Monday, March 31, 2014

Terima Kasih, Tuhan! :)



King's Building, University of Edinburgh
Saturday, 29th March 2014

AINAN TIHANI semalam genap berusia enam bulan. Ya Allah, terlalu laju masa berterbangan. Rasa macam baru semalam saya push si kecil ni keluar. Hehe. Sekarang, dah tak berapa nak kecil. Kaki dia je panjang boleh sepak-sepak segala benda.

Kalau menyusu boleh membawa kepada kesemutan berpanjangan sebab dah makin berat. Almost 8kg kot!

Kalau siapa reader setia saya (eceh macamlah aku banyak reader). Anda sedia maklum blog ini adalah papan conteng Syuhada. Sukahati je nak membebel panjang-panjang. Haha. Kalau anda ingat lagi, few years back, saya banyak berangan (juga membebel) :)

Tapi Allah sangat pemurah. Saya berangan nak suami. DIA bagi Imran. Saya berangan nak anak. DIA bagi Tihani. Saya berangan nak sambung belajar. DIA bagi saya sambung belajar. Ya Allah. Macam tak percaya dah ke Edinburgh.

Walaupun hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerahhhhh. Suram malam....err sila sambung sendiri tapi saya tetap bersyukur. Sambung belajar bukannya semudah makan ABC. Eh makan ABC pun payah sebab nak kena pergi kedai, order, tunggu, buka mulut, kunyah ais. Eh payahlah.

Di sini, kami mulakan satu chapter baru dalam hidup kami. Sepanjang kahwin kami ni mana pernah independent. Hidup bawah ketiak Mak, Ayah. Masak pun Mak yang selalu masak. Syuhada rajin makan je. Hohoho. Dasar menantu hantu. *krik* *krik*

Sampai sini, semuanya sendiri. Hari-hari kena fikir menu apa nak makan ni. Hari-hari kena masak. Nak makan luar toksahlah. Mahal! Sekali makan luar dah boleh makan dua tiga kali kat rumah. Plus tak best mana pun makan luar.

Few years ago, saya selalu merasakan saya akan ended up hidup sorang-sorang. Oh, sungguh loner! Bila tengok balik, macam mimpi. Serius macam mimpi. Dah dua tahun berkahwin. Dah punya seorang anak. Comel pula tu! Eceh. Setiap Ibu mesti merasakan anak diorang paling comel. Sila bertabah. Haha

Walaupun kadangkala orang tegur; "Huihhh. Putih betul anak hang Syud" Maka terasalah si Ibu yang hitam tapi menawan ini. Huahuahua. Ayah Tihani cerah. Molek sangatlah anak dara kami tu ikut Ayah dia. Kalau ikut Ibu dia memang Fair and Lovely lah jawabnya ;p

Ainan Tihani adalah adorable. Dia melengkapi setiap ruang kosong dalam hidup saya. Rasa complete. Rasa tiap-tiap kali berjaga walaupun rambut kena tarik, walaupun dia nak melekat 24 jam, sembur-sembur air liur lepas tu ended up menangis tetap buat sayang saya tertumpah.Lebih dan sentiasa lebih. Tak pernah kurang. Malah dia memang Ainan.

Buah hati semua orang yang tengok dia. Kalau dia gelak semua orang mencair. Heh bahaya neh. Haha.

Nasib baik walaupun dunia dia hanya Ayah dan Ibu tapi semalam dia mahu dengan orang. Bukan main lagi dia gelak-gelak. Kalau dalam kereta bukan main seronok dia koyak-koyakkan tisu.


Errrr macam nilah rupa dia koyakkan tisu. Super Happy! 

Rasa macam laju sangat dia membesar. 
:)


Thursday, March 27, 2014

Tips Sambung Belajar Dengan Keluarga (Dan Baby)

Saya actually ada assignment. Tapi entah. Terasa nak menulis pasal TIPS untuk mereka yang sambung belajar bawa family. Especially ke UK.

