“I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.”
― Marilyn Monroe
Saya adalah seperti di atas dan Hubs?
He is above all! Kadang-kadang bila tengok fairytales lain, err I mean orang lain. Memang aku cepat benar dengki. Ceh. Dengki melampau-lampau OK! Dengki tengok suami orang romantik. Dengki tengok suami orang bagi bini dia belanja sampai pingsan. Dengki tengok orang ada rumah sendiri. Pendek kata, 24jam memang dengki. Pastu elmosi secara melampau dekat suami sendiri.
Ya Allah, serius isteri yang sangat berdosa saya ni. Psstt...saya tak malu nak mengaku. I'm not an angel. :)
Plus, aku ni bipolar. Maka menghadapi kerenah aku sumpah memenatkan. Cuma Hubs sahaja lelaki yang terlalu sayangkan saya sampai sanggup mengesat air mata aku pada malam hari waktu aku teresak-esak laksana anak kecil. Eh bahasa melayu kelas tinggi sekejap. Sorry :P
Sebagai tanda mengenang kasih dan sayang si dia yang tidak terbelah dan terbahagi, maka saya pon planlah Suprise Candle Light Dinner pada 21 September 2012 yang lalu. Actually, nak kata benar-benar surprise pon tidaklah.
Sebab?
Saya telah mengurung Hubs di dalam bilik adiknya dari pukul 5 petang sampai 9 malam! Kahkahkah. Habis tu? Kalau dia keluar habislah kantoi semua benda yang aku dah set-up. Saya suruh dia stay. Semua yang dia nak semuanya saya readykan. Siap buat delivery air sejuk ke pintu bilik dia! HEHE
Hari Jumaat tu saya off half-day. Pastu tak sangka hujan turun mencurah-curah bagai ke ladang gandum. Habis basah dress I semata-mata sebab nak pergi cari roses. Barang-barang lain saya dah beli few days before hari kejadian. Cuma bunga je kena beli on the day. Kalau tak nanti semua layu di tasik madu. Er?
Eh. Dress aku bukan yang merah seksi tu! Bukan bukan. Saya keluar pakai baju menutup aurat. Dress yang tergantung dekat langsir (di atas) adalah dress untuk dinner tu. Hehe. Bila lagi nak merasa jadi gadis Mexican. Kan kan kan? :p
Mahal okeh hadiah DIY! Haha. Hari-hari gigih memotong kertas untuk buat 10 vouchers. It won't expired for the rest of his life. Saya buat voucher ni dekat tempat kerja. Dekat bilik kami Hubs asyik nak duduk berkepit je :p
TADAAA!
Mintak sorry. Cuma muka Hubs boleh masuk untuk entri kali ini. Aku terlalu menawan untuk join sama dalam ini gambar. Hahaha. Eh Syud, shut up boleh?
Bunga-bungaan pada hari kejadian. Roses ditabur-tabur atas sofa dan meja makan. Ada gak yang letak tepi katil. Carnation? Beli sekuntum je. Untuk letak tepi telinga. Hehe. Hubs cakap comel macam gadis mexican. Hahahaha *kembang setaman*
Main Dishes yang tak berapa menjadi sebab meatball kecut T________T
Appetizer?
Shrimp Tempura With Butterhead Salad! Main dishes saya guna yang segera je sebab takda masa nak buat meatball. Tapi appetizer sedap sebab guna resipi campak-campak. Hehe. Main marinate je guna what-so-ever that I found in MIL's kitchen! Dip dalam telur, golek-golek atas breadcrumbs and siap! :D
Pastu pastu...petang tu waktu set-up meja, aku sibuk buat ITIK! Hahahaha. Lawak gila rupa itik napkin ni. Siap kena guna paper clip bagi dia kekal dalam bentuk itik. :p
Dessert for the night adalah Cheesecake in Glass! Resipi daripada Nigella Lawson yang sumpah awesome. Petik jari je boleh siap. Ceh berlagak kau Syuhada. Err tak tipu. Sumpah mudah and yummeh! :)
Hubs kagum dan pelik dengan ketetibaan saya. Takda apa-apa tetiba je buat Candle Light Dinner. Hehe. Actually, sejak zaman solo lagi saya memang amat teringin nak Candle Light Dinner dengan yang halal bagi saya. ;)
Dan bila semua orang tak ada dekat rumah kecuali Wan di tingkat bawah. I grabbed this opportunity to do so.
Lagipun, sementara takda baby bolehlah kita romantica de amore. Nanti dah bertigaan anda fikir sempat?
Eh. Tapi I don't mind. Nanti kalau ada rezeki pergi romantik jauh-jauh. Pergi golek-golek atas bukit macam cerita Hindustan.
Can?
*lempang muka sendiri laju-laju*
Dah dah. Nak buat research. Buhbyyyeee!
P/S:
Saya tetap dan masih dengki dengan orang lain. Hahaha :p
9 comments:
bestnya....nnti send kat akak gmbr adah pakai bj merah tu...hahahahaha
Hai Syud,
Eh..takde ikon 'like' pulak untuk di klik di sini. The effort, mmg sangat adorable. Mesti sang suami sgt2 terharu dan gumbira kan? ;)
Hai Syud,
Eh..takde ikon 'like' pulak untuk di klik di sini.
The effort--> mmg sangat adorable. Mesti sang suami sgt2 terharu dan gumbira kan? ;)
kak nadiah: ala, seganla. rambut adah dahla potong bang style. macam kartun. haha
pae: he was. mata siap tak berkedip-kedip. hehe :)
Syud, sronok baca adventure you nak candle light dinner ngan hubby tp kan jgn la anggap bila dh ada anak nnti sume benda romantica d'amore ni tak smpat nak dibuat. Skali skala curik2 masa nak "tumble" ngan hubby pn sronok gak tau
fara: hehehhee. tak anggap macam tu. pasni kalau dah ada anak harap2 hubs yang banyak startkan benda2 romantik. :D
Tak de makna nye hubby nak wat sume tu, dik. Lelaki ni kan egonye tinggi...klu ada pn kita sendiri dh x prasan yg benda tu romantik sbb jarang sgt berlakunye...anyway, harap2 Syud x mudah mkn ati klu hubby kurang romantik sbb diaorg ni byk benda yg nak difikirkan terutamanya parents dia, parents kita, isteri,anak2....keja dia lagi
hahahaha. hubby saya memang tak reti pon. tapi boleh doa je dia buat sekali sekala :)
Post a Comment