Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 22, 2013

The Untold Story


Andai kata satu hari nanti saya ada anak, I don't want him/her to become a pharmacist. Hohohoho

Ini adalah sebuah cerita mengenai perjalanan hidup menjadi seorang Ahli Kimia Ubatan, ataupun di Indonesia dipanggil Apotek.

The untold story =)

Menjadi pharmacist bukanlah indah sangat pun. Orang nampak macam senang. Kerja kami ni sekadar dispenser di kaunter. Ceh. Dah macam cashier pon ada kadangkala. Cuma kalau dekat Government kami tak terima duit. RM1 yang anda bayar waktu daftar tu dah melayakkan anda menerima segala-galanya secara PERCUMA.

Orang cakap jadi doktor teruk. Kerja setengah mati. Haha. Tapi cuba tanya kalau kerja Farmasi. Ada anda ambil tahu macam mana kerja kami?

Hell no! Pastilah tak ambil kisah. Kebanyakkan orang cuma tahu kami ni kaunter bagi ubat. Itu saja. Selain daripada mengamuk bila tak dapat ubat, mereka juga suka memaki hamun dan cakap kami ni kuli je gomen je. Perghhhh.

Hakikatnya.

Tahukah anda setiap tahun kami (pharmacist) terpaksa berhempas pulas mengawal bajet ubat-ubatan? Sekitar Oktober kepala kami dah pening dah nak cari duit dekat mana sebab duit dah habis. Preskriber cuma tahu tulis je atas preskripsi, bukannya diorang ambil kisah pun berapa banyak duit terbazir untuk ubat-ubat yang tak berapa penting.

Tahukah anda kamilah orangnya yang membetulkan kesilapan dalam preskripsi, menghubungi doktor untuk memastikan anda mendapat dos yang betul? Contoh, anda sepatutnya ada 5 ubat, doktor tulis 3 ubat je. Dos ubat anda berlebihan. Kalaulah kami tak skrin, agak-agak andalah, anda dalam zon selamat ke tidak?

Tahukah anda kami juga berkerja lebih daripada unit lain? Bukan mengungkit. Tapi nak menyedarkan orang Malaysia ni je. Bayangkan ye. Kami kaunter penghabisan. Kadang-kadang lunch pukul 1:30, pukul 1:55. Petang? Tutup pukul 5:30 atau 6:00. Kalau extendede hour, pukul 9:30 malam.

Tahukah anda ubat-ubatan yang anda terima dibungkus semula oleh Pembantu Farmasi/ Pegawai Farmasi? Ubat tak senang-senang datang dah siap berpack. Wah! Kalau datang siap berpack saya pun rasa nak berjoget sakan :p Kadangkala dapat dalam bungkusan mengarut! Contoh, Diltiazem 30mg. Dos kebiasaan ada 30mg TDS. Satu kotak tu ada 32 biji. Terpaksalah gunting kotak dan pack balik. Macam hampeh.

Sebab tu kami sekarang ni stress sebab nak kena tambah packing jenis SEMINGGU untuk warganegara asing.

Berbalik kepada point nombor dua. Tugas kami bukannya semudah telefon je doktor. Kami beritahu suruh tukar dos dan frekuensi supaya kesilapan yang sama tak berulang lagi. Sebab? Sekarang ni kita dah canggih, guna sistem key-in. Bila data yang sama tak diubah, semedang jelah tiap-tiap bulan aku nak kena call doktor suruh ubah.

Paling membengangkan hal insulin. Ada dua jenis setakat ini yang popular iaitu menggunakan pen ataupun syringe biasa. Yang sakit hatinya bila patient pakai pen tapi tulis insulin biasa. Dah dua kali kerja ulang alik pergi fridge. T________________T

Eh penat tau? *cuba suruh doktor ulang alik 30 juta kali*

Tahukah anda kami ini tersepit di tengah-tengah? Nak kena betulkan preskripsi yang doktor buat silap, nak kena bergaduh dengan patient sebab patient membebel tunggu lama. Oh serius. Sangat menyirap bandungkan. Kalau buat kajian stress yang sebenar-benarnya. Rasanya orang kerja Farmasilah paling stress sekali.

Oh ya. Anda ingat preskripsi yang anda bawa tu dah perfect sangat ke?

Dos salah. Ubat tak betul. Nama tak ada. Tu tak termasuk Polifarmasi which I hate to mention sebab aku penat dah menegur doktor-doktor yang semedang rasa diorang betul. Contoh paling simple lah, ubat batuk dengan ubat selsema. Dua-dua ni jenis antihistamine. Sudahlah anti-histamine. Satu group pulak tu! Dalam erti kata lain ADIK-BERADIK!

Errr tak faham?

