Kurang daripada sebulan. Eceh tetiba translate.
InsyaAllah I can do it! Demi Tihani, I'm going to be a SuperIbu! Tapi tak lupa juga buat Ayah Tihani yang banyak bersusah payah. Yang sanggup sacrifice diri jaga Tihani nanti.
Sebenarnya takut juga. Hoho. Nervous tahap gaban. Tapi...
Tapi kalau takut sampai bila? Nanti hidup di takuk lama. Nanti hidup asyik cari pasal dengan patient. Pastu aku pon menulis yang bukan-bukan dalam blog ni pasal tabiat orang Malaysia. Errr emosional itu tak bagus. Mengerti?
Anyway, buat readers yang pernah baca entri-entri saya sebelum ini...nak bagitahu ni. :D
Alhamdulillah niat saya untuk sambung study dah tercapai. Ya Allah, Allah itu sungguh Maha Pemurah. Saya nak baby, Dia bagi Tihani. Saya nak sambung study, Dia bagi sambung study. Syukur yang amat :)
Setakat ni, preparation sudah 80%. Sepatutnya dah jadi 90%. Tapi kami tak jadi buat VISA last week sebab tertinggal passport Tihani dekat rumah T________T
So far semuanya dah hampir settle. Rumah pon dah cari tapi tak tahulah landlord tu berkenan nak bagi sewa ke tidak. Haish. Sumpah berkenan sebab member yang dah viewkan rumah cakap rumah tu sangat dekat dengan Campus. Walking distance.
Im ada juga tanya; "Ready ke?" HAHAHA. Ready ke tak ready ke semuanya dah hampir settle. Cuti belajar dah apply cuma tak sempat-sempat nak check balik dengan bahagian latihan dekat KKM. Dah approved ke belum? Haiyyoh!
Hari ni saya tak buat apa-apa seharian.
Sebab?
Secara tiba-tiba saya demam kura-kura. Padahal pagi tu elok je. Lepas mandikan Tihani and breastfeed dia, tiba-tiba rasa sejuk terlampau. Mengigil-gigil. Tu memang petanda demam nak mai. Saya terus tergolek sebelah Tihani. Bila Tihani minta nenen air mataku berjuraian jatuh sebab pening.
Err saya kalau demam memang akan rasa sangat sakit untuk breastfeed Tihani. Dah pernah kena engorgement time Tihani berusia 5 hari. Parah.
Tak pasal-pasal Imran kena balik dari office. Terus dia jaga Tihani dan buatkan lunch. Thank you suami. Love you mucho!
Minggu ni kena tukar duit. Kena siapkan VISA. Kena beli tiket flight yang domestic. Tiket dari Malaysia ke London dah beli. Dari London ke ...... (tempat dirahsiakan) masih belum. HEHE.
Tiket flight beli awal-awal waktu MAS buat offer. Alhamdulillah murah banyak berbanding beli dengan travel agent even under student's price pon tak dapat murah macam tu. Yang bestnya beli waktu Tihani tak keluar lagi. Tetiba bila Tihani dah ada and nak add tiket untuk infant, MAS kata 1K???
Terus rasa kus semangat mau nangis. Nasib baik lepas telephonist tu bincang dengan supervisor dia, MAS bagi tiket infant RM75 je. HAHAHA. Rezeki Tihani. Plus, mana lojiknya? Bukannya Tihani dapat seat pon. T_____T
Oh ye. Kami pergi sana bukan boleh berenjoyan. Hoho. MARA bagi untuk saya seorang je. Kena pandai-pandai cari sumber rezeki lain dekat sana nanti. Hal hutang piutang dekat Malaysia, Alhamdulillah dalam kawalan. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan *tetiba*
Dengan itu saya sudahi entri ini dengan babai sebab anak aku dah jaga. HAHAHAHA
Ada siapa-siapa rindu Tihani? Nah! Gambar setepek! :D
3 comments:
huwaaa~!! tihani nak p mana.>?? ada kwn kriena baru je pegi Bath, wife dia sambung phd, suami jaga 2 anak. semoga semua berjalan lancar syud, dan dipermudahkan segala urusan. nnt selalu update kat cni tau!
Waah syud sambung study oversea eh?
besttt nye... nnt storie morie eh pegi mane... :)
kak riena: HEHE. rahsia. nanti dah sampai saya tulis ;)
insyaAllah. harap-harap diberikan kelapangan :D
lv: a'ah. insyaAllah. will try my very best! :")
Post a Comment