Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 31, 2012

My Twenty-Fifth


Birthday saya jatuh pada satu hari selepas majlis hubby selesai. In fact, on my birthday sesungguhnya saya super penat. Konon-konon ambil off half day. Last-last terus mencutikan diri for the rest of the day. HAHA

Malam after majlis selesai, hubby terus nyanyi-nyanyi dekat telinga. Sangat soothing dan mendamaikan.

Comel sangat! :)

Pagi-pagi je hubby terus tarik tangan. Hulur kotak berwarna jambu. Heh padahal dah ternampak dah kotak tu time kemas wardrobe dia. Cuma tak sempat belek. Muahahaha

My 25th Present

A box of Body Shop's stuff. Berbau cherry yang mengharumkan segenap ruang. Cececeh. I love them! Lagi-lagi bila Baby Doll YSL aku hilang entah kemana time majlis dekat rumah Ibu. Haih. Sobsobsobs.

Cia wish dekat wall-fb and she might the one yang bagitahu emak. So tengah hari sebelum kononnya nak pergi kerja, mak peluk and cium pipi. Hehe. I love ciuman! *muka tak malu* Huuuu tak sangka sudah twenty-five. Sungguh in denial mode T________T

Malamnya kami celebrate dekat
My Friend's Restaurant. Makan sampai lebam! Ahaks. Thank you in-laws, sayang korang semua mucho! ;)

Errr. Sorry. Cerita honeymoon lain tahun kita goreng. Sejak dah jadi isteri orang ni Syuhada sangat sibuk.

Sila percaya :D

Tuesday, March 20, 2012

The Sky


The sky is crying and it hurts,
The sky is crying,
Yet there's no sun bear to give it some shine

If love is a cure,
Then why doesn't it ease the pain?

If love gives much,
Then why does it feels like it's less?

Am I greedy?

Seeking for more than what I have?

Am I worst at thought?

Or do I adore others too much?

Perfection is nothing and heck, I didn't search for that.

But love is something,
And I do seek for more love than ever.



P/S:
Shakespears mode. Jangan tanya apsal.

Thursday, March 15, 2012

Anjakan Paradigma

Pergh. Berhabuk belog guwe der. Nak cerita excited melalui fasa anjakan paradigma pon tak menyempat. Ehe. For the time being, saya sedang berada bersama ehem *batuk* ehem ehem.

Ehem ehem saya adalah comel dan naive. Saya sayang beliau! Ceh engkau tak habis-habis cerita pasal sayang Syud ;p

Eh haruslah engkau sayang kalau dia rela duduk tergolek atas lantai tengok Top-Gear guna netbook comel berskrin "14 manakala engkau sendiri guna skrin gedabak 42". HAHAHAAHA

See?

Demi anda. Saya pon update lah belog ni. Sila terharu. Hoho

This is my Wishing Trees!

They were awesome! Sangat comel dipandang malah bila dah penuh saya rasa terharu. Thanks hadirin sebab tolong comelkan pokok saya. Heee :D

Seterusnya, saya akan membawa anda kepada sesi cuci mata tengok muka kami. Ye muka kami - Me, Hubs & Friends. OMF (Oh My Friends), you girls are awesome! I love you all muah muah.










My Dearest Kakak

Ya Allah Kak Gla! Akaklah akak terbaik saya miliki. Nak nangis terharu-haru sebab akak tolong siapkan Sireh Junjung saya. Tanpa akak, maka terkuranglah jumlah hantaran Syuhada. Pastu jantung dah lari laju-laju sebab kerisauan melampau. Thanks akak. Dahlah tolong buatkan hantaran. Pastu bersusah-susah tolong buat outdoor photoshoot (after nikah) :)







Anjakan Paradigma Tahun 2012 adalah menukarkan status CIK kepada CIK PUAN SERI (ewah wah wah). Haha. Alhamdulillah. I'm officially....a wife :)


OK sekian. Maaflah. Saya tak menyempat-nyempat nak goreng blog. Masih tengah cuba adapting my new life. So far everything is great! Suami adalah lelaki terbaik untuk saya. Plus, waktu first time kami pegang tangan after nikah, jantung terus naik speedboat! HAHAHA.

Kahwin itu best!

Eh kejap. Encik Suami dah tergolek atas lantai. Kesian beliau. Sebab kesian maka saya yang gagah ini akan cuba lontarkan beliau :)) OK gurau. Nak pergi kejut suami. Lain kali story mory lagi.

Lain kali saya cerita everything about my wedding. From top to toe ;)

Tuesday, March 6, 2012

Lima (5) Hari


Tinggal Esok

Aku capai lastik getah yang elok Tok Da buat. Entah kenapa, tadi sebaik sahaja Tok Da dan Opah sampai, terus aku meluru ke arahnya, sebundut plastik oren penuh dengan getah bodoh aku hulurkan. Suruh buat lastik cicak. Aku tenang dua ekor cicak yang tengah seronok berasmaradana dekat atas syiling. Memekak je kerjanya. Cit..cit..cit..cit..cit..cit.. Bising!

Hari ni, rumah aku penuh dengan sanak saudara dari merata negeri seluruh semenanjung. Bangga betul bila cucu pertama keluarga ni dapat melanjutkan pelajaran pergi luar negara. Rasa macam ada kenduri kahwin. Meriah semacam.

