Thursday, July 14, 2011

Checklist: Six-To-Twelve

Rasanya dah boleh mula berfikir kot? Since hati rasa sangat excited dan asyik rindu-rinduan lately. HAHA aku gedik :P

Bila Zarena buat status dia dah beli tiket pergi Jepun. Dah mula plan for her holiday. Mulalah aku pon rasa epilepsy dan gedik rasa meronta-ronta nak beli tiket juga! Tapi apa ke gila nak beli?

Tarikh nikah takda lagi. Tarikh kenduri takda lagi. In fact kami tak start apa-apa pon lagi. Err yang kami dah start adalah bercinta. Haha. Tiap-tiap masa rasa nak bercinta. In fact kalau satu hari tak bercinta rasa not complete. Ececeh.*Dalam hati ada taman bunga*

I miss him :(

Eh sudah. Kalau nak layan miss aku sampai 2020 pon engkau akan bosan. HAHA. Maka mari ke topik yang sepatutnya.

Sepatutnyalah kan. Kami dah harus mula planning. For our nikah. For our majlis. For our....err honeymoon? HAHA nak juga sebab sungguh cemburu tengok orang lain dah plan vacation tahun depan diorang. Cis.

Tapi it's ok. Cewah. Syuhada sangat baik tahu lately? Dia tak buat perangai. Dia patuh dan dia tak suka nak serabutkan tunang dia. Malah actually beberapa hari lepas dia asyik curi-curi pandang buah hati dia yang sanggup potong rambut bila dia cakap semak mata. :))

Saya sebenarnya siap nak puji depan-depan. Tapi sesungguhnya saya juga makhluk yang pemalu. HAHAHAHA. Silalah percaya. Lidah kelu untuk memuji. Speechless. Ececeeeeh.

Seriously, saya terharu. :)

OK. Since in less than 8 months (dengan izinNya) kami bakal jadi husband and wife (kejap kejap aku tak percaya tengah taip neh). Maka haruslah ada check-list kan kan?

CHECKLIST 6 BULAN-12 BULAN SEBELUM (MAJLIS)
  • pilih tarikh dan waktu bernikah
  • pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan
  • memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung
  • menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • mengaturkan bajet
  • pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda
  • kumpul nama tetamu
  • pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • pilih juruandam
  • pilih katering
  • pilih jurufoto dan juruvideo
  • pilih kedai bunga serta penghias lokasi maklis
  • pilih cincin pernikahan
  • pilih muzik
  • pilih kek pengantin
  • pilih kad jemputan

Cincin? Takyah. Even jari ada sepuluh tapi takkan sepuluh-sepuluh jari aku nak kena sarung dengan cincin?

Atur bajet?

Oh yang ini macam dah perlu mula. Sebab aku sangat boros dan kuat makan sejak akhir-akhir ni. Malah rutin makan juga dah jadi TDS instead of OD! Serius sudah boolat macam belooooon.

Hmm. Paling penting di antara yang terpenting. Listname para tetamu. Haha. Maka wahai reader, kalau rasa nak datang majlis saya. Meh meh. Tinggalkan email anda. Nanti saya pm dan minta alamat. So that saya boleh estimate jumlah para tetamu.




P/S:
Heee. Kadang-kadang aku rasa still in denial la. Haha.

Credit:
The Bridezilla

2 comments:

Rizzy said...

kami!! list ptama eh....err..agak2 kami da kawen lom masa tu :P ~CK

s.c.h.u.l.t said...

hehe. entahlah. tiba-tiba tarikh kita clash. amacam? HAHA. *sebab syud in march gak* :)