Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 18, 2013

Demam Gwiyomi


Gwiyomi ataupun dalam Bahasa Korea dia bermaksud Comel. Errr rasanya hanya orang-orang perasan comel je mampu buat video Gwiyomi tu.

First time dengar lagu Gwiyomi adalah bila Zarena tagged di facebook. Oleh kerana tak faham apakebenda comelnya maka teruslah google youtube. HAHA.

Malah, ada gak blogger yang saya follow membuat entri Gwiyomi yang annoying. Kohkohkoh. Demam Gwiyomi menyebabkan ramai orang buat video parody Gwiyomi. Ada yang tiru bulat-bulat. Ada yang buat style huduh. Omaigoshhhh!

Oleh kerana saya suka benda cute je. Maka nak share Gwiyomi versi cute sahaja. Harap maklum :)

Tempat terbest jatuh kepadaaaaaaaaaaaaaaaaa....GAIL SOPHICA!


Sumpah comel! 

Dah lepas buat aksi comel dia sambung unplugged version guna gitar kecil. Hehe. 


Yang ni pon comel. Malangnya telah dikritik sebab pakai tudung so orang cakap tak sesuailah. Plus, ura-ura mengatakan perempuan pakai shawl ni isteri orang. Oh, sila buat Gwiyomi hanya pada suami awak. Tak pasal-pasal terbaca macam-macam komen lelaki miang dalam youtube. Haish! T______T



Errr walaupun saya telah bersuami. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh enjoice lelaki bermuka jambu. Hahaha. Oh husband saya pun jambu gak kalau tak pakai spec dan after shave. Macam baby ;p *ayat saja puji*

Karang anda kata saya bias pulak pilih perempuan je. Yang lelakinya mana?


Untuk berlaku adil. Duo-gwiyomi juga haruslah kita masukkan. Hahahaha

Ha. Yang kat atas ni bolehlah masuk kategori Gwiyomi. Cute. Kalau rasa nak tengok banyak lagi boleh try search youtube.

Oh dunia zaman sekarang ni makin ajaib.

Semua orang dah jadi youtuber. Tak dapat jadi penyanyi. Jadilah tukang miming dengan background music comel-comel. Eh lagu comel boleh layan lagi.

Yang aku tak berapa nak layan dan faham waktu Gangnam & Harlem style. Gangnam tertengok juga sebab banyak post dekat facebook. Harlem langsung tak tahu apakebendanya :))

Tak apalah. Tak penting pun.



P/S:
Sengaja update entri demam sebab tengah demam selesema.

2 comments:

fazilah said...

agree dgn u...i xperasan gwiyomi so xbuat video tu. hahaha...

s.c.h.u.l.t said...

hehe. poyo gaklah nak buat video gwiyomi :p