Tengah seronok melastik, Dek Wan datang mengendeng. Hishh..sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Dek Wan, Ijal, Aikal pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Dek Wan menjalankan misi melastik cicak. Dua tiga ekor berjaya kami tumbangkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk.

Aikal, adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.

Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13!

Aku tersengih. Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.

Waktu Aikal main kejar-kejar dengan Ijal, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan. Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut.

Baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka.

Roaming Card

Harper Bazaar aku capai. Tak senonoh betul Britney tak berbaju. Dahlah perut bulat macam belon angin.Aku menggelengkan kepala. Lima belas magazine aku angkat sekali. Kerusi plastik aku tarik menggunakan kaki. Perlahan-lahan aku panjat. Harper Bazaar lama aku keluarkan. Yang baru aku sorongkan ke dalam rak. Tiga je aku capai dan campakkan ke atas meja kayu.

Ija di bawah terkejut. Sambil mengurut-ngurut dada, makcik yang sorang tu mengomel macam mak nenek. Aku diatas ketawa terkekek-kekek.Belum sempat turun dari kerusi, Kak Non muncul. Dengan muka serius dan garang. Nama aku dipanggil.

Terkebil-kebil aku memandang assistant supervisor yang jarang tersenyum tu. Aku turun dari kerusi. Rasanya minggu ni aku tak ada lagi buat salah. Semenjak kena marah sebab pandai-pandai guna cash register, aku tak berani lagi nak tunjuk pandai. Dekat dengan kaunter pun aku tak berani. Lagi rela menjerit atau berlari berbatu-batu memanggil budak-budak yang lain. Kak Non jalan mendada. Lurus. Macam orang berkawat. Sampai dikaunter, dia merebahkan punggungnya ke atas kerusi manakala aku hanya mengendeng ditepian. Tak berani nak dekat-dekat.

“Kau pandai guna roaming card tak?.” Kak Non mencapai beberapa keping kad dari dalam laci. Salah satu disuakannya tepat didepan mata aku.

Roaming? Apa benda menatang tu? Aku geleng. Rasa bodoh sangat. Maklumlah, ini pertama kali aku bernafas sendiri lepas habis SPM. Kalau tak sebab kerja ni, mungkin aku masih lagi memerap bawah ketiak mak. Sampai hangit. Sampai masam kot.

Kak Non hela nafas. “Ish..benda ni pun tak tahu. Macam kad telefonlah.” Bangang! Aku tambah sendiri. Entah. Terasa ada aura setiap kali Kak Non hela nafas. Macam ada makian dalam tiap kata yang dia tuturkan.

Si Selekeh

Elok je lepas dia mengajar aku. Seorang jejaka selekeh menghampiri kami. Berambut panjang. Jambang memenuhi segenap ruang muka. Berkulit cerah dan mata sedikit sembab. Si selekeh ni nampak serabut. Sikit-sikit mengesat hidungnya. Matanya merah macam orang lepas menangis. Dia mengeluarkan wallet dari saku belakang jeansnya yang terlindung dibalik kemeja biru yang renyuk.

“Give me one roaming card please.” Ehh..speaking? Wahh..selekeh-selekeh pun speaking. Aku menyatakan rasa kagum dengan melopong dan memandang dia.

Kak Non menyiku bila melihat aku dan dia berpandangan. Dia mungkin memandang hairan. Aku pula memandang kagum. Si selekeh yang speaking.

“Yes..yes sir. We got it.” Dengan English yang tak berapa betul aku menghulurkan kad tersebut. Kak Non picit lengan aku. Aduhh..sakitlah! Si selekeh menggaru kepala. Eii..makin serabut pula tengok dia ni.

“Emm..I’m not used with this card.Can you teach me?.” Aku mengangguk. Cepat-cepat aku capai kad itu dari tangannya. Kak Non memerhati. Dari tong sampah bawah kaunter, aku capai sekeping resit. Dibelakangnya aku tuliskan instruction yang Kak Non ajarkan. Malas nak berspeaking-speaking. Karang buatnya dia gelakkan aku macam mana. Lagipun dia bukan foreigner. Tengok muka, Melayu tulen!

Selesai menulis, plastik yang membaluti kad itu aku koyakkan. Duit satu sen diatas keyboard aku capai, gores mana yang patut. Kemudian aku serahkan padanya. Si selekeh tersenyum tawar.

“Tiba-tiba tak rasa nak guna pula. Can I return it back?.” Ahh..sudah. Dia ni gila ke? Aku dah koyakkan plastik. Gores-gores.Tiba-tiba nak pulangkan balik. Aku pandang Kak Non yang berada dibelakang. Kak Non menjegilkan biji mata macam drakula yang kelaparan. Kakinya menolak-nolak belakang aku.Aku keluar dari kaunter. Mendekati si selekeh yang boleh tahan wangi. Ehh..selekeh tapi wangi.

“Tak boleh Bang. Dah gores tak boleh return.” Aku tolak balik kad itu pada dia.

“I didn’t feel want to call anyone.” Nada suaranya merendah. Perlahan dan sayu.