Ini based daripada pengalaman saya bawa Tihani ketika dia berusia 3 bulan setengah. Yang saya nak terangkan adalah apa yang rasanya kena bawa dan apa yang tidak berapa perlu.

DARI MALAYSIA

Kalau anda tak kisah barangan preloved, carboot sales adalah tempat yang paling terbaik untuk dapatkan barang-barang termasuk baju-baju anak dan sebagainya. In my case, kawan-kawan dan family bagi sangat banyak baju Tihani. So ended-up memang beg kami penuh baju Tihani je. Cumanya dari Malaysia kami belikan Tihani satu winter wear sebab kami fly bulan Januari. Masih sangat sejuk. Sampai UK boleh cari macam-macam pakaian dari carboot or Primark dengan harga yang sangat affordable. Kalau boleh cari winter wear yang waterproof.

So apa yang patut di bawa?

MAKANAN
  • Rempah Ratus (walaupun dekat sini ada tapi beli dari Malaysia adalah lebih berbaloi-baloi). Ambillah pek besar. Confirm tak menyesal.
  • Lada hitam
  • Ikan Bilis
  • Cili Kering (WAJIB! Dekat Edinburgh saya tak nampak lagi)
  • Rempah Kari/Rendang/Kurma (tapi lebihkan kari dan rendang kot)
  • Kacang tanah
  • Santan pek (ni bawa banyak gila pun tak apa sebab pek santan saya dah habis. Sobs)
  • Papadom (ada ke Tesco jual papadom dah siap goreng £1? seciput pula tu) Papadom mentah tak jumpa lagi setakat ni.
  • Sos Cili (Matthew ada tapi brand Life tak ada)
  • Kiub Ayam/Tomyam
  • Paste Nasi/Bihun Goreng Adabi
  • Keropok Ikan
  • Maggi (untuk waktu kecemasan)
Oh ye. Kalau nak datang Edinburgh belilah makanan Asia di Matthew. So far saya rasa harga dia berpatutan. Especially Sos Cili. Dekat Tesco atau kedai Pakistan harga hampir £2. Dekat Matthew baru £1.35 macam tu. Matthew dekat sebelah Sainsburry's.

BARANGAN LAIN

  • Stationaries 
  • Notepad
  • Gunting
  • Printer & spare ink
  • Sarung bantal dan tilam
  • Periuk nasi
  • Minyak panas (bam/minyak cap kapak)
  • Telekung & sejadah
  • Al-Quran
  • Kain (untuk lap-lap)
  • Laptop

BARANGAN BABY

  • Minyak Telon
  • Selimut (preferable fleece)
  • Lotion
  • Breastmilk Storage Bottles/plastic storage
  • Pampers
  • Changing mat
  • Stroller (with rain cover)
  • Breastpump
Lain-lain adalah optional. Macam blender dan periuk belanga rasanya dekat UK masih lagi murah so tak perlu susah payah (macam kami) angkut segala periuk. Hehe. Cuma yang saya nak tekankan adalah Breastmilk Storage Bottles. Sebab? Dekat sini harga dia quite pricey! Paling murah saya jumpa AVENT yang harga dalam £10 untuk 10 container kecil padahal dekat Malaysia RM60 boleh dapat berpuluh-puluh biji botol *nangis*

Saya dah beli dulu. Tapi sebab ruang tak cukup so saya keep aside. Nasib baik ada bawa plastic milk storage. Tu pun dah nak habis. Macam makanan saya syorkan bawa lebih santan pek, rempah kari dan rendang. Err ke sebab kami gila kari? Hohoho.

Notepad jangan lupa. Dekat sini Notepad dia tak best. Kertas lembik macam apatah. Minyak Telon dan pampers pun penting sebab memang tak adalah orang jual minyak Telon. Pampers ada yang murah macam kat ASDA dua pek (54pcs) £10 tapi tak berapa best macam Huggies Malaysia. Tapi kalau beli jenama Pampers yang mahal around £18 pun macam tak fit dekat Tihani. Adakah sebab anak kami comel?

