Wednesday, April 27, 2011

Alam Pekerjaan

Fuh. Tajuk macam best tapi kerja manada best. Kerja yang best adalah duduk di rumah sambil makan mangga. Sambil suap mulut anak dengan mangga. Sambil minum jus mangga. Err apsal semua benda bermotif mangga ni Syud? Craving. Dah lama tak makan buah mangga.

OK lupakan.

Atas permintaan seorang pengkomen. Saya nak buat entri berkenaan kerja. So far as a houseman pharmacist. Tak banyak saya boleh cerita. Al maklumlah. Ilmu terlalu cetek di dada. Dahlah cetek paras dada itik. Pastu pemalas ya Rabbi! :p

Basic things di alam pekerjaan saya adalah; OPD (Out-Patient Department). Tempat orang selalu datang ambil ubat ulangan. Kerja kami, prescription datang - SCREEN. Kalau salah call doktor, minta betulkan. Then - FILLING. Pastu - DISPENSE.

Second, WARD SUPPLY. Baik di mana-mana sekalipon, ini adalah kerja yang leceh. Leceh sebab beban kerja memang banyak. Anda kena screen prescription, isi trolley, counter-check trolley, bagi floor stock. Pastu ada ED, WS24H dan satelit-satelit yang perlu dijaga tanpa perlu menaiki any rocket untuk sampai ke destinasi. Naik lift je. HAHA

Third, clinical. So far, baru satu je yang saya dah tempuh. Ward CARDIOLOGY. Menarik sebab hari-hari belajar macam-macam. Hari-hari melopong dengar doktor bercerita. Tapi kadang-kadang rasa hoye hoye bila specialist tanya pasal ubat ataupun aku menggelupur tak dapat jawab. Wakakaka. But most of the time, saya akan usaha cari jawapan sampai dapat! :)

Clinical part is more to assist doctor. Pharmacist dengan doctor, sama-sama treat patient. Doktor tahu penyakit, management. Pharmacist pula akan recommend ubat dan dos yang sesuai. Bergantung kepada keadaan semasa pesakit la.

Fourth, services dari pharmacy. Ada macam-macam. CDR untuk oncology. TPN untuk patient yang critically need nutrition. TDM untuk ubat yang narrow therapeutic index. Err tak faham sila google. Jangan malas sangat buat homework. (Eceh garang macam cikgu)

Pasal TDM (since aku dah lepas). Selalunya kita akan suggest dos dan monitor patient. Macam mana nak suggest? Tengok jenis ubat dan CrCl. Kalau kidney dah mula menjahanamkan diri beliau, memang haruslah kita pantau ubat yang kita nak kasi. Selain tu, kita akan suggest peak & trough time. Bila doktor patut ambil darah. Err ingatkan sekali. Sebab doktor selalu bertukar-tukar. Malam hari selalunya doktor on-call yang in-charge.

Lagi?

So far itu je yang ingat. Sila ajukan soalan pasal macam mana saya slim selepas berkerja. HAHAHA. Tipsnya; selalulah buat bed-side dispensing dan berkejar-kejar ke ward sebab doktor nak macam-macam :p

6 comments:

bubble said...

akak dulu blaja dkat mne??

s.c.h.u.l.t said...

cyberjaya university college of medical sciences (CUCMS)

bubble said...

dpt scholar ke sendiri??

s.c.h.u.l.t said...

loan MARA. belajar elok-elok. kalau ending cgpa bagus, boleh terus convert scholar. if tak hebat sangat pun, still ada reduction ;)

bubble said...

hmm..tulah..mmg tgh apply loan MARA..MARA bgi option pharmacy klu oversea university of nottingham..foundation+1st and 2nd year dkat malaysia campus..3rd dan 4th year kt uk..klu local MARA bagi CUCMS nie lah..hrp2 boleh dpt pharmacy:)

s.c.h.u.l.t said...

doalah dapat oversea. baru best sket! hehe :D