“Abang malas nak picit-picit butang ek? Meh saya tolong.” Tak tunggu lama. Aku terus bergerak keluar meninggalkan Kak Non. Tangan si selekeh yang tak tahu apa namanya aku tarik. Kalau Kak Non marah biarlah tapi tadi dia juga yang macam harimau nak telan orang. Customer buat hal je orang lain yang kena.

Aku tekan public phone ikut arahan yang Kak Non kasi sementara si selekeh berdiri disebelah. Macam tugu Negara. Tapi yang ni tunggu Negara versi sayu. Malap. Bila operator minta masukkan nombor telefon, aku pandang dia. Mukanya masih seperti itu. Sedih. Sayu.

Kertas yang hampir renyuk digenggamnya aku capai. Sebaik sahaja selesai mendail. Suara seorang perempuan jelas kedengaran.

“Dah..” Pendek sahaja ayat yang aku tuturkan tapi buat si selekeh tersentak. Tiba-tiba aku terdorong ke tepi dan dia cepat-cepat mencapai ganggang telefon. Aku tinggalkan dia begitu sahaja. Si selekeh yang wangi tapi pelik.

Perlanggaran Kenyal

Pagi tu sepatutnya Kim yang kerja. Kenapalah suka hati je minah tu mengabsentkan diri ek? Tapi bagus juga. Boleh aku buat OT lebih-lebih. Aku tersengih. Novel-novel Sophie Kinsella aku susun cantik-cantik. Confession of A Shopaholic aku tatap puas-puas. Dah lama berangan nak beli buku tu, tapi tak mampu-mampu. Cukup bulan ni nak belilah. Dah puas duduk menyusun, aku bangun dan berlari kedepan bila suara Abang Man supervisor rasmi bookworld kedengaran memanggil-manggil namaku. Aku terlopong.

Lima buah kotak penuh dengan buku-buku baru elok bersusun didepan. Yeah..yeahh..hari ni tak payah susun buku! Aku menjerit keriangan dalam hati Biasanya kalau ada buku-buku baru, maka secara automatik aku tak perlu menyusun buku. Dengan kepakaran IT peringkat amatur tapi cekap dan efisyen serta pantas, tugas mengkey-in semua buku-buku baru diserahkan pada aku oleh Abang Man.

Tengok! Siapa sangka sebulan je kerja aku dah diberikan tanggungjawab ni. Setakat nak duduk dekat kaunter tu kira celah gigi je.Ewah..sungguh riak Syuhada. Dah pandai berlagak dengan Kak Non. Yang seronoknya, bila tak perlu susun buku dan duduk diofis sepanjang hari, aku rasa lega.

Sebab? Tak perlu sakit hati tengok seksyen kanak-kanak yang selang lima minit dah hancur barai kena usik.

Aku tersenyum. Memandangkan Ija dan Hana tak masuk lagi. Maka tugas memikul semua kotak-kotak tu terpaksalah aku galas. Abang Man dah sah-sah dok cover kaunter. Kak Non? Cuti. Aku mencangkung. Angkut dua kotak sekaliguslah! Otak aku yang tak berapa betul memberikan cadangan tanpa melihat relevennya disini.

Waktu angkat dua-dua kotak tu, aku rasa melayang-layang. Hilang imbangan! Dan tanpa sedar aku menghentam satu objek didepan yang tak kelihatan dek pandangan.

“Alamak! Maaf encik.” Aku buat muka puyu.

“It’s okay.” Jejaka itu bangun. Mengibas-ngibas seluar putihnya dan mencapai topinya. Eh, panggil topi ke?

Aku kalih wajah ke kaunter. Tersengih seayu mungkin ke arah abang Man. Jangan marah saya Abang Man, tak sengaja! Abang Man menggeleng-gelengkan kepalanya dan kembali melayan pelanggan.Fuhh..aku tarik nafas lega.

“Saya tak sengaja. Tak nampak. Kotak-kotak tu pula berat semacam. Macam angkat anak badak.” Aku mengutip buku-buku yang bertaburan.

Dia turut membantu. Tersenyum.

“Pernah angkat ke anak badak?.” Jejaka itu tersengih menampakkan sebaris gigi yang putih. Macam iklan Darlie pula.

Aku garu kepala. Macam pernah tengok dia ni..tapi dimana ya??. Dia kemudian berdiri. Memakai kembali topi pilotnya. Sangat kacak! Mata tu…

“By the way, thanks sebab tolong saya hari tu.” Dia mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Aku masih memeluk kotak. Termanggu. Tolong? Bila masa aku tolong dia?

Pilot dan Wan

Ingat lagi si selekeh? Rupa-rupanya pilot handsome yang aku terlanggar tu si selekeh. Patutlah waktu dia bangun ada satu bau wangi yang aku cam. Satu hari lepas balik kerja, tengah aku berdiri macam tiang bendera. Seseorang menghampiri. Baru je nak buka langkah silat cekak yang aku belajar waktu sekolah rendah dulu, dia dah surrender dulu.

Siap angkat bendera putih. Yakni topi dia tu. Si selekeh ajak makan Mc Donald, dia belanja.

