.

Maka saya pon relakslah kejutkan Im dan cakap kita kena gerak balik Selangor dah. After Subuh kami gerak ke Putrajaya daripada Johor Bahru. Walaupun ada stop untuk mengisi perut (well, you can't push if you're starving) errr tapi berjaya sampai dalam masa 2 jam! HAHAHA. Oh suamiku!

Imran agak panik kot sebab isteri dia ni selang 10 minit je mengadu rasa contraction. Tu yang laju gila dah sampai Putrajaya.

Kitorang sampai around 8:30 or 9:00 macam tu. Labour room agak lengang dan tenang. Tapi ajaibnya kehidupan sebab dah tak rasa contraction! Aik? Main-mainlah pulak.

Doktor datang dan check bukaan; "Baru 2cm puan. Rasa contraction lagi tak?." Nurse yang dari tadi dok pegang perut saya geleng. "OK macam ni puan. Kita bagi option. Puan nak admit ke nak balik rumah dulu?"

Of courselah admit! Saya tahu yang tadi tu bukan false alarm. Bukan Braxton Hicks. Plus dah ada show. Malaslah balik. Karang takda wad kosong pulak.

So....kami pun mengadmitkan diri. Termasuklah Im. HEHE. Yang bestnya melepak macam duduk bilik hotel. Makan, tengok tv, borak-borak. After 1pm contraction dah ada balik tapi tak kerap so saya relaks lagi. Nurse pesan kalau rasa kerap sangat baru panggil dia. OK nurse!

Contraction keep on going on and on. Bila Ibu datang melawat waktu petang pon saya borak-borak sambil tahan sakit. Tapi rasa macam mild period pain so boleh selamba lagilah.

Malam hari waktu Im keluar beli dinner, saya tawaf satu ward. Pusing dekat 10 kali kot. Contraction makin kuat sampaikan bila Im sms saya cakap; "Makin intense." Bila Im balik around 9:30 pm sakit tu makin dahsyat sampaikan saya menangis sambil peluk Im. Pastu mulut tak habis-habis cakap; "Sakit rasa nak koyak punggung" Hehe

Im suruh tidur tapi saya tak boleh tidur. 

Puas tahan sakit last-last pukul 11:30pm saya cakap dekat Im panggillah nurse, dah tak tahan sakit dah. Nurse datang dan check bukaan. "Eh dah 4cm dah ni puan. Salin baju ye. Kejap lagi kita tolak puan masuk labour room"

Saya pun patuh dan salin baju. Tapi sampai labour room dalam pukul 12:00 am doktor cakap baru 3cm lah pulak. Errrr? T_________T

Sakit bagai nak gila baru 3cm? Biar benar! Lalu dengan bestnya doktor cakap; "Puan rehatlah dulu dalam labour room ni. Nanti pukul 4 pagi kitorang datang balik." Hahaha. Saya dah terguling-guling tahan sakit. At first Etonox berfungsi dengan sangat bagus. Sedut je gas rasa lega. Jadi saya say NO to Epidural mahupun Pethidine.

Tapi around 12:30am sakit makin intense. Etonox gagal memberikan kesan. Saya dah terjerit sakit. Pastu merayu-rayu suruh suami panggil nurse. Nurse pon datang dan jab dekat punggung. Eh kenapa tak hilang sakit lagi? I asked the nurse berapa lama Pethidine berkesan. Dia jawab; "Depends pada orang puan, saya dulu dah lepas bersalin baru ada kesan" Aaaa WHOATTTT???

Pukul 1:00 am saya serius dah teruk sangat. Merayu-rayu sambil nangis dekat Imran nak teran. Jenuh Im pujuk takut koyak. Tapi sakit rasa nak meneran tu dah tak tertahan. Sudahnya Imran berlari panggil nurse. Tengok-tengok je dah 9cm. Ketuban dah di hujung. Pergh memang sakit sebab air ketuban tak pecah.

Saya sikit-sikit mengerang. Tapi bertahan juga sebab takut koyak.

Pukul 1:30 am baru doktor masuk. Haiyyoh. Pergi manalah doktor ni! Bila air ketuban dah pecah saya pun terus meneran, keluar kepala. Oh lega. Pastu doktor suruh teran keluarkan badan pulak. Saya cakap; "Kejap doc. Saya tak rasa contraction. Tunggu jap." Doktor pon; "Ha OK. Nanti puan rasa contraction puan push ye."

Bila datang je aura contraction tu saya pon pushlah macam yang dalam internet ajar. Tapi bila dah panik nafas kau pon jadi lintang pukang. Hahaha. Nak curi-curi nafas macam manatah but I tried my best. Memang tarik nafas, push, curi nafas jangan lepas, push lagi. Lepas dua kali teran bayi kami pun selamat dilahirkan :)

Pertama kali saya tengok bayi kami, dengan tali pusat masih melekat,dengan rambut lebat dia basah dengan darah. Rasa nak nangis. Tapi penat sangat. Yang saya dapat buat adalah berbisik dekat telinga dia; "Assalamualaikum anak Ibu. Lama Ibu dengan Ayah tunggu awak..." 

