Wednesday, June 29, 2011

The Most Beautiful Thing....

......in my life is;

I have beautiful people who love me the way I am.

I'm not perfect. I love to talk rubbish. I am talkative. I am annoying. And above all, I'm equipped with a damn-to-hell attitude - emotional. But that doesn't change anything. That doesn't change the way they feel about me.

Most of the time, I feel like I didn't deserve it. I didn't deserve to be love as much as I received right now.

But the again, Allah Lebih Tahu.

Allah gives me those people who fill each and every empty part of my heart. Allah gives me people who said they love me, who tolerate each and all my childish acts and who stay while others back off. :)

Allah gives me the strength, the courage to proceed on with life.

And I must say, I'm so grateful for everything. I'm so grateful with everything that I had received so far.

So here. I must say, Thank you Allah. You're indeed The Most Generous and Merciful. I'm grateful for this life and for all the people who You lend to me.

For they are very special in my heart. They love me although I'm emo. They love me although I'm talkative. They love me beyond my imperfection.

To avoid taking things for granted. I want to be better. I want to be less emotional. Less talking nonsense. Less talkative? Err err mampukah? HAHA



You know who,
I love you guys loads!



Thank you for loving me. :)

Saturday, June 25, 2011

Today & Prelude

Today, saya amat penat. Fuh fuh. Membakar kalori secara hebat!

Pagi-pagi, kami pergi IKEA. Beli almari, rumah, kapal terbang dan blablabla. OK tipu. HAHA. Kami pergi breakfast. Sungguh craving akan meatball di situ. Sadly, orang tu cakap pukul 11:30 baru ada.

Whaaaaaaaaaaaaaaaat????!

Maka, above was our breakfast.
Eceh.
Breakfast macam omputeh.
Tak boleh blah lah engkau ni Syuhada.
Har har har

Kemudian kami menghadiri perkahwinan Mantan Lelaki Suci. Tahniah Syahar Azizan. Kini anda tidak suci lagi. Aik? Errr. Sila abaikan statement aku ni. :P

Cik Puan (aka isteri Caha). Maaflah foto tertutup mata. Syuhada tak power rangers bab-bab mengambil foto. Hohohoo. Ouh ye. Berikut adalah beberapa foto pada hari peristiwa bersejarah ini. Hehe


Anak Fairuzar
Lutfil Addy yang bermata guli :D

Buah Hati :')
Naquib Nawfal bersama Daddy Johari.
Kekekekeke

For the prelude part........*drum rolls*

Aik?
Ini apa Syud?
Ini bunga.
Bunga yang mahal dan rasa nak telan telan tapi tak mampu aku nak telan. HAHA.
Ini bunga hantaran saya :)

Ini pulak baju & layah saya.
:)

Waktu kami sama-sama cari baju. Err saya sangat segan. Eceh. Seganlah pulak. Tak tak. Tak berapa nak segan tapi unbelievable. Macam tak percaya saya pergi kedai beli baju nikah. Pastu yang bestnya akak kedai tanya; 'Bila nak nikah dik?' Huk oloh.

Saya so in love with our baju nikah!

Err padahal biasa-biasa je. Standardlah. Baju warna cream berlaces. Tapi entah. Kurung tu sepertinya memegang satu kuasa super power. HAHAHAHA. Bila pakai terus rasa adorable. Terus rasa ya Allah comelnyaaaaa....anak siapakah ini?

Motif engkau nak perasan ni apahal Syud?

Lepas beli terus pesan memesan; 'Jangan gemuk dah pasni. Kurus takpa. HAHA'

Kesimpulannya; I'm done with baju bertunang & baju nikah! Tinggal mengemaskini kan hantaran, doorgift dan sebagainya je.

Errr..another 7 days untuk bergelar tunangan orang? Fuhhhhhhhhhh *lempang pipi laju-laju*

P/S:
Encik-Bakal-Tunang (EBT), thanks for the day. Thanks sebab sudi melayan saya yang mengada-ngada ni. Tahukah anda kami pergi IKEA dua kali hari ini hanya untuk makan? HAHA. Tak puas hati betul pagi tadi tak dapat meatball. Maka balas dendam dengan ke sana LAGI SEKALI for dinner. Ahaks. EBT, saya sungguh sayang dekat anda! :)

Thursday, June 23, 2011

Pesanan Pantas

Ceh padahal boleh je SMS. Ni apahal buat pembaziran entri Syuhada?