Teringat pula cakap mak. Jangan pandai-pandai ikut orang yang tak kenal. Dari sekolah rendah sampai dah besar melangut ni, aku tak pernah tak dengar cakap mak Jadi bila si selekeh mengajak, cepat-cepat aku menggeleng. Macam budak kecil kena paksa makan sayur.Naik pelik orang tu bila aku menolak.

“Come on Syuhada. I nak belanja makan jek.” Topi pilotnya ditanggalkan. Zip beg sandang warna hitam yang tertera lambang Mas ditariknya.

“Mana tahu nama saya Syuhada?.” Aku pandang dia dengan muka hairan. Dia ni pilot ke ahli nujum?

“Adalah..kalau nak tahu jom pergi Mc D.” Topi sudah selamat masuk ke dalam perut beg.Aku geleng lagi.

Dia garu kepala. Tiba-tiba dia tersenyum.

“Ajak Kim sekalilah.” Aku angkat muka. Kim? Mana dia kenal Kim? Haa..ni mesti Kim yang bagitahu ni.

“Tak yah ajak Wan.Kau tak cakap pun aku dah boleh dengar.” Kim ketawa dan menepuk-nepuk bahu si selekeh yang namanya…Wan?

Hakimi Izzatie. Sekali pandang memang macam lelaki. Dua kali pandang baru boleh cam dia tu perempuan. Dahlah nama pun Hakimi..nasib baik ada Izzatie. Kim menarik tangan aku. Menggenggam erat dan dengan paksaan, tanpa rela, aku menapak bersama dua orang makhluk Tuhan yang tak bertamadun. Selamba kodok tarik-tarik orang. Nasib baiklah kau tu kawan aku Kim, kalau tidak….

Stewardess

Petang-petang macam ni, kalau dapat melanguk tepi padang memang best. Lagi-lagi bila dapat cuci mata. Uh..jangan salah tafsir. Aku mencuci mata dengan melihat kanak-kanak tabika,taska dan tadika bermain di playground. Seronok tengok keleteh diorang. Comel! Dah puas cuci mata, kunci motor aku tarik dari poket seluar. Motor kapcai Honda warna biru peninggalan arwah ayah aku hidupkan. Walaupun bunyi semput-semput tapi masih boleh berfungsi. Kira okeylah nak dibawa kemana-mana sebab setakat ni tak pernah lagi meragam.

Elok nak mendaki bukit tinggi dekat De Palma In, aku nampak sorang amoi diseberang jalan tengah sibuk meniup-niup enjin kereta. Tiup buat apa? Bagi sejuk? Aku memberhentikan motor ditepi jalan dan berlari ke arahnya.

“Hai,rosak ke?.” Gadis itu tersenyum.Rambut panjang separas siku yang di diwarnakan blonde dan mata berwarna biru hasil penggunaan contact lense aku tatap. Sebenarnya, aku pun tak pandai sangat pasal kereta-kereta ni tapi sebab tengok dia sorang-sorang, rasa tak sampai hati biarkan.

“Aah..I pun tak tahu what’s wrong with my car tapi I dah call dah my bf. He’s on the way.” Aku mengangguk laju. Hantamro je aku usik-usik enjin dia tapi usik jela. Tak pulas apa-apa pun. Sementara tunggu boyfriend dia, kitaorang pun duduklah berborak-borak.

“Kerja apa?.” Mulut aku ramah-tamah bertanya.

“Stewardess.” Wow..I can see that. Patutlah you ni bergaya habis!

“You?.” Emily bertanya sambil mengelap peluh yang membasahi muka. Aku tunjuk jari ke arah dada sendiri.Kepalaku menunduk sedikit. Dia mengangguk.

“Kerja biasa je.Kedai buku. Sementara nak masuk U.” Aku sengih tapi kemudian sengihanku mati bila Wan muncul dibelakang Emily. Izwan. Si selekeh. Izwan. Pilot handsome.

Part-Time Girlfriend

Kim tolak bahu aku sebaik sahaja kelihatan Izwan dimuka pintu Bookworld. Aku menoleh sebentar, kemudian kembali menyusun. Rasa rela lagi menghadap buku-buku bahasa daripada menghadap muka Izwan. Entahlah, sejak peristiwa terserempak dengan Emily dan dia. Rasa semacam. Kalau dia dah ada makwe, nak buat apa baik dengan aku? Ishh..konpius!

Entah-entah dia tak ada apa-apa niat pun, yang kau ni dah kenapa Syuhada? Aku tersenyum sendirian. Lepas tarik nafas dalam-dalam, aku bergerak perlahan, menyeret kaki dilantai dan menghampiri Izwan.

“Apsal kaki tu seret macam siput sedut?.” Wajah Wan yang dah dekat dua minggu aku tak nampak aku tatap.

“Saje..” Tangan kananku sibuk mencapai Sudoku diatas rak kecil di bucu dinding.

“Hm..rindu..” Erkk?? Ewah..suka hati je nak rindu-rindu orang. Jauh sikit ye encik pakwe orang!

