Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 24, 2012

Untuk Kita....

Daripada, Fynn Jamal :)



aku bukan perempuan kuat.

akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa.

tapi aku ada penyakit degil.
degil untuk kalah.
degil untuk tewas.
degil untuk biar jiwa tersepah.

hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. aku cuma ada aku sebagai bukti.

titik tolaknya--
kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.

kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.

sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

dan yang penting--
sabar dalam menunggu.

insyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.

1) demi mahukan zuriat.

rabbi laa tazarni fardan, 
wa antal khairul waarithiin.
tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan, 
dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.

wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.

2) demi mempermudah segala masalah.

rabbi yassir walaa tu'assir, 
rabbi tammim bilkhair.
tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit,
tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.

gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.

3) demi rezeki yang cukup asal cukup.

wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja. 
wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu.
innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra. 

dan sesiapa bertakwa kepada allah-- diadakan allah jalan keluar.
dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2.
dan sesiapa berserah sehabis2nya pada allah-- padanya dibagi kecukupan.
sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.

amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. kerana apa perlu semua itu, bila telah ada tuhan di setiap jalan engkau itu.

4) demi meminta pertolongan.

ya hayyu ya qayyuum,
birahmatika astagheethu.
aslihli sya'li kullaha--
walaa takiluni ila nafsi--
turfata 'ainin

wahai tuhan yang maha hidup, wahai tuhan yang maha memasak kami,
dengan rahmatmu aku mencari bantuan dan perlindungan,
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku--
walau dalam sekelip mata cuma.

ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari ustaz kazim al-hafiz. dia ceritakan rasulullah melihat fatima hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. bila baginda datang sekali lagi, dia dapati fatimah masih dalam keadaan sama. rasulullah terus menegur fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".

buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.

pesan aku--
tuhan itu ada.
percaya dan bukan sekadar kata.

yakin.
dia selalu ada untuk kita--
tak kiralah buruk mana kita--
tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk tuhan kita.

tuhan itu sifatnya ADA.

P/S:
Selamat Berpuasa Sunat Arafah esok! ;)


2 comments:

Unknown said...

thanks syud for the sharing..

n baru berkesempatan membca coretan lama. Innalillah.Takziah atas kehilangan putera2 syud.

percayalah. ur life beautiful n meaningful compared mine.

s.c.h.u.l.t said...

lynn: thank you lynn. insyaAllah nanti ada rezeki lain :)

nehh..jangan cakap macam tu. bak kata fynn jamal, "yang cantik kita tunjuk, yang buruk kita simpan" (eh fynn jamal cakap ke aku yg cakap?) :))

kalau tak rasa hujan, mana mungkin dapat lihat pelangi..bukan? :)