Pasal sarung bantal dan tilam pula, kalau boleh get ready sekali cari sarung comforter. Sebab boleh guna untuk sarung duvet. Nasib baik kami bawa satu set. Jimat sikit duit :)

Stroller is a must! Saya bersyukur sebab kami beli Graco Lite dulu. Senang nak ke mana-mana. Nasib baik tak beli stroller kereta kebal :P

Eh tapi kalau ada rezeki lebih belilah Babyzen Yoyo. Nyesal saya tak beli dulu sebab kat sini mahal. Sobs. Rain cover is a must! Dekat Edinburgh hujan sangat makmur. Setiap hari turun mencurah-curah bagai ke ladang gandum.

Beli di United Kingdom (Edinburgh)
Blender
Peralatan dapur
Peralatan bilik mandi
Duvet
Bantal
Bakul baju
Baldi

Dan lain-lain yang dirasakan perlu. Nak murah cari di carboot takpun dekat ASDA. Lagi? Err tak ada idea. Hahaha. Entri tercipta sebab saya baru je dapat milk storage bottle AVENT saya. Teringat botol susu yang banyak-banyak dekat rumah. Huwaaaa



P/S:
Kalau ada sesiapa perlukan information settle down di UK boleh email saya; echamyda@hotmail.com. InsyaAllah saya cuba bantu apa yang boleh :)

Thursday, March 20, 2014

Life After Marriage


Entah. Terpanggil nak menulis. Errr ni pasal H.J lah! *Tak pasal-pasal salahkan orang* Hahahaha. Dulu, dululah kan, pada satu ketika dahulu ketika saya masih lagi single. Belum punya suami. Saya, bak kata HJ terlalu banyak berangan. Terlalu mengingini sesuatu yang sempurna. Banyak sangat dimomokkan dengan movie, novel. In short, fairytales :P

I beg to differ. Fairytales do happened. But in selected people only. Saya bukan orang terpilih maka I'm ordinary. Hehehe. Bak kata He's Not Just Into You;  "Maybe you're not an exception" :D

Kalau nak tunjuk contoh fairytales. Ada seorang blogger famous. Namanya bermula dengan N (italic).  I guess you know who. Tak perlu dicanang lagi. Ehe.

Life after marriage.

Hmmm. What can I say? Saya baru fasa pertama perkahwinan. Baru dua tahun. Masih lagi dalam proses gaduh-baik-gaduh-baik. Hahaha. Nampak je sweet berbunga-bunga. Hakikatnya kalau engkau tengok aku mengamuk, Naga Tasik Chini pon kalah hoccay! Saya dan Imran, masih lagi dalam proses mengenali satu sama lain.

Maklumlah. Kami ni tak sempat bercinta. Baru empat hari kenal dah terus dilamar, few months later bertunang dan kemudiannya kahwin. Tahun pertama perkahwinan kami diuji dengan banyak perkara, remuk jiwa bila my first conception tidak menjadi. Ada hidden things happened but I'm not going to exposed it. Cukuplah kalau saya katakan our boat was rocking a bit. Shaken. Tapi tak karam lagi macam Titanic. Alhamdulillah.

Dari perkara tersebut kami belajar dan Imran berusaha memenuhi kehendak saya ketika saya mengandungkan Tihani :)

Kadangkala, saya kasihankan Imran. Saya kasihankan insan bernama suami. Banyak sangat benda harus dia galas. Tapi saya ni, kurang mengerti. Selalu demand. Selalu....bak kata HJ, kurang sabar. Ye ye. Kita memang akan comparekan hidup kita dengan si A, dengan si B, dengan si C.

Pastu cakaplah kenapa si A dapat tu, si B dapat ni, si C dapat blablabla (insert whatever you wish for). Err pendek kata, senang sangat kurang berpuas hati.  Kurang bersyukur? Ya Allah!

