AINAN TIHANI semalam genap berusia enam bulan. Ya Allah, terlalu laju masa berterbangan. Rasa macam baru semalam saya push si kecil ni keluar. Hehe. Sekarang, dah tak berapa nak kecil. Kaki dia je panjang boleh sepak-sepak segala benda.
Kalau menyusu boleh membawa kepada kesemutan berpanjangan sebab dah makin berat. Almost 8kg kot!
Kalau siapa reader setia saya (eceh macamlah aku banyak reader). Anda sedia maklum blog ini adalah papan conteng Syuhada. Sukahati je nak membebel panjang-panjang. Haha. Kalau anda ingat lagi, few years back, saya banyak berangan (juga membebel) :)
Tapi Allah sangat pemurah. Saya berangan nak suami. DIA bagi Imran. Saya berangan nak anak. DIA bagi Tihani. Saya berangan nak sambung belajar. DIA bagi saya sambung belajar. Ya Allah. Macam tak percaya dah ke Edinburgh.
Walaupun hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerahhhhh. Suram malam....err sila sambung sendiri tapi saya tetap bersyukur. Sambung belajar bukannya semudah makan ABC. Eh makan ABC pun payah sebab nak kena pergi kedai, order, tunggu, buka mulut, kunyah ais. Eh payahlah.
Di sini, kami mulakan satu chapter baru dalam hidup kami. Sepanjang kahwin kami ni mana pernah independent. Hidup bawah ketiak Mak, Ayah. Masak pun Mak yang selalu masak. Syuhada rajin makan je. Hohoho. Dasar menantu hantu. *krik* *krik*
Sampai sini, semuanya sendiri. Hari-hari kena fikir menu apa nak makan ni. Hari-hari kena masak. Nak makan luar toksahlah. Mahal! Sekali makan luar dah boleh makan dua tiga kali kat rumah. Plus tak best mana pun makan luar.
Few years ago, saya selalu merasakan saya akan ended up hidup sorang-sorang. Oh, sungguh loner! Bila tengok balik, macam mimpi. Serius macam mimpi. Dah dua tahun berkahwin. Dah punya seorang anak. Comel pula tu! Eceh. Setiap Ibu mesti merasakan anak diorang paling comel. Sila bertabah. Haha
Walaupun kadangkala orang tegur; "Huihhh. Putih betul anak hang Syud" Maka terasalah si Ibu yang hitam tapi menawan ini. Huahuahua. Ayah Tihani cerah. Molek sangatlah anak dara kami tu ikut Ayah dia. Kalau ikut Ibu dia memang Fair and Lovely lah jawabnya ;p
Ainan Tihani adalah adorable. Dia melengkapi setiap ruang kosong dalam hidup saya. Rasa complete. Rasa tiap-tiap kali berjaga walaupun rambut kena tarik, walaupun dia nak melekat 24 jam, sembur-sembur air liur lepas tu ended up menangis tetap buat sayang saya tertumpah.Lebih dan sentiasa lebih. Tak pernah kurang. Malah dia memang Ainan.
Buah hati semua orang yang tengok dia. Kalau dia gelak semua orang mencair. Heh bahaya neh. Haha.
Nasib baik walaupun dunia dia hanya Ayah dan Ibu tapi semalam dia mahu dengan orang. Bukan main lagi dia gelak-gelak. Kalau dalam kereta bukan main seronok dia koyak-koyakkan tisu.
Errrr macam nilah rupa dia koyakkan tisu. Super Happy!
Rasa macam laju sangat dia membesar.
:)
2 comments:
ainannnn kenapa adorable sgt ni...mcm nak gigit!
kak riena: saya pun hari2 tahan diri. rasa nak gigit2 :))
Post a Comment