Eh blog aku. Suka hati akulah. Hahahahhaaa. Ini semua pesanan pantas, takda kena mengena dengan anda, engkau dan tuan puan. Ada kena mengena dengan awak je. Hihi

#1 - Thank you sebab ambilkan runner pack saya. Jasamu dikenang! :D

#2 - Thank you sebab call 5 mins sebelum sampai. HAHAHAHA. Serius rasa nak terjun dengan muka baru bangun tidur :P

#3 - Weekend ni mari dating! Marathon, kenduri kahwin, shopping, kenduri kahwin lagi sampai pengsan.

:)

P/S:
Eh seriuslah kami mahu marathon. Seronoknya dah dapat runner pack. Seronoknya esok last day ICU! Muahahahahaa

P/S/S:
Syuhada, sila study sekarang. Engkau nak mati kena sembelih presentation esok?

Monday, June 20, 2011

Crochet Hat & Baby Shoes

Ini benar-benar ADORABLEEEEEEEEEEEEEEEEE! Aku tak tipu!

*Gasping*

Mukadimah entri adalah ini; saya suka barang baby. In fact kesukaan ini telah terpupuk sejak masih di bangku sekolah. Cuma ketika masih di bangku saya tidak punya wang, malah tidak punya anak untuk diberikan semua ini. Aik? HAHA kidding.


Chocolate & Pink
Sangat delicious warnanya! :)

I can walk all day long di bahagian baju baby & kasut-kasut mereka yang adorable. In fact tahukah anda setelah saya membaca Shopaholic & Baby, saya tiba-tiba menjadi gila pram seperti Rebeca Bloomwood?

Paling comel pastilah headband. Malah rutin memberikan headband telah tersemat kemas di hati saya. Tapi kadang-kadang aku cukup kasihan dengan bayi-bayi yang menerima headband yang aku beli. Kepala tak cukup kuat lagi nak menahan tekanan dari getah tu. Tapi Syuhada kan degil, dia nak taruk juga dekat kepala baby tu :P


Kasut lagi dan lagi.
Bentuk petak adalah retro.
I love retro. Yiepe yiepe!

Satu ketika dahulu, saya masih ingat lagi permintaan gila saya. I can't recall. Adakah pada Eme? Atau adakah pada Kak Gla? Tapi yang saya ingat, saya cakap 'Saya kahwin takyah bagi pinggan mangkuk. Bagi pram satu. Takpon baby cot' Pastu dibalas dengan ucapan berciri pedas. 'By the time baby awak keluar, benda-benda tu dah reput dah' KAHKAHKAH

Crochet Hat
OMG saya suka!

Kalau saya ni comel ketika kecil-kecil dan berwang. Tentu saya sudah menyarungkan diri dengan hat ini dan berangan seperti anak caucasian. Errr masalahnya saya lebih hitam dari arang. HAHAHAHA maka mari kita lupakan.


OK.
Yang ini memang menggiurkan.
Kena beli DUA!

Aik?

Apsal dua Syud? Apsal?

Satu saya nak bagi baby Eme. Satu lagi nak simpan sendiri. Muahahaha. Whopsie! Tak surprise dah. Eh tapi nanti reput macam mana Syud?

Errrr. Akan aku preserve guna nitrogen gas. AGAGAGAGA

P/S:
Sekiranya Bonda tahu Syuhada melakukan online shopping. Sudah pasti anakandanya ini bakal diketuk-ketuk menggunakan senduk :P

Saturday, June 18, 2011

I Love Shopping!

Tapi saya tak suka shopping bila rasa miskin ataupun banyak sangat benda nak di shop. Sebagai contoh; bila saya confuse nak sewa dulang ke nak beli dulang. OMG gila engkau? Satu dulang RM100+. Sembilan dulang? Makan pasir sungai lah jawabnya. T__________T

Jadi saya decide untuk sewa. Kot?

Kalau tak sewa tengoklah esok kot-kot dapat yang gorgeous dan berbaloi-baloi. Errr susahnya nak kahwin. Nak je ajak kahwin dekat Golok. Aik? Nak kena belasah ke Syuhada? :P

Kami dah decide. Hantaran kami adalah Tujuh berbalas Lima. This is my list untuk pihak Si Dia;

  • Songkok & Butang Baju Melayu
  • Baju Melayu
  • Coklat
  • Buah-buahan
  • Sireh junjung
  • Pulut
  • Kek

See? Betapa makmurnya hantaran aku. Penuh dengan makanan. HAHAHA. Gizi tak berapa nak seimbang di situ. Patut letak sayuran barang seikat dua. Eh sudah engkau Syud.

