Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 30, 2011

Perkara Terbaru

Yang tak berapa baru dalam hidup saya yang rasanya everyone knows adalah; I'm obsessive over my weight.

Bagaimanapun, sejak mengenali Mr. Fiance (saya sangat menggemari perkataan 'fiance', ianya manis). Aku takda O.C dah. HAHA. Malah menu diet makan sayur atau rojak hari-hari telah saya campak ke dalam errr...ke dalam dustbin. Discard. :P

The best part of it, sudah seminggu saya bertukar tempat kerja kembali. Kemudian ditegur oleh rakan-rakan kerja lama;

'Eh apsal nampak dah semangat ek?'

'Sebab saya dah berbulan-bulan tak diet'

'Apsal dulu diet?'

'Dulu diet sebab takda pasangan, sekarang tak diet sebab dah jumpa pasangan' HAHAHA macam sengal je jawapan. Tapi aku tipu saja.

I didn't diet sebab ada kawan rehat sama-sama. I didn't diet because I'm so happy. Plus, bukankah bila stress aku suka je jogging? Jadi kira imbal baliklah tu. Hi hi hi.

However, kata-kata yang aku sambut dengan gelak tawa itu masih dibawa ke dalam hati. Gila engkau tak cemas??? OMG. I hate perkataan gemuk! Maka tadi sebaik saja balik dari sesi hoye hoye terus sambar bateri seketul.

Encik Weight-Scale,
Khidmat kamu diperlukan kembali! Hiarghh!

Pasang-pasang bateri. Dada terus berombak cemas. Berdebar-debar seperti mahu disunting. Aik? HAHA tak tak. Terus aku pijak weight scale kaca ala kasut Cinderella itu. Lub dub lub dub bunyi jantung. Hak hak hak.

Wanna know my weight right now?
*Drum rolls*

56kg!

Syabas Syuhada! Hahaha. Actually, berat itu OK. Cukup-cukup OK. Berat akan mencemaskan sekiranya naik 5 anak tangga. Takpon sekitar 58kg ke atas. Itu memang bakal merunsingkan jiwa.

Plus, dulu-dulu ketika diet. Paling lebih pon turun sampai 54kg je. Tak pernah rendah lagi. Kalau rendah pasti aku sangat langsing rasa nak lesing. Pasti aku rasa akulah makhluk paling comel di hatiku. Hahahhaha.

OK lah tu. Naik setakat 2kg disebabkan makan nasi hari-hari. Makan breakfast dan lunch tiada henti kalau nak dibandingkan dengan aku diet dulu-dulu memang sangat-sangat Alhamdulillah.

:)


Lagipon, sudah hampir Ramadhan bukan?

To sesiapa yang membaca,
Ramadhan Al-Mubarak!

Semoga tahun ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita. Semoga lebih banyak amal dapat kita lakukan. Ameen ameen.

Oh ya. Tahun ni saya berpuasa di rumah. Hooray hooray! Anda dimana? ;)



P/S:
Saya tak cemas nak cari baju raya. Saya lagi sedih sebab tak lama lagi nak puasa dan saya tak boleh sambut 1 Ramadhan. Sobs :'(

Tuesday, July 26, 2011

Drooling Time!

AMARAN: Entri kali ini akan dibantu dengan penggunaan gambar rajah yang kadang-kala agak narcisstic. Eh belog aku. Biasalah. Menjaja diri adalah perbuatan berciri personal. Muahahahaha.


Kita mulakan dengan yang ini. HAHA. Kan dah cakap, a camewhore memang begini. Namun begitu, lately aku takda berapa menggemari aktiviti bergambar dah. Kualiti-kualiti yang dihasilkan sememangnya berkadar langsung dengan wajah aku yang sedang cedera teruk :'(

Tapi gambar yang ni I like! Even pipi macam pelampung, aku takda kisah. HAHAHAA. Dah macam model cap Kapal Api dah. :))

Saya tidak menyangka. Trip ke Tanah Tinggi rupa-rupanya boleh kita samakan dengan trip ke oversea tanpa perlu menaiki Airasia mahupon Mas. HAHA. Yang di atas ini kami bergambar dengan a couple from Japan, and a 'couple' from Russia (I think).

Thanks Amelia Zulkiffli!
For being such a wonderful darling semasa keberadaan Syuhada di Selayang
:)

I owe you much
Muah muah muah!

Uncles & Aunties,
You guys rocks!!!

