Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 23, 2012

001 : Little Appleseed


20 Mei 2013
. Tarikh saya, Hubs serta Nina berlumba-lumba di Excite Fitness Center di Danga City Mall. Menghabiskan saki baki dua lagi FREE PASS masuk gym. I was quite energetic. Bermain. Melompat. Sini sana. Scott's Emulsion membantu sayaaaaaaa! Iklan jap. HAHA

Nina buat interruption waktu kami cari wedding gifts untuk kawan-kawan;


"Babe, tiket offer Airasia tu dah nak habis tau. Hari ni last"
"Errr. LAST???."


Dalam hati aku dah macam, ALAAAAA. NAK JEPUNNN! :p

So after merembat 4 SET Jug & Glasses. Nina terus nak panjat escalator. Sambung bergym. Saya dan Hubs dah penat so kami nak balik. Before heading home, saya cakap nak singgah Guardian. Beli test kit. Dah Hubs cakap kalau pregnant camne?

So konon-konon nak confirmkan lah after seminggu lewat. Haha

Last week, lepas sehari lewat. Saya super excited. Terus geladah bawah katil cari Test Kit yang Apis bagi. Present KAHWIN! Hahaha. Unfortunately, the result was negative. Samada sebab dah expired takpon bak kata Edot HCG memang tak increase lagi I dunno. But then at that moment, aku memang malas nak cari lain. So...abaikan :p

Balik rumah, sebab berlengas terus bergegas mandi untuk Solat Asar. Shi-shi a bit. Dip dip the stick. Haha. Sorry. Tak senonoh punya penceritaan. Jantung pon berlari laju-laju *Lub Dub Lub Dub*

Then, I found this!


YEAYYYYYYY!!

Aku hampir-hampir nak berjoget dalam bathroom bila tengok dua line itu. Tapi cover. Menjerit pon tidak. Melompat pon tidak. Simpan dalam plastik balik pastu sambung mandi. Ambil wuduk dan keluar ;)

Saya show off dekat Hubs. Dia macam tak faham. Terpaksa tarik kotak untuk memahami maksud kayu itu. HAHAHHAA. Then, he smiles. Senyum yang  lalu membatalkan wudukku bilamana dia menjabat tangan saya macam orang nak rasmikan kedai. Kahkahkah.


"Tahniah ye"
"Err tahniah je? Ingatkan nak peluk-lompat ke apa" HAHAHA.

Oh suamiku! I love you!

Kami solat Asar. Then Solat Sunat Syukur. Pastu berdakapan lagi dan lagi. Hubs doakan saya jadi Ibu yang solehah. Saya doakan dia jadi Ayah yang soleh. Ya Allah, it was a beautiful moment in my life :)

Saya sebenarnya kurang yakin. So lepas Maghrib test sekali lagi. Luckily beli yang dua strip. Kalau satu je mahu suruh Hubs keluar pergi Caring. HEHEHE



The Second Result; YEAYY YEAYYY! *Double Confirm*

Di atas adalah Test Kit Guardian. Tak cukup fancy. Tapi cukup berbaloi. 2S for RM13.90. Lain-lain harga semua tahap cekik darah. Nak test shi-shi je pon. Plus, made in USA.

Apa mau lagi?

Sepanjang malam kami tidur berpelukan. Teruja sangat. Hubs cium pipi saya. Kami nangis happy. Nangis sungguh-sungguh sebab next year we will have our own baby! Yieppeee! Yieppeee! Junior saya ( a medic student) calculatekan estimated EDD (Expected Due Date); 15 JANUARY 2013.

Ikut BabyCentre, I am now 6 weeks pregnant, with a little APPLESEED in my womb. 1/2 inch long.Haha. Comels!

Esoknya pagi-pagi terus bergegas pergi lab. Tinggalkan farmasi dan bergegas minta urine cup. Kekeke. Ingatkan ada spesific test ke apa. Rupanya sama je. Tetap guna stick. Haha. Kak Ijan test-test, then nampak lagi another 2 lines. Ya Allah. CONFIRMED! Alhamdulillah. :)

Kak Ijan checkkan juga urine FEME kot-kot ada Leukocytes ke apa. Nasib baik clear. Takyah menyusahkan kehidupan. Saya tak tunggu lama. Laju-laju terus SMS Hubs. 

Berikut was our SMS conversation;



Tapi petangnya tak jumpa doc pon. Malas. Err bukan malas. Ramai sangat patient berjoget-joget dalam farmasi aku. HAHA. Kami agree to meet doc in another 2 weeks. Time tu baby dah besar sket so bolehlah nak scan ;)

Today, My Little Appleseed dah menghadiahkan present pertama untuk Ibu. Yakni; demam-demam dan lemah satu badan. Hehe. Takpe. Ibu redha. Plus, Ibu dah lama tak sakit :)

TO ALL,
Please doakan saya selamat menempuh semua semester (Errrr macam semester nak periksa plak. Haha) We need your prayer(s) so much! Thank you!


P/S:
Some say jangan teruja sangat or update my blog too soon. But the news dah leak out dekat FB. So I guess, tak apa kot? Huhu. Sengaja memberikan nombor so that saya tahu berapa entry terhasil sepanjang pregnancy ini :)

5 comments:

She Mia said...

kak syud , tahniah ! lepas ni mesti nak buat novel pasal married and babies ! alaaaaa ... HAHA .

p/s : saya suka sangat dgn karya kak syud . lagi2 Baju Melayu dan ttg dhiya . rasa feel nak masuk Uni .

sincerely : your peminat . Amelia (:

RieNa said...

syud~!! i'm so happy for u!

mmglah org ckp jgn excited sgt awal2 ni,tp akak faham perasaan itu sukar utk disimpan. takpe, tulis blog utk tatapan kita kemudian hari.dan mengharapkan doa dr org2 yg prihatin.

ok,seperti biasa, pesanan penaja, jgn lasak2, jg makan minum dan byk2 doa.

demam itu biasa,akak pun sama dulu. demam 2 hari.pegi klinik doc check rupanya ada baby dlm tummy. haha. mmg seronok gila.

nanti share gambar scan ok. tahniah syud n imran! take care!

NSMY said...

tahniah syud. rasa nak peluk syud.. teringat masa kita borak2 pasal 'renovation kedai' syud.. tup2 skang kedai dah expand pon.. alhamdulillah... kedai sy je x buat opening lagi.. hahaha
tahniah lagi sekali dear! :)

s.c.h.u.l.t said...

she mia: oh, thank you teramat for the wish. err..alamak dek, akak bukan novelist yang adik minat tu la :D *sengih*

kak riena: hehe. aah. memang susah nak simpan pun. rasa happy semacam. rasa macam 'cepatlah anak ibu besar.' *gelojoh*

insyaAllah. ada gambar nanti kami scan. tq ;)

ida: meh meh peluk virtual! hoho. yep. rasa macam laju betul masa berlalu. takpe ida. tak penting opening tu lambat, yang penting..kedai open! HEHE

nn said...

tahniah! semoga ibu dan kandungan sihat sentiasa :)