Dia bagi apa Syud? What what? Kami mahu tahu!

  • Cincin
  • Kapal Terbang (HAHA eh tak tak bohong)
  • Baju Kurung
  • Buah-buahan
  • Sireh Junjung
  • Kek

Patutnya aktiviti membridal adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tapi aku terpaksa meng-elmosi dahulu sebelum Zarena & Kak Gla laju-laju memujuk. HAHAHAHAHA. Jadi insyaAllah esok mereka bakal meneman :P

Kalau diorang tak teman tak apa tak apa. Jalan sendiri la nampaknyaaaa. Sobsobsob. Sekeping hati di bawa berlariiiii. Jauh...eh nyanyilah pulak dah.

OK.

Actually aku tak membridal lagi. Baru mahu men-engage. Hahahaha. Sedikit gedik di situ. :P

P/S:
Two weeks more to go *ketaq lutut*

Perbuatan Malam Hari

Malam hari bila engkau menjadi terlalu aktif (bahana Nescafe) tiba-tiba dua entri terhasil dalam satu malam! HAHAHAHA.

Tadi seorang kenalan lama telah meng-komen foto lama saya. 10 months ago I guess? Ketika itu saya sangat sihat seperti beruang. Sekarang juga sihat. Cuma kalau boleh taknaklah se-'sihat' dulu.

Ketika menelek-nelek foto sendiri sambil perasan; 'Eh boleh tahan comel juga aku ni' (Kahkahkah statement mintak lempang). Saya terperasan beberapa foto yang ingin saya kongsi. Eceh sebenarnya nak tujukan buat seseorang. Hehehehe.

Ten months ago.

Saya tak pernah terfikir sepuluh bulan kemudiannya saya akan bertemu seseorang. Kemudian merancang untuk hidup dengan beliau pada tahun-tahun seterusnya.

#Foto 1
Dari kerana mata, yang memberikan kuasa, ohhh aku tergoda ah sudah shut up engkau Syuhada

#Foto 2
Kecomotan akibat tergolek di Broga pada pagi yang tak berapa indah

Saya emo dan emo itu tidak comel macam elmo. Tapi tiap-tiap kali saya emo, dia akan cuba cari jalan untuk cool me off. Which selalunya berakhir dengan saya cool down sendiri. Hehehee. Dah macam heater ke aircond engkau ni Syud. HAHA. Dan dia juga cuba cari jalan so that saya tak menangis. :)

The sweetest thing for me (no 1); either dia perasan ataupon tidak adalah 'He is learning to love things that I love' Contoh; bila saya suka Coolblog dia try juga even sebenarnya hari kami try tu Coolblog tu tak berapa nak cool. Aku pon tak tahu apsal haritu tak sedap. Pelik pelik.

Hari ni saya cakap saya suka bubur. Dia cakap nanti dia nak try makan bubur juga. HAHAHAHAHA. Padahal, you don't always have to love everything that I love. :)


#Foto 3
Finally, I know to whom I should give this picture :')

Dia penyabar. Sangat-sangat-sangat sabar. Tiga kali aku ulang bermakna he is Super Sabar. HAHA. Sampaikan saya rasa nak letak nama En. SABAR. Super Sabarman? Eh eh nak kena siku. :P

Berapa banyak kali saya mengadu itu dan ini. Saya ni bukannya best sangat pon. Saya kuat mengomel. Saya kuat mengadu. Saya kuat bercerita. In fact saya boleh jadi penglipur lara tanpa perlu disuruh. Ada sekali tu dia suruh saya jangan baca ayat-ayat dekat paper OK! HAHAHA cannot forget ok. Ya Allah super malu. Padahal nak bagi mukadimah je pon. Fine fine.

Errr. Kuat mengarut pon saya jugalah. Hahahahaa. Tapi saya pon tak faham apsal dia layan je. Dahlah asyik mengadu. Sampai satu tahap rasa dia dah macam kaunter aduan. Hahahaha. Tak puas hati sikit, mengadu.

Sweetest thing (no 2); pada satu ketika saya jatuh sakit. Eceh padahal demam je pon. Dia pesan suruh pakai tebal-tebal. Naik pelik pulak rasa. Adakah kami mahu main snow? :))

Tetttt! Snow celah mana dekat Malaysia Tanah Tumpahnya darahku ini? :P

Bila saya dah turun tangga dan dia menanti dalam hujan dengan payung. (Muzik Winter Sonata berkumandang. HAHA shut up Syud!). Saya bebel-bebel apsal kena pakai baju tebal, why oh why?

'Kan last time awak demam. Nanti awak demam lagi' Oh my, I'm touched! :)

Takkan tak terharu kot? Jangan sekarang je caring dah kahwin nanti tak caring. Siap ah aku bagi Buah Kuntau Jatuh. Haha. Fuh garang. Nak menyesal sekarang?

Takyah.

Definitely awak will say ayat default ni; 'Saya tak menyesal' :)

P/S:
I miss him. Entri secara tiba-tiba dibuat sebab saya rindu dia. Ang ang angau. :P

Friday, June 17, 2011

Saya Dan ICU

AMARAN: Entri mungkin bersifat panjang berjela-jela dan melalut. Sila hentikan bacaan setakat ini kalau rasa tak penting. Eh sebenarnya memang tak penting pon. Haha

Mungkin kalau saya harus menggambarkan keadaan ketika ini. Maka statement ini bersesuaian dengan current condition of myself. Sila jot down (HAHA what the heck engkau Syud?);

Hidung berlari-lari, Kepala menari-nari.
Nose running-running, Head spinning-spinning.

Ceh.

Nak bagitahu saya tak sihat. Itu saja. Sungguhpon tidak sehat tapi hari-hari berkobar-kobar datang ICU. Tahukah engkau aku telah mencipta rekod dengan menghadirkan diri ke Ward ICU pada pukul6:25 pagi? HAHAHAHAA

Kedengaran lucu. Tetapi ini fakta. Jangan bantah aku kata!

Siap nurse cakap; 'Eh nak tulis dalam ingatan ni. Pharmacist pertama datang ward pagi-pagi buta!' Ahahahahaa. Kebenarannya, bukanlah aku nak sangat datang waktu ayam belum berkokok lagi. Namun keadaan memaksa. Realitinya di ICU, kepala otak anda kena di-switchkan ke suis CLEVER FOREVER AND EVER. Maksudnya, kalau preceptor tanya jangan baru terhegeh-hegeh nak cari jawapan.

Jawapan kena simpan dalam hati. Dalam Qalbun bak kata orang Arab. Setiap hari, anda harus jadi super rajin. Sukahatilah engkau nak memaksa, pura-pura rajin or whatever ada aku kisah? Tapi memang terpaksa. Setiap hari, chartinglah segala ubat patient on, patient off. Chartinglah intervention. Chartinglah I/O, B.O, TPN regime, TDM, Temp, BP, HR, RR blablabla. Pendek kata selagi hidup, charting charting charting.

Tapi best jugak. Di sebalik penat, ada job satisfaction di situ. Setiap hari input bertambah. Tidaklah bermuka bodoh sentiasa. HAHA. At least, rasa macam insan berguna. Bukan robot yang screen, filling, dispens je. Bluerghhhh bosan.

For me, being a Clinical Pharmacist bukanlah semudah eating peanuts. Eating peanuts pon engkau kena buka mulut, kunyah-kunyah. Telan jangan tercekik. See? Nak makan kacang pon susah. Hahahaha apakah?

Sebab tu kalau orang tanya saya, it's not in my passion. It's true I learned a lot. Tapi learned a lot tidak pernah cukup untuk membantu orang-orang yang sedia parah. Lagi-lagi untuk manusia pemalas macam aku ni. HAHAHAHAHA jujur bukan? :P

I won't admit saya rajin. Sebab hakikatnya saya tidak. Saya adalah orang yang datang kerja, balik kerja, main fb dan tidur. Tapi satu ketika dulu, waktu iPod saya masih wujud, saya agak rajin menelaah ketika waktu terluang. I miss my iPod dengan agak banyaklah sebenarnya.

Kadang-kadang bila saya explain sesuatu, orang akan amazed. Macam; 'Fuyooo bijaknya gadis ini!!' Padahal tidak pon. Kahkahkah. I explained something yang saya ingat, yang saya convinced, yang saya bawa ke dalam hati. :)

Saya tak nafikan clinical itu seperti meggi Ruski; 'Inilah hikmat, Inilah nikmat!' The more you endure it, the more you will be falling for it. Ahaks ahaks. Tapi, kalau anda pemalas macam Donkey. Eh tolonglah lupakan niat tu. Tolonglah please please.

Nak jadi Clinical Pharmacist begini;

  • Kena ada passion sedalam doktor (yang benar-benar doktor). Apa yang doktor tahu, ANDA WAJIB TAHU. Wajib OK? Bukan setakat sunat ke makruh ke? :P

  • Everything on your finger's tip. Sebut je apa nama ubat, terus laju otak anda bagitahu nak dilute dalam apa, run berapa lama, dos berapa, kalau ada renal adjustment berapakah?

  • TPN & TDM is a MUST! Clinical Pharmacist jaga ward. Ward akan ada macam-macam masalah. Kalau engkau terhegeh-hegeh kedua-dua bahagian ini. Tolonglah jangan mimpi nak jadi orang super hebat.

Eh Syud. Engkau ni pemusnah harapan oranglah! Aku peduli apa aku malas. Aku nak jadi jugak Clinical Pharmacist. Engkau blah sekarang! :P

HAHA. Terpulang.

Saya cerita based on my opinion. Based on my experience. Based from my P.O.V. Cuma, nanti dekat akhirat kalau Allah tanya apakah engkau betul-betul jaga pesakit ketika di dunia, maka jawablah secara jujur nanti. Kerana saat itu mulut engkau takkan boleh membantu untuk menipu.

Aik aik? Tetiba aku jadi ustazah. HAHAHAHAA


P/S:
Sekarang saya sudah tahu kenapa saya tak jadi doktor. Wakakaka. Tapi pasal saya jadi Clinical Pharmacist ke tidak, wallahualam. Allah Lebih Tahu. Mungkin ketika ini saya tak rajin. Mungkin ketika saya sudah jadi emak dan matang saya akan lebih rajin, more experience dan mampu? Haha. Tapi saya berangan nak jadi lecturer. I want to spend more time with my family nanti :)

Monday, June 13, 2011

Berlumba-Lumba

Macam Ikan Lumba-Lumba. Macam Dolphin. Eh kejap Syuhada. Apa beza Dolphin dengan Ikan Lumba-Lumba? Perbezaan mereka hanya pada EJAAN. Kahkahkah. Fine Syud. Tak lawak pon :P

Dari segi warna dan rupa bentuk. Serius sama. Selalunyalah. Tak tahu pulak kalau ada yang rupa lain. Eh sudah sudah. Berhenti mengarut.

Ehem.

Sekiranya anda alert. Maka anda tahu dari status facebook saya dan entri-entri terdahulu, hati saya sedang ada banyak bunga. Tell me you nak bunga apa? Kekwa? Mawar? Tahi Ayam? Errr Tahi Ayam takda. Hati wangi. Tahi ayam is prohibitted. HAHAHAHA.

Mulai hari ini, saya hendak berlumba-lumba dengan diri sendiri. Despite I'm busy with a few more housemanship punya attachment. Despite weekend saya sudah menjadi begitu pendek kini, saya tetap mahu berlumba. Huhuuuuhu.

Saya taknak announce dekat facebook. Saya rasa terlalu poyo di situ. Saya cuma mahu announce di sini.

Because this is my territory & I deserve to do anything that I want, isn't?

Antara announcement yang saya nak war-warkan, ececeeeeh.

1) Saya dah pergi Kursus Kahwin! Hooray hooray! Sungguh bangga rasa macam dapat phD secara tiba-tiba *exaggerate* Habis kursus saya terus rasa bersemangat dan berkobar-kobar :)

2) Si dia telah membelikan saya sebentuk cincin yang macam di atas tapi bukan di atas. Aik? Ayat belit-belit. Lesing nak tak Syud? Sila tunggu on engagement day nanti. Yang bestnya aku ni kan gedik, maka telah request engrave nama pada cincin itu. Hahahaa. I'm hopelessly romantic. Husband-To-Be (InsyaAllah) juga terpaksa mencari kedai lain sebab H.B yang dia pergi tu tak buat engraving services.

Ceh apakah ini? Kedai mini tepi jalan pon buat tahu?

3) Si dia telah selesai membeli segala-gala persiapan hantaran. Saya? Errr saya hanya selesai merepek. AGAGAGAA. Busylah. Bukan sengaja nak berlengah-lengah. InsyaAllah weekend ni akan dikerjakan semua pekerjaan (kononnya).