Dahlah comel. Pastu selamba yaya je nak amik gambar banyak-banyak. Paling tak boleh blah, ada seorang tu terlalu tertawan dengan aku sampaikan sanggup menyelit between me & Kak Gla. Hahahaha. Sorry Uncle, saya telah pon berpunya :P

Tengah jalan pon takda hal
Janji foto gediks :P

I love you three!
Mwah mwah mwah!

^___^

Errr..
Yang ini tak kenal siapa.
Tunang siapa pon lagilah aku tak kenal
HAHAHAHAA
:))

Foto ini paling comel!
Strawberry Dolly!

Munyee beli satu, then saya pon turut tertawan
Munyee beli lagi satu (for me)
Sampai Rose Valley, Amelia pon turut sama jatuh chenta.

Conclusion?

Munyee beli dua
Syuhada beli satu
Amelia beli satu
(Kami memang kanak-kanak tadika) :P

HAHAHAHA

Ole-Ole dari Jepun!
Biskut Beras dan Lemon Candy

Puaslah auntie tu berasa pelik kenapakah kanak-kanak ini tidak balik-balik. Rupa-rupanya tengah teruja nak amek gambar. Hehe

Seterusnya, mari kita merembeskan saliva. HAHAHAHAHAA. I like! :P

Strawberries Waffle
*Drooling*

Strawberries Fondue
*Double-Drooling*

Monday, July 25, 2011

Little H


Our Little Hannah :)

It was an awesome feeling melihatkan wajah si kecil ini di birai tetingkap facebook. Ececeh. Malah hampir hendak menitik air mata bila Dueng cakap (tulis); 'Ibu selamat, anak selamat. Dua-dua selamat'

Alhamdulillah.

Busuk hoccay bila engkau tengah excited tapi termati rasa excited itu disebabkan charger handphone macam estupido. Hiarghhhh! Rasa nak karate itu charger. Nak bagitahu Eme I'm so happy! Nak bagitahu Eme baby beliau sangat comel lote dan gebu! Grr grr rasa nak geget-geget. Hehehe

In fact nak tanya beliau apakah tips-tips penjagaan bayi dalam perut supaya putih melepak. Aik? HAHA apakah engkau ni Syuhadaaaaaaaaaaaaa

Kadang-kala saya seakan tidak percaya betapa pantasnya masa berterbangan. Masih lagi rasa unbelievable. Satu ketika dahulu, I was their baby sis. Eh ke masih lagi? Hahahaha nak juga tu tatahannnnn.

Masih lagi ingat time ke Singapore for the first time. Tg. Piai with them di hujung selat dan beraksi comel di globe yang besar sambil merepek dengan Dueng pasal beruk yang membawa kepala naga. Eh silap. Singa. HAHA

Alamak!

Tetiba saya sangat rindu akan Eme. Ades ades. Tetiba membayangkan beliau tidur di comforter bilik saya sambil bergolek dengan teddy bear pemberian Dueng. OMG. Sudah tua rupanya kami-kami ini.

I'm so speechless lah kini.

:)

Sunday, July 24, 2011

Tanah Tinggi

Oleh kerana saya bermurah hati. Maka before saya menikmati sarapan dan menjejaki Mossy Forest, maka terimalah segala foto berasaskan strawberri. Hehe.

Takley nak goreng cerita. Busy please.

Bye!








P/S:
Ucu, gambar aksi Hindustan takda sebab hero takda. HAHAHAHAA

Wednesday, July 20, 2011

California King Bed

Kalau anda tanya kenapakah saya suka lagu. Jawapannya simple; it reflects feelings. Selain menggambarkan hati. Lagu juga selalunya meletakkan sesuatu event yang telah berlaku, mungkin berlaku atau akan berlaku kepada seseorang. HAHA

Watdehel engkau merepek ni Syuhada?

Oh, maksud saya. Everything is possible. Hehehehe. Sebagai contoh, sila perhatikan lirik yang telah saya bold-kan. Yang itu telah berlaku. :P

Yang warna biru tu Syud?

Yang itu aku sendiri macam confuse nak letak dalam event yang mana. Muahahaha. Yang itu saya rasa terletak dalam bahagian expression. :")

California King Bed

Chest to chest
Nose to nose
Palm to palm
We were always just that close


Wrist to wrist
Toe to toe
Lips that felt just like the inside of a rose


So, how come when I reach out my finger
It feels like more than distance between us

In this California king bed
We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king


Eye to eye
Cheek to cheek
Side by side
You were sleeping next to me

Arm in arm
Dusk to dawn
With the curtains drawn
And a little last night on these sheets

So, how come when I reach out my fingers
It seems like more than distance between us