Aah. Saya akui. Kadangkala bila saya mengamuk tu memang kepala otak saya tingtong. Kurang kesyukuran. Nanti air mata berlinangan laju-laju. Imran pujuk peluk takkan jadi apa-apa. Lagi aku tolak laju-laju adalah. Heee tak baik. Sila jangan contohi :p

Tapi kalau orang kenal saya. Diorang tahu saya cepat panas, tapi cepat sejuk. Cuma, I hate it when people takes things for granted. Macam bila saya sudah senyap, maknanya saya OK. Padahal tidak. I will never forget the issue. Huhuhuuuu.

Jadi itulah. Errr buruk perangai aku ni. Haha.

Perkahwinan, bukannya macam dalam novel. Never assume that. Perkahwinan, bukannya a bed of roses. Perkahwinan, bukannya setiap hari indah. Perkahwinan ni macam ombak. Ada pasang surut. Ada masa tenang, ada masa bergelora. *eceh madah*

By the way, walaupun ada masanya bila saya stress saya meletup. Tapi actually deep inside of my heart, saya sangat bersyukur punya Imran. Tolak ke tepi ketika saya irrational.

Anda ingat senang ke nak dapat lelaki boleh mandikan anak? Tukar pampers anak? Memasak? Suami yang sanggup berhenti kerja, fly ikut saya sambung study, et cetera. TIDAK. Saya tak rasa kalau saya kahwin dengan orang lain orang tu boleh jaga saya dan Tihani, sebaik Imran jaga kami :)

Tak puas hati tu biasalah. Manusia. Kita bukan malaikat. Bukan nabi yang maksum. Macam kes saya, nasib baiklah suami saya ya Allah, manusia paling sabar pernah saya temui dimuka bumi ini! :))

Kena sangatlah dengan makhluk paling tak sabar macam saya ni :p

The key is indeed; Sabar.

Mungkin sekarang bukannya masa senang kita. Tak apalah. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Bak kata Allah, 'Verily, with every difficulties, there's relief' (94:5)


:)

Tuesday, March 18, 2014

Follow Just_UK!


Ehem Ehem. Seperti dikhabarkan. Saya telah mula meniaga demi ekonomi keluarga. Jadi sila-silalah follow instashop saya di instagram. :)


Giveaway For @just_uk early follower!!! 

1. Follow @just_uk
2. Repost this picture with caption and hashtag#followjustuk
3. Tag 5 of your friends
4. Comment below with "I love just_uk!"

Simple ait? Join now! This giveaway end 31st March 2014!

Lots of love,
@just_uk

Dah follow?

Terima kasih daun keladi!
Dalam instagram berjumpa lagi! :)

"Marvelous! Marvelous! Saya sudah pandai buat pantun dua kerat!" - Kata Jarjit Singh. HEHE

Cheers! ;)


Thursday, March 13, 2014

Life So Far

Sudah lama tidak memblog. Oh sangat sudah lama. Rasa macam dah berkurun-kurun lamanya. Lamaaaa sangaaaattttt! Ah sudah kau Syuhada. Apa kehalnya banyak sangat perkataan LAMA? Err perdona me! Excuse me.

Memang sudah sangat lama tidak menaip papan kekunci untuk entri blog. HEHE. Maafkan saya. Teng teteneneng. Maafkan saya. Teng teneneng. Maafkan saya. Teng teneneng. Maafkan saya, maafkan sayaaaa!*nyanyi kalau pandai*

Saya sibuk. Serius tidak tipu.

Selain jadi emak, jadi isteri, jadi makcik jual karipap, jadi makcik jual tefal, saya juga sudah menjadi seorang PELAJAR. Heh gigih haku ni semua benda nak sebat jadi 5 in 1. Errr peniaga berjaya pon saya juga. Hehehehe. Life is not easy. Serius.

Selain sebab suami masih belum punya apa-apa pekerjaan, duit yang ada juga kian menyusut. Graf poket menipis berkadar terus dengan masa. Harapnya suami dapat pekerjaan secepat mungkin. Aamiin.

How's Edinburgh?

