Hi belog, rindu mahu tulis. Rindu mahu conteng. Rindu mahu bagitahu macam-macam walaupun kutahu tiada siapa kisah. Hahahaha
Hari ini, secara officialnya saya mengambil cuti secara drastik. Sesuka hati saya whatsapp ketua unit dan jabatan mahu ambil cuti sebab cuti banyak lagi berbaki. Off juga terbakar begitu saja sebab masa sangat mencemburui kita. Tetiba.
Seperti yang anda sedia maklum, kalau tak maklum saya maklumkanlah ni. Saya sudah jadi Ibu kepada dua anak yang gorgeous. Errr mereka yang gorgeous. Saya tidak. Saya sememeh. Haha
Secara official juga saya mahu maklumkan bahawasanya saya akan meninggalkan dunia JOHOR BAHRU sedikit masa lagi. Lalu? Lalu mahu jadi orang mana pula Syuhada?
Kalau boleh saya nak jadi orang Planet Pluto. Tapi memandangkan fee nak ke sana mahal sangat maka kita lupakanlah saja. :P
InsyaAllah. I'm going to Bertam, Penang. Satu tempat baru, tempat asing untuk saya dan anak-anak. Im maybe akan terus stay di JB memandangkan dia risau tak dapat kerja di sana. Maka berPJJ lah kami demi masa depan dan anak-anak.
Tapikan, satu benda yang saya kagum....Allah Maha Tahu. Serius. Adik saya tiba-tiba dapat offer kerja dan internship di Bertam juga! Allah tak biarkan saya berseorangan. Huhu. Kalau tak mahu juga daku mencari bibik. Sebab tak pasti mampukah daku harungi hidup bersama-sama dua orang kanak-kanak aktif itu tanpa suami di sisi. Eceh.
Hai masa, sungguh laju engkau berterbangan. I don't know will we be okay without Imran. Selama kahwin, tak pernah kami berjauhan. Huhu. Uhuks sedih. Tapi what to do, this is the choice that I've made.
Eh oklah. Sudah terlebih 5 minit. Nah tepek gambar seketul! Buat kenang-kenangan. Haha
Ini gambar last week. Konon nak photoshoot gambar family. Sungguh hampeh sebab anak-anak tak mahu berkolaborasi. Hahaha
(15 April 2016, Taman Botani, Putrajaya)
Aiman Hadif - 9m27d
Ainan Tihani - 2y6m
(15 April 2016, Taman Botani, Putrajaya)
Aiman Hadif - 9m27d
Ainan Tihani - 2y6m
Oh by the way, gambar ditangkap oleh photographer yang baru habis SPM. Saya dengan Imran dah berpandangan dah bila diorang pakai kit-lense je. Adohai. Sabar jelah adik-adik oiii.
5 comments:
salam syud....gugel2 blog syud dptlaaa link ni...xpenah jupe syud,tp member penah tunjuk gambar dgn syud,so agak2 mcm betol jek ni syuhada si penulis bestttt tuh..hahaaa..btw, thx alotttttt sbb hasilkan vignette yg kite yakin 110% xmengecewakan..kite dh bc semuaaaaa novel syud,n kite puassss ati ngn semuaaaanyeeee..hahahaaa...suke the way syud relate semua novel tuh even xobvious sgt..hihi..n dah bace bab awal vignette,terjumpe usamah..kite igt usamah dlm pelangi kannnn...
tu jek nk bebel (sbb eksaited benor jupe blog ni)..hahahaa...btw, slmt berbahagia ngn famili tercinta..xoxo

Saya kisah..saya kisah...
rindunye nak baca story blog syud
wahhh jauhnye merantau... mesti peningkatan kerjaya ni ehehhe
apa2 pon wish you all the best syud...
jangan lupakan daku (ehhh tetibe)
hai awak! lama x jenguk. dah 2 org dah anak haa. sama la kita hehe.. semoga dipermudahkan semua urusan di bertam nanti ya. take care!
tinta_teja: awak, sadly. I'm not your fav writer :D
saya dan syud itu lahir tahun yang sama, berbintang sama. cara tulis sama tapi saya bukan orang JOHOR! hohoho
ini link untuk syud penulis jemari seni ;)
http://jemariseni.com/karya/penulis-js/219-syud.html
lv: thank you! aah. berhenti KKM. nak jadi lecturer puloks :D
amal: thank youuu! for you too amal ;)
Post a Comment