“Free tak? Lepas kerja jumpa Wan dekat Eden.” Aku angguk perlahan. Rasanya sejak kenal Wan, satu KLIA aku dah pusing. Semua fast-food outlet aku dah jenguk. Eden, Coffe Bean, Kfc, Mc Donald, Asian Kitchen, Burger King sebut je..semuanya aku dah pernah jejak. Food garden je mamat tu tak pernah bawak. Tak ada kelas kot. Padahal itulah tempat aku dok tapau lauk hari-hari. Itupun satu lauk je cecah RM5!

Aku ketap bibir. Tersenyum semanis mungkin.

“Saya habis kerja pukul 5.30.” Giliran Izwan mengangguk. Serentak dengan itu si selekeh tu sarungkan topi dia atas kepala aku. Tersenyum dan mencubit pipi. Mesra. Izwan bersiul kecil dan hilang dalam kerumuman orang ramai. Meninggalkan aku sendirian. Yang masih tak percaya. Mimpi ke? Aku raba pipi. Masih terasa panas. Aku tersengih kemudian masuk ke dalam.

“Jadi gf saya.” Izwan pandang mata aku dalam-dalam. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berputar tiga ratus enam puluh darjah. Adrenalin bergerak laju. Jantung terus diserang Arrhythmia.

“Haa??Emily tuh??.” Izwan sengih. “Ex..she’s my ex. Sebab tu saya suruh awak jadi gf saya. My part-time gf.” Cup kertas berisi Ice Lemon Tea ditariknya kesisi. Perlahan-lahan dia menyedut. Khusyuk. Macam sedap sangat jek. Aku cebik lidah sorang-sorang. Kemudian tarik nafas. Part-time gf???

Bakal Menantu

Mama Izwan tersentak. Aku lagilah tersentak. Emily kat sebelah Datin sorang tu tersedu-sedu menahan tangis. Ehh..ni dah lebih dari kontrak ni.. sejak bila aku ada bagi agreement nak jadi bakal menantu Datin Norlia?? Aku mengerutkan muka. Dah tak selesa duduk. Cepat-cepat aku berdiri sebelah Izwan. Kang tak pasal-pasal kena flying kick. Izwan tarik aku ke belakang. Mengenyitkan mata. Aku sepak kaki dia. Dia mengaduh. Dah hilang hormon kewarasan gamaknya. Suka suki je dia cakap dekat mama dia yang dia nak kahwin dengan aku.

“Tell me that’s not true.” Emily teresak-esak lagi. Rasa nak habis satu kotak tisu dikerjakannya.
Izwan angguk. Datin Norlia berubah wajah. Dah macam naga nak semburkan api. Muka dia..eiii merahnya!!

“For God’s sake, cakaplah Wan main-main. Apa ni Wan??.” Datin Norlia terduduk. Emily disebelah ditenangkannya.

“Dahlah tu..tak payahlah Mama pujuk Emily tu. I’m over her!.” Izwan tarik aku keluar dari rumah. Tiba-tiba terasa ada cop mohor besar melekat kat dahi ‘Si Pengacau Bilau Keadaan’.
Masuk je dalam kereta. Aku diam. Tak berani nak cakap apa-apa. Izwan kelihatan fokus memandu. Aku lontarkan pandangan ke luar jalan. Melihat pokok-pokok renek yang teratur kemas. Ada Lantana ungu kegemaran. Suka Lantana. Bunganya macam lego. Kecil dan comel.

Jemu memandang ke luar, aku alihkan muka ke kanan. Kembali melihat si selekeh yang kelihatan mahu menjalani transformasi ke arah si serabut.Aku menguap kecil.

“Mengantuk..nak tidur.Dah sampai kang kejut.” Aku memberikan arahan ringkas. Membenamkan kepala dan perlahan-lahan memejamkan mata. Tak tahulah Izwan tu dengar atau tak tapi yang pasti mata ni dah tak larat nak tampung kadar kengantukan yang semakin menggunung ni.

Entah bila aku terlelap..mungkin.. saat Izwan belai perlahan rambut hitamku.

Sejarah Hidup Izwan

Kata Kim, Izwan terlalu sayangkan Emily. Sebab Emily juga dia jadi serabut. Ohh..patutlah pertama kali jumpa dia..sungguh selekeh! Macam orang yang dah berabad tak mandi..eh tak mandi?? Tak..tak..tukar. Macam orang yang dah berabad tak trim rambut. Hishh..baik tak payah sayang kalau dengan sayang orang dia jadi serabut. Kim tepuk tempurung kepala aku.Rasa bodoh sekejap lepas kena hentak. Kim kata Emily tinggalkan Izwan sebab seorang mamat Perancis.

Puas dipujuk suruh balik Malaysia, tapi Emily tetap degil. Berbulan-bulan hidup Izwan tak terurus. Asyik terkenangkan Emily je. Emily itu..emily ini.Eh..kejap..apasal Kim terer sangat pasal sejarah hidup Izwan???

“Aku kenal dia pasal kakak aku stewardesslah..” Oooo..aku membulatkan mulut sambil mengangguk-angguk macam burung belatuk.

“Izwan dengan Emily tu hot couple.Sorang pilot sorang stewardess.”

Oooo..aku angguk lagi. Kali ni siap tersengih. Emily memang lawa apa.Tak mustahiller gossip hangat boleh tersebar meluas.