Cantik! Edinburgh adalah amat mengagumkan. Struktur bangunan dia paling menawan. Dibina dengan batu-batu Granite dan bentuk bangunan zaman silam. Bangunan dekat Edinburgh macam pelik tapi menarik. Sebab di bawah bangunan ada lagi bangunan. Kiranya style jalan dia macam flyover-flyover. Bertingkat-tingkat.

Setakat kini kami pergi jalan-jalan naik kaki je. Naik bas Lothian yang kalau single ticket berharga £1.50 manakala 1 day pass berharga £3.50. Kalau dah ambil day pass tu jalanlah sampai pitam naik Lothian pergi mana-mana pun. Ke hujung Edinburgh pon boleh (err tapi kami tak pernah pergilah). Haha

Korang pergi mana Syud?

Errr....(kejap fikir). Basically kami tak pergi mana pon sangat. Saya saban hari pergi kelas balik kelas. Makan, tidur. Pergi Tesco (berpuluh-puluh juta kali sebab itu paling dekat dengan rumah). Pergi Asda. Pergi Sainsburry's. Err nampak tak permainannya di situ? Balik-balik pergi Hypermarket :))

Dah itu je yang ada tujuan. Pergi hypermarket sebab nak beli groceries. Kami tak ada kereta. Sekali beli barang nak beli banyak-banyak mahu senget bahu. Itu pun dah tersenget dah bahu Imran dibuatnya. Dengan nak sorong stroller lagi. Nasib baiklah tak beli stroller jenis kereta kebal dulu (if you know what I mean). Nasib baik.

Stroller Tihani adalah super amazing! Saya suka! Cuma sayangnya tak ada suspension. Bila tolak-tolak atas jalan berbatu-batu kesian Tihani terpelanting-pelanting *hyperbola*. Jadi saya berangan nak stroller lain nanti kalau Imran dapat kerja ;)

Baiklah Syuhada. Seterusnya nyatakan perkara menarik di Edinburgh. OK. Ini based on pemerhatian saya sajalah. Orang lain I dunno.

Satu - Bas di sini efficient! Sudahlah efficient, dua tingkat pula tu. Tapi janganlah kau berangan bas dua tingkat yang jenis atas terbuka tu. Sini asyik hujan tahu. Kalau rasa nak mandi hujan, pergi buat bas sendiri. Sejuk gigil-gigil nanti.

Dua - Anjing sangat banyak! Errr poo poo diorang pon banyak. Sepah-sepah di kiri kanan jalan. Ah I hate. Tak suka tak suka. Walaupon anjing diorang ada yang comel tapi tak suka juga. Waaaaa. Kalau ada Anjing datang dekat saya (ye mereka friendly) maka saya akan kecutkan badan. Pastu jawab secara polite; "I'm afraid of dog" dengan muka terkebil-kebil. Haha.

Tiga - The power of pound sterling. Yes. Pound sangat berkuasa. Kalau dekat Malaysia kita dah tak heran dah dengan duit sen-sen. Di sini masih berguna. Masih laku. Masih berkuasa. Bayangkan ye, dengan £50 kalau anda beli groceries memang penuh satu trolley. Barang makanan memang murah! Tapi kalau nak jimat masaklah sendiri. Beli dekat kafe walaupun murah tapi baik beli makanan mentah. Boleh tahan berminggu dan kena dengan tekak Melayu :)

Contoh; (heh baik sangat aku ni cerita harga makanan. Hehe);
Baby Chicken - 3 ekor = £6.99
Beras 5kg = £5.00
Susu 4 pint (2L) = £1.00
Donut 5 biji = £0.50
Kentang 2.5kg = £2.00
Tepung gandum 1.5kg = £0.45
Telur 15 biji = £1.50

Haaa. Bayangkan ye. Donut sebiji seposen! Kat Malaysia tak dapeklah rege begitu. Harga tepung paling comel. Hahaha. Satu kampit 45sen. Paling berkuasa duit sen dekat sini adalah sebab saya suka beli Cappucino dekat kafe library. Secawan £1.25. Hewhewhew.

