Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

Red Vampire

Baca: Pontianak Bermata Merah.

Maaflah Ucu. Tadi memang dah disuruh mandi tapi hati degil. Hati cakap nak cerita penderitaan hari ini. Sobs

Tahukah anda Vampire itu Pontianak? Kedengaran sedap in english tetapi begitu tidak enak bila kita pronounce dalam Malay. HAHA. Sebab? Pontianak versi Melayu adalah perempuan berambut menggerbang dengan bibir merah dan jubah putih. Kain jubah dia selalunya jenis lepas dan tidak digosok. Pendek kata, selekeh.

Tapi sebab aku rasa aku lagi comel dari pontianak maka marilah cakap malam ni Syuhada jadi Red Vampire. Ecececee. Berharap diri lebih jelita dari Edward Cullen berbibir merah tetapi tidak pucat dan lebih tan in colour, saya sakit gila malam ni.

Tak pernah seumur hidup mengalami reaksi alahan semacam ini. Apsal tetiba mata begitu mengada-ngada neh? Arghhhhhhhhh!

Penderitaan berterusan bila saya terpaksa drive sambil tutup mata sebelah. Selain tutup mata sebelah kanan, air mata juga turut merembes-rembes keluar. Err mucous juga turut nak meleleh. Ya Allah, kalau engkau tengok aku pasti ingat aku sedang kesedihan.

Haiya!

Sampai saat ini mata saya tak berhenti lagi memerah dan mengalirkan air mata sebanyak aku tak tahu nak sukat. Pedihlah pendek kata. Rasa nak penampar diri sendiri pon ada. Adesss.

Silap haribulan muka aku pon dah sedikit pucat sebab tahan sakit.

Merah? Eh yang tu takyah tanya. Memang dah sangat merah ni. Esok boleh claim konon-konon sakit mata.

OK sudah. Tak larat dah mengerdipkan anak mata tatap skrin. Mungkin tidur boleh menjadi analgesic dan mengurangkan kemerahan ala pontianak neh. Doakan mata saya sihat esok.

Trimas!

Wednesday, April 27, 2011

Alam Pekerjaan

Fuh. Tajuk macam best tapi kerja manada best. Kerja yang best adalah duduk di rumah sambil makan mangga. Sambil suap mulut anak dengan mangga. Sambil minum jus mangga. Err apsal semua benda bermotif mangga ni Syud? Craving. Dah lama tak makan buah mangga.

OK lupakan.

Atas permintaan seorang pengkomen. Saya nak buat entri berkenaan kerja. So far as a houseman pharmacist. Tak banyak saya boleh cerita. Al maklumlah. Ilmu terlalu cetek di dada. Dahlah cetek paras dada itik. Pastu pemalas ya Rabbi! :p

Basic things di alam pekerjaan saya adalah; OPD (Out-Patient Department). Tempat orang selalu datang ambil ubat ulangan. Kerja kami, prescription datang - SCREEN. Kalau salah call doktor, minta betulkan. Then - FILLING. Pastu - DISPENSE.

Second, WARD SUPPLY. Baik di mana-mana sekalipon, ini adalah kerja yang leceh. Leceh sebab beban kerja memang banyak. Anda kena screen prescription, isi trolley, counter-check trolley, bagi floor stock. Pastu ada ED, WS24H dan satelit-satelit yang perlu dijaga tanpa perlu menaiki any rocket untuk sampai ke destinasi. Naik lift je. HAHA

Third, clinical. So far, baru satu je yang saya dah tempuh. Ward CARDIOLOGY. Menarik sebab hari-hari belajar macam-macam. Hari-hari melopong dengar doktor bercerita. Tapi kadang-kadang rasa hoye hoye bila specialist tanya pasal ubat ataupun aku menggelupur tak dapat jawab. Wakakaka. But most of the time, saya akan usaha cari jawapan sampai dapat! :)

Clinical part is more to assist doctor. Pharmacist dengan doctor, sama-sama treat patient. Doktor tahu penyakit, management. Pharmacist pula akan recommend ubat dan dos yang sesuai. Bergantung kepada keadaan semasa pesakit la.

Fourth, services dari pharmacy. Ada macam-macam. CDR untuk oncology. TPN untuk patient yang critically need nutrition. TDM untuk ubat yang narrow therapeutic index. Err tak faham sila google. Jangan malas sangat buat homework. (Eceh garang macam cikgu)

Pasal TDM (since aku dah lepas). Selalunya kita akan suggest dos dan monitor patient. Macam mana nak suggest? Tengok jenis ubat dan CrCl. Kalau kidney dah mula menjahanamkan diri beliau, memang haruslah kita pantau ubat yang kita nak kasi. Selain tu, kita akan suggest peak & trough time. Bila doktor patut ambil darah. Err ingatkan sekali. Sebab doktor selalu bertukar-tukar. Malam hari selalunya doktor on-call yang in-charge.

Lagi?