Yang belum saya kerjakan;

4) Of courselah barang-barang hantaran aku. Aiyark! Serius harus berlumba-lumba. Semalam hari terharu. Terharu sampai naik biru di sebalik sms sebab bila mengadu itu dan ini, dia cakap; 'Takpalah, saya naik KL weekend ni. Cari barang dengan awak' OMG. Bakal suami siapakah yang begitu baik ini? :)

5) Baju bertunang. Siapa datang sila high-light theme saya ini OK? It's grey-silver! Fuh fuh. Exclusivenya warna tak boleh blah omg engkau memang gereklah Syud. Eeeeiii. Please please. Bertenang Syuhada.

Lain-lain?

Lain-lain seperti kanopi dan makanan for the day akan diuruskan oleh Ayah saya. Thank you so much Ayah! :)

Sebelum saya blah. Nak share satu sms super sweet yang saya dapat malam tadi. Actually saya dah pengsan semalam macam kayu balak. HAHA. Penat betul pergi kursus. Entahapehape. :P

"This week must have been a tiring one. The coming week will only bring more challenges. Be brave and strong my dear. Sleep well & pray that all things come as planned" :)

Bangun tidur pagi tadi. Saya terus sengih macam kerang. Sengih sebab rasa bersemangat. HAHA.

Thanks dear. You're awesome! ;)

P/S:
Ada orang cakap aku gila sebab nak bertunang waktu-waktu crucial macam ni. Hellloooooooooooo! Ada aku kisah? :P

Saturday, June 11, 2011

Thing I Wish....

...I could do during weekends.

Bermain kipas angin atau layang-layang

Eh actually apa-apa saja yang berwarna warni dan menggembirakan hati. Main lego pon aku rasa cukup puas hati kot. Takpon makan benda-benda berwarna-warni. Eh eh cannot. Semua orang asyik tegur I had gained few pounds. Haih :(


Bermain kapal terbang kertas berwarna-warni.

Eh eh. Semua benda nak warna-warni apahal? HAHA. Errrr sebenarnya kan, motif asal adalah nak cakap aku berharap boleh buat aktiviti fizikal yang membakar lemak. Kohkohkoh. Aktiviti yang boleh melangsingkan badan yang sudah bulat seperti belon panas ni.

Petang karang nak jog. Harap-harap hari tidak panas. Harap-harap stadium ramai orang so that semangat berjogging membara-bara :P


P/S:
Foto-foto ehsan;
MY MILK TOOF :)

Tuesday, June 7, 2011

Two Stories

WORK STORY

Tahukah anda ubat chemo disediakan oleh Ahli Farmasi?

Jenis-jenis ubat chemo sila google sendiri. Malas nak cerita blablabla bluergh. Aik? Ni nak kasi input ke nak mengarut Syud? HEHEHE. Ok ok. Mari kembali serius.

Saya nak cerita kerja saya sepanjang dua minggu ini. Kerja saya adalah pagi-pagi terima borang inden ubat chemo. Bergantung pada type of cancer. As usual, haruslah anda screen; MRN patient, berat patient, tinggi patient, diagnosis serta dos.

Bare in mind, ubat chemo bukan ubat main-main. Bukan ubat sengaja nak cipta kasi engkau suffer. Tahukah anda ubat chemo yang membunuh sel kanser itu sebenarnya mampu juga menyebabkan kanser?

Habis tu kenapa nak kasi Syuhada? Why oh why? Alasan terdahulu, bukan sengaja nak kasi engkau suffer. Ubat toksik ini adalah last resort. Kalau tak anda ingat kami ingin sangat masuk dalam CDR room tu dan bergelut dengan sitotoksik?

Seperti mana yang telah di ajar dalam Islam, kita kena ikhtiar dan chemo terbukti mampu membunuh sel kanser. Cuma, side effects dia sangatlah dahsyat. Errr tetiba aku buat syarahanlah pulak dah.

OK OK.

Back to basic, apa yang anda buat sebenarnya Syud?

Saya kira BSA (Body Surface Area). Ubat chemo bergantung pada berat dan ketinggian anda dengan formula; berat (kg) X tinggi (cm). Bahagi 3600. Kemudian cari punca kuasanya. Err kedengaran complicated padahal aku malas nak tulis dalam bentuk formula. HAHA

Then kiralah mengikut regime, kalau regime FAC untuk Breast Cancer setakat yang terkini ada 3 regime;

SATU
F - 600mg/m2
A - 60mg/m2
C - 600mg/m2

DUA
F - 500mg/m2
A - 75mg/m2
C - 500mg/m2

TIGA
......

