Monday, March 28, 2011

Their Bundle Of Joy!

His name is Ahmad Sha'n Bin Achmad Syauqi

Dear Sha'n,
Semoga jadi Little Khalifah yang membanggakan Umi & Abi awak. :)

Macam mimpi. Few weeks ago, after hantar jubah. Kami terserempak dengan Maya. Her baby bumps memang dah sangat-sangat ketara.

Aku pon biasalah. Excited. Terus laju-laju tanya;

'Maya, due bila?'

Maya senyum. Then selamba je jawab;

'Esok.'

OMG! Lajunya baby dah nak keluaaaaaaaaaaaaaar! HAHAHA. Eh sebenarnya tak laju. Tapi masa yang terlalu pantas bergerak sampai tak sedar Maya dah cukup 9 bulan dah. Sebab agaknya nampak muka saya super excited. Maya tarik tangan rasa perut dia yang keras macam bola baling tu. Siap tekan-tekan. Rasa punggung Sha'n. Rasa a wonderful living creature in her tummy.

Pastu ingatkan dah deliver. Tunggu punya tunggu punya tunggu, Sha'n tak timbul-timbul. HEHE.

Time birthday saya. Maya sms wish. Then dia cakap baby dia nak share birthday with me. Aku ni boleh pulak cakap; 'Eh cepatlah bersalin. Boleh share same birthdate!' :))

Ya Allah, Sha'n sangat comel. *tears*

Macam mimpi. Kawan saya yang haritu sibuk nak kahwin sambil berserabut kepala otak dah jadi Umi. Macam mimpi. Dulu waktu dia cakap after kahwin terus nak conceive I'm a bit worry. But she proves to me that I'm wrong & she is stronger more than ever. :D

Dear Sumayyah,

I'm so prouddddd with you!! Being a mummy is indeed one of the best achievement in your life. A worthwhile sacrifice. To bring to this world, a cute little boy named Sha'n :)

Congrats Dear!

Again & again I'm going to repeat this. Ya Allah, tak sabarnya nak bertemu Sabtu ni. Mahu tengok Sha'n. Weeeeeeeeeeeeee!

Sunday, March 27, 2011

Therapeutic Drug Monitoring

Saya sedang bermood happy. Mungkin sebab gaji baru masuk jadi telah membelanja diri dengan sebotol air reverse osmosis, dua botol Vitamin E Blackmore, berkotak-kotak milo kotak (stok untuk kerja), biskut cracker dan sebuah beg baru. (Padahal baru dapat birthday present semalam, beg from Nina) Kohkoh.

Eh, tapi ini fakta yang macam tidak perlu. Mari kita bincang perkara serius. Mahu?

Heh. Aku tengah ada mood nak share knowledge ni, jadi kawan-kawan sila ambil perhatian. Err, especially yang ambil farmasi. Yang tak ambil tapi macam nak tahu pon sila-sila. Boleh baca dengan lafaz bismillah. :D

Hari ni, I would like to discuss on TDM (Therapeutic Drug Monitoring). Tapi, basic je. Yang lain-lain melibatkan kalkulasi. Iaitu, memerlukan formula, kalkulator dan otak. Tapi kalau otak agak-agak dah berkarat atau agak lampi. Sila brainwash dahulu sebelum bermula. Macam aku ni. HAHA

TDM selalunya dilakukan pada ubat-ubatan yang mempunyai narrow therapeutic index. Dalam bahasa layman term, kurang (sub-therapeutic) maka tidak effektif, manakala kalau berlebihan hatta sedikit pon mampu menyebabkan kesan toksik kepada pesakit.

So, di sini. Kita boleh nampak betapa pentingnya nak monitor pesakit. Sebab, adverse effectnya yang kita tak mahu. Kita mahu kesan therapeutic sahaja.

Dalam TDM, ada beberapa istilah yang saya nak share. Sebab saya baru saja termalu kerana selamba badak ke hadapan tapi jawab salah. :)) OMG. Memang siaplah esok. Tapi takpa. Yang penting semangat untuk mencuba.