In this California king bed

We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king

Just when I felt like giving up on us
You turned around and gave me one last touch
That made everything feel better
And even then my eyes got wetter

So confused wanna ask you if you love me
But I don't wanna seem so weak

Maybe I've been California dreaming

In this California king bed
We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king
My California King

In this California king bed
We're ten thousand miles apart
I've been California wishing on these stars
For your heart for me
My California king



P/S:
Nak nyanyi hari-hari. I'm so in love with this song! :)

Tuesday, July 19, 2011

Declaration

Yes.
I'm engaged to
Mohd Imran Mohd Noor



And hopefully that in a few months to come I will be able to say that;
I'm married to him :)




Nota Penaja:
Eh bukan aku yang request engaged (di fb) itu ye. Encik Tunang yang memandai-mandai buat declaration secara open sesame. Mentang-mentanglah dah baik balik :P

Monday, July 18, 2011

Hati Dibawa Berlari

Kadang-kadang bila tengok orang lain sedang berbahagia. Aku sedikit cemburu. Sedikitlah tapi. Eh kedengaran seperti saya tidak bahagia tapi hakikatnya tidak. Ku bahagia. Sila nyanyi lagu Melly Coeslaw eh Goeslaw.

Walaupon hakikatnya kebahagiaan itu bukanlah selalu. Maksudnya, takkan sepanjang masa dalam hati ada taman bukan? Kadang-kala aku rasa bunga dalam taman pon bisa kuncup disebabkan cuaca terlalu panas. ^%*%$%

Haih.

Complicated OK menjadi seorang Syuhada. Engkau takkan tahu bilakah masanya aku bertukar menjadi warewolf. Kadang-kadang silap kecil je. Tapi terus bawak ke hati. Dah bawak ke hati pastilah aku nangis sobsobsob. Saya ni sensitif orangnya.

Bukan setakat sensitif. Malah aku juga sangat demanding.

Tapi dalam pada aku demand, saya sebenarnya agak bertoleransi. HAHA. Tak caya sudah, nama kau Dolah kau duduk kampung sebelah, eh eh sudahlah.

Kadang-kadang bila tengok orang lain berbunga-bunga omaigoddd aku terus beristighfar dalam hati. Haha. Nak bunga-bunga macam tu tak reti. Nak cakap tak reti. Err, yes, menulis je saya reti. Membebel bukan-bukan lagilah aku reti :P

Malah. Memang sejak dari hari ITU, saya sudah pasang niat banyak-banyak tak nak buat perangai. Saya nak jadi baik. Tanak elmosi elmosi. Tanak cari pasal. Tapi dah pasal yang cari saya, nak buat macam mana? T___________T

Engkau tahukah perempuan itu makhluk yang bagaimana?

Perempuan mengada-ngada. Perempuan kuat merajuk. Perempuan selalu nak kena pujuk. Makhluk yang spesis ni kalau asyik ulang sesuatu maknanya dia nakkan sesuatu tu. Dan paling penting di antara terpenting, kami EGOISTIK.

Eh, ke aku je macam ni? HAHA

Dan aku amatlah penat untuk cakap direct. Aku penat bila semuanya nak kena start sendiri. Dulu tak pernah macam ni. Adapting someting could be so difficult. Ya Allah, kadang-kadang rasa nak give up.

:(

Itu kadang-kadanglah.

See? Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Suram malam tak berbintaaaaaang. Itulah lukisan...errr alam :P

Selalunya, aku menjadi redha. Aku amat-amat pasrah. Tapi dalam kepasrahan kadang-kadang rasa hati macam kena simbah asid. See see? Hiperbola disitu. Selain hiperbola, aku juga kerapkali rasa amat tercedera bila benda macam ni jadi sekali sekala. Haiyya!

Lepas tu mulalah aku usha orang sana. Usha orang sini. Pertikaikan itu. Pertikaikan ini. Ceh ceh. Sungguh tidak mulia perbuatan.

Dah tahu tak mulia apsal masih proceed on?

Sebab saya cuma manusia biasa. Yang punya hati dan perasaan. Ececewah. Manusia biasa yang demand. I'm not hipocrite OK. Kalau saya cakap nak, I will say. Mungkin bukan dalam bentuk yang direct tapi hint di sana dan di sini.

Bila topik yang aku cakap dipusingkan padahal hati tengah kobar-kobar, memanglah membawa baran ke hati.

Sebab tu kadang-kala aku sungguh tidak faham macam mana orang boleh nak dekat aku? Haiyya!!!!!

Bak kata Kak Gla; 'Sayang Syud kena sayang emo dia sekali' HAHA. Sesungguhnya kami datang in package. Bak kata omputeh - combo. :))

Bongekslah engkau ni Syuhada.

