Thursday, April 28, 2011

Red Vampire

Baca: Pontianak Bermata Merah.

Maaflah Ucu. Tadi memang dah disuruh mandi tapi hati degil. Hati cakap nak cerita penderitaan hari ini. Sobs

Tahukah anda Vampire itu Pontianak? Kedengaran sedap in english tetapi begitu tidak enak bila kita pronounce dalam Malay. HAHA. Sebab? Pontianak versi Melayu adalah perempuan berambut menggerbang dengan bibir merah dan jubah putih. Kain jubah dia selalunya jenis lepas dan tidak digosok. Pendek kata, selekeh.

Tapi sebab aku rasa aku lagi comel dari pontianak maka marilah cakap malam ni Syuhada jadi Red Vampire. Ecececee. Berharap diri lebih jelita dari Edward Cullen berbibir merah tetapi tidak pucat dan lebih tan in colour, saya sakit gila malam ni.

Tak pernah seumur hidup mengalami reaksi alahan semacam ini. Apsal tetiba mata begitu mengada-ngada neh? Arghhhhhhhhh!

Penderitaan berterusan bila saya terpaksa drive sambil tutup mata sebelah. Selain tutup mata sebelah kanan, air mata juga turut merembes-rembes keluar. Err mucous juga turut nak meleleh. Ya Allah, kalau engkau tengok aku pasti ingat aku sedang kesedihan.

Haiya!

Sampai saat ini mata saya tak berhenti lagi memerah dan mengalirkan air mata sebanyak aku tak tahu nak sukat. Pedihlah pendek kata. Rasa nak penampar diri sendiri pon ada. Adesss.

Silap haribulan muka aku pon dah sedikit pucat sebab tahan sakit.

Merah? Eh yang tu takyah tanya. Memang dah sangat merah ni. Esok boleh claim konon-konon sakit mata.

OK sudah. Tak larat dah mengerdipkan anak mata tatap skrin. Mungkin tidur boleh menjadi analgesic dan mengurangkan kemerahan ala pontianak neh. Doakan mata saya sihat esok.

Trimas!

No comments: