Wednesday, May 22, 2013

Random: What I Hate About Patient (Baca: Malaysian)

Maaflah.

Dah tak tahan dah ni. Maka nak tulis entri penuh beremosi.

Macam ni. Tadikan, adalah seorang patient ni yang sangat TINGGI budi bahasanya. Datang bawa preskripsi ubat kronik suami dia. Dahlah datang daripada klinik lain. Minta SPUB ke klinik aku.

Mula-mula try slow talk;

"Tak boleh macam ni. Ambil waktu siang."

Dia pon blablabla bagi alasan suami kerja blablabla, kebetulan anak batuk. Sambil dia membebel aku punya PPF dah pergi fridge ambil insulin dengan lovastatin dia. Tapi untuk 2 minggu jela.

Mula-mula aku sabar. Tapi bila bahasa dia tinggi sangat cakap kitorang ni banyak hal tak nak bagi ubatlah apa semua mulalah darah aku naik tingkat tinggi. Dengan nada sombong bongkak lagikan sedap sangat halwa telinga aku mendengarnya aku rasa memang nak bagi penyepak sedas.

Sumpah.

Ikut hati aku TAK NAK bagi langsung. Aku tak nak bagi langsung ubat dekat orang yang baik sangat budi bahasa tu.

Dengan kasar dia rampas ubat dari tangan aku. Blah dengan mulut membebel-bebel mengamuk satu klinik. Watdehel? Kau ingat kau bayar satu juta ringgit ke? Kau ingat KKM bapak kau? *ha mulalah mulut aku nak jadi kurang ajar*

Paling aku sakit hati sebab alasan pertama dia adalah SEBELUM ni dia pernah dapat ubat waktu malam.

Sangat sakit hati. Bodoh OK siapa yang buat polisi boleh ambil ubat sesuka hati. Lagi bodoh siapa yang baik hati bagi ubat kronik waktu malam.

Berikut merupakan alasan aku kenapa aku cakap BODOH;

1) Sekali anda bagi patient ubat kronik pada waktu malam maka berkali-kalilah dia akan datang lagi.
2) Kalau nak bagi suka-suka hati maka bukalah klinik suka-suka hati. Patient kronik tak payah datang siang dah. Boleh datang malam hari. Weeee seronoknya! Maka kita pun tak payahlah tutup pukul 5. Layan patient sampai lebam!
3) Staff yang kerja dekat klinik yang ada extended hour tak semestinya staff klinik tu. Macam aku ni ha. Kalau aku tak tahu ubat tu duduk kat mana macam mana?
4) .......

Dah. Tetiba aku dah sejuk.

Entahlah. Aku harap orang Malaysia ubah perangai tak semengah yang suka sangat nak barang PERCUMA. Suka sangat nak servis TERBAIK tapi tak pernah nak memahami sebab dan munasabab disebalik setiap benda.

Kalau dah engkau bayar RM1, kau expect kau dilayan macam bayar RM1000 ke?

Dah ubat dapat PERCUMA. Tolonglah ikut rules and regulation.

Anda fikir anda sorang je ke nak ambil ubat dalam dunia ni?

Oh dahlah. Aku dah penat dah. Sejak kerja tak pernahnya blog ni nak bercerita benda-benda happy. Asyik pasal perangai manusia yang macam-macam ragam. Haihlah.

2 comments:

Masnita said...

Salam,
Xsangka terjumper lak blogger yg spesis sama. Haha, pharmacist will always complaint pasal pts, doctors n staff. It is hard to handle them. Lebih susah lg bila kerja dekat kl. Pt dtg pakai compang camping tp nk dilayan mcm vvip. Haiiicooi.... Im sick wif malaysian attitude.

s.c.h.u.l.t said...

mas: haha. me too. tapi nak buat macam mana, inilah karier (ke keria?) yang telah dipilih. hoho