Bukan?

Cmax adalah kepekatan paling tinggi (Maximum concentration), Cmin adalah kepekatan paling rendah. Tapi ini tidak bermakna peak adalah pada Cmax. Sebab kalau kita faham term peak, peak tu kan puncak? Kan kan? Tapi dalam kes TDM takdala puncak sangat pon. Cis!

Macam ni. Setiap kali kita ambil bacaan, akan ada Peak dan Trough. Trough adalah bacaan paling rendah, iaitu menghampiri sub-therapeutic punya level manakala Peak adalah bacaan yang tinggi, maknanya peak ni err..oklah oklah. Peak ni puncak, tapi tak semestinya paling tinggi :P

Peak kita boleh ambil sepanjang kepekatan (concentration) ubat ni nak turun. Faham?

Err. Tak faham boleh pergi baca dekat sini. HAHA. Peak ni pendek kata banyak bacaan la. Selagi ubat tu punya kepekataan sedang dalam proses menurun, selagi tulah boleh ambil peak ;)

Steady State pula (macam dalam gambar rajah di atas) adalah bila rate in = rate out. Di sebabkan sama, maknanya ubat dah stabil dalam badan. As you can see, bila peak dengan trough punya concentration dah sama dengan dua atau lebih dose, maka maknanya steady state sudah tercapai!

Selalunya, in general, steady state dicapai setelah 4 to 5 half life. Half life tu menatang apa Syud? Er, itu adalah masa yang diambil untuk sesuatu ubat menjadi kurang kepada separuh daripada kepekatan asal.

Dalam bahasa lainnya, steady state ni lah yang menentukan ubat kita tak toksik dan tak sub-therapeutic untuk pesakit. Jadi sebaik-baiknya ambil bacaan ketika dalam keadaan dah steady ni. :D

Ada banyak lagi benda yang saya nak share pasal TDM. Tapi so far, itu sajalah dulu ye?

Nanti bila aku rajin aku update lagi. Muahahahaa

P/S:
Sila klik Nuffnang saya. Sudah hidup balik dah tu. :))

Little Schumacer


Gambar takda kena mengena dengan cerita. Tapi ada kena mengena dengan tuan empunya cerita. Aik? HAHA. Eh salahkah statement saya? ;P

Semalam selamat menghantar Nina dengan kereta BLM berkuasa F1. Saya sendiri rasa aneh macam mana kereta yang macam kereta kuda tetiba bertukar jadi kereta racer! HAHAHA. Engkau bayangkan jela, drive dari MidValley to LCCT in less than 30mins.

Hebat tak? Hebat tak?*Fuh mendabik dada sungguh*

Hebat sampai rasa kalau orang lain tahu sumpah kena pelangkung. Nina dengan member pon dah siap mengucap. Siap keluarkan kata-kata hikmah;

'Babe, aku baru 24 hari ni.' HAHAHA

Comel gila statement tu.

Selain berjaya hantar Nina daripada tak kena tinggal flight. Saya juga menerima pelukan kasih sayang dari Amyzahrah. Hehe. Balik juga pada hari minggu. Syukur.

Dapat golek-golek together. Dia sapu minyak dekat rambut saya, I did the same to her. Then kami tertidur sambil kejap-kejap terbangun tengok cerekarama Khalifah.

Eh sudahlah. Tetiba perut berasa super lapar lepas diorang semua panggil breakfast McD. HAHA.

Ciao!

P/S:
Nina, Happy Belated Birthday. Hadiah nanti aku pos ;)

Friday, March 25, 2011

Hari Ini...

....saya turun lift sebab nak clerk case.

Tiba-tiba nampak sorang budak perempuan putih-putih dengan iras seseorang. Ya Allah rindu! :(
OK. Fine.

