Friday, February 22, 2013

The Untold Story


Andai kata satu hari nanti saya ada anak, I don't want him/her to become a pharmacist. Hohohoho

Ini adalah sebuah cerita mengenai perjalanan hidup menjadi seorang Ahli Kimia Ubatan, ataupun di Indonesia dipanggil Apotek.

The untold story =)

Menjadi pharmacist bukanlah indah sangat pun. Orang nampak macam senang. Kerja kami ni sekadar dispenser di kaunter. Ceh. Dah macam cashier pon ada kadangkala. Cuma kalau dekat Government kami tak terima duit. RM1 yang anda bayar waktu daftar tu dah melayakkan anda menerima segala-galanya secara PERCUMA.

Orang cakap jadi doktor teruk. Kerja setengah mati. Haha. Tapi cuba tanya kalau kerja Farmasi. Ada anda ambil tahu macam mana kerja kami?

Hell no! Pastilah tak ambil kisah. Kebanyakkan orang cuma tahu kami ni kaunter bagi ubat. Itu saja. Selain daripada mengamuk bila tak dapat ubat, mereka juga suka memaki hamun dan cakap kami ni kuli je gomen je. Perghhhh.

Hakikatnya.

Tahukah anda setiap tahun kami (pharmacist) terpaksa berhempas pulas mengawal bajet ubat-ubatan? Sekitar Oktober kepala kami dah pening dah nak cari duit dekat mana sebab duit dah habis. Preskriber cuma tahu tulis je atas preskripsi, bukannya diorang ambil kisah pun berapa banyak duit terbazir untuk ubat-ubat yang tak berapa penting.

Tahukah anda kamilah orangnya yang membetulkan kesilapan dalam preskripsi, menghubungi doktor untuk memastikan anda mendapat dos yang betul? Contoh, anda sepatutnya ada 5 ubat, doktor tulis 3 ubat je. Dos ubat anda berlebihan. Kalaulah kami tak skrin, agak-agak andalah, anda dalam zon selamat ke tidak?

Tahukah anda kami juga berkerja lebih daripada unit lain? Bukan mengungkit. Tapi nak menyedarkan orang Malaysia ni je. Bayangkan ye. Kami kaunter penghabisan. Kadang-kadang lunch pukul 1:30, pukul 1:55. Petang? Tutup pukul 5:30 atau 6:00. Kalau extendede hour, pukul 9:30 malam.

Tahukah anda ubat-ubatan yang anda terima dibungkus semula oleh Pembantu Farmasi/ Pegawai Farmasi? Ubat tak senang-senang datang dah siap berpack. Wah! Kalau datang siap berpack saya pun rasa nak berjoget sakan :p Kadangkala dapat dalam bungkusan mengarut! Contoh, Diltiazem 30mg. Dos kebiasaan ada 30mg TDS. Satu kotak tu ada 32 biji. Terpaksalah gunting kotak dan pack balik. Macam hampeh.

Sebab tu kami sekarang ni stress sebab nak kena tambah packing jenis SEMINGGU untuk warganegara asing.

Berbalik kepada point nombor dua. Tugas kami bukannya semudah telefon je doktor. Kami beritahu suruh tukar dos dan frekuensi supaya kesilapan yang sama tak berulang lagi. Sebab? Sekarang ni kita dah canggih, guna sistem key-in. Bila data yang sama tak diubah, semedang jelah tiap-tiap bulan aku nak kena call doktor suruh ubah.

Paling membengangkan hal insulin. Ada dua jenis setakat ini yang popular iaitu menggunakan pen ataupun syringe biasa. Yang sakit hatinya bila patient pakai pen tapi tulis insulin biasa. Dah dua kali kerja ulang alik pergi fridge. T________________T

Eh penat tau? *cuba suruh doktor ulang alik 30 juta kali*

Tahukah anda kami ini tersepit di tengah-tengah? Nak kena betulkan preskripsi yang doktor buat silap, nak kena bergaduh dengan patient sebab patient membebel tunggu lama. Oh serius. Sangat menyirap bandungkan. Kalau buat kajian stress yang sebenar-benarnya. Rasanya orang kerja Farmasilah paling stress sekali.

Oh ya. Anda ingat preskripsi yang anda bawa tu dah perfect sangat ke?

Dos salah. Ubat tak betul. Nama tak ada. Tu tak termasuk Polifarmasi which I hate to mention sebab aku penat dah menegur doktor-doktor yang semedang rasa diorang betul. Contoh paling simple lah, ubat batuk dengan ubat selsema. Dua-dua ni jenis antihistamine. Sudahlah anti-histamine. Satu group pulak tu! Dalam erti kata lain ADIK-BERADIK!

Errr tak faham?

OK OK. Ubat batuk Benadryl (Diphenyhdramine). Ubat selsema Piriton (Chlorpheniramine). Yang saya highlightkan tu menunjukkan mereka daripada kumpulan yang sama. Maka, no point bagi sampai dua! Kalau batuk selsema, bagi Benadryl dah cukup. Kalau selsema bagi Piriton je dah cukup.

Tak guna kasi jurnal. Tak guna kasi memo. Semuanya tak guna. Sebab diorang tak nak baca dan aku ni malas dah nak betulkan. I do what I think right.

Lagi satu. Yang anda as pesakit nak ubat banyak-banyak tu apsal?

Haish tak faham. Orang Malaysia ni ada mentaliti yang lain sakit lain ubat. Sakit kepala ubat lain. Sakit kaki ubat lain. Padahal makan painkiller habis semua sakit tu.

Ok sambung.

Tahukah anda kami penat ulang ayat/kerja yang sama semata-mata bagi memastikan anda faham dan ambil ikut aturan yang BETUL?. Rasa sirap betul bila patient jawab; "Saya dah 10 tahun makan ubat ni.. bagi jeee" Heh. Pastu tak sampai dua minggu datang balik sebab ubat HABIS!

Sebab?

Salah makan. Lain orang cakap lain dia dengar. Lain orang tulis lain dia baca (sebenarnya tak baca pun). Rasa macam tak guna tampal sticker aturan makan tu sebab orang Malaysia memang MALAS MEMBACA! Doktor ada kuasa menaikkan, menurunkan dan menghentikan ubat anda. Jadi jangan beranganlah forever you're with the same regimen.

Nak ambil ubat pun sesuka hati campak kad dengan preskripsi. Kadang-kadang letak nombor je dalam box. Sebab?

Sekali lagi. MALAS MEMBACA! Tak guna buat signange besar-besar tepi tempat ambil nombor tu sebab tak dibaca pun. Nanti dah buat muka toye dekat kaunter. Mengacau orang yang tengah ambil ubat pastu tersengih-sengih. Tak. Tak comel pon anda sengih.

Terakhir. Sebab aku nak mandi dan solat Maghrib.

Tahukah anda selain kerja dispenser kami ni juga banyak kerja lain? Saya kena hantar laporan PF, KPI, setiap bulan, isi borang ADR (Adverse Drugs Reaction) & MER (Medication Error Report), mengejar KPI masa < 30minit, order ubat, terima ubat, kaunselling, jadi jurutera design bangunan sebab farmasi kecil, buat research, pergi meeting blablabla.

Oh ye.

Before habis membebel, ketahuilah anda bahawa selsema, batuk, demam, pening itu cuma simptom bukannya PENYAKIT. Tak ada mana-mana medical school dalam dunia ni cakap itu penyakit. Melainkan bila anda dah ada simptom untuk beberapa lama contoh lebih daripada 7 atau 14 hari berkemungkinan ada jangkitan.

Janganlah suka sangat makan ubat dan antibiotik.



P/S:
Oh ye. Tolong compliance dengan antibiotik, kami bukan saja-saja cakap "Ambil dalam masa 5 atau 7 hari tanpa henti". Kami nak elakkan anak anda dan anda resistant. Ingat. Antibiotik tu untuk bunuh kuman. Kalau tak cukup maka kuman akan immune dan menjadi sangat berkuasa.

Sekian. Tamatlah bebelan hari ini. Hahaha

Saturday, February 16, 2013

My Wish



My Wish

In Sha Allah =)

Friday, February 15, 2013

The Winner


Dear Contestant,

Dengan berbesar hatinya. Ingin saya mengumumkan pemenang bagi peraduan giveaway beg PINK yang menjadi rebutan senusantara *cewah* :))

Saya sangat enjoy membaca setiap entri-entri anda semua. I baca satu-satu tahu! Tak tipu! Efffooorrrrtt habis semata-mata mahu berlaku adil pada semua. Eceh. Sila terharu.

