Tuesday, August 7, 2012
Cerita Pasal J
Labels:
Personal
Oleh kerana cuti maka I akan gigih mengupdate belog demi mengisi masa lapang. Bukan senang nak buat gini selalu. Ye dak? *giggle*
OK. Topik kita hari ini adalah J. J for Jalan-Jalan. J for Jamban eh eh Jambatan. J for Johore. Setakat ni hidup di Johor walaupon tak jalan-jalan selalu (eh ye ke?). Tapi dah tahu banyak lokasi. Dah boleh buat review sikit-sikit pasal J neh. Tapi memandangkan nak raya, moh la kita cerita pasal baju raya. Okeh?
Dua tiga hari ni, daripada dok pening kepala fikir bila nak sakit, baiklah saya dan suami pergi cari baju raya. Walaupon pencarian selalunya berakhir dengan kekecewaan sebab aku tak suka harga dia tapi husband sumpah manusia terbaik sekali untuk aku. Tak mengomel cakap aku banyak songeh. Dia bawak dari S'Mart, ke Angsana,ke Tesco Pelentong. Tapi last-last saya cakap "Takmo. Kita beli 2 hari before raya lah" Ceh. Kononlah nanti gagah padahal tah-tah nanti meleper.
Nak tahu tak kenapa?
Baju raya yang paling murah berharga RM139. I was like...WHOAT?? Engkau letak apa atas baju tu. Jade? Diamond? Swarvoski? Labuci? Dahlah baju yang saya minat harga asal RM250. After discount RM180. Aku macam....bluergh. Fine.
Baju suami pun sama. Padahal Baju Melayu je pon. Watdehel. Ada ke harga sampai seratus lebih? Hilang akal bila tengok. Hahaha.
Hubs cakap diorang saja naikkan sebab raya kot? Oh. Orang J je raya. Orang Malaysia tak? Eh?
I miss Jalan TAR. Takpon Nilai 3 yang dekat dengan rumah tu. Tapi Nilai 3 bukan semua baju dia berkualiti. Pandai-pandailah pilih. Jalan TAR? Ohhhhhh. Itu heaven! Zaman single dulu saya suka mencuci mata kat sana. Selalunya tak beli apa-apa pon. Balik shop bawak goreng pisang je seplastik. :))
Tapi....
Kalau betul nak cari tudung or baju kurung. Definitely I'll go there. Suka pergi hari biasa sebab orang kerja. Kalau weekend bersiap sedialah engkau untuk berlaga bahu dan pinggul. Last year, saya bawa adik-adik beli baju raya. Cantik weh. Kain licin warna pink belacan. RM50 je untuk sepasang baju melayu! Gila berbaloi sungguhpon adik-adik aku dah buat muka nak pitam. :))
Mana tak pitam. Dahlah bulan puasa. Angah diorang neh gigih berlari-lari dalam jalan TAR tu. Kiri kanan diorang orang jual air. Pastu dari satu kedai ke satu kedai aku tak puas hati sebab harga dan tak jumpa warna. Kedai last tu, kitorang rembat je. Adik-adik pon dah angkat bendera putih sebab penat gila.
Korang, angah sayang korang :)
Pelik. Tak tahu kenapa dekat J ni semua benda mahal. Rumah mahal okeh! Saya dengan Hubs tak bercadang pun nak beli rumah. Paling murah dekat 300K. Haha. Design? Oh. Johor Land punya design memang superb sebab tu harga best walhal keluasan tanah sekangkang siput. Err siput reti kangkang? Hehe
The best thing here adalah S'Mart. Saya suka S'Mart sebab kalau nak beli fresh fruits, vege, ikan, daging blablabla semuanya ada kat S'Mart. Pastu murah gilaaaa. Kalaulah aku seekor rabbit definitely dah stay sana makan kangkung. Err itu kalau orang kasi kangkung free la. :P
Bazar?
Setakat ni saya pergi bazar depan S'Mart tu je. Tapi rindu Bazar dekat Selangor. Rindu popia basah dengan sambal. Rindu cream horns. Rindu meatball IKEA. Eh kejap. Apsal dua benda last tu macam takda sangkut paut dengan makanan bazar? Huhu.
Hakikatnya, aku rindu Selangor sebab dah lama tak shopping. Wakaka. Lain weh rasanya bila shopping banyak variety, harga berpatutan dengan tempat yang macam banyak Mall tapi balik-balik tengok benda yang sama. Dah habis semua Mall dekat J ni saya tawaf kecuali CIQ, jauh sangat ke bandar aku nak buat hape pergi sana?
The only place yang macam seronok dan macam pasar malam sebab memang buat waktu malam adalah Pasar Karat. Tapi yang itu bila takda kerja baru suami bawak. Haha. Ni bulan-bulan puasa apa kes nak pergi? Eh buka ke time puasa?
Mak cakap, harini boleh pergi beli baju raya. Sebab nanti nak berpantang dah takda kudrat nak shop. Kalau nak suruh hubs sumpah dia akan surrender sebab dia takut aku tak berkenan. Hehe. He's not choosy but me? Oh yeah. Saya sungguh chooosyyyyy!
Err tapi barang berpantang pun tak beli lagi. Camne?
Err macam tulah sebab aku tak tahu nak beli apa. Haha. First timer lah katakan.
P/S:
Esok insyaAllah D&C. Doakan semuanya ok. *gigil lutut*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kalau darah x turun, dorang akan masukkan ubat utk keluarkan darah, kalau darah keluar abis, takyah bt dnc. kalau masih ada lg, maka kena lah dnc.
dan masa lps masukkan ubat, nk tunggu darah tu keluar, subhanallah, sumpah sakit. sakit mcm nak beranak. k riena termengadu kat nurse masa sakit tu, nurse ckp,"mcm tu lah sakit nak bersalin, kena lah tahan kalau nak punya anak lg." terus k riena diam. nak nangis pun tak berani.
apapun, smoga selamat semuanya. k riena tau syud tabah dan kuat. insyaallah,semua akan baik2 saja. amin.
kak riena: aah. mak ada cakap. plus sebab belum 3rd trimester diorang takkan bagi oxytocin. memang bagi tumpah darah jela.
insyaAllah akak. amin :)
Post a Comment