Ah sudahlah. Aku nak babai~

P/S:
Buruk hokeeey perangai aku. Tak faham kenapa orang sayang. Sungguh tidak faham.

Sunday, July 17, 2011

Elmosi

:(

Kadang-kadang blur tu bukannya best sangat pon. Kalau engkau ulang ayat yang sama juta-juta kali pon tetap akan blur.

Haih.

Sabarlah hati. Sabar banyak-banyak.

Errr. Aku kena belajar cakap straight to the point ke? :(

Ah elmosiiiiinya guweeeeeeeeeeeeee!!!!

Friday, July 15, 2011

Falling In Love With Him

Yang atas ni memang drooling.
Tapi habis madu sepah dibuang
Habis majlis kotak ni pon kena buang
Tak yah tak yah

Kadang-kadang bila aku tengok apam polka dot rasa macam O-M-G, nak kasi itu buat doorgift boleh tak? Eh tak boleh tak boleh. Mahal sangat satu box 3 hengget. Kalau berbox-box? Makan pasir sungai jawabnyaaaaa!

So, doorgift silalah hold. Silalah tahan diri daripada bernafsu bukan-bukan.

I need something yang macam unik tapi tak membazir. Macam unik tapi berguna. HAHA. Nak bagi customize kotak tisu tapi entah siapalah supplier yang sudi melayan otak aku dengan harga berbaloi pon I don't know. Ceh

Hari tu waktu e-day dah bagi Chocolate Muffin. Semua memuji sedap-sedap. Malah ada yang ingat aku yang buat. Errrr percayakah anda? HAHAHAHA. Tolonglah. Saya sibuk. Entah bilalah ada masa mahu buat muffin tu. :P

Saya tanak balang-balang, pasu-pasu, bunga-bunga. Malahan. sapu tangan pon saya tak mahu! T________________T Bukannya boleh pakai pon. Sekali lap terus jahanam. Tapi people do opt for makanan, bukan?

Heee. Nantilah. Nanti-nanti akan kufikirkan apakah doorgift paling molek untuk diberikan.

Kenapakah saya begitu malas? :(

Makin nak habis makin malas. Saya dah malas nak hadap logbook. Dah malas nak duduk lama-lama dekat sini. Nak cepat-cepat floating. Nak cepat-cepat posting. Nak cepat-cepat kahwing. Aik..?? HAHAHAHA. OK aku gurau.

Tapi actually ayat last tu takdalah gurau sangat pon.

Bila saya flipped back all my entries [yang dah saya privatekan] for the past one year. Suddenly semuanya jadi macam...errr..is this for real?

Anda boleh trace satu entri yang INI.

Saya pernah tulis dalam private entri saya bertarikh 5 FEBRUARI 2011 ayat ini;

Janganlah buat saya jatuh cinta lagi. Saya penatlah nak suka orang. Saya nak orang tu suka saya. Then slowly buat saya suka dia
(dalam tempoh kami nak kahwin)

Err. Possible tak?

Dan serius.

Slowly saya sangat jatuh hati pada tunang saya. HAHA. Aku pon tak tahu apsal aku angau sangat. Jangan tanya please. Saya fikir, itu kuasa Allah. :)

Comel tahu?

Aku rasa bercinta dengan beliau sangat comel. Sebab aku suka mengayat-ayat cinta dan kemudian secara spontan dia akan membalas sms dengan something yang buat aku terus....jatuh cinta lagi dan lagi. Hehe

Padahal, first time kenal dulu rasa macam biasa je pon. Waktu beliau mula-mula bersms pon aku gelak-gelak pastu cop dia stalker! :))

And I still remember waktu dia nak datang convocation aku. Dalam hati I was like; 'Eh biar benar mamat ni? Ajak-ajak chicken je kottt' HAHA.

Cuma, saya rasa the starter point adalah pada satu malam which saya sedang memberang. Sebab kena accused choosy. He was there, chatting with me too. Pastu aku pon apa lagiiii. Terus tanya dia is it my fault?

Saya cakap I'm not choosy. Saya cakap if a guy doesn't make any confession, I don't bother. I don't give a damn care. Engkau kasilah aku waima satu kilang coklat sekalipon. Aku layan je but I won't seriously think you're into me.

Mr. fiance pada ketika itu agreed with me. :)

Then, saya tak ingat bilakah harinya yang kami chatting dan tiba-tiba beliau cakap beliau nak datang KL. Aku yang blur ayam ni dalam hati cakaplah; 'Eh pastu apa kena mengena dengan aku?' HAHAHAHA.

Sebab saya tak malu maka saya pon berpura-puralah tanya dan perasan hot. Lantas terus taip; 'Are you asking me out?' :))

Err. Tiba-tiba *drum rolls*, He said; 'Yup' OK tiba-tiba aku terus gelak. Tapi dalam gelak-gelak I didn't say no. Eh orang ajak dating kot. *Eh gatal juga aku ni ghopenya* Wakakaka.

I said; 'Ha mehlah datang Genting. Time tu Ibu ada conference. Syud kena jaga Amy. Meh meh. Kita jaga Amy sama-sama' :P

I thought he will say NO. Tapi tak. Mr. fiance pada ketika itu terus cakap boleh juga dia pon dah lama tak datang Genting. Aik aik? Haha comel gila!

Tapi, kami tak date dekat Genting pon. Kami date dekat Zoo Negara! AGAGAGGAGAA

How did he proposed you Syud?

Err yang itu lain tahun aku cerita. Kejap. Aku rasa entri aku dah menyeleweng. HAHA. Maaflah. Orang dalam hati ada taman memang macam ni.

Bye *tiba-tiba*

Thursday, July 14, 2011

Checklist: Six-To-Twelve

Rasanya dah boleh mula berfikir kot? Since hati rasa sangat excited dan asyik rindu-rinduan lately. HAHA aku gedik :P

Bila Zarena buat status dia dah beli tiket pergi Jepun. Dah mula plan for her holiday. Mulalah aku pon rasa epilepsy dan gedik rasa meronta-ronta nak beli tiket juga! Tapi apa ke gila nak beli?

Tarikh nikah takda lagi. Tarikh kenduri takda lagi. In fact kami tak start apa-apa pon lagi. Err yang kami dah start adalah bercinta. Haha. Tiap-tiap masa rasa nak bercinta. In fact kalau satu hari tak bercinta rasa not complete. Ececeh.*Dalam hati ada taman bunga*

I miss him :(

Eh sudah. Kalau nak layan miss aku sampai 2020 pon engkau akan bosan. HAHA. Maka mari ke topik yang sepatutnya.

Sepatutnyalah kan. Kami dah harus mula planning. For our nikah. For our majlis. For our....err honeymoon? HAHA nak juga sebab sungguh cemburu tengok orang lain dah plan vacation tahun depan diorang. Cis.

Tapi it's ok. Cewah. Syuhada sangat baik tahu lately? Dia tak buat perangai. Dia patuh dan dia tak suka nak serabutkan tunang dia. Malah actually beberapa hari lepas dia asyik curi-curi pandang buah hati dia yang sanggup potong rambut bila dia cakap semak mata. :))

Saya sebenarnya siap nak puji depan-depan. Tapi sesungguhnya saya juga makhluk yang pemalu. HAHAHAHA. Silalah percaya. Lidah kelu untuk memuji. Speechless. Ececeeeeh.

Seriously, saya terharu. :)

OK. Since in less than 8 months (dengan izinNya) kami bakal jadi husband and wife (kejap kejap aku tak percaya tengah taip neh). Maka haruslah ada check-list kan kan?

CHECKLIST 6 BULAN-12 BULAN SEBELUM (MAJLIS)
  • pilih tarikh dan waktu bernikah
  • pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan
  • memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung
  • menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • mengaturkan bajet
  • pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda
  • kumpul nama tetamu
  • pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • pilih juruandam
  • pilih katering
  • pilih jurufoto dan juruvideo
  • pilih kedai bunga serta penghias lokasi maklis
  • pilih cincin pernikahan
  • pilih muzik
  • pilih kek pengantin
  • pilih kad jemputan

Cincin? Takyah. Even jari ada sepuluh tapi takkan sepuluh-sepuluh jari aku nak kena sarung dengan cincin?

Atur bajet?

Oh yang ini macam dah perlu mula. Sebab aku sangat boros dan kuat makan sejak akhir-akhir ni. Malah rutin makan juga dah jadi TDS instead of OD! Serius sudah boolat macam belooooon.

Hmm. Paling penting di antara yang terpenting. Listname para tetamu. Haha. Maka wahai reader, kalau rasa nak datang majlis saya. Meh meh. Tinggalkan email anda. Nanti saya pm dan minta alamat. So that saya boleh estimate jumlah para tetamu.




P/S:
Heee. Kadang-kadang aku rasa still in denial la. Haha.