So far itu je yang ingat. Sila ajukan soalan pasal macam mana saya slim selepas berkerja. HAHAHA. Tipsnya; selalulah buat bed-side dispensing dan berkejar-kejar ke ward sebab doktor nak macam-macam :p

Sunday, April 24, 2011

Confession

Lewat kebelakangan ini. Terlalu banyak perkara menggembirakan berlaku. Untuk itu, syukur. :)

Dulu, waktu saya masih seorang pelajar. Saya kuat berangan. Aku boleh berangan sambil pasang headphone dan nyanyi-nyanyi sorang-sorang. Kadang-kadang tersengih-sengih mengalahkan sifat seekor kerang. Tapi kerang busuk. Aku lebih wangi. Harap maklum :P

Selain perkara yang menggembirakan. Lewat kebelakangan ini juga aku seperti agak mahal. HAHAHA.

Apakah?

Maksud mahal di sini secara tiba-tiba saham meningkat. Indeks komposit naik beranak-anak tangga. Actually tak berapa nak faham kenapa tetiba aku jadi manusia hot neh? Ish ish ish. Tapi, setakat mengayat dengan kata-kata pujian. Err maaf. Hati saya telah pon dicuri. Eceh.

Bukanlah dicuri secara selamat pon. Tiada kata-kata seindah bahasa mahupon ayat supernova. It's simple but I feel secure and safe.

Untuk itu, terimalah.

Sotong Goreng Tepung!
:))


P/S:
Entri berciri agak perasan. HAHA

Thursday, April 21, 2011

Hi Hidup!

Our Sweet Picture :')

Bagaimanakah kehidupan? Bagaimanakah?

Baik. Murni. Indah. Allah beri semua yang baik-baik untuk saya. Alhamdulillah. Syukur :)

Saya rindu Amyzahrah. Saya rindu nak tatap muka dia kemudian dia peluk pinggang saya. Kami main seret-seret macam siput sedut dari dapur sampai ke hall. HAHA. Comel. Alamak, aku rindu gila si kecik tu! Sobs

Selain selingan tak sabar bertemu Sabtu. Saya juga nak cakap saya tak sabar nak jumpa esok. Sebab esok insyaAllah boleh jumpa Eme & Dueng. OMG. I miss my kakak & my abang itu sooo much.

In fact, I can't wait to see her baby bump! Ahaks. Pasti sudah bertambah cute. :D :D :D

Nanti bolehlah buat muka jakun sambil blinking blinking eyes pada Sugar Mummy itu. Hehehee. Eme, you're always be my darling. Love kamu mwah mwah.

Dah berbulan-bulan tak jumpa Eme. Last time jumpa Eme adalah pada satu malam yang tak berapa nak pendek. Haha. Pagi tu cepat-cepat kami buat potato pancake. Kemudian laju-laju Syuhada tinggalkan Eme sebab nak photoshoot jiran.

Haih. Padahal I never say goodbye macam tu tahu?

Selalunya saya angkutkan barang dia masuk kereta. Pujuk dia suruh balik. HAHA. Sebab beliau selalu kena Monday Sickness :P

Selain tu, saya still ingat I'm their littlest sister. Saya suka ikut diorang dating. Agagaga. Korang dah jadi husband & wife pon Syuhada still nak kacau. Lalala~

Can't wait! :)

Saturday, April 16, 2011

Favourite Quotes

Credit: Pon & Zi

1//
You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, someone who thinks about you constantly, someone who spends every minute of every day just wondering what you're doing, where you are, who you're with, and if you're OK.

2//
You need someone who can help you reach your dreams and who can protect you from your fears.

3//
You need someone who will treat you with respect, love every part of you, especially your flaws.

4//
You should be with someone who can make you happy, really happy, dancing-on-air happy. Someone who should have taken the chance to be with you years ago instead of becoming scared and being too afraid to try


- Cecilia Ahern from Where Rainbows End

Thursday, April 14, 2011

Grow Old

//
Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you

A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight remains so strong
It makes our risk right all along

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you

Things can come and go I know but
Baby I believe
Something's burning strong between us
Makes it clear to me

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you
//

Nota:
Tiba-tiba rasa nak layan Westlife. HAHA :)

Sunday, April 10, 2011

Thank You

Err. Sebenarnya saya sungguh malu bila dapat tahu ada orang baca blog saya. Bertambah malu bila actually ditanyakan mengenai layang-layang. HAHAHAHA. Aku sangat malu tahu?

Tapi sebab tak putih maka pipi tidak blushing. Cuba lagi lain kali guna blusher :P

I had a wonderful day too. Even when it was actually unplanned. No layang-layang. No padang or idea karut aku. Apa anda fikir saya buat ke aktiviti futsal atau mendaki gunung? Heh. Saya terlalu 'ladies' untuk berbuat sedemikian rupa.