A small gift that caught attention of everyone who wrote beautiful entries =)

However. Oleh kerana ada satu je hadiahnya. Maka dengan ini beta memohon maaf kepada semua yang tidak terpilih. Lain kali kita buat giveaway lagi ye ;)

Ciri-ciri entri yang terpilih ini adalah kerana;

  • KREATIF! *omg sumpah comels*
  • RAJIN *yang malas-malas pastu taip shortform kurang berkesan untuk dibaca*


Jadi....diumumkan....pemenang bagi giveaway J.A.H adalahhhhh *drum rolls*

.

.

.

.

.

.


.

.


.
V
V
V

*scroll*

.

.

.

.


Pemilik kartun Tangled *adaptation* di bawah =)




You D.E.S.E.R.V.E.D it DIYA! 

Sebab? Nampak sungguh effort dan kecomelan kartun TANGLED tu. Kak Syud suka presentation dan setiap caption. Hehehe.


So DIYA. Please email nama, hp number & alamat ke echamyda@hotmail.com


Kepada yang lain-lain. Janganlah nangis *bagi tisu*. Kita tengok entri TANGLED *klik* ni ramai-ramai dan tengok sendiri kenapa Diya deserved it ouhkay?


Lain kali I bagi beg lagi. ;)





P/S:
Comel lah Huntsman pujuk Rapunzel. Haha. Nasib baik takda adegan atas sampan dengan lantern terbang-terbang. Kalau tak lagilah aku cair :))

Tuesday, February 12, 2013

Contest Now Closed!


Thank you to all the participants!

Err saya actually tak sangka sampai 27 orang join. Naik juling biji mata membaca entri-entri tersebut. Hohoho.

Pemenang akan diumukan kelak.
Mungkin weekend ni.
Mungkin weekend depan.
Hehehe.

THANK YOU!

Wednesday, February 6, 2013

Masih Bernyawa

Alhamdulillah

Akhirnya, setelah 4 hari di bumi Cambodia. 2 hari di bumi Muar (eh tetiba semuanya jadi bumi). I'm finally kembali ke dakapan suami tersayang. *muah muah cium dia sikit*

Saya...penat. Serius. Semua tenaga dah drain out from the body. Habis keluar semuanya. Semalam dahlah tidur sorang-sorang. Bilik hotel cantik tapi apalah maknanya sebab SORANG-SORANG.

Since he was away with Emak and everyone shopping for groceries, kami berwhatsapp. Sampai akhirnya tewas dan cakap tulis; "Ngantuk...nak tidur"

Sharp on 10pm. Terus pakai sweater, tarik selimut dan wassalam!

Sumpah penattttt. Bayangkan ye. Dekat Cambodia setiap hari bangun seawal 5 pagi dan tak tidur-tidur seharian sampailah malam. Hari terakhir tu habis semua temple kami jelajah, Angkor Wat, Bayon, Bakon *pastu sampai Bakon aku dah leper takmo pergi mana-mana dah* :))

Sampai hotel kami dah busuk gila. Mandi dan siap-siap balik. Flight at 8:30pm, sampai Malaysia 11:40pm. Angkut barang, jalan kaki sampai pejabat pos LCCT, drive balik rumah Ibu dan sampai rumah around 12:30pm. Solat, tidur.

5:20am Imran kejut bangun. Ya Allah! Dah lambat! Terkocoh-kocoh lari masuk bilik air. Masuk kereta try tahan mata dan penat. Huuuu kesian Imran, isteri dia try tahan ngantuk tapi tertidur juga sampailah ke Muar.

Lepas dua hari barulah balik Johor balik. Nasib baik esok off pagi. Syukur.

Oh ye. Untuk menyokong entri ini, maka moleklah saya pergi tidur. Haha. Penatlah drive. ;p




P/S:
Thanks for those yang participating dalam pertandingan merebut handbag pink itu. Tunggu CNY baru I decide siapa menang ye.

Arigatou!