“Dah tu??.” Aku pandang Kim. Kim pula toleh ke arah aku. Mulut dia sibuk meniup-niup Nescafe panas dari cup polisterene.

“Dah tu..sekarang ni Izwan dah malas nak layan dia dah. Izwan kata dia tak ada hati dah.”
Tak ada hati?? Eleh..kalau tak ada hati pasal apa dia amek aku buat jadi part-time gf?? Bukan sebab nak buat Emily jealous??

Aku garu kepala. Mula atur langkah ke rak magazine. Ada sesuatu yang perlu Izwan jelaskan pada aku.

Food Garden

Pernah datang ke KLIA? Kalau naik lif sampai ke tingkat dua bawah satu aras dari tempat perlepasan, ada satu food court yang namanya Food Garden. Kalau kerja,selalunya aku dengan Kim suka tapau lauk dari sini je. Harga boleh tahan mahallah tapi kalau tunjuk id boleh dapat diskaun. Berapa percent aku sendiri tak sure.

Jimat lagi kalau beli nasi lemak kat tepi jalan sebelah bus stop, baru seringgit setengah. Siap ada telur goreng lagi.Kalau tengah-tengah bulan atau rasa nak berdiet, selalunya aku singgah Deraman je, sambar dua bungkus sandwich hi-five dengan satu kotak air green tea yeos.

Petang tu, aku bawa Izwan ke situ. Di Food Garden. Privasi lebih sikit sebab aku sure krew-krew kapal terbang yang berkaliber tak layan punya nak singgah situ. Kurang sikit gosip murahan.

Izwan menatang satu dulang penuh. Ada muffin, chicken sandwich, hot chocolate. Kecur liur tengok semuanya. Elok je dia melabuhkan punggung, disuanya dulang tu ke arah aku.Aku capai hot chocolate, selebihnya aku tolak balik ke arah dia.Izwan alihkan muffin dari dulang. Ditolaknya kembali ke arah aku, keningnya diangkat tanda menyuruh aku mengambil. Aku angguk. Perlahan bibir menutur.

“Thanks.” Macam tau-tau je aku memang terliur tengok chicken sandwich tu. Muffin tak layan. Manis sangat! Kalau selalu makan gerenti kena diabetis mellitus.

Tujuan sebenar aku ajak Wan ke situ bukan nak mencekik. Jadi, sebaik sahaja sedar kembali akan matlamat asal, aku cepat-cepat makan. Lepas tu coklat panas tu aku hirup sepantas mungkin sampai lupa betapa panasnya air tu waktu cecah permukaan lidah aku.

Serius..mesti melecur sebab lepas tu aku rasa deria rasa aku hilang. Kebas. Pedihnya lidah. Wan ketawa. Seronok agaknya tengok aku terkinja-kinja macam beruk tertelan cabai burung. Kurang asam. Aku mencebik. Rasanya sejak kenal Wan, habit mencebik semakin menjadi-jadi.

“Kenapalah gelojoh sangat ni??.” Wan senyum sambil tangannya ringan je mencapai tisu. Disuanya ke arah aku.

“Haa?? Takdelah.” Aku cepat-cepat membuat penafian.

“Tak nak mengaku?.” Aku geleng. Banyak kali geleng. Wan ketawa. Degil betul.

“Ni..nak tanya something, tapi Wan kena jawab. Janji jawab okey?.” Aku memandang tepat ke arah anak mata Izwan.

“Hm..tanyalah.” Izwan tersenyum lagi. Manisnya..rasa nak cubit-cubit. Wahai Encik Izwan, tahukah anda sesungguhnya saat ini saya sedang jatuh cinta dengan senyuman anda?

Aku hulur jari kelingking. Suruh dia berjanji. Janji jawab. Jawab okey?Izwan hulurkan juga jari kelingking. Macam kanak-kanak rebena berjanji bila jari kelingking kami bertaut.

“Kenapa suruh saya jadi part-time gf?.” Aku pandang tak berkedip. Jantung berdegup-degup laju.

“Sebab…”
“Sebab….”

Aishh..mamat ni… Apsal jawab tembel-tembel ni?? Rasa nak..nak…errr..tak ada apa-apa. Lupakan niat itu Syuhada…

“Saje..” Izwan tersengih. Aiii..pantang tok nenek aku orang buat-buat saspen lepas tu jawab macam hampeh. Aaaaa..nak mengamuk! Tolong..high blood pressure..high blood pressure..
Petang tu, teruk Izwan aku kerjakan. Maaf, tak boleh cerita detail. Terlalu sulit untuk diceritakan.Kalau nak tahu, pergi tanya Izwan sendiri.

Terbang Ke Langit

Sesungguhnya dari Kim, aku dah faham tujuan sebenar Izwan suruh aku menyamar jadi girlfriend dia. Rasa menyesal pula pasal..pasal..hempuk dia dengan tray dek kerana terlalu geram.Siapa suruh dia main-main? Penat aku buat muka super serius, dia boleh buat lawak bangang. Nama je dah dua puluh enam,tapi perangai kalah kanak-kanak riang. Ke aku yang kanak-kanak riang? Sepotong ayat dari Kim buat aku ternganga. Tak tahulah betul ke atau tak. Wallahualambissawab.