Credit:
The Bridezilla

Tuesday, July 12, 2011

Nickles And Dimes

Credit:
James Patterson
(My favourite author)


Saya tak tahu kenapa, tapi bila saya belek-belek balik SMS lama-lama yang tak adalah lama sangat pon. Hati saya tercuit. Ecececeh. Hati saya macam ada rasa terharu-haru.

Kenapa Syud?

Hmmm. Sebab; B.H saya bukanlah romantik orangnya. Balik-balik aku juga yang mengayat 24hours. HAHA. Lepas tu aku jugalah yang merepek all the time sampaikan bila dia balas merepek terasa keanehan. Dan ketidakfahaman secara tiba-tiba muncul! :))

Akan tetapi;

SMS-SMS lama bukti betapa ridiculousnya aku dan betapa sabarnya beliau. Saya..demanding. Yang ini aku tak tipu OK. Pastu saya ni kan kuat meng-elmosi. Bila bulan mengambang maka aku bakal bertukar menjadi warewolf! HAHAHAHAA

Err. Setakat usia pertunangan yang baru 10 hari ni. Alhamdulillah. Syuhada masih lagi tidak menunjukkan simptom-simptom harimau belang. AGAGAGA. Engkau ni kejap warewolf kejap harimau. Mana satu ni Syud?

Eh tak kisahlah. Janji jangan haiwan mughallazah sudeyyhhhhh :P

Secara lojiknya, seorang perempuan mahukan lelaki kacak bergaya. Stylo. Pandai mengayat dan sebagainya yang boleh anda lihat pada Seth Tan. Balik balik Seth Tan hahahaku bosan.

But, based on my experience. Apalah gunanya mulut manis tapi dalam hati banyak compartment? Apalah gunanya kacak bergaya tapi perangai macam sampah? Sampah di sini bermaksud punya bau yang kurang enak untuk anda hidu. HAHA

Ada ke sampah wangi? T_______T

It's ok B.H aku tak romantik. Tak pandai mengayat. Syuhada kan romantik dan suka mengayat. Muahahahaa *masuk bakul angkat sendiri*

Janji;
Hati dia hanya untuk Syuhada :)




P/S:
Penting OK hati seseorang hanya untuk seseorang. Hati banyak-banyak lubang ni aku tak berapa nak faham sangat macam mana boleh wujud. Mungkin hati itu macam badan Sponge Bob kot. HAHA

P/S/S:
It's OK si dia saya tak pandai mengayat sekarang. Nanti dah kahwin dia boleh bagi ayat-ayat cinta banyak-banyaaaaak! :))

Sunday, July 10, 2011

The Floria

AMARAN: Malas nak cerita banyak. Ini entri penuh foto saja. Malas nak tengok boleh shoo away :P

Tema Floria Tahun 2011;
'ROSES ARE FOREVER'

Bagi saya?
Roses Are Everywhere! :)

Kita mulakan dengan Amy yang berwajah lucu! Hehehhee. I know anda semua sangat missing wajah beliau bukan?

She's grown up dengan sangat pantas. Kini sudah jadi adik gadis yang sangat comel (dan kering) Kahkahkah. :P *Statement Angah memang mintak siku. Hehu*

Two Amies who made my day! :)

Saya rasa budak ini adorable. However aku tak dapat tangkap muka dia.
*Frustrated*

Single & Available!
Muahahhaaaa
Comel, Baik, Blablabla
*Promote! Promote!*


Amyzahrah cakap Angah suka tangkap gambar baby entahsapesape. HAHA

My Kione Baby Sis
Dah tak baby dah. Sobsob
*Angah touching*

Dah pandai demand nak naik cruise!
In fact dia juga mintak bola air tu. OMG.
Tuhan, selamatkanlah suami beliau. HAHAHAA

However, I'm always loving her.
How can I say no?
Huhuhuuuu
*Angah si hati tisu sebab Angah sayang Amy so much*


Bye bye!
*Saja taruk muka last sekali sebab zits penuh dekat dahi*

:(

P/S:
Anyone know how to clear up balik muka saya? Dah macam-macam benda saya try. Uhuk uhukkk

Friday, July 8, 2011

My Stride

Ataupon saya panggil vision masa depan. Ececewah.

Vision masa lampau? Err. Vision masa lampau adalah berangan menjadi Yunalis Zarai (malah telah terbeli gitar sampai gitar duduk malu-malu dalam beg). Fine. Aku memang suka melakukan pembaziran material semata-mata untuk cuba jadi cool.

However, saya sedar. Jari jemari ini terlalu 'runcing' untuk memetik tangsi. AGAGGAGAGALADYGAGA.

I adore pictures! I adore cool pictures! I adore lenses & camera!