OK OK. Ubat batuk Benadryl (Diphenyhdramine). Ubat selsema Piriton (Chlorpheniramine). Yang saya highlightkan tu menunjukkan mereka daripada kumpulan yang sama. Maka, no point bagi sampai dua! Kalau batuk selsema, bagi Benadryl dah cukup. Kalau selsema bagi Piriton je dah cukup.

Tak guna kasi jurnal. Tak guna kasi memo. Semuanya tak guna. Sebab diorang tak nak baca dan aku ni malas dah nak betulkan. I do what I think right.

Lagi satu. Yang anda as pesakit nak ubat banyak-banyak tu apsal?

Haish tak faham. Orang Malaysia ni ada mentaliti yang lain sakit lain ubat. Sakit kepala ubat lain. Sakit kaki ubat lain. Padahal makan painkiller habis semua sakit tu.

Ok sambung.

Tahukah anda kami penat ulang ayat/kerja yang sama semata-mata bagi memastikan anda faham dan ambil ikut aturan yang BETUL?. Rasa sirap betul bila patient jawab; "Saya dah 10 tahun makan ubat ni.. bagi jeee" Heh. Pastu tak sampai dua minggu datang balik sebab ubat HABIS!

Sebab?

Salah makan. Lain orang cakap lain dia dengar. Lain orang tulis lain dia baca (sebenarnya tak baca pun). Rasa macam tak guna tampal sticker aturan makan tu sebab orang Malaysia memang MALAS MEMBACA! Doktor ada kuasa menaikkan, menurunkan dan menghentikan ubat anda. Jadi jangan beranganlah forever you're with the same regimen.

Nak ambil ubat pun sesuka hati campak kad dengan preskripsi. Kadang-kadang letak nombor je dalam box. Sebab?

Sekali lagi. MALAS MEMBACA! Tak guna buat signange besar-besar tepi tempat ambil nombor tu sebab tak dibaca pun. Nanti dah buat muka toye dekat kaunter. Mengacau orang yang tengah ambil ubat pastu tersengih-sengih. Tak. Tak comel pon anda sengih.

Terakhir. Sebab aku nak mandi dan solat Maghrib.

Tahukah anda selain kerja dispenser kami ni juga banyak kerja lain? Saya kena hantar laporan PF, KPI, setiap bulan, isi borang ADR (Adverse Drugs Reaction) & MER (Medication Error Report), mengejar KPI masa < 30minit, order ubat, terima ubat, kaunselling, jadi jurutera design bangunan sebab farmasi kecil, buat research, pergi meeting blablabla.

Oh ye.

Before habis membebel, ketahuilah anda bahawa selsema, batuk, demam, pening itu cuma simptom bukannya PENYAKIT. Tak ada mana-mana medical school dalam dunia ni cakap itu penyakit. Melainkan bila anda dah ada simptom untuk beberapa lama contoh lebih daripada 7 atau 14 hari berkemungkinan ada jangkitan.

Janganlah suka sangat makan ubat dan antibiotik.



P/S:
Oh ye. Tolong compliance dengan antibiotik, kami bukan saja-saja cakap "Ambil dalam masa 5 atau 7 hari tanpa henti". Kami nak elakkan anak anda dan anda resistant. Ingat. Antibiotik tu untuk bunuh kuman. Kalau tak cukup maka kuman akan immune dan menjadi sangat berkuasa.

Sekian. Tamatlah bebelan hari ini. Hahaha

25 comments:

roslita thalib said...

huhu... susah rupanya jadi pharmacist ni. banyak dugaan. dulu ada cita2 nak jadi pharmacist. tapi terpaksa lupakan sebab xsuka kimia. haha. last2 sambung bachelor bisnes. orang selalu ckp kerja gov ni senang, cukup bulan dpt gaji. tapi diowang xtau kita kerja separuh mati. lambat sikit complain, service x bgus complain. kena tahan maki tiap hari lak tu..*grrr stress kejap. sabar jela kak syud. susah nk tukar mentaliti rakyat..

Ariana said...

wahh....mesti akak pandai chemist kan..saya pun student science jgak..tanak ambik pahrmacist la camtu :D medic? urhh tension jugak kan

s.c.h.u.l.t said...

roslita: betul! kerja gov banyak orang yang nak dilayan :)

diya sesame: haha. tak pandailah. carilah kerja yang boleh travel selalu or work from home. mesti best :D

RieNa said...

masyaallah, baru akak tahu penatnya seorg pharmacist..

bertabahlah syud. moga ada ganjaran Nya. amin.

NSMY said...

Sebab tu sy tak suka pegi klinik kalo setakat demam, sakit kepala, selsema... Mnyusahkan semua org.. Kan senang kawal sendiri.. Ubat pon xmembazir (tak suka makan ubat). Tak tahan sgt, telan je paracetamol da ok..betul x syud? Heee

LV said...

hye syud...LV ni ^_^ actually I adore u n ur work...hahhaa sebab tu berangan-rangan...if one day ade anak teringin nak suh die jd pharmacist mcm syud..ngehehhe..

LV said...

hye syud...LV's here (u know me) hehee...actually I adore u n ur work sbb tu pernah berangan-rangan.. if one day ade anak nak suh die jadi pharmacist jugakk..ngehehhee

s.c.h.u.l.t said...

riena: orang kita ramai yang tak tahu kerja farmasi. harap2 macam tulah. tapi saya nak jadi pensyarah. hehe

ida: betul! ala, banyak yang datang sebab MC je. semak. huhu

lv: oh tolonglah jangan. actuallykan lv, farmasi satu2nya pegawai dalam kkm yang tak dapat gaji extended hour. kami dapat off je. gaji kekal sama. tak macam doc, 1 jam = RM80.

LV said...

owh really????knp cmtu??cian nye uolss..padahal tugasan same penting tu... hehe ni mesti power kimia kan...sok ajar anak I lak k.. muahahhaa

s.c.h.u.l.t said...

l.v: power time spm je. time matrik hancusss. hahaha.

taklah. dah masuk U belajar balik basic :)

Ariana said...

salam akak.sory kcau lagi..nak tnya beg dah pos ke?

s.c.h.u.l.t said...

Wslm Diya,

Tak email pun lagi alamatnya? Email alamat dekat echamyda@hotmail.com ye. TQ

:)

Ariana said...

eh akak..since akak announce winner tu saya dah emel la,silap kot.takpe saya re-send ye.

NUR ADRIANA BINTI NOR AZAM
NO 14,TAMAN TERATAI JINGGA FASA 2,
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID,
05050 ALOR SETAR.
KEDAH

0125646297

s.c.h.u.l.t said...

orait. tq

next week akak poskan k ;)

dah check email. memang takda. huhuuu.

Ariana said...

ermmm maybe sebab saya pkai gmail,akak pkai hotmail.x leh masuk kot.btw thanks ye & sorry akak tertnggu2 ;(

zulhilmi abdullah said...

aiyo...seram bca mcm ni..bru nk msuk thn first degree...haha

Sis Effa said...

Izin share ye..i'm pharmacist too..:)

s.c.h.u.l.t said...

zulhilmi: realiti hidup :D

zatul effa: sila2 :)

Amyrah said...

auuww i'm pharmacy student. that's reality of the world. nt nk post dlm insta bole tak? hee bg tau sikit kt org yg keje pharmacist bkn semudah yg disangka

s.c.h.u.l.t said...

sangratu: sila2 :)

thiya said...

Ye sgt la btol semua INI!!!! Skrg tgh stress SBB buat keje yg xpatut pun. Huhu. Luahan hati seorang prp..

Anonymous said...

Saya Pharmacist juga....pernah rasa juga apa you rasa. But, somehow, i enjoy the hectic environment and perangai patient ni..
Kita rasa our job dah susah, tapi kita pun tak tahu macam mana kesusahan profesion lain yang seangkatan kita macam nurses, OT, PT semua kan?

Btw, good job tulis semua ni, sebab i pon tulis juga but from community pharmnacist point of view.. Our job is really to educate people especially part pembaziran ubat yang sudah berada di tahap melampau! hahahaha... good job sis!

s.c.h.u.l.t said...

thiya: waktu prp saya harung je semuanya sebab nak belajar. nanti bila awak dah jadi frp tanggungjawab lagi berat :)

so no whining while still learning.

hendrawati83: setuju! but somehow bila profession lain tak berkerjasama dengan kita stress tu rasa lagi bergunung. hehe. hence, keluarlah post ini :))

Afra Afwah said...

As salam pf, saya ppf...sume betul & tepat sekali. Dengan segala info ubat n indikasi kene tau, mngira dh mcm sifir dh dlm otak. Bila dh tlg doc betul kan dose, kene plak tahan telinga dgr telefon dihempas. Marah la tu kita betulkan die. Say thanks should be enough. Bukan niat nak tunjuk salah doc tp doc saja yg boleh betulkan dose n nak bagi ingat, len kali xbuat lagi. Kadang2 teamwork tu xada. Sabar tu mmg kene high level pada sume org yg bekerja dgn manusia ni.

s.c.h.u.l.t said...

natna: waalaikummussalam, bukan kadang2. selalu je. huhu.

in fact jadi pf saya stress juga handle ppf. bila tenaga kerja kurang dan banyak benda saya nak kena submit (KPI/QAP) rasa ....(entah). hoho