Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 7, 2013

Current Life....


My blog had been left for....I don't know. Kadangkala bila saya menulis saja buat semak feed bloglist korang. Haha. Saya noticed jumlah follower berkurangan tapi saya tak kisah. Sumpah tak kisah sebab lagi kurang yang baca lagi hatiku senang :D

Dulu, when I was a girl (eceh), young and carefree, saya tak pernah kisah baik buruk tulisan saya. In fact, blog ni macam kertas conteng. Bila rasa marah, geram, nak meraban sinilah tempatnya. Papan conteng.

Malahan pernah je bergaduh dan mengundang rasa kecewa pada sesetengah orang sebab saya tulis pasal diorang. Hohoho. My bad.

My life is hectic.

Ada banyak perkara tertangguh dan saya tak rasa akan selesai. Saya cuba selesaikan tapi..... T___________T

Nasib baiklah baca entri baru H.J, if you're going through hell, keep going. Her blog never failed to motivate me. Rasa entri kisah biasa yang penuh kasih sayang. Lagi sedap dibaca daripada baca blog orang tayang makanan mewah-mewah, husband super perfect and et cetera. Haha. Errr cemburu? Gila kau tak cemburu.

Tapi itulah. Daripada baca hidup orang yang asyik ceritakan betapa perfectnya hidup mereka, saya lagi suka baca blog H.J.  Saya suka kasih sayang dia as a mother towards Myiesha & Tihani. I adore her that much.

Sebab?

Bila kita baca dan rasakan kasut kita macam sama size (walaupun tidak), maka hati kita akan lebih bersyukur. We're not alone :)

Eh bukanlah aku suka orang hidup susah. Tapi bila kita baca betapa susah itu mengajar kita erti menghargai nikmat kesenangan, I guess, itulah yang terbaik. Kalau sentiasa senang, I don't think we could survive. Nanti susah sikit dah membebel kalah mak nenek. Errr akulah tu.

Faham. Hidup ini bukanlah mudah.

Bila kita nak buat comparison hidup kita dengan orang lain, rasanya baik kita pulang kembali pada DIA. Nikmat mana yang hendak kamu dustakan? Sebelum nak membebel melalut-lalut, hentak-hentak diri baik tengok ada ramai lagi orang nasibnya lagi parah.

Maka selalunya saya akan tutup mata. Sedih, penat, kecewa tu kadangkala akan datang. Bila datang saya akan cepat-cepat istighfar. Syaitan memang suka kalau kita emo-emo :p

Jap. Sebenarnya tengah melalut ni. HAHA

Que sera sera, whatever will be, will be. So langkah terbaik untuk segala benda adalah BUAT BODOH. :))

Doakan saya. Penat. Banyak kerja. Tapi banyak merungut pun tak boleh selesaikan apa-apa. Kan kan kan?

Dah. Sila tidur.

No comments: