Dear A,
Terima kasih kerana mengurniakan kawan-kawan yang baik (dalam gambar di atas cuma sebahagian daripada gegurls saya), yang sayangkan saya yang banyak songeh sampai kalau hilang kesabaran boleh dilesing secara laju-laju. Terima kasih kerana mengurniakan seorang suami yang sabar dengan kerenah aku yang laksana budak kecil.
Bila ingat-ingat, aku berasa sungguh funny. Kenapalah perangai macam kanak-kanak eh?
#Confession: Pada suatu malam saya merajuk dengan Hubs. Lalu terus menarik teddy bear dan tergolek di lantai. Merajuk bersungguh-sungguh tak mahu tidur atas katil. HAHAHAHA. Pastu Hubs pon bersungguh-sungguh pujuk. Padahal...aku tak tahu apsal aku bersungguh-sungguh kecil hati dan menangis. Pelik kan?
OK. Banyak perkataan bersungguh :P
Dear A,
Terima kasih kerana mengurniakan saya seorang emak mertua yang SUPER BAIK! Tak tahu macam mana nak balas jasa emak. Semalam, 17 September 2012, saya beria-ia jemput kawan-kawan datang rumah. Ingat nak masak the simplest. Iaitu KEBAB! Haha. Tapi..bila balik daripada Methadone, saya tengok emak dah bersungguh-sungguh memasak di dapur. Hee. Sayang Mak! :)
Emak masak macam-macam. Ya Allah, emak sangat baik! :')
Dear A,
Saya tak ramai kawan lelaki. Sebab saya memang cepat dengki. Kahkahkah. Tak adalah. Like I mentioned earlier, bukan senang orang nak faham perangai aku. Yang faham akan stick sungguhpon aku ni degil gilos. Err tapi yang faham tu tak ramai. Hoho. I don't blame them at all.
Seorang dah jadi suami. Seorang lagi dah jadi satu-satunya kawan lelaki baikku yang poyo dan super busy :p
Mereka caring dan saya amat sayangkan mereka :)
Dear A,
Mungkinlah saya tak dapat hidup bermewah-mewah. Tak dapat langsing dan bergaya sakan like diva. Tapi ingatkan saya selalu agar syukur dengan nikmat kurniaanMU. Mungkinlah saya tak dapat babies selaju orang lain tapi ingatkan saya selalu yang ada hikmah di sebalik setiap kejadian :)
Sebab saya percaya, walaupun kadang-kadang saya terluka dengan sebahagian daripada hidup saya, ada sebahagian lagi hidup saya yang sentiasa menjaga, melindungi dan menyayangi diri saya...
seadanya....*lap air mata atas keyboard*
Dear Allah,
Terima kasih atas setiap kurniaanMU :)
Terima kasih atas setiap kurniaanMU :)
P/S:
Thank you Hubs (for being there for me) although I'm extremely complicated. Thank you gegurls (you know who) and H.K (you're always my bro forever walaupon engkau poyo!)
No comments:
Post a Comment