Kenapa adik comel kakak tidak? Kenapa adik lembut kakak mafia? HAHA. Itu kita panggil hemostasis. Keseimbangan ekologi kami adik beradik takkan normal kalau kakak adik-adik ni tak garang. Kohkohkohhh.

Comel bukan?

Eh apa comel comel? Lagi comel seseorang lagi tinggi maintenance dia! Aku tak comel, so maintenance biasa-biasa je. Cuma for the time being, perlukan banyak stock Vitamin E dan Aloe Vera buat hilangkan parut je. HAHA

Motif?

Amy banyak maintenance. Ceh ni sesi apakah? Sesi rindu sebenarnya. Bila balik selalu tangan dia depang luas-luas. Terus peluk cium muah muah. Trained to be an expert in showing love. Errr. Kita berbeda. Kakak dia begitu malu menunjukkan kasih dan sayang.

Amy, angah tak balik sabtu ni. :(

Sobs

P/S:
See? Nak mengadu rindu pon tulis dalam blog. Macamlah minah tu baca blog den. Isk

Monday, March 21, 2011

Kadang-Kadang

Kadang-kadang saya rasa sangat ramai orang sayangkan saya, tapi kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa orang yang dulunya sayang saya

: Dah tak sayang dekat saya? :'(

When heart hates, whatever I did will be hated.

Ucu, I feel the same feeling that you had felt previously. But I won't cry. I'm a tough cookie. Go Syuhada Go!

Saya biskut yang keras! :))

Sunday, March 20, 2011

Ini Quick Rant

Seseorang tanya saya; 'Engkau nak hadiah apa Syud?.' Maka dengan sungguh tak malu dan laju-laju saya ulang banyak-banyak kali;

'Aku nak tuntut hadiah 2 tahun lepas! Butterfly bracelet!' :D :D :D

Mungkin,
Macam di bawah? HAHAHAHA
Fuuuuuh. Gerek. Sangat menawan dan Tiffany Co looks alike. Ececeh. Padahal actually aku tak tahu ni bracelet company mana. Main google je. HAHA. Tak caya cubalah google. :p

I love butterflies!

Semua orang yang rapat tahu itu. Kalau nampak benda bermotif butterfly, mata saya bling bling tak nak pandang lain. Few years ago, saya nampak table lamp bentuk butterfly. Tapi harga OMG. $170 for a lamp? Ceh ceh.

So Syuhada, apakah feelingnya berusia 24?

Err. Kosong. Takda apa-apa rasa. HAHA. Selain tak berperasaan. Saya juga tak berapa kisah. Huhuuu. Ibu actually dah merunsingkan saya lewat kebelakangan ni soal jodoh. Tapi saya selalu buat bodoh dan lalala terus blah.

Bukankah jodoh itu di tangan Allah?

Tapi manusia kena berusaha. Hoho. Default counterback statement dari Ibu. Kohkoh. Sincerely from my heart, bukan saya tak ada usaha, tapi saya tak rasa it is the time. Not yet.

Lagipon, hidup sendiri sudah cukup merunsingkan. Hari-hari menempuh alam kerja di hospital yang tak dapat dinyatakan dengan perasaan super lonely. Housemanship sangat meletihkan. Bila balik anda langsung takda perasaan lain kecuali nak tidur. HAHA

So, saya rasa bukan sekarang. Mungkin tahun depan. Waktu saya dah berusia 25. Dah habis houseman dan settle down di satu tempat yang full of love. Ececeh.

Tempat sekarang Syud?

Lack of love. Bosan. Sangat serius. Rasa nak cepat-cepat balik kerja sebab kerja tak seronok.

Soal jodoh?

Nantilah. Lagipun kalau ada yang datang, saya tak nak bercinta. I'm too old to be a kiddo. Bercinta tu penat. Kalau ada yang datang,sila masuk meminang je. Kita bercinta after kahwin.

OK?

P/S:
Thank you untuk semua birthday wishes. I love you all, dengan amat banyak :)

A-Good-Hubs

Ehmm. Entri ini sempena berusia 24 tahun.

