Wednesday, August 8, 2012
Redha, Sabar & Syukur
Labels:
Personal
Dah dapatkan Baskin anda malam ni? Saya tak. Tak sanggup aku nak beratur 3 blok kedai semata-mata sebab ice cream sejemput. Rakyat Malaysia memang sanggup bersusah payah untuk benda PER****. Err engkau Syud? Saya Hamba Allah pastu rakyat Malaysia yang tak berapa Malaysia. Hehe. Baik solat Terawih dengan Mak & Cia. Bukan senang. Selalu Mak kerja malam. Kalau saya sorang-sorang memang loner.
Tadi pergi hospital. Doc bagi induce if that what I opt. D&C adalah last resort sekiranya semua 'foreign bodies' tak keluar daripada badan ni. Sedih dengan words tu. They were my babies. :'(
Tapi...HOD dekat O&G tak kasi. Sebab? Saya fit & healthy. Induce may lead to severe bleeding. Maka aku pon jadi pasrah. Daripada redha, saya sekarang dalam phase sabar. Menanti sampai rasa sakit datang. Kalau tak datang-datang juga sila datang balik selepas raya.
Oh, hopefully takda siapa-siapa tanya pasal perut aku mahupon babies aku.
Actually waktu doc tanya saya opt apa, saya tak tahu nak jawab apa. The only term yang saya ingat cuma D&C. Tak teringat langsung word 'induce'. Dahlah doc cakap "Your babies dah ada bony, tulang belakang semua. Adik sanggup ke diorang keluar by pieces?" Ya Allah, mestilah jawapannya TAK!
Mula-mula rasa marah jugalah dekat HOD sebab tak kasi induce. Entah. Perasaan tak tenteram kot. Psycho? Uh. Yeah maybe. Bayangkan ye, anda dah tahu babies anda dah tak ada. Carrying your tummy around didn't help much in coping with the lost. Lecturer saya dulu as soon as baby dah tak ada cepat-cepat dia nak induce. Sekarang faham sangat perasaan dia. Sedih kot.
Tapi...itulah. Maybe ada hikmahnya. On the good side, HOD (macam mak cakap) nak bagi peluang keluar secara normal. Mak cakap Cervagem sakit. Plus, bila paksa induce risk untuk severe bleeding lagi tinggi.
On the bad side? Err aku tak nampak lagi. Nanti kalau saya stress teramat baru saya story. Huhu. Orang banyak yang tanya, saya ok? Saya jawab saya sangat ok. Cuma takut, nervous dan sometimes bila teringat benda yang dah jadi, automatik ternangis.
Tiap-tiap kali nak ternangis, saya akan remind diri sendiri dengan satu cerita ni. If dah pernah baca, good. Simpan cerita ni elok-elok. Sangat bagus! =)
Ceritanya:
Ada sepasang suami isteri ni yang ada seorang anak. Satu hari anak diorang ni meninggal waktu si suami keluar bekerja. Bila si suami balik. Si isteri layan suami macam tak ada apa-apa yang berlaku. Si isteri bagi makan, minum, gelak ketawa dan setiap kali si suami tanya anak diorang dekat mana si isteri bagi alasan. Sebelum tidur si isteri tanya si suami;
Si isteri: "Abang, kalau kita ada pinjam barang pastu tuan punya barang minta balik kena bagi tak?"
Si suami: "Eh mestilah. Dah itu barang dia"
Si isteri : "Abang, dulukan Allah pinjamkan kita anak sebagai harta kita. Tapi sekarang Allah dah ambil balik. Abang tak marah kan?"
Dan saya semat cerita tu dalam-dalam, saya selalu cakap dekat suami, andai kata kalau satu hari nanti apa-apa jadi, anggap je rezeki kita setakat tu. Sebab semua yang ada dekat dunia ni semuanya pinjaman dariNya.
Saya redha belum lagi rezeki kami untuk punya anak. Tapi saya tak tahu saya cukup kuat dan sabar ke untuk menanti. Kadang-kadang bila solat, saya rasa macam ada denyut dekat perut walhal saya tahu itu mainan perasaan je. Oh, menanti dekat sini bukan bermaksud dah tak reti sabar nak dapat baby lagi ye. Bukan.
Menanti dekat sini adalah tunggu time untuk babies saya keluar. Bukan tak sudi nak bagi diorang duduk dalam rahim saya lagi tapi takut emosi saya daripada stabil jadi bengong. Haha
Tadi, bila sekali lagi tengok ultrasound dan nampak babies yang tak bernyawa tu. Rasa sayup je. Tapi coverlah buat muka macho. Muka professional. Haha. Padahal dalam hati Allah je yang tahu rasanya. The kelakar part ever adalah bila HO tulis report; "No FH as previous scan". Err saya dengan Mak memang rasa kalau tetiba babies tu ada FH (fetal heartbeat) memang magiklah!
Ada jugalah terfikir kalau Allah cakap kunfayakun maka tak mustahil boleh ada heartbeat balik. Masalahnya, condition saya makin lama makin leper dan penat. Perut dah tak bulat macam dulu. Boobs dah start lembut balik. All the pregnancy symptoms start disapearing. Jadi saya tak berharap keajaiban berlaku.
Nurse dekat kaunter tadi bagi advice "Tak apalah. Lagi 4 bulan boleh try lagi bila rahim dah sembuh."
Empat bulan?
Oh. Memang first year kahwin ni tahun honeymoon kami jela. :)
P/S:
First phase, Redha. Second phase, Sabar. Third phase? Bersyukur sebab terpilih sebagai hambaNya yang diberikan ujian. Kalau ini sebagai kafarah dosa saya, harap Allah ampunkan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
syud...... baru tau ni. syud sabar banyak2 k. and i know ur a tough young lady :) insyaallah pasti ada rezeki lagi buat syud n husband nanti. saya doakan semuanya dipermudahkan nanti ye..
amal: thank you. insyaAllah. oh, memang sangat-sangat perlukan doa. nak deliver secepatnya. takut jadi gangguan emosi :D
subhanallah. babies tu mcm x nak tinggal ibu dia. org lain kalau baby x menjadi mesti dah bleeding. tp tidak (lagi) utk syud. allahuakbar, smoga Allah permudahkan segalanya utk syud.amin.
bila dok baca kisah syud ni, membuatkan k riena teringat pengalaman k riena dulu. ya,ia pengalaman berharga utk k riena.
http://adzrina.blogspot.com/2008/08/saya-yg-terkini.html
thank you kak riena share cerita. nanti time syud entah2 habis banjir sebab babies dah ada bentuk & tulang belakang. uhuk.
redhalah. perempuan memang banyak me'mikul'. harap2 Allah permudahkan :)
Post a Comment