~Cedera~

Gambar sekadar hiasan. Pandai-pandailah korang carik mana Syuhada. HAHA :P

Yes, saya cedera. Semalam menaiki banana boat lepas tu aku dah macam trauma lepas first time kena campak dalam air. Gila ganas bro tu drive boat! T_______T

Yang first
Kepala terhantuk kepala. Sumpah taktahulah kepala siapa yang dah boleh main tanduk-tanduk towards each other. Tapi sakit. Kepala rasa macam bengong sekejap.

Yang second
Sebaik je saya masuk dalam air terus rasa satu hentakan kuat dekat dagu. Duniaku kelam secara sempurna (Eh tajuk lagu ke ni? Tak. Tak.Saja tulis) Apa yang pasti lepas tu memang sakit. Bukan memang tapi... SANGAT SAKIT.

Naik naik je atas banana boat, tak tahu nak ngadu dekat siapa. Zaid jauh dah dok ke depan. Pegang-pegang dagu sendiri lepas tu 'Omaigod! DARAH???!'

Dahlah wajah sangat hodoh waktu tu. HAHA. Tudung dah senget-senget tapi tak peduli. Yang penting rasa sakit tak boleh blah. Diorang cakap yang last tu pon kena campak gak. Dalam hati dah trauma. Taknak kena baling-baling dah. Duduk atas pisang tu pon sopan je. Tak ada dah lompat-lompat macam kanggaroo dah. T____T (Dah sakit baru tau dok diam-diam)

Yang terakhir
Tak tahulah kepala siapa yang kena sepak.HAHA. Ampun. Tapi this time jatuh tak sakit. In fact, cepat-cepat mencari darat untuk meminta bantuan. Terus pergi peluk Zaid dan cakap 'Zaid...dagu aku luka' (Bayangkan Syuhada datang dengan muka yang sungguh kasihan dan mulut yang melengkung ke bawah. Saya sakit. Macam nilah perangai. :D)

Darah turun macam sirap.Meleh-leleh taknak stop.Sampai solat maghrib pon masih luka dan mengotorkan telekung surau. Zaid cakap maybe darah saya ada masalah nak clotting. Saya pulak cakap I do think I have Thalessemia. Hish MULUTTTTTTTTT! HEHE. Tak. Tak. Saya sihat. ^____^

BBQ semalam Superb. HAHA. Syuhada dapat rasa:
Sakitnya dagu sebab kena hentak. Luka sebab brooch tudung sendiri. Sekarang dah bengkak dan berplaster. YEAY!

• BBQ di dalam HUJAN! T____T (Tak pernah dibuat orang tapi kami buat. TERIMA KASIH Syuhada sebab bijaksana nak BBQ juga. Apa punya organizerlah kau neh.Isk Isk)

• Kasih dan sayang dari Zaid. HEHE. Comel oke. Saya cedera je cepat-cepat Zaid amek ais lepas tu letak bawah dagu. Zaid,aku sedih tahun depan nak tinggalkan hang. Sobsob
Dah dah. Saya dah habis bersuka DUKA. Dah dah. Saya dah dapat dah sakit yang teramat di dagu. Nasib baiklah tak baby, if not pasti dah nangis sebanyak-banyaknya. Dah dah. Saya insaf. T____T

Mahu pergi siapkan research dan exam. Switch on hiatus mode.

Take care semua!~

~ Sunday, November 22, 2009 7 comments

~Stupid OSCE~

"We're you biggest fan we'll follow you until you love us..papapaparazzi"
(Anggaplah kami paparazzi Ajeet. HAHA)

YUHUUUUU! Aku tak kesah orang nak cakap aku gila sebab hari-hari update belog sebab aku tengah tensi dari hati naik ke kepala. Memang terasa macam gotta live like already dying. T_____T

Tadikan, kurang dari 30 minit dari sekarang. Iaitu mengikut waktu tempatan. Aku terkedek-kedeklah dengan baju kurung hijau dan tudung cantek warna puteh. Muka agak cantek jugalah kecuali ada parut jerawat sesat dekat dahi. Eh dah dah. Taknak cerita pasal muka. Back to basic plis!

