Saturday, October 13, 2012

Sabar Ada Batas, Bukan Ubi Je


Kadang-kadang tak bagus juga blog dengan facebook ni. Dia macam kau tulis sikit, orang nak condemn. Kau cakap sikit, orang cakap kau over. Jadi entri sebelum ni mari kita dustbinkan.

Wish tu, dalam term aku adalah doa. Dalam bahasa pasar, harapan. Jadi salah ke aku berharap? Aku cuma manusia biasa. Dah jadi isteri orang dan berangan nak jadi emak orang. Tapi tak adalah over sampaikan update dekat facebook 24 jam cakap nak baby! nak baby! nak baby!

Bila aku update sesuatu yang general dan orang masih cakap aku over, automatik aku terus down. Hati retak dan patah berkecai-kecai. Orang cakap aku obses. Ya Allah, remuk sangat hati ni.

First, jujurnya aku memang suka barang baby sejak aku belum kahwin lagi. In fact, hobi dulu-dulu adalah beli barang comel-comel. Baginya entah bila-bila. Siapa yang ada rezeki aku bagi je. The thing is....sebelum ni dah pernah kena tegur. Waktu tu aku baru pregnant. So I was thinking, yeah...maybe I'm over. So aku diam dan tak update pape.

Kalau ada pun seingat aku sekali je aku update. Aku tulis; 'Kudos mommies! Sekarang dah faham perasaan mommies semua.' Pastu aku tambah ayat macam cepat letih kot orang pregnant. Something like that, aku sendiri tak ingat dah.

Kalau betul aku obses, dulu-dulu time perut dah start bulat, aku buat profile picture dekat facebook tu. Tak ada nak kecoh sorang-sorang macam orang bodoh dalam blog. Tapi tak. Obses ke?

Kali terakhir aku update status facebook (yang berkait dengan baby) sebelum hari ni adalah on 9 October 2012. Itupun meh sini aku copy pastekan;


Reason?

Member-member ajak jalan. Sumpah ajak jalan macam aku ni single and available. I love travelling! Sumpah tidak tipu. Tapi lepas berfikir lebih 20 juta kali, aku cancel semuanya. Sebab tu aku update status macam tu. To clarify to kawan-kawan bujang yang I got commitment. I have goal.

Rezeki Tuhan kita tak tahu. Tapi salah ke kalau aku nak bersedia? Janganlah sebab sekali-sekala aku update pasal baby engkau nak cakap aku ni obses. Pedih OK! Lebih pedih sebab pernah ada bond dengan baby. Pernah pregnant. Pernah hilang babies.

Janganlah sebab aku tulis benda yang terlalu general terus engkau chop; 'Ish dah kronik ni! Bahaya!' Paling pedih sebab dulu aku pernah kena tegur, and I lost my babies. Bukan nak salahkan takdir Allah. Bukan tak redha dengan Qada' & Qadar Allah tapi...ayat teguran yang aku dapat tu aku interpret sebegini rupa;

'Jangan terlalu hyper atau excited. Takut nanti jadi pape'

Macam doa kan? Buat aku jadi takut.

Dan aku jadi lagi sakit. Tolonglah. Aku tak minta sakit macam ni. Aku tak minta orang lukakan hati aku lagi. Aku tengah bersabar, menunggu dan berdoa. Cuba kalau prihatin tu cakap atau doakan kebahagiaan aku.

Tak boleh ke?

Rasanya tak pernah pulak aku terfikir bila orang update status baby tendang-tendang or whatsoever aku nak pergi cakap; 'Jangan poyo sangat. Memanglah baby tendang. Perut dah tak ada space.' Pergh rude sungguh kan?

Yang atas ni aku tulis sebab perasaan aku tengah bercampur baur. Sedih, geram, marah pon ada kot? Kecewa? Mesti. Sebab orang interpret aku as obses. Padahal dulu, dia juga yang ajak aku pregnant sama. Cuma rezeki dia sampai ke hujung. Rezeki aku setakat yang Allah cakap je.

Aku rasa....bukan aku je satu-satunya perempuan atas muka bumi ni yang Allah bagi perasaan excited. Aku tumpang happy tengok anak orang. Aku geram tengok anak buah aku yang comel. Aku tak sabar nak anak sendiri. I admit.

Tapi aku belajar untuk tunggu. Sebab rahim aku tak kuat lagi. Sebab mak tak kasi aku pregnant awal-awal. Kalau tak lepas habis pantang hari tu aku dah laju-laju buat anak takyah tunggu apa-apa.

Sabar aku ada limit.

Perasaan aku pun ada batas.
Come on. 
You talked about me. 
Aren't you also excited about yours?