Dari mereka terhasil foto-foto adorable. Gambar senyum. Gambar cinta. :) Tapi kemudian saya sedar saya memang takkan dapat mendalami ilmu foto. Jadi give up dan jual DSLR sendiri. Hohoho

I adore guitar! I adore musics!

Saya boleh menyanyi tanpa perlu disuruh. HAHA. Err bercakap pon kami tahu engkau tak perlu kena suruh Syuhada. Mulut memang macam pop-corn!

Itu adalah benda yang saya dah lepaskan. Tapi nyanyi takyah lepaskanlah. Rasa nak nyanyi memang aku nyanyi je tanpa perlu ada apa-apa alatan. Mic pon macam tak perlu. Suara lebih merdu tanpa music karaoke jamban.

Kononnya (konon-kononnya) saya nak belajarlah main gitar. Bersemangat gila aku goreng-goreng sorang-sorang. Last-last give up. Macam menyampah sebab bebal sungguh tak reti cari key-note. HAHA. OK. Yang itu bye-bye.

Foto Syud foto?

Oh. Hobi foto tak pernah lepas. Cuma for the time being saya tidak memberangankan diri untuk memiliki any DSLR. Cukup dengan pentax-optio saya yang berupa retro itu. Off-white ouhkay! Hehe. Sungguhpon kualiti gambar tak berapa memberangsangkan tapi takpalah, ada anak nanti baru aku berusaha beli yang lebih berkualiti. Wakakaka.

My stride for future adalah seperti berikut;

#Satu
Mendiami sebuah rumah bersama (bakal) suami. HAHA. Kami dah bincang dan insyaAllah akan sewa/beli sebuah rumah. Tak kisahlah macam mana pun rupa rumah tu. Janji jangan rumah tak jejak tanah. Penthouse lagilah aku tak mahu. T________T *Tinggi itu gayat wooo*

#Dua
Menajamkan skill memasak. Sebenarnya, EBS takyah cakap pon aku dah tahu. Memang dah boleh agak daripada rutin beliau. Memang dah agak Syuhada memang kena jadi rajin masak. Hehe. Tapi takpa, I don't mind. I love cooking actually. Dengan syarat ada orang masak sama-sama. HAHAHAHAAA

#Tiga
Menghabiskan sisa tiga tahun sebagai farmasi. Lepas tu Syud? After that? Er entah. Tak berapa nak pasti hala tuju kehidupan. Ahaks. Yang pasti, kalau boleh nak sambung study. Kalau boleh nak jadi lecturer. Itu kalau bolehlah.Kalau tak boleh takpa. Syukur dan bertabah je dengan rezeki yang ada :)

#Empat
Memiliki anak (kucing) dan anak (tekak). OK engkau gurau kasar nampak Syud? Haha. Kidding. Tahun depan I'm turning 25. Baru perasan 25 tu pertengahan usia. Rasa macam baru semalam umur 23. Haishhhhhhhh. InsyaAllah, kalau ada rezeki. Err ayat tak dapat nak disambung sebab in denial. :P

#Lima
Errr rasanya takda idea. Nanti dah ada idea bakal disambung list for my stride ini. Haha

Mata sudah panggil bantal. Dengan itu saya ucapkan bye!

:P

Wednesday, July 6, 2011

Yummy Red!


Hari ni saya sungguh serabut. Sampaikan bila dapat sms saya abaikan. Tapi kemudian bila saya baca balik; 'Eh strawberries????!' *sila buat nada excited terlampau* Yeayyyyyyyyyyyyyyyy!

Buah hati cakap dia nak bawa strawberries untuk saya malam ni. Kalau ada choc dip bukankah lebih awesome? Mengada-ngadalah engkau Syuhada. Sepak nak? :P

P/S:
Hari pertama jumpa EBS a.k.a Encik Tunang. HAHA. Gedik tak nak catit juga?

Tuesday, July 5, 2011

Welcome To My Silly Life

Errr. Ucapan di atas ditujukan kepada EBS, HAHA. Kesian dia. Mula-mula lagi dah terpaksa menerima Silly Life :)

If people keep on asking why do I choose him, ini jawapan saya;

#1 - Dia serius dengan saya
Selain serius. Dia seorang yang tekad. Maksud tekad di sini tekad yang membawa berkat. HAHAHA watdehel engkau ni Syuhada? Dia tak main-main. Lepas dia cakap dia nak jadikan saya isteri, sepantas kilat dia telah membuat action yang memang don't play play ah. :p

#2 - Dia baik
Manakala saya tidak baik. Eh eh. Tak tak. Bukan tak baik. Saya ni bersifat degil dan emosi. Jenis bukan senang nak jaga. Tapi dia sangat bersabar. In two months kami mengenali each other, saya telah meng-elmosi sebanyak 3 kali! HAHAHAHA. Please. Jangan ingat I ni sweet. I sangat garang sebenarnya. Tak caya tanyalah kawan-kawan saya.