Tadikan, aku dah mati syahid dalam OSCE room. Sumpah aku tak tahulah apa yang aku dah buat. Dahlah ada 6 stesen. Dahlah haram aku tak expect DRP keluar. Dahlah masa 7 minit jek! WATDAHEK! Serius dah mati syahid tadi. Tapi sekarang mati hidup kembali. Aku kan Fong Sai Yok - dari kubur boleh bangkit menuntut keadilan. HAHAHAHA

Tak guna betol baca symptoms. TAK GUNA. Dia macam tak ada faedah langsung selain menambahkan pengetahuan am je. Kalau tahu baik aku bersedia dengan stage of kidney, pengiraan CrCl (yang aku tak konfiden langsung sebab aku dapat 10 je). Bodohnya rasaaaaaaaaaaaa! T_____T

Dahlah dekat DIS aku terkulat-kulat sampai jadi kulat dan kulapuk. Ha, padan muka confuse! Padan muka tak tahu nak jawab dan jadi ulat depan physician.PADAN MUKA! Heh, tapi aku hebat. Jujur je jawab 'I only get to screen through one type of medication only' Tettttt!! Bukankah berserah untuk ditembak sampai mati bila melakukan perbuatan ini? -____-"~~

Nasib baik OSCE acah-acah. Madam Sem cakap tak ada carry mark tapi Mawar Hitam cakap adalah pulak. How this? Janganlah ada plis. Kalau ada serius aku nak pergi nangis sebanyak sepuluh baldi. Baldi yang kesebelas konpem boleh kasi aku ORS sebab dah terhidrasi! HAHA (Sempat lagi kau buat lawak merepek ek?)

Normal saline pon boleh gak. I'm not choosy. AGAGAAA!~

Dah habis kena kuarantin macam aku neh pesakit TB. Amek kau dok dalam tu pastu berjemaah membebel-bebel sambil cakap 'Susahnyaaaa..SUSAHNYAAAAAAA!!!' T____T

Dahlah. Malas nak fikir dah. Baik fikir esok BBQ. Baik fikir malam karang nak marinate ayam. Ah Ah. Go away OSCE. GO AWAY!

URGHHH. Kenapa kolej cantek menawan semakin hari semakin sejuk neh? Dah 3 hari rasa macam pergi Kutub Utara. Perut pon dah saket gila. CEH!

Dahlah. Cerita emosi tamat sekarang. T____________T

~ Friday, November 20, 2009 5 comments

~Hero Di Hati Itu~

(A.K.A Suami):
"Cukup la seorang yang pagi nye keluar, setiap langkah niat mencari rezeki halal untuk keluarga. yang bila bekerja , cinta dan rindu masih terikat dengan wangian rumah. yang bila pulang, membawa berkat usaha tangan sendiri. yang bila hatinya di rumah, bicaranya lembut dan..tegas seiring sekata. yang TULANG dan RUSUKnya kuat dan tegap, untuk mendidik dan melindungi keluarga, isteri dan anak-anak. yang HATI dan BAHUnya tetap lembut untuk disentuh dan dipinjam. Yang boleh kita sama muda dan tua bersama. Dan yang bila salah seorang tiada, setia menanti di buaian terjanji."
- Wan Nor Asliza

Bukankah ini comel? ^____^

~ Thursday, November 19, 2009 12 comments

~Kenali Ubat Anda~

Saya missing in action these few days disebabkan beberapa perkara seperti:
• Asyik update belog je (Mesti korang menyampah). Lepas tu emo-emo. Tahape hape perangai. Bukankah bosan? T____T

• Saya busy di KK. Everyday dispense, mixing, filling, screening ubat dan berlagak HEBAT! HAHA.

• Every night saya akan lembik seperti vegetable yang flasid lalu sleep like a kayu balak sampailah THE DAY AFTER TOMORROW!. :P
Basically these few days adalah sangat Super Menarik. Mula-mula macam taknak kerja tempat yang membosankan dan bercakap dengan dinding tapi lama-lama tak rasa pon bosan. In fact banyak je benda yang boleh diimprovisekan. Heh, memang murni niat kau Syud,tapi err..agak poyo sebab secara tiba-tiba nak implement 5S dekat klinik yang comel. HOHO

Saya nak kasi info. Siapa berminat boleh baca, siapa taknak baca can menari a GO GO buat apa-apa yang disukai.

Pernah dengar tak moto “Kenali Ubat Anda”? Kalau tengok tu maknanya mungkin anda orang yang alert pada kaca tv atau tak ada Astro (macam saya). Takpon sebab anda tak ada tv (macam saya gak) maka anda tak tahu APA-APA.HAHA, kesiannyaaaaaaa! (pathetic sekali Syuhada neh) :D

Secara ringkas government is now trying to improvise Kualiti Kehidupan pesakit. Tapi masalahnya pesakit kurang faham sakit sendiri. Nama ubat pon tak tahu even dah 10 TAHUN ON MEDICATION! (Yang neh tak tipu. Patient saya tak tahu nama ubat. Dia cakap ubat bentuk Chenta Hati kaler merah) Heh, gila kau? Ingat ubat tu gula-gula? T____T Ish ish, insaflah manusia.