Empat - Edinburgh sejuk dan kerap hujan. Boleh dikatakan setiap hari pergi kelas mesti bermandikan hujan. Angin kuat. Saya yang gemuk ni pon rasa terbang-terbang. Eh ke aku dah kurus? Hewhewhew *perasan*

Lima - UK mesra OKU. Ini bukan mesra yang jenis buat app tahapehape dalam android pastu cakap "App ni bernilai 1.5juta watdehel ". Disebabkan bas mereka efficient maka melihat orang tua atau OKU di atas bas adalah pemandangan biasa. Mereka sangat independent. Bas siap boleh turunkan platform nak bagi wheelchair atau stroller naik. Kalau pergi mana-mana bangunan mesti ada button untuk OKU tekan senang nak buka pintu. Mesti ada ramp untuk memudahkan pergerakan.

Enam - Dekat sini elektrik/gas ada yang bayar guna prepaid ada yang bayar guna bil. Kalau student, council tax boleh waive jadi takyah bayar air. Hooray! Bila cakap prepaid maknanya anda memang ada yang style macam masukkan duit syiling. Hehe. Tapi yang tak bestnya pakai bil ada ke diorang kira kita punya electric guna ESTIMATION? Heh. Aku gigil dalam rumah siap tutup heater sebab nak jimat. T___T

Tujuh - Shopping adalah dihujung jari. Boleh dikatakan semua kedai ada online store. Tapi kadangkala ada barangnya dah tak ada dekat online. Pastu postage kebanyakkannya FREE! Waktu mula sampai belian pertama saya adalah beg sekolah Surfdome. Bayangkan ye. Harga £3.50 termasuk postage! Pastu siap ada sticker dengan resit yang cakap kalau tak suka boleh pulangkan. Malaysia? Nan-ado! Ini juga applicable kalau anda shopping di Primark. Dalam masa 28 hari kalau tak suka dengan syarat tag tak buang dan bukan pakaian dalam maka boleh return tak ada banyak songeh.

Errr banyak lagi kalau nak cerita pasal Edinburgh sebagai contohnya bas efficient tapi strict. Hanya boleh ada satu je stroller terbuka pada satu-satu masa. Kalau ada stroller lain waktu tu maka anda kena lipat stroller anda dan pegang baby. Sila duduk molek-molek sebab ada CCTV dalam bas. Haha.

Saya rindu Malaysia. Saya rindu bermalasan tengok cerita Be Careful With My Heart dengan Miera. Apa khabarlah Sir Chief dengan Maya gamaknya eh?

Apa khabar Tihani, Syud?

She's fine. Coping with Edinburgh. Anak dara yang amat manja dengan Ayahnya. Sekarang dah pandai depang tangan minta di dukung. Dah pandai memberontak. Protes sambil loncat-loncat pastu kepala terhantuk dekat kerusi sebab kami letak Bumbo dekat kerusi makan. Imran suspect perkataan "Airrr" yang selalu digunapakai oleh Tihani adalah merujuk kepada IBU. Huhuhu.

Bila saya sekolah, Tihani kadangkala leka. Tapi bila dia teringat saya tak ada, mulalah dia nangis-nangis. Waktu tu memang susu tak layan dah lah. Sejak dah besar ni she's well behave. Dah boleh berkompromi kalau ke mana-mana. Dia cuma akan menangis teresak-esak kalau dah betul-betul tak tahan haus/lapar. Selain itu? Tihani OK! :)

Kalau kami ke mana-mana, orang mesti tegur dan cakap Tihani comel. Tihani adorable. Kalau pergi Carboot mesti balik bawa freegift. Hehehe. Cute je.

 Oh ye. Dah tak tahu nak merepek apa.Tihani minta nenen. Sebelum entri tamat. Terimalah deretan gambar-gambar dan video secara rambang buat tatapan ;p

Cheers!!!!