Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 8, 2011

AF (Bukan Akademi Fantasia)

Rancangan mencari basikal terpaksa aku hold sebab....hujan yang turuuuun bagaikan mutiaraaaaa. Memang macam mutiara. Hari-hari jatuh bling bling atas kepala. HAHA. Bagai rahmat yang mencurah-curah. Sungguh sejuk bumi Tuhan. :)

Actually, kalaulah tidak kerja, sudah lama saya merekot dalam comforter macam ulat gonggok. Oh My Goodnesssssss! Tidur dalam kesejukan alam buana memang nyaman tahu?

Err. Alam buana tu apa sebenarnya? :))

Hello Readers! *Lambai-lambai tangan* Ceh. Aku perasan je sebenarnya. Tapi pelik, even takda gadget followers dekat tepi (sidebar) tu tapi kadang-kadang terperasan angka follower tetiba naik satu anak tangga.

Lepas satu anak tangga. Nanti naik lagi anak tangga. HAHA. Padahal merepek is my middle name. Forgivekan saya.

OK. Sudah sudah merepek.

Kita cerita benda tak berapa merepek dan berbunyi serius. Mahu? Tak mahu takpa. Tak paksa. Tapi takyahlah baca. HAHAHA

Tajuk serius kita pada hari ini berbunyi; SIAPAKAH AHLI FARMASI

Kan dah cakap tadi ini serius. Bacalah kalau nak tahu kerja saya. Kalau taknak tahu takpa. Tiada paksaan. Eh ini dah berapa kali ulang daaaaaaaaa.

Ahli Farmasi (AF) adalah seorang manusia yang kerja dalam kedai yang mempunyai papan iklan FARMASI. Selain itu AF (bukan Akademi Fantasia) juga bekerja bagi ubat dekat pesakit di hospital.

Am I correct?

Tetttttttttttttt!

Macam kurang tepat. Sila cuba lain kali. HAHA

Bosan lah bagi jawapan lame macam tu. Sebab saya ni bermurah hati nak kongsi cerita, maka lepas ni sila jawab begini; (Ini skema jawapan. Siapa silap aku rotan);

AF adalah ahli kimia ubat yang terlibat dalam pengurusan ubat-ubatan, ini termasuk sekali servis lain seperti CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution), TPN (Total Parenteral Nutrition), TDM (Therapeutic Drug Monitoring), DIS (Drug Info Services) dan lain-lain lagi.

Siapa jawab macam tu maknanya dia hebat. Bravo bravo! Eh dah macam Dora The Explorer pulak aku ni tetiba. HAHAHAHAA

Sebab kadang-kadang penatlah nak terangkan kerja saya. Nanti kejap lagi orang ingat aku nurse. Kejap lagi doktor. Haih. Nak terangkan sampai berbuih-buih karang ingat epilepsy pulak dah. Ahaks

Secara ringkas, CDR itu bila kami pakai baju angkasawan. Masuk bilik bersih dan hasilkan ubat-ubat chemo untuk pesakit onchology (kanser). TPN pulak bila kami masuk bilik bersih juga tapi hasilkan makanan dalam plastik untuk pesakit kritikal. Apa anda ingat normal saline je ke yang nurse gantung dan drip into patient?

TDM pulak adalah bila kami pakai baju askar lepas tu guling-guling atas tanah. Eh eh tak. Gurau je. Heeeheee.

TDM adalah permonitoran ubat yang tingkapnya kecik. Er, maksudnya di sini. Terlebih jadi toksik. Terkurang tak efektif. Arachi? (Ada faham?)

DIS kiranya macam kaunter pertanyaan. Kalau tak faham pasal ubat boleh calling-calling tanya. Tapi kalau call time tengah tidur memang macam nak mintak pelempang ah. Eh tergarang pulak dah.

Selain yang di sebutkan di atas. Tugas kami setiap hari bergantung pada di mana kami berada. Pendek kata selagi bukak mata, kerja kerjaa kerjaaaa.

Tengoklah dekat mana anda kerja. Kalau anda AF klinikal, maka semestinya anda dan meggi. Errrrr. Sorry. Semestinya anda berada di wad. Setiap hari monitor patient. Tengok what's wrong. Ada isu ubat tak? Ada polifarmasi? Tolong doktor manage patient. Fuh fuh, not so me la itu clinical. T____________T

Kalau anda dekat Jabatan Pesakit Luar (OPD). Screening. Filling. Dispensing. Perkataan yang anda akan dengar selalu dan selalu. Dalam erti kata lain, itu semuanya berkait rapat dengan penyediaan ubat. Kalau Jabatan Pesakit Dalam (IPD) sama jugak.

Tapi

Kami dispense pada wad-wad. Sediakan trolley. Sediakan floor stock. Siap ada delivery ubat sampai ke tepi katil tahu?

Selain yang aku bebel-bebel tadi. Yang terpenting di antara yang terpenting (padahal semuanya penting), tugas kami ajar pesakit pasal device ubatan. Inhaler & injection insulin adalah yang terpaling keraplah.

Eh dahlah. Tiba-tiba tak larat menaip dah. Nak tidur, esok sorong trolley lagi. Boi boiiii!


No comments: