Monday, June 13, 2011

Berlumba-Lumba

Macam Ikan Lumba-Lumba. Macam Dolphin. Eh kejap Syuhada. Apa beza Dolphin dengan Ikan Lumba-Lumba? Perbezaan mereka hanya pada EJAAN. Kahkahkah. Fine Syud. Tak lawak pon :P

Dari segi warna dan rupa bentuk. Serius sama. Selalunyalah. Tak tahu pulak kalau ada yang rupa lain. Eh sudah sudah. Berhenti mengarut.

Ehem.

Sekiranya anda alert. Maka anda tahu dari status facebook saya dan entri-entri terdahulu, hati saya sedang ada banyak bunga. Tell me you nak bunga apa? Kekwa? Mawar? Tahi Ayam? Errr Tahi Ayam takda. Hati wangi. Tahi ayam is prohibitted. HAHAHAHA.

Mulai hari ini, saya hendak berlumba-lumba dengan diri sendiri. Despite I'm busy with a few more housemanship punya attachment. Despite weekend saya sudah menjadi begitu pendek kini, saya tetap mahu berlumba. Huhuuuuhu.

Saya taknak announce dekat facebook. Saya rasa terlalu poyo di situ. Saya cuma mahu announce di sini.

Because this is my territory & I deserve to do anything that I want, isn't?

Antara announcement yang saya nak war-warkan, ececeeeeh.

1) Saya dah pergi Kursus Kahwin! Hooray hooray! Sungguh bangga rasa macam dapat phD secara tiba-tiba *exaggerate* Habis kursus saya terus rasa bersemangat dan berkobar-kobar :)

2) Si dia telah membelikan saya sebentuk cincin yang macam di atas tapi bukan di atas. Aik? Ayat belit-belit. Lesing nak tak Syud? Sila tunggu on engagement day nanti. Yang bestnya aku ni kan gedik, maka telah request engrave nama pada cincin itu. Hahahaa. I'm hopelessly romantic. Husband-To-Be (InsyaAllah) juga terpaksa mencari kedai lain sebab H.B yang dia pergi tu tak buat engraving services.

Ceh apakah ini? Kedai mini tepi jalan pon buat tahu?

3) Si dia telah selesai membeli segala-gala persiapan hantaran. Saya? Errr saya hanya selesai merepek. AGAGAGAA. Busylah. Bukan sengaja nak berlengah-lengah. InsyaAllah weekend ni akan dikerjakan semua pekerjaan (kononnya).

Yang belum saya kerjakan;

4) Of courselah barang-barang hantaran aku. Aiyark! Serius harus berlumba-lumba. Semalam hari terharu. Terharu sampai naik biru di sebalik sms sebab bila mengadu itu dan ini, dia cakap; 'Takpalah, saya naik KL weekend ni. Cari barang dengan awak' OMG. Bakal suami siapakah yang begitu baik ini? :)

5) Baju bertunang. Siapa datang sila high-light theme saya ini OK? It's grey-silver! Fuh fuh. Exclusivenya warna tak boleh blah omg engkau memang gereklah Syud. Eeeeiii. Please please. Bertenang Syuhada.

Lain-lain?

Lain-lain seperti kanopi dan makanan for the day akan diuruskan oleh Ayah saya. Thank you so much Ayah! :)

Sebelum saya blah. Nak share satu sms super sweet yang saya dapat malam tadi. Actually saya dah pengsan semalam macam kayu balak. HAHA. Penat betul pergi kursus. Entahapehape. :P

"This week must have been a tiring one. The coming week will only bring more challenges. Be brave and strong my dear. Sleep well & pray that all things come as planned" :)

Bangun tidur pagi tadi. Saya terus sengih macam kerang. Sengih sebab rasa bersemangat. HAHA.

Thanks dear. You're awesome! ;)

P/S:
Ada orang cakap aku gila sebab nak bertunang waktu-waktu crucial macam ni. Hellloooooooooooo! Ada aku kisah? :P

4 comments:

fazilah said...

hahahaa...Tahniah in advanced dear. i dh reserved my 2nd July for u except kalo my father nyer condition memerlukn akak di sisi akak mintak excuse in advanced. but so far kita doa banyak2 ayh akak ok so that akak boleh attend ur special day ok.

s.c.h.u.l.t said...

akak; gelak sopan-sopan sket :P amin amin. saya doakan ayah akak cepat sembuh :)

fazilah said...

owhhh..lupe2 ayu ttp kn jaga...*tutup mulut ngan sapu tgn sambil 1 tgn lg memintal kain langsir...Alhamdulillah bapak dh kuar hospital..ehem2 u dh advanced so jgn lupa mainkn perann ye..m sna..hihihi *gedix

s.c.h.u.l.t said...

alhamdulillahhhhh. pakcik ahmad dah sihat! :D

er..peranan apakah?