“Dia suruh sebab nak buat Emily stop ganggu dia.Kalau buat depan Mama dia baru Emily tu percaya sebab Wan tak pernah bawak girl lain selain Emily.”

Wan ni baik betul dengan Kim..semuanya cerita suruh bagitahu aku. Bagitahu sendiri tak boleh ek?

“Dia suruh aku bagitahu ni pun sebab dia takut dengan kau. Kau buat apa dengan dia ek?”

Erkk..Kim boleh baca otak aku?? Hebat!

Aku tersengih-sengih. Kalau Kim tahu apa aku buat dekat Wan, mesti minah tu amuk.

“Tak ada apa-apa.” Bohong sunat!

“Dia ada cakap kat aku, pasal dia terlepas cakap nak kahwin dengan kau tu unexpected, tiba-tiba je mulut dia tercakap.” Tercakap?? Releven ke tercakap?? Dia saja je nak kenakan aku tu. Baik-baik dia bukannya betul sangat. Sengal!

“Tapi dia ada cakap lagi..kalau betul pun apa salahnya.”

Ayat terakhir Kim buat aku terbang ke langit ketujuh. Wan nak kahwin dengan aku?? Seminggu aku angau.Tersengih macam kerang busuk.

Terakhir Kali

Esok hari last, hari terakhir aku di Bookworld. Mak redha aku dapat belajar dekat Aussie. Program preparation pun buat dekat sana. Bagus juga, dapat aku merasa pergi negara orang. Jauh berjalan luas pemandangan. Jauh berjalan seronoknya haii. Pasal Izwan, sekejap je mamat tu takut dengan aku. Tak sampai seminggu dia kembali mengendeng di depan pintu. Tersenyum.

Sejak Izwan berterus terang dan bawa aku jumpa mama dia balik. Rasa tenang. Datin Norlia pun tak marah dah. Cuma bengang sikit sebab anak dia pandai-pandai buat lawak cimpanzzi. Dato’ Khaizan sporting pula. Suka buat lawak. Rasanya aku dah tahu dari mana turunnya genetik tersenyum dan tersengih selalu tu kalau tak dari ayah dia.

Tengah makan tengah hari, Dato’ Khaizan mencelah.

“Abah tak kisah kalau Wan nak kahwin dengan Syuhada tapi make sure cita-cita tu capai dulu.”
Erk..tersedak!! Bila masa aku nak kahwin dengan dia??

Izwan dikiri tersengih-sengih. Aku siku bahu dia. Buat lawak bangang apa dia ni?? Takkan dia tak explain yang aku ni masuk universiti pun belum lagi? Lagipun, bila masa aku dengan dia bercinta ni??

“Wan takkan kacau dia punya Abah. Don’t worry.” Aku tarik nafas lega. Bila aku hela nafas, aku rasa ada mata memerhati. Aku toleh. Err..Datin Norlia? Apsal khusyuk tengok muka saya? Comel ke?

“Emm..Mama pun rasa okey je tapi macam kata abahlah.. tunggulah Syuhada ni dah besar sikit.”
Haa??Besar?? Saya ni tak cukup tumbesaran ke?? Izwan tersenyum. Menggelengkan kepala. Aku cuma tersenyum simpul. Tak faham betul mak bapak dia ni. Dah terangkan yang aku ni girlfriend acah pun still cakap pasal kahwin. Konpiuss arr…

Balik dari rumah dia, aku senyap. Malas nak cakap apa-apa. Banyak lagi benda lain aku nak fikir,passport,visa,barang-barang nak pack, nak beli barang lagi.
Aku bagi isyarat dekat Ija tanda aku keluar sebentar.

“Jumpa after kerja. Dekat gate five.” Aku angguk tanpa sempat cakap apa-apa.

Tepat 9.35p.m, aku habis kerja, bila aku melangkah melepasi jalan ke gate 5. Dari seberang jalan, aku lihat Izwan lengkap dengan uniform putihnya, ditangan kanannya sejambak ros putih dipegang kemas. Dia tersenyum manis. Bila aku selesai melintas, dia tarik aku ketepi, betul-betul dekat tiang menghadap terminal bas. Mamat ni dah kenapa?? Tengah-tengah KLIA pulak tu.

“Syuhada..Wan tak tahu nak cakap macam mana..tapi..”

“Tapi? Ni ros untuk siapa?.” Jari telunjuk aku tepat aku sua ke arah ros putih yang tersusun tu. Cantik.

“Untuk awaklah.” Mata aku bersinar terang. First time dapat bungalah katakan. Terus hati kembang-kembang. Tak tunggu lama. Terus aku sambar bunga dari dakapan Wan. Belek kiri, belek kanan, lepas tu cium. Wanginyaaa..

Tak sedar bila, jari manis aku dicapainya. Sedar-sedar je, Izwan masukkan sebentuk cincin emas putih, kemudian ditolaknya perlahan sampai ke pangkal jari. Elok je muat. Aku terkesima.

Mimpi ke? Aku tepuk pipi kiri, lepas tu kanan.

“Awak tak mimpilah cik Syuhada oii..” Jari jemari aku dicapainya.