Saya nak cakap lagi neh. Penting sangat patient tahu NAMA UBAT diorang at least supaya boleh avoid drug-drug interaction. Lagi-lagi orang kita, orang kita neh macam ada semangat sangat mencintai ubat kampunglah, herba-herbalah, makjun kuatlah, jus kacip fatimahlah etc etc.

Other than that, bila tahu nama ubat, at least boleh tanya farmasi macam mana ubat ni berfungsi, apa yang patut diambil dan apa yang tak patut,bila nak ambil, apa side effects dia supaya tak melaratkan lagi sakit korang yang sedia melarat. T______T

Contohnyalah kan.

KES: ACE Inhibitor (untuk darah tinggi)

E.g: Perindopril (sejenis ACE inhibitor) boleh menyebabkan BATUK. Kalau pakcik korang makan ubat neh pastu batuk-batuk. Suruh dia mengadu dekat doctor dan mintak tukar. Pastu bolehlah berlagak dengan doctor ‘Saya mengalami S/E. Sila gantikan dengan ARBs (e.g: Losartan) ’ :p

Oke. Sekarang boleh bergerak aktif dan bertanya pada Ahli Farmasi kalau dia FREE (which selalunya sangat busy sediakan ubat korang tapi kalau itu first time korang ambil ubat tu. You HAVE TO KNOW!) Hoh,aku dah siap bagi tanda seru. Kalau korang rasa tak diseru boleh tengok Kekasih Kuseru. (Eh merepek!)

Lagi? Em. Hey, tahu tak ubat tu ada expiry date? Tahu tak ubat tu ada batch manufacturing number? Kadang-kadang dia tulis Bat. Ref. Eg: 6G344. Make sure ubat yang korang ambil ada benda tu.Kalau dalam bentuk strip (yang aluminium tu) selalunya dia puncture dekat atas tu tapi kalau dalam plastic biasa yang korang ambil dekat klinik GP, selalunya macam tak ada. Er..ke memang TAK ADA?

Batch Manufacturing Number ni sangat penting untuk buat produk recall. Contoh: ubat korang tukar warna, ubat korang buat korang sakit pelik-pelik dan sebagainya (tapi kalau buat korang cerdas bak Dik Cerdas boleh bagitahu saya. Nak ubat clever! HAHA). Boleh mengadu dekat Farmasi atau direct to BPFK. Nanti diorang process aduan korang dan pengilang akan ganti dengan yang baru.

Lagi? Paling penting tolong educate pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada sakit kronik yang makan ubat macam makan GULA-GULA! Dahlah banyak. Beraneka warna. Macam-macam bentuk. Lepas tu pergi cakap dekat aku ‘Ha,saya makan ubat bentuk Chenta Hati’ Heh,apakah ini? T______T

Taknak educate tak apa.Fine fine I don’t mind. Tapi please advice diorang suruh tanya dekat Ahli Farmasi. Kesian diorang. Dahlah sakit, lepas tu makan ubat macam makan candy. Not nice lah. Not nice. We need mereka untuk sihat. Bukan untuk jadi lagi teruk.

Last but not least, tolong alert pasal expiry date. Takpayahlah simpan ubat macam simpan bekalan kekabu untuk bantal tidur. Kalau taknak makan pergi bagi dekat Farmasi sebelum expired. Dah expired pergi kasi ikan makan lepas tu ikan boleh timbul-timbul taknak tenggelam dah. HAHA. Bahan Tuba semulajadi! :P

Kredit to:
Kak Faridah for reminding me to share this little knowledge to others.

"Sharing is Caring"
(Moto kasih sayang dari pihak Syuhada. Comel tak boleh blah!)

Ini mesin kira ubat secara pukal takpayah nak kira guna jari-jemari :P

Ini ubat diabetes yang saya pack secara penuh keazaman! HAHA

Ini ubat kutu yang saya gedik nak bancuh,tutup apa semua.

