Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 17, 2012

KITSCHEN : FISH N' CHIP


Hubs dan saya cuba berpuasa pada hari ini memandangkan dah Rejab. Selain dah Rejab, perut masing-masing juga sudah mengalami pertambahan diameter *tengok perut sendiri sambil sigh banyak-banyak kali*

I have this craving syndrome.

Iaitu sindrom yang tatkala bila lapar maka otak akan berputar-putar memikirkan macam-macam lauk pauk untuk di'jamah'. HAHA.

However, bulan ni Hubs dah bawa pergi Manhattan sekali. Cukuplah kot. Kalau sebulan kena bawa aku pergi sana 24 kali mahu lelaki itu bankrup. So.. so.., I sms-ed Hubs lalu buat dialog kengkonon comel.

"Sayang, teringin nak Fish N' Chips. Jom buat jom?"

See? See?

Memang bertuah memiliki makhluk bernama Syuhada neh. Selain comel. Dia adalah jenis yang berusaha kalau nak makan.

Bukankah sangat comel perbuatan beliau? :p (Sorry masuk bakul angkat sendiri)

Lagipon, tak sedaplah kan engkau makan sedap-sedap tapi takmo bagi orang-orang di rumah jamah sekali.

Maka, JOM MASAK! :)


TADAAAA! Sila Drooling! :D

Waktu Penyediaan : +/- 1 jam 1/2 (Itu pun lambat sebab Dori masih keras ketung)

Komen: Kalaulah aku tahu sebegini mudah buat Fish N' Chip sumpah tak akan pandang Manhattan. Akan tetapi sekiranya saya malas mahupon tetiba teringat-ingat akan Manhattan (kononnya). Maka haruslah kita kerjakan Manhattan demi mencari sepinggan (Light) Fish N' Chip berharga RM10.90.

MUAHAHAHAHA.

Next. Ayuh kita ke bahan-bahannya!

Bahan-bahan:

1. Ikan Dori (Kalau Brand KAMI dalam 1 paket ada 4 slices)
2. Lemon (WAJIB)
3. 3/4 cups Tepung Gandum
4. 1/4 cups Tepung Jagung
5. 1/2 tsp Tepung Bikarbonat (Tepung Penaik)
6. Lada Sulah
7. Kiub Stok Ayam
8. 1 Biji Telur
9. Sedikit Serbuk Kunyit
10. Serbuk Roti (Bread Crumbs)
11. 1/2 cups Susu Segar

OK. Dah

Seterusnya, kita listkan bahan-bahan tambahan pula.

Tambahan:
1. Kobis (Hijau/Ungu)
2. Bawang Holand
3. Tartar Sauce
4. Mayonis
5. Crinkle Cut Fries (Hubs suka yang bentuk kerepot-kerepot. Hahaha)

 Kalau anda tak suka fries kerepot tak mengapa. Fries kurus runcing (Shoestring) masih banyak terdapat di dalam peti sejuk beku kedai. Pilih je mana yang berkenan di hati. Hehe

Err kejap. Aku tertinggal Wedges. Wedges juga ada dalam fridge kedai. Kalau takda pergi tanya cashier dekat kaunter. Tetiba.

Ohya! Now kita proceed pada cara membuat. Thank you Sayang tetiba pergi dekat telinga ingatkan suruh tulis cara membuat. Kahkahkah.

Cara-caranya:
1. Dori diperap bersama jus lemon, sedikit garam dan lada sulah. (Biar selama 15mins)
2. Tepung-tepung dicampurkan sampai mesra. Ceceh
3. Pukul telur dan hancurkan kiub ayam. Kacau-kacau rata dan masukkan semua sekali ke dalam satu besen. Jangan lupa sedikit lada dan serbuk kunyit serta garam. 
4. Masukkan susu dan air. Kacau lagi.
5. Celupkan Dori ke dalam bancuhan tepung tadi.
6. Seterusnya golekkan Dori ke atas bread crumbs.
7. Campakkan ke dalam minyak panas yang menggelegak.

SIAP!

Kalau engkau tak reti nak angkat masuk ke dalam pinggan beralas tisu memang cannot do anything la :p

Onion ring ehsan adik ipar tolong gorengkan sekali. In fact, dia goreng wedges dan fries (All the CHIPS). Hubs tukang goreng FISH.

Syud?

Syud goreng 'N' Hehehehehe. OK tak kelakar. Sila lempang.

Mak in law tolong buatkan gravy Cheesy Wedges. Perghhhh. Terbaik! :D

Secara total, modal untuk 7 orang makan Fish N' Chip cuma RM30. Siap beli air Sunkist Fresh Orange dengan Sach OKE! Kalau makan Manhattan mahunya bayar sampai RM76.30 (without drinks and 6% service charge and 10% government tax). Kalau dah sekalikan....sila kira sendiri.

Oh my, this is so awesome! Puas hati! ;)


No comments: