First and foremost, I want to say that.
Syukur syukur. Sesungguhnya rahmat Allah itu melimpah ruah. DIA sentiasa ada. Mendengar setiap permintaan hambaNya :)
Sungguhpon saat ini kepala aku agak ting tong berfikir itu dan ini. Chill. Ibu cakap relaks. HAHA. Aku? Pergh. Aku gagal relaks! Menggelabah ayam! Seaneka benda nak fikir. Segala macam perasaan bercampur mesra sehingga membawa ke alam tidur.
Husband?
Heee. Dia tu orangnya memang relaks memanjang. Happy je tak kisah apa-apa. Tapi caring itu pasti. Macam tolong sama sibuk. Hehe
By the way, kadangkala aku rasa berdosa memandang serong eh tak. Aku bukan pandang serong tapi aku pandang dari sudut kebimbangan. Mana mungkin nak pandang serong. BERTUAH GILA OHKAY!
Errr kau merapu apa ni Syud?
Hee. Bertuah gila wanita-wanita yang menjadi suri dalam rumah sepenuh masa. Dalam erti kata pendek, SAHM (Stay At Home Mother or Wife bagi yang belum mempunyai anak). Hidup didedikasikan sepenuhnya untuk rumah. Sesuai untuk wanita rajin. Yang malas dan kuat tidur macam aku ni takyah berangan. Haha
Lebih BERTUAH GILA bila si suami mampu memberikan almost everything yang anda mahu. Heh. Aku yang kerja ada duit sendiri ni pon kedekut nak membelanjakan duit sendiri dengan sesuka hati. Kurang mengerti perasaan boleh mengerjakan duit suami sesuka hati. Hohoho
Sebab?
Kita yang middle class ni faham apa itu toleransi. Kalau dua puluh empat jam kikis duit suami bila masa nak menabung untuk masa depan?
Cuma, itulah. Being me. I have a great concern of future. Memanglah kita tak boleh ramal masa depan. Tapi pernahkah anda mendengar pepatah Melayu berbunyi; 'Sediakan payung sebelum hujan'?
Umur kita ni pun pinjaman. Actually segala-galanya pinjaman. Dah nama pun pinjam. Kenalah pulangkan. Masalahnya kalau kita takpun suami kita tetiba di'pulangkan', macam mana nasib anak? Sebab tu bagi aku perempuan ni kena jadi serba boleh. Tak salah kau nak jadi suri rumah, tapi....equipped yourself with living skills!
Sebab tu saya ni sangatlah mengagumi SAHM yang pandai masak, yang pandai bake, yang pandai menjahit.
Sebab?
In case sesuatu terjadi, dia ada 'payung'. Orang macam saya ni? Hehe. Haruslah berkerja makan gaji or buka business sendiri. Tak ada payung besar! Haha
Slowly, I learn that I need to be self-equipped.
Tak kisahlah aku jahit tak cantik. Tak kisahlah aku buat apple pie terlebih manis. Slow slow. Pelan pelan kayuh :)
Errr nampak tak motif entri ni dah hanyut dan merapu?
HAHA. Saya sudahi motif merapu dengan babai. :p
No comments:
Post a Comment