Oh. Peningkatan angka usia adalah sesuatu yang I guess, bukanlah optional tetapi compulsory. Sudahlah compulsory, bila engkau dah kerja dan seluruh kerabat sudah langsai. Akan ada mulut-mulut bising di sini dan sana.

Err. Sudahnya engkau ambil jalan sengih. Bawa kaki dan lari jauh-jauh. HAHA.

Macam saya. Tapi yang peliknya, kalau orang bising-bising pon. Bukannya ada pilihan. Yang saya ada cuma, ketidakpastian. Selain tidak pasti, ada juga yang macam muncul tapi langsung tak menambat hati sebab kisah lalu. Ewah konon hot lah engkau ni Syud. :P

Yang menambat?

Yang paling menambat adalah yang sudah putus harap. Kahkahkah. Maknanya, sekarang ni saya dalam stage pasrah. Tapi pasrah di sini tidak bermaksud akan menerima apa-apa pinangan tanpa rasionalisasi. Er. Tetiba turn mode Sasterawati :))

OK. Berbalik kepada cerita pasrah bersyarat. Pasrah bersyarat di sini adalah, saya takkan menerima apa-apa tanpa berasa apa-apa. Mungkinlah orang kiri kanan bising-bising. Tapi; hidup dengan si dia adalah hidup sehingga ke akhir nyawa.

Hidup yang nak tatap muka dia bila buka mata. Nak berkongsi story setiap hari. Nak bergurau senda dan meratap air mata jurai-jurai sambil sedut hingus. Eh bukan aku tu! HAHAHAHA.

A good husband for me adalah; seorang lelaki yang mengenali saya sepenuhnya. Ready to listen to all my ramblings. Sebab? Saya sangat sangat sangat banyak cakap. Saya boleh bercakap sampai kering saliva.

Selain itu, a good husband adalah dia, yang penyabar. Sebab saya seorang yang sangat mudah buat orang hilang sabar. HAHA. Saya degil. Keras kepala. Cepat melenting. Cepat putus fius. Macam sangat kurang nilai murni dan peribadi lembut kan? :P

A good husband, adalah seorang yang sayangkan saya. Sayangkan saya sampaikan dia tak sanggup tengok saya sedih. He is willing to do anything for the sake of my happiness. Paling comel, dia tahu macam mana nak buat saya tak marah. :)

Saya suka lelaki yang bersifat daddy. Yang bila saya tengok je, sejuk mata memandang. Selain bersifat daddy, tulang beliau juga ringan. Tak segan silu nak tolong saya

Friday, March 18, 2011

Ini Kisah Random

Disebabkan ini kisah random menggunakan wifi hospital yang tidak dapat dinyatakan namanya. Maka terimalah;

{Foto yang langsung takda kena mengena dengan cerita. HAHA}

OK.

Kembali kepada kisah kita. Eh bukan. Saya. Actually, kejadian-kejadian aneh menimpa saya beberapa kebelakangan ini. Antaranya;

#1 - Yahoomessenger saya online 24 hours. Padahal saya takda net dan sedang nyenyak tidur. Bukankah aneh?

#2 - It's a routine for me. Label trolley dulu baru isi ubat. Tetiba time nak isi ubat tengok bin hilang dan tiada nama patient dah. Aik aik? Misteri nusantara betul.

#3 - Makan nasi. Lapar. Makan roti. Lapar. Makan trolley. Lapar. Eh eh. Tak tak. Harta kerajaan saya tak makan. HAHA. Tapi peliknya apsal asyik lapar? Ada anak ulat dalam perut ke apa?

Sekian. Eh tadi sebenarnya macam banyak je nak cerita tapi kematian idea. Harap nanti idea hidup kembali.

Tapi,

Bak kata lirik Rabbani; yang pergi takkan kembali lagi. Err. Apa yang aku mengarut hari Jumaat ni?

:D

Ucapan terakhir; Selamat Berusia 24 Syuhada! Bilakah orang mahu masuk meminang? :))

Tak. Aku tipu je. Jaga diri sendiri pon tak lepas, ada hati nak jaga orang lain. Tapikan, usia 24 bukankah sepatutnya sudah already matang? Err err.

Mungkinlah. After houseman hidup akan stable. Mungkin.

P/S:

Saya rindu gadis berdua di atas. Nasib baik malam karang jumpa. Hooray hooray! :D :D :D


Tuesday, March 8, 2011

AF (Bukan Akademi Fantasia)

Rancangan mencari basikal terpaksa aku hold sebab....hujan yang turuuuun bagaikan mutiaraaaaa. Memang macam mutiara. Hari-hari jatuh bling bling atas kepala. HAHA. Bagai rahmat yang mencurah-curah. Sungguh sejuk bumi Tuhan. :)

Actually, kalaulah tidak kerja, sudah lama saya merekot dalam comforter macam ulat gonggok. Oh My Goodnesssssss! Tidur dalam kesejukan alam buana memang nyaman tahu?

Err. Alam buana tu apa sebenarnya? :))

Hello Readers! *Lambai-lambai tangan* Ceh. Aku perasan je sebenarnya. Tapi pelik, even takda gadget followers dekat tepi (sidebar) tu tapi kadang-kadang terperasan angka follower tetiba naik satu anak tangga.

Lepas satu anak tangga. Nanti naik lagi anak tangga. HAHA. Padahal merepek is my middle name. Forgivekan saya.

OK. Sudah sudah merepek.

Kita cerita benda tak berapa merepek dan berbunyi serius. Mahu? Tak mahu takpa. Tak paksa. Tapi takyahlah baca. HAHAHA

Tajuk serius kita pada hari ini berbunyi; SIAPAKAH AHLI FARMASI

Kan dah cakap tadi ini serius. Bacalah kalau nak tahu kerja saya. Kalau taknak tahu takpa. Tiada paksaan. Eh ini dah berapa kali ulang daaaaaaaaa.

Ahli Farmasi (AF) adalah seorang manusia yang kerja dalam kedai yang mempunyai papan iklan FARMASI. Selain itu AF (bukan Akademi Fantasia) juga bekerja bagi ubat dekat pesakit di hospital.

Am I correct?

Tetttttttttttttt!

Macam kurang tepat. Sila cuba lain kali. HAHA

Bosan lah bagi jawapan lame macam tu. Sebab saya ni bermurah hati nak kongsi cerita, maka lepas ni sila jawab begini; (Ini skema jawapan. Siapa silap aku rotan);

AF adalah ahli kimia ubat yang terlibat dalam pengurusan ubat-ubatan, ini termasuk sekali servis lain seperti CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution), TPN (Total Parenteral Nutrition), TDM (Therapeutic Drug Monitoring), DIS (Drug Info Services) dan lain-lain lagi.

Siapa jawab macam tu maknanya dia hebat. Bravo bravo! Eh dah macam Dora The Explorer pulak aku ni tetiba. HAHAHAHAA

Sebab kadang-kadang penatlah nak terangkan kerja saya. Nanti kejap lagi orang ingat aku nurse. Kejap lagi doktor. Haih. Nak terangkan sampai berbuih-buih karang ingat epilepsy pulak dah. Ahaks

Secara ringkas, CDR itu bila kami pakai baju angkasawan. Masuk bilik bersih dan hasilkan ubat-ubat chemo untuk pesakit onchology (kanser). TPN pulak bila kami masuk bilik bersih juga tapi hasilkan makanan dalam plastik untuk pesakit kritikal. Apa anda ingat normal saline je ke yang nurse gantung dan drip into patient?

TDM pulak adalah bila kami pakai baju askar lepas tu guling-guling atas tanah. Eh eh tak. Gurau je. Heeeheee.