Eh kejap. Regime ketiga dah terlupa pulak dah. Wakakaka. Mintak sorry. Nanti saya edit balik. Lalalaa.

*F - ialah 5-Fluorouracil
A - ialah Epirubicin (trade name Adramycin)
C - ialah Cyclophosphamide

Paling penting, saya nak cerita pengalaman mengalihkan sitotoksik ni dari dalam vial ke dalam syringe. Tekniknya kita panggil; negative pressure technique. Iaitu teknik menterbalikkan vial, memasukkan sedikit udara, mengeluarkan sedikit udara, control the pressure dan feeling pressure bila nak maintainkan syringe tu before berjaya tarik keluar. HAHAHA

Little in, Little out...
Little in, Little out...

Saya berjaya settledkan only untuk 4 patient. Nampak senang tapi pressure gila nak maintainkan pressure dia T_________T Sampai akhirnya secara tidak sengaja tertumpahkan setitik di atas tangan sendiri.

Tumpas.

Luckily kami berbungkus berlapis-lapis. Maka sarung tangan dua lapis telah dibuang dan Syuhada telah membawa dirinya keluar sebab dah tak larat dah nak bernafas guna penapis hidung tu. :P

PERSONAL STORY

....To reply back entri INI

Kakak saya telah membuat entri yang super comel lalu membuatkan si adik sobsobsob terharu di sini. Ececeh.

Memetik satu ayat dalam entri beliau;

"tapikan dlm hati sy sgt hepi ada yg akan bersama adek sayang sy nih dan melayan kerenah emo but sweet nih..hehehe...Tahniah ikhlas dari hati and am so hepii...sy nak kamu hepi tapi emo tu kn kontrol sikit ye..heheh..."


HAHA. Akak, I don't think it will be the end of this year. Macam terlalu laju mahu kejar. Bila terlalu banyak nak dikejar, kita akan termengah-mengah. Apa kata kita jadi cool dan steady tapi bergerak mengikut peredaran? Ahaks.

Akak, I will miss you more than you ever know. Terima kasih sebab sentiasa dengar dan iyakan je kata saya though I know saya bukan selalunya betul pon. HAHA. Most of the time, saya adalah degil dan like you said; emo :P

I love you.

Memetik (eceh macam buah lah pulak nak petik-petik) quote dari Hlovate; 'Sometimes, family is like strangers while strangers are like family' :)

Ada banyak perkara yang tak mampu saya share dengan family, saya share dengan akak. In fact, I cried with you while others tidak melihat air mata saya bercucuran (eceh apakah ayat ini Syuhada?).

Yang diorang nampak; Cheerfulnya lah Syud niiiii. Bubblynya lah Syud niiii. Eh apsallah Syud ni kelihatan seperti tidak punya problem?

Akak paling banyak tahu I got tons of problem. Akak je tahu betapa tragiknya tangisan saya. HAHA. Saya cuma manusia biasa. Yang punya banyak masalah luar biasa. Kohkohkoh

Akak yang selalu bawak saya ke hulu dan ke hilir. Belanja saya makan. Pampered kan saya. Cuma tak dodoikan je. HEHEHEHEHE.

Sebelum tidur. Nak cakap lagi, dengan akak dan Zaid, saya selalu belajar untuk sabar. Kalau emo pon tak mampu nak emo lama-lama, sebab saya sayang both of you. Dengan sangat banyak

:)

Thursday, June 2, 2011

Nora Elena

Semua orang sudah bosan dengar kisah cinta saya. Seolah-olah dunia hanya berputar di atas cinta. Eh eh? Mulalah aku mengarut. HAHAHA. Tapi hari ni saya taknak cerita pasal cinta saya. Eh baguslah Syuhada. Kami sudah bosan. Muak muak. Ceritalah pasal macam mana Ultraman melawan Raksasa.

Err yang itu takda dekat sini. Sila tengok siri kanak-kanak di kaca tv :P

Hari ni saya nak cerita pasal Nora Elena. Heh siapakah itu? Lowyar kah? Pemain musik kah? Kah kah kah? Err. Jawapannya of courselah TIDAK. Jawapannya boleh anda saksikan di kaca TV3 pada waktu Maghrib. (Tapi harapnya silalah sembahyang Maghrib sebelum melagha berangan tak tentu hala) Hihihi

Di bintangi oleh I-don't-know-siapa-gadis-kacuk-jelita-itu dan Aaron Aziz. Eh Aaron engkau kenal pulak Syuhada? HAHA. Aaron jejaka kacak Malaya. Oleh sebab aku ni wanita, of courselah aku kenal.