#3 - Dia kacak di hati saya
Hahahahaa. Mesti ada orang kembang baca statement ni. Kalau saya mengada-ngada pon dia layan je. Kalau saya mereng dia OK je. Bukankah dah cakap banyak kali, aku ni bukannya best pon. Kuat mengomel 24Hours. Agagagaga

#4 - Dia tak bising
Aik? Err. Tak bising bermaksud diam-diam ubi kayu. Kahkahkah. Habis tu dah aku bising, memang redhalah dapat someone yang tidak bising. Tapi tak bising dia sangat best. Dia tak bising saya gemuk. Dia tak bising; 'Awak apsal muka macam construction tak siap?'. Dia tak bising; 'Awak kenapa tak reti make up macam orang lain?' Balik-balik saya juga yang bising macam-macam =)

#5 - Dia melengkapi saya
Bila saya fikir-fikir. Eceh. Setiap soalan saya dia jawab dengan jawapan yang sumpah sweet. Ke sebab kami tengah bunga-bunga? Ceh ceh. Encik Tunang, kalau lepas kahwin lain awak buat memang saya sedihlah nanti tahu? Soalan semuanya berbunyi silly jadi takyahlah tahu. HAHA

Sebab?

Syuhada tak pandai masak

Syuhada kuat tidur

Syuhada pemalas

HAHAHAHA. Kesimpulannya, kasihan EBS sebab terpilih Syuhada sebagai bakal isteri :P

Saturday, July 2, 2011

Gadis Ini....

....dengan rasminya telah diisytiharkan sebagai TIDAK AVAILABLE.

Ahaks. Kenapakah rasa begitu best meng-capitalkan perkataan tersebut? (Padahal tidaklah hot mahupun menjadi pujaan jejaka satu Malaya)

2 Julai 2011
Tarikh saya telah di 'book' secara rasminya :)

Semua bertanya, 'Syud nervous tak?' Lalu Syuhada menjawab laju-laju dengan muka super confident; 'Err tak rasa apa-apa pon?'.

Tapi tahukah engkau, sebagai saja kaki ini melangkah turun tangga. Terus jantung aku berperang-perang. Adrenalin rush? Er rasanya lebih dari itu. Rasa bergegaran dan shy shy cat. Cehcehceh. Perasan campuran apakah ini?

Bila sudah duduk, bertambah-tambah gelabah ayam. Ayam pon tak menggelabah sebegitu rupa. HAHA. Waktu bakal MIL nak sua cincin, lagilah jantung terus lub dub lub dub macam enjin motokar. Agagagaga.

Yang saya tahu. Jari jemari saya sedikit menggeletar. Saya sangat segan sebab semua orang pandang. Pastu semua lensa tertumpu pada saya. I begitu shy di sini. HAHAHAA. Sumpah.

Saya malu. :')

Oh begini rasanyaaaaa *tetiba aku nyanyi klasik* Kahkahkah. Eh Syud diam. Ini entri sopan plisss. :P

Baik baik. Sambung balik.

Alhamdulillah. Everything went well. Alhamdulillah. Hari ni saya telah menjadi tunangan orang. OMG. I'm so speechless OK! In fact hingga saat ini masih tak percaya. Malah EBT telah saya upgradekan menjadi EBS (Encik-Bakal-Suami)

Paling comel. Bila saya sms cakap tahniah, terus dia jawab,

'Tahniah juga. Saya berazam nak berubah jadi lebih baik. Saya nak jadi suami yang baik untuk awak'
*nangis terharu*

Dear EBS,
Awak dah cukup-cukup baik. NO! Let's make it sangat-sangat baik untuk saya. Saya yang patut berubah jadi better. Thank you dear. For everything :)

Errr...sekarang boleh lempang pipi sendiri sebanyak 120 juta kali *melampau* untuk menyedarkan diri bahawasanya saya kini adalah tunangan orang. Fuhhhh. Kenapa istilah tu sangat keramat ek? HAHA

P/S:
Kawan-kawan; million thanks for being here when I need you girls the most. Paling terharu di antara keterharuan adalah untuk Amelia, Nina, Maria & Zahidah. Without 4 gadis ni, mungkin ada orang mogok tanak bertunang :P