Waktu tu macam tak percaya dah bersalin. Haha. Hilang semua sakit.

Doktor gunting tali pusat dan serahkan pada Imran. Imran terus bawa baby untuk azan dan iqamat. Sambil tu doktor borak dengan saya dan cakap; "Perineal puan intact. Saya tak buat episotomi pun. Bagusnya. Pandai puan meneran." Err saya sengih je.

Pandai? =))

Pastu dia sambung lagi; "Jarang Para 1 tak koyak. Puan ada amalkan apa-apa ke?." Automatik saya teringat Perineal Massage. Nak kata aku ni compliance minum Minyak Kelapa Dara tidaklah. Tak sedap kot rasa Kelapa semata. Hohoho.

Hee. Hari ni, anak kami AINAN TIHANI dah berusia 9 hari dah. Hoorayyyyyy!

AINAN; Mata Air. Because she will always be our darling. Mata Air orang dulu-dulu panggil untuk Kekasih; Buah Hati. Ainan is our Buah Hati! :)

TIHANI; Bahagia/Berkat. Ibu harap hidup Tihani sentiasa bahagia dan dalam keberkatan.

Next, silalah tatap wajah anak kesayangan kami ini. Eceh. Siapa bosan boleh go away. From now on, hidup saya akan banyak tertumpu pada dia. 

Please forgive this new mummy. :D
 



P/S:
Kalau decide nak ambil Pethidine sila ambil awal sikit. Jangan macam saya. Membazir je. Haha. Dahlah sakit punggung. Effect dia? Nada! Zilch! Patut tak payah ambil pon tak apa :p













12 comments:

Lavender violet said...

alaaaa comel2
nnt kite jumpe baby...
^^,
nnt syud buat la entri pasal supplement yg syud makan mase pregnant yer.. hihiiks

s.c.h.u.l.t said...

boleh2. *padahal tak compliance sangat makan supplement* hehe

RieNa said...

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar!

tahniah syud dan imran! welcome to dunya Ainan Tihani. semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah sepanjang hayat. membesar sebagai anak solehah yg membahagiakan ibu dan ayah ye..amin...

selamat berpantang syud!

fazilah said...

bagus entri ni syud. walaupon xalami lg. hahaa...jumpa lagi ye ainan tihani :)
nnt buka mata luas2 jgn asik tdo je mcm ibu kamu..eh..hahaha

s.c.h.u.l.t said...

kak riena: thank you! alhamdulillah. amin for the doa. :)

semoga saya selamat berpantang 44hari. hehe :D

kak gla: eh? ibu dia pulak kena :p

R.R.Z said...

aahh!! tahniah awk! sebak kita..

share sikit psl urutan perineal massage.

btw; Assalamualaikum Ainan Tihani..comel sgt2

s.c.h.u.l.t said...

RRZ: tq. nak buat entri tak sempat. hidup busy sokmo sebab si kecik ni nak melekat 24jam.

huhu. perineal massage ni urutan dekat bahagian bawah antara vagina & anus, dipanggil perineal area.

cara dia simple je. guna minyak kelapa dara & urut dalam tu. buat lengkungan 'U'. nanti lama2 bhgn tu akan stretchable.

ni video dia; http://www.youtube.com/watch?v=DK2P8Ziqc6Y

harap membantu with your delivery nanti =)

Asmaul Juakhir said...

Tahniah syud..syukurla semuanya selamat..cute betul baby syud..aii Tihani..jgn nakal2 tau..hehehe..

s.c.h.u.l.t said...

maul: tenkiuuuu! cute macam ibu dia kan kan? hehe

Najwa|Ahyat said...

Salam.. sy tertarik dengan urutan perineal and teknik pernafasan puan. Terima kasih sbb tulis di blog.. boleh sy tahu puan tgok teknik penafasan n urutan tu di mana n vco brand ape yg puan guna utk urutan tu.

Jika tak keberatan boleh puan kongsi ape yg puan amek ketika pregnant and selepas(jamu or supplement).. tq..

Najwa|Ahyat said...

Salam.. sy tertarik dengan urutan perineal and teknik pernafasan puan. Terima kasih sbb tulis di blog.. boleh sy tahu puan tgok teknik penafasan n urutan tu di mana n vco brand ape yg puan guna utk urutan tu.

Jika tak keberatan boleh puan kongsi ape yg puan amek ketika pregnant and selepas(jamu or supplement).. tq..

s.c.h.u.l.t said...

najwa: wslm. nanti saya free saya buat entri ye. insyaAllah :)