Sebenarnya kan. Takdalah layan sangat Nora Elena. Tapi sebab housemates yang baik-baik belaka rajin masak dinner dan kami akan duduk tengok tv sambil makan. So cerita yang selalu kami tengok ramai-ramai adalah Nora Elena.

Jadi mari kita semak apakah yang aku nak cerita pasal teledrama ini?

1) Teledrama ini berasal dari novel. Novel berasal dari tangan perempuan. Perempuan berasal dari...errr...takyah takyah. Korang dah tahu asal usul masing-masing. HAHA. Tapi basically nak cakap; teledrama ini adalah Angan-Angan Perempuan. Ahaks

2) Perempuan dan bunga adalah ibarat minyak dan elektrik. Eh ehh? Bila minyak naik, elektrik pon turut sama naik. Wakakakaka. Pendek kata, semua yang dilakukan Aaron terhadap Nora Elena adalah angan-angan semua perempuan. Eceh. Even kami tahu bunga tidak dapat mengenyangkan kami tapi mendapat bunga adalah ibarat menyegarkan biji mata. Dapat bunga buat hati turut sama berbunga-bunga. Agagagaa.

Tapi saya tak sukalah bunga warna warni sepah-sepah atas katil. Rangeela sangat. Saya paling suka macam 'Eiffel, I'm in love'. White roses memenuhi seluruh bilik. :)) *berangan*

3) Lelaki ingin wanita menawan. Wanita ingin lelaki kacak. Ececeh. Pastu masing-masing sila panggung. Berangan. Berangankan lelaki kacak membuat segala-gala perkara dalam cerita Korea. Dalam novel. Dalam filem Hindustan. :))

Padahal, lelaki macam tu wujud hanya seperti di atas. Eh anda boleh tambah kalau tahu other examples. Plus, menawan tu aset je. Aset tak kekal. Dah tua kerepot gak. Lalalala~

4) Cinta selepas kahwin itu indah. Oh yang ini saya setuju! Cinta sebelum kahwin? Oh, stressful! Macam Nora Elena dengan Ed. Gaduh sana. Gaduh sini. Gaduh situ.

Lagi?

Tetiba rasa bantal memanggil. Jogging penatlah. HAHA sangat tiba-tibalah aku ni. Dengan itu kita sudahi entri dengan ciao shin ciao! :P

Wednesday, June 1, 2011

Pencuri Hati

AMARAN: ENTRI BAKAL BERBAUR HOPELESSLY ROMANTIC. SILA AWAY JIKA RASA BELOG INI TAK COOL MACAM COOLBLOG. Aik?


'Wise men say only fools rush in
But I can't help falling in love with you'
:)

Dear Pencuri Hati,

Thank you sebab mencuri hati saya. Aik? Pertama kali aku rasa orang tulis entri cakap thank you kepada pencuri. Kahkahkah. Selalu orang curi secara paksa rela, tapi dalam kes saya tidak. Dalam kes saya, term pasrah-sepasrah-pasrahnya terjana di sini.

From a stranger, you've become someone in my life.

Saya tak pernah terfikir kita akan ada apa-apa. In fact, first time saya jumpa awak saya cuma cakap; 'Oooo. Dia ke?' Pastu sambung makan Yong Tau Fu sebab stranger. Apa kes nak lambai or say hi?

From a stranger, slowly you've occupied some spaces in my heart.

Saya tak pernah imagine kita akan sampai ke stage sekarang. Memandangkan awak sangat diam and most of the time I can't figure what is on your mind but the more I know you, the more I adore you. Eceh. Gelis. Sila belanja makan sedap-sedap nanti. Ahaks.

From a stranger, you've become the other significant part of me.

You made me cry. You made me mad. You made me smile. You made me laugh my heart out. Waktu saya buat awak so miserable, I'm out of my mind. Tapi bagus juga. At least awak tak terkejut. At least awak tahu yang saya ni takdalah so 'bubbly & cheerful' after all. :P

The most touching part adalah even after those hurdle. You're still here. And...errrr..your call hari ini buat saya smiling all day long. :))

Dear Stranger,
Thanks. For being here with me
:)