“Hm..nasib baik fit.Ingatkan tak muat tadi. Maklumlah Syuhada montel orangnya.” Dia ketawa. Sengal! Sempat mengutuk lagi.

“Cincin apa ni??.” Aku buat-buat bodoh. Memang pun kena buat bodoh. Aku nak pergi Australialah!! Bukan nak pergi kahwin! Even dalam hati suka..

“Cincin kahwin.” Izwan sengih. Lepas tu ditariknya pipi aku.

“Bila masa saya nak kahwin dengan awak?.” Aku buat muka toya.

“Lima tahun dari sekarang. Simpanlah..Wan tunggu. Kalau Syuhada tak nak terima, nanti dah sampai Aussie pos balik dekat Wan okey.”

Izwan berlalu meninggalkan aku, cincin dan ros putih.

Epilog

Benci betul orang datang lambat ni, rasanya waktu ni juga aku nak lari masuk dalam. Lepas tu ambil spray air, sembur muka. Biar cair semua mekap-mekap ni. Biar basah songket putih cream ni tapi dek kerana kesian tengok kakak-kakak sepupu yang beria-ia tolong kipas, ambilkan air, tolong touch up mana yang patut, terus batalkan niat tu. Maka duduklah aku kembali. Menunggu dalam bilik pengantin yang serba putih. Nasib baik mak taruk aircond dua minggu lepas, kata mak senang sikit, tak adalah Adah cair dalam bilik nanti.

Dah dekat berpuluh-puluh orang berpusu-pusu masuk. Sikit-sikit nak tengok pengantin.Macamlah aku ni patung display.

Tadi katanya kereta rosak, ish..boleh pula nak rosak waktu ni. Kenapa tak cek awal-awal?? Dahlah aku tak suka berselaput dengan mekap.Rimas! Aku menguap kecil. Kerling jam ditangan kiri. Dah mengantuk ni. Aku pejamkan mata. Entah bila aku tertidur. Sedar-sedar je, ada orang mencuit pipi, aku tepis. Lepas cuit pipi, cuit telinga. Aku tepis lagi. Monyet! Orang nak tidurlahhh…Bengang diganggu, aku buka mata.

Suasana lengang. Yang tinggal cuma aku, bilik pengantin serba putih serta desiran kipas. Aku pandang kiri, tak ada orang. Pandang kanan, tak ada orang juga. Eh..mana diorang ni??

Tiba-tiba suasana jadi gelap gelita. Mata aku ditutup kemas. Siapa pula buat april fool ni??

Aku tolak tangan kasar yang elok melekap pada mata tadi. Perlahan-lahan aku dapat lihat sinar cahaya kembali. Wan tersenyum ke arah aku. Ada sekuntum ros putih ditangan. Eh..dah sampai rupanya mamat ni. Aku tersenyum. Mencapai ros yang diberinya. Tanjak diatas kepalanya aku alihkan. Wan jatuhkan kepalanya diriba. Aku elus perlahan rambut hitam pekatnya. Harum..

“Wan sayang Adah.” Tutur Izwan perlahan. Air matanya tumpah. Terasa hangat jatuh diriba. Aku angkat kepalanya. Wan menangis?? Air matanya aku seka perlahan.

Aku tersentak dari tidur bila badan aku digoncang hebat. Baju songket putih yang aku peluk bersama ketika tidur renyuk. Di lantai, barang-barang hantaran elok tersusun kemas. Tinggal lima hari lagi sebelum aku diijabkabulkan dengan Izwan.

“Ada call.” Mak cemas. “Katanya pasal Izwan.”

Sebaik sahaja mendengar nama Izwan, aku berlari keluar. Jantungku berdegup pantas saat cuping telingaku mendengar esakan kecil dari corong telefon. Mama!

“Adah…” Senyap. Hanya esak tangisnya kedengaran.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Wajah Izwan menangis terbayang jelas dimata.

“Izwan dah tak ada! Flight latihan yang di bawa dia terhempas.”

Ya ALLAH! Saat itu..aku rasa separuh dari nyawa aku meninggalkan jasad. Kakiku longlai dan aku terjelepuk jatuh ke lantai. Air mata luruh membasahi pipi dan aku teresak-esak.

Segala kenangan lima tahun lalu berputar diingatan. Waktu Izwan menghantar aku di airport dan aku berpura-pura memulangkan kembali kotak cincinnya. Sebaik tiba di Aussie, aku segera menelefon Izwan, Izwan dengan nada kecewa menjawab tapi sebaik sahaja dia membuka kotak kosong itu sementara aku di Aussie membelek cincin tersebut, dia menjerit girang.

Lima tahun yang menduga kami..lima tahun..dan kini dalam tempoh lima hari… Izwan pergi menyahut seruan ilahi. Perlahan-lahan aku renung cincin putih yang tak pernah aku tanggalkan dari saat Izwan sarungkan ke jari manis ini.

P/S:
Ini rekaan semata-mata. Being published in Magazine REMAJA, February 2009. My hero is not Izwan. It's Imran :)

Saturday, March 3, 2012

CD Mode - 7D

Counting Days Mode
FEWWWH!


SEVEN DAYS TO GO!

*Lub Dub Lub Dub*
Saun efek motokar. Hew Hew Hew