TDM adalah permonitoran ubat yang tingkapnya kecik. Er, maksudnya di sini. Terlebih jadi toksik. Terkurang tak efektif. Arachi? (Ada faham?)

DIS kiranya macam kaunter pertanyaan. Kalau tak faham pasal ubat boleh calling-calling tanya. Tapi kalau call time tengah tidur memang macam nak mintak pelempang ah. Eh tergarang pulak dah.

Selain yang di sebutkan di atas. Tugas kami setiap hari bergantung pada di mana kami berada. Pendek kata selagi bukak mata, kerja kerjaa kerjaaaa.

Tengoklah dekat mana anda kerja. Kalau anda AF klinikal, maka semestinya anda dan meggi. Errrrr. Sorry. Semestinya anda berada di wad. Setiap hari monitor patient. Tengok what's wrong. Ada isu ubat tak? Ada polifarmasi? Tolong doktor manage patient. Fuh fuh, not so me la itu clinical. T____________T

Kalau anda dekat Jabatan Pesakit Luar (OPD). Screening. Filling. Dispensing. Perkataan yang anda akan dengar selalu dan selalu. Dalam erti kata lain, itu semuanya berkait rapat dengan penyediaan ubat. Kalau Jabatan Pesakit Dalam (IPD) sama jugak.

Tapi

Kami dispense pada wad-wad. Sediakan trolley. Sediakan floor stock. Siap ada delivery ubat sampai ke tepi katil tahu?

Selain yang aku bebel-bebel tadi. Yang terpenting di antara yang terpenting (padahal semuanya penting), tugas kami ajar pesakit pasal device ubatan. Inhaler & injection insulin adalah yang terpaling keraplah.

Eh dahlah. Tiba-tiba tak larat menaip dah. Nak tidur, esok sorong trolley lagi. Boi boiiii!


Friday, March 4, 2011

Dunia Baru

TADAAA!
Wajah jelita hasil make up Mak Su. :')

Foto konvo yang lain? Err. Belum habis proses. Kami masih menggunakan filem yang perlu di cuci-cuci. Sila percaya :P

Nantilah. Blog dah macam tempat simpan gambar pulak dah. Upload dekat Facebook sudah. Rimas aku nak tayang semua kawasan.Nak tengok pergi sana. Sana sana. Sini takda gambar konvo.

Tapi sebenarnya...sana pon takda juga. HAHAHAHA

Hari ni takda mood nak cerita konvo. Itu event yang sudah berlalu. Esok nak return jubah & ambil gambar family. OMGGGGG tak sabarnya hatiiiiiii.

Nak cerita pasal pekerjaan. Seminggu ni sumpah super penat. Hari-hari tergolek atas toto menjelang pukul 9. Kalau ber-sms dengan orang pon, saya akan mamai-mamai ayam. Sekejap balas sms, sekejap terlembik-lembik. Endingnya, selalu by 11 saya dah takkan reply dah. HAHA

Kerja adalah penat. Hari-hari berdiri. Sampaikan rasa kaki dah ada urat dawai! Wakakaka. Padahal pantang ada peluang, mesti cari akal nak duduk sekejap sekejap. Tapi even penat, saya berjaya mencari kawan dalam sorang dua. Heeheee

In fact, yang seorang telah mengajak saya jadi member ronggeng. Dalam erti kata lain, kalau rasa tetiba nak release stress, ajaklah dia cuci mata dekat The Curve. HAHA. Kami sama-sama lonely di dunia yang baru itu. Ahaks.Ayat gelis.

Tapi

Bekerja di tempat baru merupakan cabaran. Hari-hari rasa tercabar. Sampai rasa nak makan berpinggan-pinggan. Hari-hari tercabar dengan jem sampai rasa nak beli basikal. Aik aik? Apa nih?

Out of topic; nanti nak cari basikal. Comelnya kayuh basikal pergi hospital. Comelnya. :))

P/S:
Yayang Atiqah, thank you for the convo's gift. Nanti kita pakai sama-sama :')