Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 20, 2014

Life After Marriage


Entah. Terpanggil nak menulis. Errr ni pasal H.J lah! *Tak pasal-pasal salahkan orang* Hahahaha. Dulu, dululah kan, pada satu ketika dahulu ketika saya masih lagi single. Belum punya suami. Saya, bak kata HJ terlalu banyak berangan. Terlalu mengingini sesuatu yang sempurna. Banyak sangat dimomokkan dengan movie, novel. In short, fairytales :P

I beg to differ. Fairytales do happened. But in selected people only. Saya bukan orang terpilih maka I'm ordinary. Hehehe. Bak kata He's Not Just Into You;  "Maybe you're not an exception" :D

Kalau nak tunjuk contoh fairytales. Ada seorang blogger famous. Namanya bermula dengan N (italic).  I guess you know who. Tak perlu dicanang lagi. Ehe.

Life after marriage.

Hmmm. What can I say? Saya baru fasa pertama perkahwinan. Baru dua tahun. Masih lagi dalam proses gaduh-baik-gaduh-baik. Hahaha. Nampak je sweet berbunga-bunga. Hakikatnya kalau engkau tengok aku mengamuk, Naga Tasik Chini pon kalah hoccay! Saya dan Imran, masih lagi dalam proses mengenali satu sama lain.

Maklumlah. Kami ni tak sempat bercinta. Baru empat hari kenal dah terus dilamar, few months later bertunang dan kemudiannya kahwin. Tahun pertama perkahwinan kami diuji dengan banyak perkara, remuk jiwa bila my first conception tidak menjadi. Ada hidden things happened but I'm not going to exposed it. Cukuplah kalau saya katakan our boat was rocking a bit. Shaken. Tapi tak karam lagi macam Titanic. Alhamdulillah.

Dari perkara tersebut kami belajar dan Imran berusaha memenuhi kehendak saya ketika saya mengandungkan Tihani :)

Kadangkala, saya kasihankan Imran. Saya kasihankan insan bernama suami. Banyak sangat benda harus dia galas. Tapi saya ni, kurang mengerti. Selalu demand. Selalu....bak kata HJ, kurang sabar. Ye ye. Kita memang akan comparekan hidup kita dengan si A, dengan si B, dengan si C.

Pastu cakaplah kenapa si A dapat tu, si B dapat ni, si C dapat blablabla (insert whatever you wish for). Err pendek kata, senang sangat kurang berpuas hati.  Kurang bersyukur? Ya Allah!

Aah. Saya akui. Kadangkala bila saya mengamuk tu memang kepala otak saya tingtong. Kurang kesyukuran. Nanti air mata berlinangan laju-laju. Imran pujuk peluk takkan jadi apa-apa. Lagi aku tolak laju-laju adalah. Heee tak baik. Sila jangan contohi :p

Tapi kalau orang kenal saya. Diorang tahu saya cepat panas, tapi cepat sejuk. Cuma, I hate it when people takes things for granted. Macam bila saya sudah senyap, maknanya saya OK. Padahal tidak. I will never forget the issue. Huhuhuuuu.

Jadi itulah. Errr buruk perangai aku ni. Haha.

Perkahwinan, bukannya macam dalam novel. Never assume that. Perkahwinan, bukannya a bed of roses. Perkahwinan, bukannya setiap hari indah. Perkahwinan ni macam ombak. Ada pasang surut. Ada masa tenang, ada masa bergelora. *eceh madah*

By the way, walaupun ada masanya bila saya stress saya meletup. Tapi actually deep inside of my heart, saya sangat bersyukur punya Imran. Tolak ke tepi ketika saya irrational.

Anda ingat senang ke nak dapat lelaki boleh mandikan anak? Tukar pampers anak? Memasak? Suami yang sanggup berhenti kerja, fly ikut saya sambung study, et cetera. TIDAK. Saya tak rasa kalau saya kahwin dengan orang lain orang tu boleh jaga saya dan Tihani, sebaik Imran jaga kami :)

Tak puas hati tu biasalah. Manusia. Kita bukan malaikat. Bukan nabi yang maksum. Macam kes saya, nasib baiklah suami saya ya Allah, manusia paling sabar pernah saya temui dimuka bumi ini! :))

Kena sangatlah dengan makhluk paling tak sabar macam saya ni :p

The key is indeed; Sabar.

Mungkin sekarang bukannya masa senang kita. Tak apalah. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Bak kata Allah, 'Verily, with every difficulties, there's relief' (94:5)


:)

6 comments:

fazilah said...

ntahlah kenapa i sayang sgt kt girl sorang ni, kepala angin dia masih boleh dikawal. mulut mcm bertih jagung tapi dia juga pendengar yg baik sebab kakak diapon mulut mcm bertih jagung jugak...hehhe...

i luv her the way she is...n am sure imran luv her more than his life (kalau tak, dari awal sure cannot tahan wooo) ecehhh...

haha..sori syud akk conteng kt sini...luv u mmuuaahhh...miss u

s.c.h.u.l.t said...

*lap air mata atas keyboard*

love & miss you too kak gla! :) muah muah!

dueng said...

bila nak marah, ingat satu benda. Hati yang terluka, biarpun memaafkan tapi lukanya tetap berbekas. makin bercalar hati tu, makin dingin la ianya.

sebab tu, kena banyak sabar bila nak marah. daripada mengamuk, lebih baik diam. jauhkan diri dan mengamuk bukan di depan yang tersayang. sebab takut lebih banyak kita bertindak, lebih banyak kita menyakiti.

saya dan eme masing2 panas baran. tapi bila mana kami nak bergaduh, kami senyap. masing2 tak luahkan. sebab senyap itu lebih baik. bila dah rational, hati dah tenang, baru bercakap. jadi kurang rasa sakit hati, kurang menyakiti yang tersayang.

syud boleh cuba macam tu. bila marah, cuba tak bercakap. luahkan bukan di depan dia. bila dah bertenang, baru cakap dgn dia. InsyaAllah, syud dah dapat suami yang memahami, hargai dia kerana susah nak dapat suami camtu.

s.c.h.u.l.t said...

dueng: aah dueng.usually memang syud try tunggu diri sendiri sejuk baru bincang. but ada jugalah terlepas time ada benda provok. huhuhu.

yup.alhamdulillah dapat dia :)

dueng said...

takper syud. kita manusia, ada kelemahan. yang penting kita cuba baiki perlahan2. dueng and eme pun cuba buat benda yang sama, kurangkan bergaduh, tambah pulak long distance sekarang ni, memang lagi la kena appreciate masa yang nak spend bersama.

InsyaAllah, time will make it better.

s.c.h.u.l.t said...

kan? orang cakap 5 tahun pertama perkahwinan memang banyak cabarannya. huhuhu. insyaAllah. sama-samalah banyakkan bersabar :)