Plus, petang ini hari hujan. Hujan rintik-rintik air bergelora. Habis jalan-jalan terus balik rumah. Eh tak rhyme betul lagu. :))

Tapi zoo menarik! Aku tak sangka aku mampu jadi pengulas haiwan-haiwan liar secara jayanya. Hehehee. Biasalah. Mulut macam pop-corn. Setiap detik asyik berbunyi-bunyi. Habis semua binatang aku nak ulas as if dah lama sangat kerja dekat zoo. (Padahal seminit pon tak pernah kerja sana)

In fact bila dalam kereta dan perasan radio tidak on. Terus ligat mulut cari topik. OMG mulutttt. Apsal ah engkau tak reti shut up ye? HAHA

Ucapan sebelum siapkan kerja yang tertangguh;

Dear :)

Thank you. For the day. Thank you. For the waffle. For the mineral water. For the subway. For the ice lemon tea. For the zoo. For the ride. And above all, for there to listen when I was actually talking non-stop

:p

P/S:
Sila google apa itu Tenuk & Kasawari. Arahan daripada pengulas haiwan liar. :))

Friday, April 8, 2011

F&P: Foto & Plan

I love pictures! Selain foto bercakap lebih daripada seribu perkataan. Foto juga adalah momento. Ada rasa manis, ada rasa pahit. Err. Kadang-kadang foto juga berasa kelat. HAHAHA. Maksud kelat di sini adalah bila engkau dah putus cinta, atapon sakit hati, ataupon rasa nak sekeh-sekeh beliau yang ada dalam foto. :p

Tapi, betullah kata Ibu. Foto dah tangkap, pastu simpan dalam almari sampai berhabuk. HAHAHA. Err, tapi maybe berbeza sedikit untuk Syuhada. Kalau Syuhada suka, dia akan simpan baik-baik. Letak dalam frame. Susun comel-comel atas meja. Pastu Amy angkut buat jadi harta dia. Kohkoh.

Hari ni saya mencutikan diri. Iaitu perbuatan sengaja-sengaja minta cuti. I have to be a professional babysitter. Jaga Amy. Jaga Opah. Lepak dalam hotel sambil tatap kabus atas gunung ni ha. Actually, kedua-duanya bukan baby.

Itu anda mestilah tahu bukan?

:D

Oh ya. By the way, saya perlukan bantuan. Adakah sesiapa tahu tempat apakah yang menarik untuk dijejaki? Sebab sumpahlah aku buntu. Satu; sebab aku bukan warga kota sejati. KL is so not my territory.

Dalam kepala otak. Tempat berdekatan yang orang cakap macam best adalah Taman Layang-Layang. HAHA. Setelah berabad lamanya tetiba nak jejak kaki main layang-layang. Comel sungguh perbuatan.

Lain-lain?

Tak tahu. Tempat shopping adalah so lame. Plus, bukan ada movie menarik pon. Kalau boleh (ini kalau bolehlah), saya tak naklah tempat bosan macam tengok movie selama 3 jam kemudian jalan-jalan makan-makan dalam shopping mall. Itu best buat dengan gadis-gadis saja. Sebab, girls & shopping mall adalah kamceng. Hihihiii. Lagipon, aku sengkek. Bukankah sedih masuk mall kemudian keluar tak bawa apa-apa hasil? :P

Mungkin patut panjat gunung. Berlari keliling jogging track. Dan main paintball? HAHAHA. Ya Allah, mencabar betul aktiviti dalam kepala otak aku! :))

Err. Sebetulnya aku takda idea. Biarlah takdir mensuratkan segalanya. Cewah. :))

Dahlah.

Habis merepek. Boii!

Sunday, April 3, 2011

Sudah Tua

Memandangkan penatlah nak resize picture. Maka terimalah sekeping saja foto Ahmad Sha'n. Keping-kepingan lain, sila cari dalam facebook Zarena Zainul Abidin. HAHA. Siap nama penuh aku letak. Wakakaka.

Hari semalam berlalu lancar.

Masing-masing mengakui sudah jadi makcik & pakcik. Masing-masing dah cakap pasal nanti buat bachelor party sambil stay a night di KL. Ada juga yang siap cakap nak kahwin dengan budget 90K! Weh weeehhh. Ko nak kahwin dengan anak Naza ke? Kahkahkah. Gila betul.

Actually waktu perbualan gila tu berlangsung. Nak je saya laju-laju cakap; 'Baiklah bagi aku barang 10K buat belanja kahwin aku' Hahahaha. Ceh. Kira tu nak minta sumbang saran la. Eh bukan. Sumbang duit :p

Comel gila jalan-jalan beli pati Ikan Haruan. Beli baju baby. Beli nursing cover. Haih. Sudah tua rupanya kita-kita ni. *sambil pandang cermin*

Selain tua. Waktu tengok Sha'n, ada satu perasaan dalam hati cakap; 'Alahai comelnya baby. Comelnya comelnya'.

Pastu perasaan dalam hati bertukar menjadi perasaan, 'Eh camnelah agaknya muka anak sendiri eh?' :))

:p

P/S:
Sila abaikan. Ini entri membazir.