Kalau tak, tak adalah update facebook cover 'Baby is on the way'





P/S:
Aku rasa cuma orang yang pernah miscarriage je faham perasaan aku. Sebab dulu waktu babies aku dah meninggal dalam perut, member aku pernah pm dekat facebook & tanya. 'Apsal tak tunggu je diorang keluar sendiri?'( Dia tanya macam ni bila aku beria-ia nak induce) . My answer was; 'Engkau pernah miscarriage?' Dia cakap; 'Tak'

12 comments:

Asmaul Juakhir said...

Sabarla Syud, hati orang ni kita susah nak teka..Tuhan je yang tau macamana kita nak lalui hidup selepas diduga oleh-Nya..saya sentiasa doakan kebahagiaan Syud dan family..semoga Syud jadi lebih tabah..

p/s :: Rasa cam nak tumbuk muka orang tu laju2 ckp Syud cmtu..kan?hehehe..

s.c.h.u.l.t said...

Asmaul: huhu.xdelah rs nk tumbuk.cuma geram je lalu menumpahkan air mata. Thanks for the do'a. Terharu! :')

Nadiah said...

takpe la ngah... lantak le dia nak kata apa....akak pun risau bla doktor nak tunggu baby tu keluar sendiri.... baik induce kan...sabar bebyk..mgkn ni hari angah esok kita tak tahu mcm mana...mgkn dia pulak yg kena....

akak doakan semua doa2 angah dmakbulkan....ameen

RieNa said...

Org takkan faham selagi dia tak laluinya sendiri. berat mata memandang, tak sama berat bahu yg memikul.

semoga Allah terus beri syud kekuatan utk hadap semua ni. la tahzan, sesungguhnya Allah bersama dgn kita. :)

s.c.h.u.l.t said...

kak nadiah: ameeeeeeen :)

kak riena: haritu nangis la sambil taip post neh. tapi harini dah OK! :D

insyaAllah kak riena ;)

Fish said...

Ade eh org mcm ni??? Adeh~ me and hubs read this post and we were like "whooaaattttt???". Its ok lalink, abai je org mcm ni, sbb xreti nk respect people's privacy and suke hati la ko nk post ape pon.its YOUR fb! Get fully recovered ye laling, and get a great Honeymoon year ahead. Me also still waiting rezeki dr ALLAH. Let's make babies! Love u n miss u.

Fish said...

Ade eh org mcm ni??? Adeh~ me and hubs read this post and we were like "whooaaattttt???". Its ok lalink, abai je org mcm ni, sbb xreti nk respect people's privacy and suke hati la ko nk post ape pon.its YOUR fb! Get fully recovered ye laling, and get a great Honeymoon year ahead. Me also still waiting rezeki dr ALLAH. Let's make babies! Love u n miss u.

s.c.h.u.l.t said...

fiza: babe, dia pon tengah emo sebab pregnant gak. it's ok. kitorang dah berdamai. hehe

let's make babies!! :)

me miss you mucho too. nanti ada babies kita reunion. HEHE :D

R.R.Z said...

hi dear..sy faham ape awk rasa.

sy mc bulan 9 ri tu.
masuk kerja lepas seminggu mc org keliling duk ceriteceriti anak masing2 yg dlm perut and baru dilahirkan.tepi telinga sy tnpa rs bsalah. im not sure dorg sengaja atau tanpa sengaja.

kwn2 yg bujang mmg kdg2 x fhm komitmen kita yg dah kawen ni..dorg senang mengajak senang mengkondem senang menyakitkan hati walaupun gurau.

s.c.h.u.l.t said...

r.r.z: kita bersangka baik jelah dengan diorang. mungkin diorang tak maksudkan pun. huhu.

saya tulis post ni waktu tengah marah. few days kemudian saya dah OK :)

insyaAllah. bila kita redha nanti Allah gantikan dengan yang lebih baik ;)

fara said...

Sabar ya dik. Sy pn pernah miscarriage 2 bln lps nikah. Malangnye after 8 yrs br pregnant lg. Pastu baby sy lahir premature...alhamdullillah sekarang dh berumur 2th 4 bln. Tp dlm 8 th tanpa anak mcm2 yg org cakap...ada yg menyenangkan hati dan yg paling byk memedihkan. Pernah juga konflik ngan hubby hgg hmpir dimadukan. Sedih sgt. Cuma sy nak share ngan Syud beberapa tips. 1. Solat berjemaah sekerap mungkin ngan hubby. 2. Teruskan aktiviti berdating ( cam sblm kawin) 3. Candle light dinner ( suap2 gitu ) 4. Support each other 5. Berdoa....berdoa dan terus berdoa pada Allah
Gud luck ya

s.c.h.u.l.t said...

fara: ya Allahnya. sedihnya kalau kena madu :(

in sya Allah. kami tengah try nak dapatkan zuriat again. doakan.

thanks for the tips! ^.^