Saturday, July 2, 2011

Gadis Ini....

....dengan rasminya telah diisytiharkan sebagai TIDAK AVAILABLE.

Ahaks. Kenapakah rasa begitu best meng-capitalkan perkataan tersebut? (Padahal tidaklah hot mahupun menjadi pujaan jejaka satu Malaya)

2 Julai 2011
Tarikh saya telah di 'book' secara rasminya :)

Semua bertanya, 'Syud nervous tak?' Lalu Syuhada menjawab laju-laju dengan muka super confident; 'Err tak rasa apa-apa pon?'.

Tapi tahukah engkau, sebagai saja kaki ini melangkah turun tangga. Terus jantung aku berperang-perang. Adrenalin rush? Er rasanya lebih dari itu. Rasa bergegaran dan shy shy cat. Cehcehceh. Perasan campuran apakah ini?

Bila sudah duduk, bertambah-tambah gelabah ayam. Ayam pon tak menggelabah sebegitu rupa. HAHA. Waktu bakal MIL nak sua cincin, lagilah jantung terus lub dub lub dub macam enjin motokar. Agagagaga.

Yang saya tahu. Jari jemari saya sedikit menggeletar. Saya sangat segan sebab semua orang pandang. Pastu semua lensa tertumpu pada saya. I begitu shy di sini. HAHAHAA. Sumpah.

Saya malu. :')

Oh begini rasanyaaaaa *tetiba aku nyanyi klasik* Kahkahkah. Eh Syud diam. Ini entri sopan plisss. :P

Baik baik. Sambung balik.

Alhamdulillah. Everything went well. Alhamdulillah. Hari ni saya telah menjadi tunangan orang. OMG. I'm so speechless OK! In fact hingga saat ini masih tak percaya. Malah EBT telah saya upgradekan menjadi EBS (Encik-Bakal-Suami)

Paling comel. Bila saya sms cakap tahniah, terus dia jawab,

'Tahniah juga. Saya berazam nak berubah jadi lebih baik. Saya nak jadi suami yang baik untuk awak'
*nangis terharu*

Dear EBS,
Awak dah cukup-cukup baik. NO! Let's make it sangat-sangat baik untuk saya. Saya yang patut berubah jadi better. Thank you dear. For everything :)

Errr...sekarang boleh lempang pipi sendiri sebanyak 120 juta kali *melampau* untuk menyedarkan diri bahawasanya saya kini adalah tunangan orang. Fuhhhh. Kenapa istilah tu sangat keramat ek? HAHA

P/S:
Kawan-kawan; million thanks for being here when I need you girls the most. Paling terharu di antara keterharuan adalah untuk Amelia, Nina, Maria & Zahidah. Without 4 gadis ni, mungkin ada orang mogok tanak bertunang :P

5 comments:

Cahaya Kekasih said...

congrats....eh...baju yg post sblum ni tu bj tunang ke...bkn bj nikah?

nn said...

congrats! :D

s.c.h.u.l.t said...

ck: er..aah. baju nikah warna cream =)

nn: thanks! :D

amal said...

congrats dear :) bila nak kawen ni??

s.c.h.u.l.t said...

amal: heee. thanks amal! :D insyaAllah in mac 2012. doakan ye? :)