Ini Miss Wong yang ajar kitorang almost EVERYTHING! Oh Miss, you're so sweet!
(Tapi saya tetap taknak take over kerja sana kalau Miss dah habis FRP)

P/S:
Picture tak menawan. Maklumlah. Sekadar VGA tidak DSLR lens. :P

~ Wednesday, November 18, 2009 10 comments

~Tension~


Aku bersyukur sebab dikurniakan wajah yang girang gembira. Sekurang-kurangnya orang takkan boleh nampak aku tensi lalu menensikan lagi diri aku yang sedia TENSI! Oh,darah naik dari hati terus ke kepala! Tapikan..kadang-kadang disebabkan orang tak nampak maka diorang tak tahu aku stress. Tahu-tahu je aku dah tersadai sorang-sorang macam orang gila. Nangis tanpa dilihat oleh sesiapa. Mungkinlah, sebab dah biasa membuat perbuatan itu semenjak kecil. T______T

I healed up FASTER! YEAH! Lebih pantas dari bullet train dekat Japan tu ha. Kalau aku tercedera, biarkan sehari. Esoknya aku akan kembali aktif lalu girang dan tersengih macam kerang.HAHA. Bukankah itu keajaiban? Oke. Boleh taruk aku dalam Wonders of World. Keajaiban yang ke berapa ratus belas pon aku tak tahu! HAHA

Sebab dikurniakan wajah yang girang ini. Orang selalu senyum bila aku senyum. Kira macam ajaiblah. Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Lalu terus menyejukkan mata tiap yang memandang. HAHA. Tapikan hakikatnya, aku neh agak kaku seperti batu di hadapan keluarga. Sejak dua tiga menjak ni bertambah-tambah teruk keadaan. Macam tidak lovely dan buruk je muka neh.

Bila balik je STRESS. Bila balik je terus setan masuk dalam badan. Bila balik je terus rasa nak maki adek yang sorang tu sebab selalu bergaduh dengan Amy! Haihhhhhhhh STRESSNYA! Padan muka dia. Padan muka kena maki selalu dengan aku. Padan muka buat lagi perangai macam budak tak cukup akal. Padahal dah besar dah kot. Makan nak macam KING. Adab taknak pulak elok-elok.

Kan comel macam adik yang lagi sorang tu. (Eh bukan Amy tau!). Sejuk dan penyayang. Nak tanya something pon berkias-kias dulu. Siap tanya kakak dia ni sihat ke tak. HAHA. Sumpah aku pilih kasih tapi peduli apa. Adik yang kasihkan kakak,kakak sayang. Yang buat perangai macam sampah kakak taknak heran! Bukankah kasihan ini kakak? :P

Adik-adik yang lain so far so good. Yang sorang ni je aku risau tak hengat. Kadang-kadang rasa macam nak side kick je tapi aku dah 22. Violent won’t lead to any solution. T_____T

Dulu kan…waktu kecik. Adik yang seorang neh sangat comel. Sangat manja. Sangat mendengar kata.Tapi semakin besar semakin melampau perangai dia. Kadang-kadang aku rasa dia neh tak reti bertimbang rasa, tak cukup empati. Tak reti nak kesiankan orang lain. It will always be him, HIM and HIM. Orang lain tarak! (Lepas ni kalau dia demam ke apa jangan harap nak bawak dah makan Kenny's) -___-"~~

Pastu ayat dari mulut tuuu..Huih! HARSH gila! Macam dah tak cukup kosa kata yang molek-molek nak cakap. Sebab tension aku pon selalu marah dia balik dengan bahasa yang kasar. Padan muka kena bantai dengan batang penyapu! Padan muka! *sekali lagi*

Patutnya hantar je dia kat sekolah pondok! Padan muka dia!

Apa yang penting for me…
is not a lovely birthday present from siblings.
it’s not adik-adik yang sentiasa mempuja-puji kakak.

I asked only adik-adik yang behave, yang tahu letak duduk setiap perbuatan.
Yang reti kasihankan Bonda sebelum apa-apa pon.

Bonda tu, sungguhpon garang seperti Hitler tapi beliau manusia biasa. Jangan kasi dia stress. Kesian dia banyak kerja tahu?

Walaupon kadang-kadang Bonda pon tak faham anak dia neh banyak kerja tapi tak apa. Anak dia ni pon malas nak memahamkan. HAHAHAHA

P/S:
Siapa-siapa yang aku call semalam lepas tu dengar aku macam tengah in the middle of the war dengan suara orang memekik-mekik harap maaf. Itu Bonda dan dia sedang bergaduh. Aku macam tak heran dan lebih senang menguruskan hal-hal duniawi. :P

~ Sunday, November 15, 2009 2 comments