This puan-to-be. Always bertekad mahu update blog beliau. Tapi hari-hari beliau busy. Terlalu banyak perkara hendak dikejarkan. Seperti bos besar yang mengejar aku tatkala aku tengah sibuk-sibuk dengan pesakit-pesakit yang meriah di depan kaunter. Lalu aku pon laju-laju berlari ke belakang.
BOS CAKAP: "Mana paper work? Dah buat aduan aircond belum?"
SAYA CAKAP: "Saya tak cukup staff bos. Nanti saya buat" *sambil tunduk memandang bumi walaupon bos tak nampak*
HAHAHA. Begitulah hidup. Sangat sibuk. Sangat banyak benda nak dikejarkan sampai tak terkejar. Lalu saya buat-buatlah konon-konon slow & steady. Mind you, saya tiada PA. Maka semua urusan haruslah dikerjakan secara lone ranger. Macam gagahlah konon-kononnya.
Padahal
Kadang-kadang aku tumpas jugalah. Air mata berlinang-linangan secara pilu. Lalu terpaksa dipujuk demi sebuah kasih dan sayang. Ececeh. Like Vanilla Chocolate. Saya suka Kaktus! Eh sangatlah tetiba kan engkau ni Syud? :p
Saya sangat pelik. Apsal kad-kad kahwin takmo surut-surut? Dah banyak kali tulis pon tetap tak berkurang. Nak kata beli banyak sangat tak rasa pon macam tu. Ke sebab proses tu memakan masa? PM orang dekat FB, tunggu diorang reply, tulis, gam, tampal setem. Haih leceh.
Tadi kami mengira hari. Dia cakap Sabtu ni lagi 30 HARI. Saya pula cakap, 'Eh esoklah!' Tapi tak kisahlah. Yang pasti, our big day sangat-sangat hampir! :)
Kisah kami tidak sempurna. Tiada mana-mana bahagian dalam kisah kami yang perfect. Di setiap sudut ada cela. Err engkau tengah cakap apa ni ha? Haha. Entah. Aku sedang bersangka baik. Aku sedang cuba membuang semua benda buruk-buruk. Aku nak mulakan new life dengan someone new.
Actually, Goldfish tidaklah new sangat dalam hidup ini dan sungguhpun kisah hidup aku tak sehebat Farah Lee & Ally Iskandar mahupon Cika Haizum & Dr. Naruto takpon sesiapa saja yang merasakan hidup mereka fairytales, I don't mind at all :p
Malah. I don't mind at all mereka-mereka yang nak mengutuk, mengata, mengeji mahupon cakap aku exaggerate or too in love with my life right now. Saya happy dan sangat mensyukuri nikmat Allah SWT yang memperkenankan segala doa saya.
Walaupun kadang-kala aku kelihatan rebel, jealous mahupon suka cari pasal dengan tunang aku dan manusia sekeliling. Tapi tu time emo je. Hahahaha. Time lain, I'm so angelic. Eh eh tetiba.
My Goldfish adalah someone yang paling perfect (untuk aku). Maksudnya, almost perfect yang melengkapi aku yang super kurang dari segala segi. Saya telah elmosi sebanyak 36X sepanjang 6 bulan kami bertunang. Tapi dia sangat sangat sabar. And for that, I adore him sooooooo much!
Setiap hari, saya macam tak percaya saya bakal dikahwini oleh dia. Kisah kami sangat ringkas. Kami kenal sangat simple dan macam mana saya boleh terima dia pun sangat mudah. Saya beristhikarah dan Allah memudahkan segalanya.
:)
No comments:
Post a Comment